Saturday, June 27, 2009

papa ....abah ....ayah

Pagi ni Mimi dan Izzat ada kelas macam biasa, kelas ganti cuti raya nanti . Saya dah siap2 nak keluar hantar mereka , rupa-rupanya ayah anak2 jiran saya dah ready tunggu kat luar rumah nak hantar mereka ke sekolah. Balik nanti pun katanya biar dia je yang ambik budak2 tu semua. Biasanya saya hantar dan ambil anak2 sekolah rendah pukul 3.15pm dan pukul 6pm jiran saya akan ambik Izzat dan anaknya yang sekolah menengah sebab kelas izzat hanya tamat jam 5pm dan dia selaunya sempat main bola sebelum balik rumah.

Anak2 jiran saya yang berlainan lorong kadang2 tumpang saya balik sekolah . Mak ayah mereka telah bercerai masa saya di Jordan . Ayah mereka telah kahwin lain tapi masih rapat dengan anak2 dan juga ex-wife dia. Memang bekas isteri dia kata yang mereka berpisah cara baik. Saya tak tanya pun apa punca mereka bercerai sebab dia pun tak cerita . Cuti sekolah baru ni saya dapat kad jemputan kenduri doa selamat sempena pernikahan jiran saya tu. Kami tak dapat hadir sebab ke Medan . Saya hanya sempat belikan sebuah buku berkaitan kebahagiaan rumahtangga dan hantar hadiah tersebut sebelum kami bercuti . Pagi tu jiran saya tu dah siap2kan beg2 anak2 dia untuk dibawa bercuti oleh bekas suaminya . Baiknya kata saya dalam hati. Cuti dan hujung minggu si bapa yang tinggal di bandar lain akan meluangkan masa bersama anak2.

Baru ni masa anak2 tu menumpang kereta saya pulang dari sekolah , si kakak ada beli bookmarks dari sekolah dan dia kata 1 nak bagi papa, 1 lagi nak bagi abah. Saya saja tanya papa tu sapa. Dia jawab papa adalah ayah yang baru, abah ayah yang lama . Baik budak tu, sayang kedua-dua bapanya tak kira yang baru atau yang lama. Papa baru juga tak tinggal di sini, dia tinggal jauh di bandar lain jugak dan punya anak 2 . Abah lama dah kawin lain tapi belum ada anak lain lagi.

Pada saya kasih sayang ibu dan bapa amat penting dalam mendidik anak2 walaupun dalam keadaan sudah berpisah dan tinggal berjauhan . Terasa terharu dan ikhlasnya hati anak2 kecil tu bila berkata tentang papa dan abah mereka yang merupakan ayah mereka semua.

19 comments:

ALAF21FC said...

Betul, kasih sayang si anak begitu murni

Kak Elle said...

bagus lah ada jiran yg baik macam tu rina..

moon said...

Kak rina,
Cik moon suka dengan sikap prihatin sesama jiran tolong menolong camtu...

Mulan said...

kalau kedua2 papa & abah bertanggungjawab, akan sentiasa aman & makmur lah keluarga mereka tu. moga kekal selamanya..

mommy said...

kan bagus kalau semua manusia macam tu..x dela gaduh2 rebut anak & macam2

tulipurple said...

moga indah hidup kita semua di bwh lindungan Tuhan...:)

MA said...

Suka saya baca kisah anak-anak jiran Kak Rina. Ini semua sebenarnya boils down to sikap mak bapak jugak, kalau mereka dapat put aside differences masing-masing dan bertolak ansur bersama-sama jaga emosi anak-anak.Alhamdulillah.

silversarina said...

