Tuesday, April 1, 2008

Akibat Ter Over .....

Sejak tengah hari semalam rasa tak berapa sihat, rasa nak bernafas agak susah dan perut macam kembung , teringat masa mengandung biasa kena macam ni dipanggil medu atau pedih ulu hati ( ni bukan kes mengandung ekk !! ). Lepas ambik mimi balik dari sekolah, saya terus terbaring selepas makan 2 biji panadol dan tertidur seketika. Lepas dah dapat tidur rasa perut dah okay sikit walaupun masih lagi rasa senak dan semput nafas. Saya hantar mimi ke kelas kafa , dia buat hal bulak, menangis tak nak masuk kelas, puas saya pujuk baru dia nak masuk kelas, ditanya apa alasan tak nak masuk kelas, dia tak jawab.Saya terus ke al amin ambik Izzat sebab dah janji nak bawak dia ke kedai sukan beli net tiang gol yang wangnya hasil kerjasama gang bolesepak yang berjaya memungut dan menjual besi buruk dari rumah masing-masing , dapatlah RM90 dan harga net RM100, tambah duit sendiri, tak jadi beli bola sebab dah ada bola yang elok. Tiang gol dah lama tersedia dan petang semalam gang bolasepak main penuh bergaya dengan merembat bola masuk ke dalam gol yang berjaring. Saya yang masih sakit perut tidak turun dari kereta, menunggu sahaja di dalam kereta . Biasanya izzat pergi/balik sekolah dengan bas sekolah tapi sebab dah janji yang saya ambik dia hari ni, kena jugaklah tunaikan janji.

Malam tadi selepas solat Isya' , terus saya tidur, memang rasa tak selesa perut ni. Saya terjaga bila tiba-tiba terbau macam asap, tak pasti asap apa tapi baunya macam dekat saja, macam ada dalam rumah. Saya lihat jam waktu tu baru 12.44am . Pelik, saya bangun dan periksa dapur, bilik2 tidur dan ruang hadapan, mana tau ada apa/siapa . Semuanya selamat. Saya pelik sebab rumah tertutup rapat tak mungkin sebarang bauan dapat masuk ke dalam rumah. Saya buat andaian asap dari motorsikal yang berderum-derum di luar yang masuk menembusi penapis penyaman udara yang terpasang. Ada gang rempit mana pulak yang datang buat bising di laluan seberang rumah.macam tak logik sebab motor di sebelah lain dan air-cond di sebelah lain. Saya 'lupa' pasal asap sebab lepas tu perut saya buat hal lagi.... lamanya saya berada di dalam tandas dan rasa dah nak tercerut usus saya , sakitnya bukan main. Dekat jam 1.40 am baru saya selesai dengan urusan tandas dan terus terbaring dalam keadaan sakit masih terasa. Nak kata saya tersalah makan tak jugak . Sejak lebih sebulan lalu saya meminum teh misai kucing untuk mengurangkan kencing manis dan saya rasa teh ini juga mengurangkan lemak. Mungkin saya terlebih minum teh ini sejak mingu lalu sebab kalau boleh nak bebas dari kencing manis dan lemak juga kurang dengan segera, kira kes terover minum. Saya andaikan itulah puncanya angin dan sakit perut dan kes acap ke tandas.

Bila sakit perut malam tadi saya teringat beberapa tahun lampau saya sakit kepala teramat sangat dan ada sorang kawan ni bila sakit kepala dia akan makan panadol 4 biji sekaligus dan dia okay je, tak pengsan pun. Bila saya teringat yang dia makan 4 biji, saya try makan 3 biji sebab nak cepat baik, 2 biji memang tak jalan sebab dah cuba sebelum tu. Saya makan 3 biji panadol sekaligus.

Ya Allah, tak sampai setengah jam, mata saya dah berpinar-pinar, loya tekak usah dikira..saya sempat ke tandas dan muntah keluar dengan banyak, dah nak pitam masa tu, saya berpaut pada sinki , tak sempat nak keluar bilik air rasa nak buang air besar pulak dengan perut punyalah sakitnya. Masa tu tak dapat nak bayangkan sakitnya perut , rasa diperah-perah usus dan macam nak pecah dibuatnya, habis keluar semuanya, kempis perut lepas tu. Saya memanggil maya tolong pegang saya sebab macam nak tumbang. Saya terus berbaring atas katil sambil kata pada maya yang saya rasa macam nak mati dah. Darling di surau masa tu, dia balik heran tengok saya terbaring , bila dia tau yang saya makan panadol 3 biji terus dia kata, " sapa suruh makan overdose? ", saya jawab dalam sakit tu, " Cik ngah tu makan 4 biji tak jadi apa pun.. " nak justify yang saya makan 3 biji tu patutnya tak jadi hal, bukan 4, hanya 3.

