Selepas kembali dari Kuantan petang semalam terasa badan letihnya bukan main kerana terpaksa meredah jam di kuantan semata-mata nak makan cendol sedap . Kalau biasa saya jarang meredah bandar kerana selalu exit ikut UIA dan perjalanan yang sungguh selesa terus ke kemaman. Cendol punya pasal lebih sejam setengah baru sampai ke rumah yang biasanya hanya 45- 55 minit .
Sebelum solat maghrib, saya terima satu sms yang benar-benar mengganggu konsentrasi solat saya (biasanya terganggu jugak tapi kira sms ni paling mengganggu). Sms dari sahabat di KL yang bagitau sahabat kami yang merasakan kasihnya telah melimpah ( kisahnya yang diceritakan baru-baru ini )akan bernikah malam tadi. Terus saya pulak yang sebak. Saya dapat tahu memang dia akan bernikah bulan April tapi tarikhnya saya tak tahu . Saya terus sms isteri sahabat yang nak kawin tu yang juga sahabat saya benar ke apa yang diberitahu melalui sms. Selepas solat , rakan saya yang lain pulak called dari KL yang bagitau berita nikah ini dan suami serta anak lelakinya sedang bersiap sedia akan ke masjid terkemuka di ibu negara bagi meraikan majlis tersebut , tapi sahabat saya ini tidak sampai hati nak menghadiri majlis ini atas dasar dia pasti akan menangis dan sebak melihat sahabat kami akan bermadu lepas itu.
Tak lama lepas itu saya dapt sms sekali lagu dari sahabat saya yang bakal dimadukan... umur seusia saya, 43 tahun telah berumahtangga 23 tahun , anak yang sulung 21 tahun , yang bongsu 2 tahun ..inilah sms nya....
"Pkl 9 mlm akd nikahnya, Km skrg kt msjd W*****h . Km ank brnk redha dgn ktntuan Allah, Semuanya adalh ujian d dunia dn ada hkmah tsmbunyi. WAllahua'lam ! "
Sedih sungguh saya dalam pada masa yang sama saya merasa betapa sahabat saya ini seorang yang teramat tabah . Bayangkan dia dan anak-anak menghadiri majlis akad nikah suami nya.
Kini kasih tidak melimpah keluar lagi dari cawan... kasih akan bertakung di dalam 2 cawan... atau mungkin dua cawan juga tidak dapat menampung kasih yang melimpah ruah... hanya masa yang menentukan.
terimakasih pada azlanlin sebab bagi pinjam gambar ni...

Saya hantar sms kembali dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan diberkati Allah..namun di sudut hati Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat....
Saya sms darling yang juga rakan baik si suami yang bernikah , bagitau yang si MJ tu akan bernikah dan ini sms my darling ...
"Wslm, ingt ke lmbt lg. Biar jelah, dia tahu diri dia sendiri. Ok plk N & ank2 hadir sekali.... "
Semua yang baik datang dari Allah Yang Maha Esa.......... Alhamdulillah.

26 comments:
sedih...moga2 sahabat Rina dan anak2nya tabah menghadapi semuanya...
Takut kasih tu bukan melimpah kat cawan lagi, takut pergi kemangkuk pulak...lagi banyak tanggungan!
Sama kes dengan kawan maklang. Nikah masa di US dulu. Anak dah besar and dah nak becucu. Tetiba suami nak kawin lagi atas alasan nak tolong janda anak 1 ke 2. Menurut kawan maklang yang satu lagi, rumah isteri pertama sekarang macam merundum aje. Maklang call kawan yang isteri pertama setelah bertahun tak contact ( kebetulan nampak Ym suami dia) and immediatelly masa maklang call, dia kata..I dah ada pesaing! Terkedu jugak masa tu!
Memang kawan I ni jenis cool ,... harap dia tabah harungi masa-masa mendatang...
btw, MR H , ur officemate aka my fren tu, hadir di majlis tu malam tadi, dia yang dari mula penggalaknya, malam tadi masa wife dia called me, I tanya pulak bila si H nak pasang satu lagi... ketawa je dia...
Kak Rina,
Tak tau nak kata apa. Semoga kawan kak rina tabah menghadapinya dan mungkin juga ada hikmah disebaliknya. Allah saja yang mengetahui.
