Friday, May 22, 2009

Pelik....pelik

Malam Rabu baru ni sempat menonton "Bersama Mu " .


Pelik bila ayahnya berusia 60 tahun masih struggle demi sesuap nasi sedangkan sepatutnya usia itu adalah masa untuk berehat dan hidup senang tanpa masalah hidup yang kronik. Pekerjaan sebelum ini sebagai cleaner diberhentikan dan dia kini hanya mengambil upah memotong rumput dan membuat kerja2 sendiri tanpa pendapatan tetap.

Bertambah pelik sebab masih ada anak2 yang tidak pernah ke sekolah walaupun tinggalnya di pinggir bandaraya. Anak2 pernah bertanya pada si ibu kenapa mereka tidak dihantar ke sekolah...... miskin .

Lebih bertambah pelik bila anak2 juga tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan .

Mungkin pelik pada saya tapi memang sayarasa amat pelik.............

Bab susah tu mungkin kurang pelik sebab memang rezeki manusia lain-lain, ada yang senang ada yang susah .

Bila kata bab pendidikan , saya rasa macam tak kena bila kemiskinan dijadikan alasan tidak menyekolahkan anak2 sebab pelbagai bantuan boleh dipohon untuk memastikan anak2 dapat ke sekolah. Tapi saya rasa sebab anak2 tak dapat ke sekolah kerana mereka tidak punya surat beranak. Itulah yang pelik . Takkan kemiskinan menyebabkan mereka tak sempat mendaftarkan kelahiran anak2. Bila dah tak de sijil kelahiran macamana nak dapat buat IC dan memang tak boleh ke sekolah dan nak cari kerja pun susah. Anak2 pasangan daif ini berusia belasan tahun , ada yang mencecah 19 tahun kalau tak silap saya .

Macam2 benda pelik yang berlaku dan bukan di ceruk kampung tapi tapi di tepi hutan di Ampang yang tak jauh dah dari bandaraya .

19 comments:

suealeen said...

to be honest kak Rina, saya jarang tengok Bersamamu. bukan tak suka tengok orang miskin tapi bila saya tengok keadaan deme tu kekadang buat hati dijentik dengan rasa terkilan + rasa geram pun ada.

dah la orang tu tinggal di sub-urban sepatutnya info dia boleh dapat dengan segera. macamana nak daftar kelahiran, nak daftar sekolah, nak daftar IC. tiadakah jiran² yang prihatin? sukarkah untuk bertanya?

tiadakah yang bertindak melaporkan kepada yang berkenaan sebelum dibawakan ke Bersamamu? contohnya wakil rakyat tempat tu ke... peliklah!

Mak Teh said...

Saria,

Kalau dekat hutan Ampang tu besar kemungkinan mereka ini asalnya pendatang sing sebab tu sampai tidak ada dokumen-dokuman penting.

Saya pernah pergi tengok keadaan setingan di kawasan berhampiran dekat tidak jauh dari Hulu Kelang, anak-anak yang dalam kemelaratan itu adalah anak kepada pendatang ( mereka lahir disini ). Sayapun terdiam tak tau nak kata apa-apa.

silversarina said...

suealeen,

Serba tak kena je kisah tu , rasa macam bukan di zaman ini , saya memang pelik betul, macam duduk zaman belum merdeka yang taktau apa-apa.




makteh,

Suami dia tu rasanya memang Malaysian (6o tahun )tapi wife dia tu wife ke dua baru umur 40an dan dari gaya cakap memang macam orang Malaysia, tak de pelat Indon langsung . Rumah dia memang dalam hutan dan dibuat guna kayu2 yang dikutip di serata tempat. Entahlah nak kata pendatang asing rasanya tak.... tu yang buat saya rasa macam pelik sangat.

Sya said...

Orang sini ke orang seberang tu.. kalau kat pinggiran Ampang tu memang ramai org seberang yg bermastautin dan beranak pinak di pinggiran bandaraya, and mereka mengaku orang Malaysia tapi sebenarnya mereka adalah pendatang dr awal 80 an kot yg tak de sebarang dokumen

Mereka dah lama dok sini jadi memang tak ade bunyi2 Indon dah

silversarina said...

sya,

Kalau macam tu, memang betul lah tu memang diaorang tu pendatang asing , tak de langsung dokumen, yang jadi mangsa adalah anak2 . Sampai bila mereka tu hidup merempat tanpa dokumen ..... peliknya .

