Saturday, June 13, 2009

Seketika di negeri kelahiranku

Cuti Fasa1 adalah cuti di negeri kelahiran saya , Perak. saya hanya pernah tinggal di Ipoh selama 5 tahun sahaja. Selain itu saya membesar di merata negeri dan yang paling lama adalah di Kemaman . Tahun ini genap 20 tahun saya menetap di Terengganu , 4 tahun di Kerteh 16 tahun di Cukai Kemaman.





Sempat makan2 di rumah abang saya di Manjoi, lama tak jumpa abang sekeluarga... sedap semuanya .



nostalgia pokok2 besar di Taman Tasik Taiping di mana arwah abah selalu bawa kami ke sana semasa kami menetap di Taiping masa kecil dulu . Agaknya pokok2 ni dah berapa umurnya..memang besar betul !



Mee udang Kuala sepetang .. maaf saya cedok gambo dari website orang lain sebab kami lupa langsung nak tangkap gambar sebab terlalu excited nak rasa mee yang penuh udang besar ...udang kecik RM7 sepinggan, mee udang besar RM11 sepinggan, berbaloi sebab udangnya banyak dan fresh .



Seketika bersembanag bersama Datuk Seri Nizar dan keluaarga di kediaman mereka di Sg Rokam Ipoh. DS seorang yang peramah dan merendah diri tapi memang jelas tubuhnya susut setelah menjadi pemimpin terpenting negeri. Semoga DS dan keluarga diberi kekuatan menghadapi segala macam dugaan dan cabaran InsyaAllah.





Selamat berhujung minggu...kami esok dah start sekolah semula.

19 comments:

zino said...

selamat berhujung minggu.. percutian balik kampong yg sungguh menarik tu..

aNIe said...

Salam Rina...memang seronok bila dpt balik ke kampung halaman...teringat segala kenangan ketika sama2 membesar bersama keluarga & kawan2...

Mee udang tu gambarnya memang mengiurkan...ingatkan rina yang 'snap'...hehehe

Paling teruja...gambar rina bersama DS Nizar...

Ajzie said...

Mee udangggggggggg .. sedappppppp nya

mommy said...

besarnya pokok2 tu..
taman tasik taiping.cam dh lama je x pegi..ke x penah pg..hehe lupa..^^

JHaZKiTaRo said...

sedap tgk mi udang tu.. hehhe.. nanti bila2 datang perak, meh laa singgah my house kat parit buntaq.. tak jauh dari taiping..

cikMilah said...

mak oi!!!! mee udang tu...

Laluan DS amat sukar - bukan calang-calang orang yang di pilih Allah menghadapi dugaan begitu.

Semuga semuanya sejahtera.

Neeza Shahril said...

gulp!! neeza lapar ni kak Rina.. tengok gambar mee udang tu, lagi lah laporrrr.. hehee..

lama jugak akak dah dok terengganu ya.. lebih kurang neeza la kot.. tapi neeza kemaman aje.. dari 1984..

ntahsapentahni said...

teacher, tima kaseh atas hadiah kawen. isteri saya kirim salam. gambar kawen kitorg ada kat sini -> http://darulmujahidin.blogspot.com/2009/05/selamat-pengantin-baru_31.html

maklang said...

Kita pun baru aje sampai rumah beberapa jam yang lepas...besok rasa2nya semua sambung cuti lagi sehari...penat lesu takilang lagi...

Kak Elle said...

mee udang tu sungguh menyelerakan....

silversarina said...

zino,

Bila sekali-sekala dapat balik kampung memang best, tapi kami dah tak de kampung sebab rumah mak dah disewa orang sebab mak dah tak sihat dan mak kini tinggal di rumah kakak.




anie,

Walau sekejap je kat kampung namun macam2 dapat kami buat terutama jumpa sanak sedara .

