Merentas desa adalah satu acara wajib bagi pelajar sekolah menyertainya. Saya cukup tak minat dan pernah mendapat peserta terakhir (satu kumpulan 4 orang , satu gang ) waktu di tingkatan empat sebab singgah kedai kacang putih dan beli air tengah jalan, macam jalan-jalan makan angin pulak dibuatnya. Saya tak heran tak dapat markah pun sebab memang saya tak suka menyusahkan diri lari berpeluh-peluh.
Semalam Izzat merentas desa, dia punyalah bertekad nak dapat tempat pertama. Walaupun saya tak minat berlari tapi bila Izzat berazam begitu saya bagi sokongan. Dia mintak saya belikan air 100 plus ( ummi , air tenaga ni ...hihi ) , pisang yang penuh tenaga dan satu lagi benda ni saya ketawakan aje... coklat choki-choki yang katanya untuk dimakan semasa berlari bagi menjamin stamina berterusan. Saya pertikaikan kenapa choki-choki , kalau nakkan coklat yang lebih berkhasiat baik beli cadbury ke, ferraro roche ke atau coklat yang berjenama dan bukannya choki-choki... saya belikan jugak dan dia bawak 2 paket ( 10 batang ) sebagai bekalan tenaga.
Saya ingin ambik gambar semasa dia berlari tapi saya terlewat sebab masa saya lalu si sekolahnya dia ada di lorong lain dan bila saya lihat dah ada pelajar yang dah sampai , mestilah izzat pun samada dah dapat no 1 atau masih di belakang...saya tinggalkan sekolah izzat tanpa tau dia dapat tempat ke berapa.
Pukul 2.30 petang dia call suruh ambik sebab sekolah habis cepat harini ( biasa 3.30ptg dan dia naik bas ).... sempat saya bertanya dapat no berapa.... no 3.... syabas.... memang tak sangka ada juga pelari dalam rumah saya , ( zaid, badminton dan yang perempuan memang bukan ahli sukan macam saya ) . Izzat dapat no 3 untuk kategori tingkatan 1&2 dan tempat ke 7 keseluruhan yang melibatkan tg 1-4 .
Alhamdulillah bekalan tenaga yang dibawa dapat juga hasil yang memuaskan... Haa sapa-sapa yang nak masuk pertandingan sukan makanlah choki-choki sebagai bekalan tenaga....
Friday, April 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
salam.
pergh, hebat bole top 3 tu!
tak sia2 makan coklat ek.
tapi ape beza yg mahal ngan murah?
bagi saye same je, hehe.
kalu makan jgn tny saye, sume sedap Insya Allah.
Ki Ki Ki.. ingat air tenaga..
hebat lah izzat..tahniah untuk dia dan juga mak yang menyediakan bekalan tenaga.
Tahniah, kalau diasah boleh jadi pelari negara tu.
hahahhaa...ade ke choki-choki..x senonoh tul...rasenye kalo x mkn choki-choki mesti dah dpt no. 1...huhu...
Wahh!! Tahniah Izzat. Walaupun mama dulu dapat nombor last, Izzat berjaya dapat number 3.. Auntie pun takleh lawan.. memang pun heheehehe!!
Sedap choclate choki choki tu.. nak makan senang.. patah2kan, semua dah ada dalam mulut hehehe..
k-riey,
salam, ingat kalau coklat mahal mesti high quality dan more power , tu yang kata baik makan coklat lain selain choki-choki kalau tenaga yang dicari... hihihi.
you kat sana mesti best makan coklat yang sedap-sedap tu .
ummi,
waktu akak taip tadi memang senyum bila teringat kisah air tenaga ... budak 2 memang nak sumber tenaga lebih untuk menang, semalam Izzat kata ramai yang makan pisang yang cikgu bagi tapi ramai yang kalah.... bukanlah sebab pisang tu kalah...kelakar lah.
kamato,
tak sampai ke situ rasanya.... sekadar senaman dan pertandingan di peringkat sekolah bolehlah :)
sofie nur,
cewah ketawa kan orang... choki2 tu bagi more power to your brother tau... hehehe.... you might wanna try eating choki2 before playing basketball... might be taller then...hahahaha... ingat tak cadbury choki kat jordan dulu.. sedapnyaaaaaaaa.
neeza,
maknya dulu memang tak minat berlari ... tak sangka ada anak yang pandai berlari..ikut adik akak kot.
choki2 senang nak makan sebab picit je dia keluar lembik terus masuk mulut , memang mudah sebagai bekal.
cakap pasal 100plus, dulu masa student ada subjek survey so kami memang kena pikul theodolite (peralatan ukur untuk ambik levels) dan kayu ukur mengukur sebuah pekan di tengah2 panas (selingan: sebab tu students ambik civil engineering semuanya sunburnt!), 100plus la teman setia kami! it really helps.
sukan: hmmmmmm...saya pun bukan kaki sukan, kalau sekolah dulu orang bukan main seronok nak sukan, saya boleh tension! tapi dapat husband yang memang kaki sukan kow-kow punya kaki sukan!!! cakap acara sukan apa dia tak main, budak2 main sukan kat padang tepi jalan pun dia boleh singgah tengok..hehehehe..
coklat choki2 ya? hehehehe..mau ada yang borong nanti ni-sekarang anak2 tengah bersukan!
zaman saya masuk merentas desa dulu saya makan kismis banyak2 sebelum berlari buat tambah tenaga.
alhamdulillah dapat lah tempat kelima waktu tu lari 4.5km jauhnya.... kalau tak silap lah masa yang diambil dalam belas-belas minit jugak lah heehhehehehh
hujung minggu ni p mana kak ina?
tahniah kat izzat...
merentas desa ni memang byk guna stamina. dulu2 slalu juga dpt no. masa lari. Tp nombor2 last je...hehehe
nak kena beli choki choki ni hehe..
hehe.. neeza ni tersalah choki choki.. ingatkan chocolate yang macam lidi tu.. rupanya yang cair dalam plastic tu ye.. leceh gak tu.. tapi mungkin sedaplah tu. hehe..
Congrats Izzat dgn bekalan ibu dapat no 3....hehehe
rina smlm my niece Nazeera(yg main recorder at atok's b'ay)pun ada sport day dia dpt bronze untok 100m run...tapi gang dia gagal in the relay.
ondeonde,
Akak tak pernah minum 100 plus tapi ramai yang kata elok sebagai pemberi tenaga.
Wah.. kalau hubby kaki sukan sure anak-anak ada yang ikut macam bapanya. My hubby pandai sukan 'tangan' macam ping-pong , badminton, tennis dan squash.. I pernah ikut main dengan dia tak terikut sebab memang I bukan kaki sukan, main tennis habis keluar sampai ke parking lot bola I pukul... naya betul :P
mama,
kira boleh lari jugaklah mama ni ye... akak baru je lari dah semput, dulu kurus pun macam tu jugak memang tak pandai lari, sekarang ni memang lah tak payah cakap , baru je lari sikit rasa nak pengsan...hehehe.
cikguzue,
kira macam akaklah tapi akak lagi terror memang last betul no 1000 lebih sampai sekolah orang pun dah tak berapa ada , dah lepak memasing.
zino,
belilah buat bekal makan dalam kapalterbang ...hehehe.
neeza,
choki ni senang nak makan sebab picit je masuk mulut, sedap jugak akak rasa... :)
kak elle,
thanks. hujung minggu depan baru sukan sekolah, izzat masuk 200m dan relay 4 X 200m .. memang kena beli choki2 dan 100 plus lagi.
oohhh that cute girl , kuat jugak lari ye..
Post a Comment