Alaf21fc,

Anak2 kcil memang suci dan telus.





kak elle,

Alhamdulillah jiran2 I setakat ni baik walaupun jarang bertemu muka .



moon,

Duduk di luar bandar ni sikap bantu-membantu masih diamalkan Alhamdulillah.

silversarina said...

mulan,

harapnya kekal begitu demi anak2 jugak.




princess,

Malangnya tak ramai macam yang diceritakan dalam n3 ni :(

silversarina said...

tulipurple,

Apa yang berlaku semuanya ada hikmah di sebaliknya , hanya DIA yang TAHU.




MA,

Betul tu , bila anak2 ni dididik untuk menyayangi ahli keluarga walau tidak lagi tinggal bersama, InsyaAllah mereka dapat rasakan kasih sayang itu dekat di hati.

( I try buka ur blog tapi dah tak boleh akses . )

Cat Cat said...

Kak Rina,
Ramai famili kat USA ni, mak ayah berpisah but still have good contact. Cerai berai ni dah jadi kebiasaan kat sini...

Ummi365 said...

alhamdulillah, mereka punya papa dan abah yang bertanggungjawab. kadang2 kesian tenguk anak2 yang tak tentu arah bila emak dan bapa bercerai.

zino said...

zino pun bergelir dengan jiran sebelum ni menghantar dan mengambil fizah sekolah.. tapi bila dia dah pindah.. ada susah sikit..

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Rina, saya ni silent reader. Bila baca entry ni mcm kawan saya pulak yg kerja Perwaja. Cuti sekolah baru2 ni dia buat kenduri kesyukuran kawin baru dgn kawan ex-sekolah dia & saya juga. Tapi anak dia yg besar tak de pulak sek men Al Amin cuma yg sek rendah shj kerana yg besar sek Imtiaz & Mrsm kota putra. Betul ke org yg sama

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Rina, saya ni silent reader. Bila baca entry ni mcm kawan saya pulak yg kerja Perwaja. Cuti sekolah baru2 ni dia buat kenduri kesyukuran kawin baru dgn kawan ex-sekolah dia & saya juga. Tapi anak dia yg besar tak de pulak sek men Al Amin cuma yg sek rendah shj kerana yg besar sek Imtiaz & Mrsm kota putra. Betul ke org yg sama

MA said...

Kak Rina,

Sorry, mungkin ramai tak sempat ambil url baru. Yang lama dah sita untuk simpan dalam muzium. Sila ke sini :

http://beyond6years.blogspot.com/

silversarina said...

cat cat,

Ha ah akak pun selau tengok dalam TV yang orang putih kat sana kalau bercerai punmaish baik dengan ex dan anak2. Bagus camtu.





ummi365,

Bila semua bertanggungjawab senang rasa anak2 membesar taklah kurang kasih sayang. Bab berpisah bukan boleh dijangka dan kalau boleh tiada siapa yang mahu, tapi kalau dah terjadi semua kena main peranan membesarkan anak bersama.

silversarina said...

zino,

Mula2 hari tu naik bas sekoah tapi lambat tiba sekolah dan juga tiba di rumah , sian tengok budak2 tu. Alhamdulilah ada jiran yang anak2nya sekolah sama . Nanti tahun depan jiran tu akan pindah rumah baru, tak bergilir lah jawabnya jugak.





anonymous,

Wassalam.Betul tu, orang yang samalah tu . Anak2 dia 2 orang sekolah rendah Al Amin . Mereka tu kadang2 balik naik bas sekolah, ada masa je mereka tumpang akak. Yang besar2 dulu sekolah al amin tapi sekolah menengah masuk asrama Imtiaz dan MRSM.







MA,

Aaaiiikk ....dah simpan dalam muzium, tak boleh lawat ke muzium tu ???

Nanti akak jengok blog baru tu. Tq.

Unknown said...

kak rina,
i think maknya yg telah mendidik anak dgn baik & terapkan tanggapan yg baik dlm phbgn anak & ayah, walaupun telah berpisah..
terharu baca kesah, terkesan dgn gambaran kaseh sayang antara ibu, ayah & anak2, walau ibu ayah tdk hidup sebumbung...