Tulah , gambo cedok je tu, tapi nampak sama macam yang kami makan :)



ajzie,

Kena try tu kalau ke kuala sepetang :)

silversarina said...

princess,

Pernah dah bawak masa kecik2 dulu, manalah nak ingat memang masuk keta terus je mimpi...hihi.




jhaz,

Tak pasti bila akan balik kampung lagi, mungkin balik raya , semua tak pasti lagi sebab pakcik raya di UAE ...kalau jhaz ke kemaman jangan lupa calling2..0179016648

silversarina said...

cikmilah,

Besau2 udang tu, memangs edap betul. Hari ni plan nak masak mee udang ..hehehe.


DS Nizar memang jenis cool...macam tak de apa yang menyesakkan dada bila bercakap dengan beliau.




neeza,

Balik nanti datang rumah akak buatkan mee udang .Datang tau !!

silversarina said...

ntahsapentahni,

Wah, dah jadi raja sehari, tahniah dan teacher dan tengok wajah fadli dan isteri ... selamat mengharungi alam rumahtangga !

silversarina said...

maklang,

Alhamdulillah dah sampai kerteh semula...memang balik umrah sure letih teramat sangat.. kena rehat dan charge battery balik.salam buat semua.




Kak elle,

Sungguh menyelerakan...I cari resipi mee udang dan dah beli udang pagi ni nak buat mee udang hari ni..ye ye ye :)

moon said...

Kak Rina,

Bestnya dapat jumpa DS Nizar...bertuah akak.

Unknown said...

kak rina,

kakyong yg spjg masa di Perak ni pun belum pernah lagi merasa mee udang kuala sepetang... maklum lah en ayah kalo boleh seme nak saya masak sendiri... huhuhhh... wajib lah juga saya cari resepi mee udang ni... resepi nak buat mee dah dpt.. tp belum try jer...

kak rina yg jauh, kerap2 juga ziarah DS Niza & DS Fatimah... saya yg dekat ni, tingin nak pergi tp en ayah mcm tak mau.. memang lah takde connection, tp apa salahnya menziarah.. merapatkan silaturrahim kan...

kak rina memang dah kenal lama ke dgn keluarga DS Nizar..

silversarina said...

moon,

Alhamdulillah kebetulan DS ada kat rumah masa tu ..lama dah kami tak jumpa.




kak yong,

Kami mula kenal DS lama dulu masa anak akak Zaid dan 3 anak DS bersekolah di Al Imam International Institute (sekolah tahfiz swasta ) di KB, masa tu DS tinggal di Penang. Kemudian anak2 beliau sambung belajar di Jordan dan Zaid pun sama dan masa akak pindah duduk Jordan akak memang kenal rapat dengan anak sulong mereka, Fatihah atau kami panggil Yong. Masa DS dan keluarga bercuti di bumi anbiya mereka sempat singgah makan2 dan mandi-manda di rumah akak di Ammman dan itu kali terkahir akak jumpa sebelum beliau bergelar MB. Nak jadikan cerita lagi, menantu DS sekarang Hazimin Sulaiman adalah kawan baik dan business partner (travel agency ) amak akak zaid, berpanjanganlah jadinya hubungan kami ni .Sekarang ni Hazimin dan isteri serta anak mereka (cucu DS ) ada di Jordan dan tumpang rumah Zaid sebab Zaid dan Hazimin sedang bawak pelancong ke Turkey . Akak dah anggap anak dan menantu DS macam anak2 akak . Ha tulah kisahnya ..panjang pulak bersoreh ..hehehe.

silversarina said...

kak yong,

Nak tambah.. kami ke rumah DS sebab ada barang nak kirim pada Zaid sebab Haziamin masa tu akan ke Jordan dan kebetulan DS ada dan tengah bersiap nak ke kenduri kawin di sekitar Kampar . Akak pun malu jugak kalau terus nak berjumpa DS yang sentiasa sibuk tu, yelah memang kita tahu yang beliau sentiasa sibuk
. Memang beliau seorang yang cool .