Kak Elle said...

sayang kat saya tak tonton .. channel berapa tu kat sini bolih dapat tv1 and tv2 aje.

Anonymous said...

mmg pelik la kan. ada satu episod kat BM ni, one famili, yg asben physically handicapped dah tentu tak leh keje. tp yg heran tu anak dia berderet2. camner tu? klu dah tahu susah kontrol2 la sket kan...hehehe. yg wife plak takkan la tak tahu istilah birth control. kat klinik kerajaan percuma je for them but then mana lah kita tahu masalah dorang ye tak. hanya Allah yg tahu...wallahualam!

hanya pendidikan sahaja yg dapat membasmi kemiskinan bukan harta kekayaan....

KC

pB said...

pB pun jarang tengok BersamaMu

zura aini said...

dalam dunia sekarang ni yang pelik akan menjadi biasa kak, dunia dah makin ke arah kehancuran agaknya.
tak fokus sangat rancangan tu tapi bila dengar tentang tak pergi sekolah, tak ada sijil kelahiran, terlintas juga dalam kepala, bertambah juga anak beranak....

Neeza Shahril said...

dulu neeza rajin tengok tapi sekarang tak lah lagi..
kadang2 ada benda yang kita rasa sangat pelik kan kak Rina.. geram pun ada.. ada family yang bapaknya boleh kerja tapi macam tak mahu kerja.. kalau sakit tu okay lah kan.. tapi kalau bab tak register anak tu, memang tanggungjawab tu mak bapak kena pikul...

Zareda Norman said...

Kak rina

Zar pun tak tengok bersama MU ni.. dah lebih kepada komersil zar rasa..

Tapi cerita kak rina ni memang buat zar pelik juga.. Yang zar heran jugak, walaupun susah, tapi anak kecik berderet deret. Konsep rezeki anak anak ni kena kaji bebetul.. emmang setiap anak ada rezekinya tapi rezekinya tu kena dicari, bukan datang bergolek..

en_me said...

pelik kannns..

KAMATO said...

dah lama jugak tak tenguk rancangan tu, kadang2 pelik dalam nagara kita masih ada yang sebegitu

silversarina said...

kak elle,

Kat TV3 tiap Rabu 9.30 malam.





KC,

Agaknya kita yang rasa pelik tapi bagi mereka itulah life yang mereka kena lalui yang kadang2 kita rasa macam sengaja dicari hidup susah tanpa ingin berusaha ke arah lebih baik, entahlah.




pB,

Kalau dulu2 rasanya nampak real jugak kesusahan yang dipaparkan.

silversarina said...

zany,

Memang sungguh pelik, anak bertambah tapi mentaliti dan usaha takat lama, dah tau susah hidup tanpa dokumen penting, buatlah sesuatu agar tak berulang sehingga 4/5 anak masih tak de apa2 dokumen diri, apa hal nya ...pelik :(






neeza,

Kalau susah sebab kesihatan tak mengizinkan memang kita pun simpati , tapi bila bab-bab berkaitan anak2, akak rasa geram jadinya .





zareda,

Tulah kan, kita je yang fikir tentang tu, bagi mereka macam tak kisah, yang ussah dan jadi mangsa adalah anak2.

silversarina said...

en_me,

Sungguh pelik !






kamato,

Dah lebih 50tahun merdeka, masih ada yang hidup tak punya warganegar , sengaja tempah susah sendiri sebenarnya :(

Sastri said...

salam kak... saya memang tak boleh tahan tengok orang berusia sebegitu masih bekerja untuk mencari rezeki... hati saya akan terasa cukup sedih dan mula bertanya, mana anak-anaknya? bukankah dia sepatutnya berehat sudah di usia begitu... dan saya doakan janganlah orang-orang tua yang saya kenali dan sayangi menjadi begitu... sensitif betul saya bila tengok...

Mama Rock said...

saya memang tidak tengok bersama mu...bukan angkuh tapi entah la ya,i dont know how to explain it.

oops, ampang kat mana tu?

silversarina said...

sastri,

Akak pun sama, berapa kali akak tersebut " Ya Allah, siannya pakcik tu dah 60 tahun masih kena kerja ". Itulah kehidupan yang agak janggal , namun mereka tetap kena teryskan juga demi sesuap nasi buat anak isteri.





mama rock,

I kadangkala saja nak tengok BersamMu tapi selalunya jadi terpelik sendiri .

Ampang kat dalam hutan sikit, ulu Ampang kot .