First and foremost saya tabik kawan rina kerena sanggup hadir dlm majlis akad nikah tu walaupun hati nya sayu:(
Harap si suami tak akan abaikan istri pertama yg sudah 23 tahun bersama...semoga istri pertama tabah menempuh hari2 yg akan dtg.
ummi,
I pun taktau nak kata apa tapi my fren tu memang tabah betul dia... hakikatnya Allah menguji dirinya kerana dia mampu menangani ujian tersebut.
kak elle,
Terasa pulak diri I jauh lemah berbanding kawan I... semoga tabah selamanya.
hanya orang yang tertentu diberikan ujian sebegitu, kata kakak saya.. sebab dia pun mengalami perkara serupa.
even worse, dimadukan secara senyap-senyap dengan kawan sendiri sebelum diceraikan beberapa bulan selepasnya..
sian dia.. tapi alhamdulillah digantikan jodoh kepada yang lebih baik..
anyway, dia nikah pun di US dulu dan kebanyakan katanya (tak semua) bila balik m'sia akan alami masalah rumahtangga, wallahu'alam
baru ari nie jumpa blog nie... nice entries..
for this case... sorry cannot comment.
'bout the medicine, better do not be ur own doc, unless u know how ur body react to the drugs.
btw, panadol takat 2biji tu, my body x heran pun.heheheee.. tp jgn ikut.
saya kagum dengan wanita yang redha....
saya fahami hati wanita yang terluka bila satu dah jadi dua.
saya doaka kebahgiaan mereka....
pakpayne <----tak sanggup di madu!
kak rina..
sedih I baca tis story tow
berat mata memandang
telinga yang mendengar
mulut yg berkata
tapi..
berat lagi diri sendiri yang menanggung beban...
kesian dia...
semoga tabah hadapi ujian dunia
-zahila-
salam kak rina...
emm ssh nak cari org yg begitu tabah menghadapi sume nih dan redha org yg dia syg kawin lain... tapi kite doakan kebahagiaan dorang sekeluarga... moga idop kawan akak tu tak disia2kan...
*nangis*
adakah nantinya saya kan begitu...??
suealeen,
Setakat yang akak kenal di tempat sama belajar dan kawin di US dah 3pasang bercerai tapi yang kawin 2 ni baru first time .
Kalau kawin senyap-senyap lagi teruk, pengecut betul lelaki macam tu.
zonaku,
Actually I was in a lot of pain which I thought 3 tablets would simply eased the pain...oh boy... I felt like it's the end of my life .. how come some people can stand 3/4 tablets ???
thanks for dropping by.
pakpayne,
Saya masih kurang mengerti macamana sahabat saya boleh begitu kuat semangat dan tabah atas apa yang berlaku malam tadi dan hari-hari mendatang.
jangan khuatir... kau takkan dimadu..tapi boleh dicari madunya....hihihi.... kelakarlah..
zahila,
kita yang dengar pun lemah jiwa terasa... Allah Maha Mengetahui segalanya.
manje,
itulah dia isteri mitahli... 1 dalam sejuta payah dijumpai..
cikguzue,
Bila ia berlaku ia pasti akan berlaku, semuanya pasti ada hikmahnya yang Allah saja yang Tahu.
Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi, hati isteri pertama siapa yang tahu, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahu segala-galanya...
Apa yang baik itu datangnya dari Allah Taala jua, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kita sendiri..wallahualam..
Tak dinafikan bahawa ada ketika terdetik hati untuk 'membantu' wanita lain, tetapi ianya diselangi sejurus kemudian oleh persoalan: apakah sudah habis membantu mereka yang ada sekarang sehingga mampu untuk membantu orang lain?
Jawapan yang muncul di hati dan fikiran: tidak.
namun ketentuan-NYA di waktu yang akan mendatang, hanya DIA yang lebih mengetahui.
tetapi keredhaan dan ketabahan sahabat itu amatlah dikagumi.
Salam Kak Silver
I kagum dengan wanita yang rela dimadu. Dan sekiranya I ini rela dimadu bermakna I sudah jemu, fed up dengan my husband. Setakat ini, belum lagi-lah.
silversarina, sorry bagi laluan sikit.
nak tergelak tgk komen pakpayne tu...adakah dia yang nak dimadu..!! kehkehkeh...mungkin dia yg cari madu kot...