Saya tak berani makan 3 biji panadol lagi sejak peristiwa itu, tapi agaknya kalau nak kuruskan badan boleh kot... kempis perut saya malam itu.

Bila sakit malam tadi memang saya risau jugak takut terpengsan dan sapa pulak nak bawa saya ke hospital tengah-tengah malam buta... tanpa mengetahui apa yang berlaku, mimi dan izzat lena sampai pagi ..........

26 comments:

Cat Cat said...

Kak Rina,
Panadol tu, Cath paling banyak pun 2 bijik... Tu pun dah cukup, Kak Rina... 3-4 bijik memang terover dose ni...

maklang said...

Inilah dia kalau nak jadik Dr sendiri...kesian kat Rina...

kalau apa2 tengah malam, terok sangat ke, call aje maklang, walaupun jauh, akan kami tempuhi jalan gelap demi untuk menolong teman sepejuangan ni...

jaga diri kak oi...kalau apa2 susah nanti...

p/s: misai kucing tu untuk darah tinggi jugak ke?

Ummi365 said...

Kak Rina dah sihat? Jaga diri baik-baik ya cik abang jauh tu. Ummi mengingatkan diri ummi jugak sambil tu.

MAMAMIA said...

Kak Rina tak cuba mnum Eno? Saya kalau perut meragam kdng2 ambik ni, mencuci perut...

Take care, jangan ter over lagi...

cendawanintim said...

Ya Allah,Naper amik risiko tuh, pegi klinik tau...jangan nak memandai2 lagik....

Saya pon sekang rasa cam pedih ulu ati bila minum ais...tu laaaa, masa pantang ari tuh tak pantang betul2...

Kak Elle said...

betul kata maklang sebagai teman dan jiran:)

ni dah sihat belum? kalau nak makan panadol mesti dgn perut kenyang..kalau tak perut akan pedih.

Anonymous said...

masa zaman remaja dulu, kawan2 ajar nak main bola kena makan panadol 4 biji, baru melayang hehe sampai kat Jordan saya pun ajar jugak pada orang lain, tapi lama2 x berani buat dah, sebab kesannya sampai dah abis game. Jahat betul.

Unknown said...

rina...:-)

ni dah baik ka belum? jika belum - semoga cepat sembuh.
jika sudah baik, jommmm kita gi shopping...hehehe

ps: abg darling di uae ka sekarang?

idham

Sue.Aleen said...

kak rina,
dah sihat ke ni? jangan tak sihat berblogging plak.. nanti ramai yang rindu..

kita curious plak dengan asap misteri yang kak rina cerita ni.. cite tergantung ni.. jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.. ahaks..

take care yer kak rina..

Neeza Shahril said...

Panadok 3 biji??? ish ish.. rasanya kat situ ada tulis 1 -2 biji sekali makan. Kak Rina nak cepat baik yee.. kak Rina kena jaga diri untuk anak2 tu.. hehehe.. pandai nya neeza nasihat kan orang..

Teh misai kucing tu mak neeza dok minum.. sampai kena masuk hospital sebab hypo - dia ada kencing manis. Tapi tak tahu lah sebab tu ke ataupun sebab mak neeza terlebih ubat.. ubat doctor dia ambik, teh misai kucing dia minum jugak...

Neeza Shahril said...

hehehe.. panadol jadi panadok.. ehhee

mama said...

kak ina...
sakit perut lagi ke?

mama said...

sebenarnya makan apa2 je tak elok kalau diambil berlebihan...
sederhana cukup la kak ina, agama kita pun suruh hidup beserdahana kan

umie@kakyong said...

Salam Rina,
HArap Rina cepat sembuh... jaga makan supaya kencing manis terkawal...

silversarina said...

cath,

Nak cepat baik kononnya... padan muka akak, hahaha.



maklang,

Doktor terlebih pandai, itulah jadinya.

Tq sebab offer help... tak pe jiran dekat ada je .. sian pulak maklang nak kena datang redah keheningan malam...hehehe.

misai kucing tu memang elok jugak untuk darah tinggi.



ummi,

pagi tadi dah okay, tengah hari sakit balik, ni dah okay balik. Hari ni tak inum dah si misai kucing tu.



mamamia,

nak beli eno tu dah lama dah tapi tak beli-beli lagi.. tq sebab ingatkan akak.



cendawanintim,

akak ni jarang sakit selain dari kencing manis tu.. ubat doktor pun makan jugak di samping misai kucing, rasanya hypo semalam tu sebab dah terlebih minum si misai tu...

silversarina said...