Memanglah, hanya Allah yg Maha Mengetahui... ya Allah menguji orang2 yang sanggup diuji...hurm...ujian lain mungkin boleh hadapi, tapi ujian yg satu ini...tepuk dada tanya lah hati...
Memang kawan you tu akan dapat dapat payung emas di syurga nanti InsyaAllah...
Ada satu kes dlm jemaah we all kat sini. Kagum betul tgk "mereka"... dua org sisters ni (bermadu) duduk serumah, attend usrah sama-sama, boleh duduk sebelah menyebelah, bertepuk tampar, dan gelak ketawa sama-sama. MasyaAllah....
dan isteri pertama tu yg suruh isteri kedua(masa tu bujang lagi) kahwin dgn suami dia, sebab kesian tak mahu sister ke-2 tu jadi andalusia.... dan u know what? dia boleh cakap, " My husband is not not mine 100%, Allah hanya bagi pinjam sahaja!!!"
MasyaAllah... punya lah tinggi keimanan dan kesabaran dia!!!
Itu rasanya bukan payung emas saja, tapi payung intan-berlian lagi!!!!
bermadu ..sesuatu yg teramat pahşt utk seorang wanita..danN sanggup redha... mcm ckp akak...tabah betul sahabat akak tu.. semoga Allah memberinya kekuatan....aminnn
tapikan akak...bila lelaki ni kawin dua...confident sangat ker dia akan dapat adil? saya sesungguhnya tak confident lelaki zaman ini akan dapat adil... tak ker naya nak jawab nanti ngan Allah?
Hanya Allah yang maha mengetahui. Berat mata memandang, tentu berat lagi bahu yang memikul. Sedih. Saya belum pernah berjumpa kes isteri hadiri pernikahan suami macam ni...Doa saya semuga isteri pertama tak di abaikan hati dan haknya.
Entahlah kan.. setengah orang dapat terima dengan tenang. Setengah orang tak boleh terima. Kalau neeza, rasanya tak boleh terima. Tapi memang sedih laa.. sebab anak bongsu kecil lagi. Apa lah yang dia kemaruk sangat tu.. takpe Kak Rina, kita tengok adakah kasih yang melimpah tu akan bertahan lama sebab kalau dah kena bahagi dua, nampaknya ada catuan tu.. :)
cendawanintim,
betul tu, kita manusia hanya merancang , hanya Allah berhak atas segalanya.
mad redo1,
Pandangan you sama dengan my hubby... rasa selamat diri ini.
Pada mulanya sahabat say memberontak juga tapi akhirnya dia redha.
zlaa,
Sesuatu yang sukar difahami apabila wanita rela dimadukan... namun saya juga tabik dengan ketabahan sahabat saya tu.
nurazzah,
Payung emas, itu ada sahabat saya sebut dan itulah yang ingin diperolehi sekiranya dia dimadukan. Actually kalau kita lihat kepada positifnya, memang poligami banyak kebaikannya bagi lelaki yang adil dan wanita yang redha dimadukan, Islam itu indah... namun jauh dis sudut hati I masih takut dimadukan...
simah,
mungkin lelaki tu memang dah confident dia dapat berlaku adil, dia siap pesan pada saya jika saya dapati dia tak berlaku adil, please bagitau dia semoga dia sedar akan kesilapannya... and akak siap warning dia kalau buat tak adil pada my fren ,siaplah dia..akak seranggggggggg... hihi.
cikmilah,
akak rasa memang kawan akak ni memang pandai psikologi, dia hadir di hari pernikahan suaminya , tentu ramai orang yang hadir akan jadi saksi jika sekiranya si suami tak berlaku adil nanti, tentu si suami akan teruk di terpaksa menjawab segalanya.... apapun sikap kawan akak yang begitu berani dan tabah memang sukar dicari.
neeza,
aaaa dah balik cuti ye...
Bab kasih melimpah tu akan ada masanya akan melimpah jua , jika itu alasan yang diberikan.. tunggu dan lihat..
semoga sahabat kak ina tabah mengahdapi hari-hari yang terpaksa dikongsi bersama perempuan yang mungkin tak berhati perut tu...
saya rasa saya tak mampu menghadapinya kak ina...
mana mungkin kasih suami dikongsi bersama perempuan lain.
mama,
akak pun sama , kalau boleh biarlah kekal sampai akhir hayat akak sahaja isteri darling akak. Tak sanggup nak hadapinya.
Post a Comment