kak elle,

thanks for sms pagi tadi. Ni dah okay tapi tengah hari tadi sakit pulak balik. Memang I makan panadol lepas makan tapi rasanya betul macam akak bagitau mungkin hypo sebab terlebih teh misai kucing tu.



babazahra',

ni kes penyalahgunaan ubat/dadah ni.. kalau tak sakit sangat taklah akak makan lebih dose... sure spinning kepala dibuatnya ... elok sangat lah ustaz ngajo anak buahnya..hehehe.



idham,


petang ni dah okay , biasalah jenis yang jarang sakit , sakit kalau tak teruk mana boleh baring... baik pergi shopping.... kalau you sanggup belanja I shopping dari baring terus sihat jadinya...hehehe.

darling minggu ni ada course di meridian abu dhabi, weekend balik das island.. orang pulau , sian dia..

silversarina said...

suealeen,

okay dah ni...

asap tu sampai sekarang akak masih tercari-cari puncanya, siap tengok bumbung rumah kot ada kayu api ke , namun takde apa, tapi memang bukan asap motor baunya.. bau macam rokok pun ada jugak, nak kata jiran sebelah kiri memang dah lama pindah, sebelah kanan jalanraya, air-cond belah kiri...debar jugak akak waktu terjaga tu, tapi tak de apa/siapa dalam rumah tu yang tak kisah dah bau tu...



neeza,

tulah nak cepat baik lah tu, ingatkan panadol tak kuat mana... usahlah makan lebih ubat... silap boleh rosak hati.

akak pun rasa hypo semalam tu sebab ubat doktor pun makan dan misai kucing tu pulak minum dari pagi ke malam..nak cepat baik...padah dan padan muka akak.



mama,

kurang banyak dah sakitnya. makan lebih ubat dan misai kucing tu sebab nak cepat baik dan sihat, rupanya lain jadi pulak..hihih.



umie@kakyung,

Tq for the wish.... bab jaga makan tu tak konsisten, ada hari bukan main jaga sebab dah ada ubat dan misai kucing, ada masa teringin nak makan tak kira pantang dah... doalah saya cekal dalam menjaga kesihatan diri.

SoFie NuR said...

aiii...xde penyakit pegi cari penyakit...dah la xde sape2 kat umah tu selain teddy bear b'2 tu je...bahaya tau kalo overdose..len lak jadinye nti...uhhh...doktor tgh potpet2 nih....huhu

silversarina said...

sofie dearest,

mak doktor mesti lagi hebat dari doktornya... nak sembuh cepat...

ye lah doktor, saya janji tak buat lagi dah.... hehehe.

cikMilah said...

gitu pulak cerita kakRina ni.. ubat moden denagn ubat tradisi bertembung tu... berkepul2 lah angin tu...kalau minum Teh misai kucing ni kena minum banyak air suam kan...harap2 kakRina dah ok..

Update nanti ye pasal bau asap misteri tu....

Anonymous said...

kesian makcik ina.jaga diri baik2 yer...hanan syorkan m.cik amalkan minum madu lebah asli dan minyak habbatussauda'.selamat dari kesan sampingan, dan disebut dlm qur'an& hadis.

D said...

eh, kak Rina, dengan ubat-ubatan ni tak leh main-main! Alhamdulillah tak de apa-apa..

Makcik Runner said...

dah lah sakit perot pehtu makan panadol 3 bijik, haru beb! sakit perot tu sebab minum teh misai kucing ke? cuba lak minum teh misai asben mesti ok pasni...yaa ampunnn! hehehe

harap2 rina dah sihat dah sekarang :)

silversarina said...

cikmilah,

akak okay dah, pagi ni baru minum semula misai kucing tu....

bab asap tu hubby kata biasanya malam-malam ada orang bakar kebun yang tak jauh dari kawasan kami... harapnya betul lah .



hanan,

terimakasih atas doa hanan.. makcik ok dah pagi ni... habbatus sauda' makcik tak boleh hadam.. dah lama cuba... kini misai kucing memang nampak kesannya, cuma makcik ni terover, dan makcik memnag tak tahan teh kalau minum banyak, jadi angin...


d,

Ingtakan ok je panadol sebab ubat over the counter , dah tau kesannya memang takkan berani buat dah. Thanks for dropping by.


kc,

Misai kucing kena yang pucuk baru.. misai asben dah beruban, tak mujarab untuk kencing manis...hehehe...

Zareda Norman said...

kak rina kena gastrik tu.. dan janganlah makan panadol kalau gas dalam perut tengah banyak... boleh putus nafas...

makanlah oren sunkist berbanyak.. elo untuk perut banyak gas..

silversarina said...

zareda,

hari ni baru okay sepenuhnya.. memang akak ada gastrik tapi lama dah tak kena.

Thanks for the reminder.