Tuesday, April 22, 2008

Tak serik-serik.....

Hari ni busy ada projek ( takleh cerita sebab projek peribadi ) yang baru mula minggu lepas . Harapnya saya akan kuat semangat teruskan projek ini...

Selesai entry ' Nenek Muda ' saya semalam terasa nak tulis entry ini pulak....

Sifat keibuan memang takkan dapat dipisahkan dari diri seorang isteri dan ibu. Saya adalah seorang yang amat gemar kanak-kanak dan sesiapa yang kenal saya tau apa yang saya maksudkan... saya gemar menggomol kanak-kanak .. macam tak dapat ditahan , tak kira di mana dan anak siapa. Kalau saya lalu dekat mereka kalau ada peluang memang saya akan 'rasa' pipi mereka dan kalau tak dapat jugak saya pasti akan kenyit mata atau tegur hello pada mereka. Anak-anak saya memang dah faham sangat sifat saya, sampai sekarang pun bila ada peluang saya akan cubit pipi mereka, dari Zaid sampailah mimi ... yang paling sedap sekali pipi maya sebab pipi dia yang paling gebu dan lembut..paling keras sekali pipi Izzat .

Sifat ibu dan nakkan anak tak dapat ditahan-tahan walaupun masa mengadung Allah saja yang tau betapa 'siksa'nya mengharungi alahan . Saya tergolong dalam ibu yang alahan separuh mati dan saya pujuk hati ini dengan mengambil kira saya tak pernah duduk diam jika tidak mengandung, jadi saya ambil pendekatan bahawa Allah mahu agar saya berehat semasa mengandung tapi rehat yang dimaksudkan bukan rehat macam rehat biasa. Saya berulang-alik ke hospital dan terpaksa bergantung kepada IV pemberi tenaga kerana tidak dapat langsung merasai sebarang makanan. Saya 'hilang' hampir semua pancaindera... saya bukan saya yang biasa...mata tidak tahan melihat manusia , terus terloya...mata sentiasa ditutup dan dibuka jika terpaksa... hidung tak dapat menghidu sebarang bauan yang busuk dan wangi ..sehingga bau air sejuk pun saya terloya .. saya mandi terpaksa tutup hidung menahan bau air ... pinggan dan cawan saya diasingkan sebab tidak boleh dibasuh guna sabun, baunya boleh merebahkan saya seharian. pinggan dilapik plastik sebab tak perlu dicuci guna sabun. Telinga tak boleh mendengar bunyian yang serabut ..suara kanak-kanak bermain, suara TV dan radio, suara sesiapa yang bercakap dengan saya juga saya terloya. Deria rasa memang hilang terus..makan sekadar menahan diri dari mati tak makan, kalau nak makan juga terpaksa menahan dari muntah...memang tetap muntah.

Syukur saya ada selera jugak pada buah-buahan... zaid = limau sunkist (menambah gastrik tapi saya makan jugak , sofie dan maya = tembikai , izzat = epal rangup ( tak rangup tak nak dan saya jadi pakar epal sepanjang mengandung, saya kenal yang mana rangup dan yang mana tidak, sampai sekarang saya kurang nak makan epal sebab terlalu banyak makan epal masa tu ) , mimi = betik oren, yang kuning tak nak , tak sedap.. mimi sampai sekarang suka betik..... itulah makanan pemberi tenaga buat saya..selain dari itu saya sentiasa gastrik dan semput dan tidak boleh nampak cahaya terus sakit kepala dan muntah...sepanjang mengandung langsir tutup dan tetamu memang tidak dialu-alukan... saya tak suka dikunjungi dan mengunjungi memang zero ...saya jadi anti sosial.

Anak pertama hingga ke empat semuanya saya mengandung semasa usia 20an dan tiga yang pertama rapat... zaid usia 1 rahun 4 bulan dia dah dapat adik , sofie, sofie 2 tahun sebulan dah dapat maya , lepas tu jarak sikit , usia saya 29 saya lahirkan izzat , 5 tahun beza dengan maya dan usia saya 37 saya dapat mimi dan amatlah berbezanya ..alahan amat kritikal, saya sampai menangis depan doktor di KMC semasa cek up...tak tahan lagi menanggung alahan ditambah dengan kencing manis yang saya terpaksa inject insulin 3 kali sehari... habis lengan dan peha saya dicucuk sebanyak 600 kali sepanjang saya mengandung, saya jadi pakar cucuk diri sendiri... klimaknya bila saya ada tekanan darah tinggi dan bersalin ceasarean ..... saya dinasihatkan doktor agar tidak lagi mengandung demi kesihatan.....

Itulah ibu .. dalam mengandung teruk begitu tetap nak juga lagi anak... tak serik-serik.... kini.... bukan serik tapi tiba masanya saya berehat..tunggu gomol pipi cucu pulak...

kalau cerita tentang alahan... satu buku pun tak cukup... sapa yang alahan saya fahamm sangat... bukan dibuat-buat... hanya Yang Maha Kuasa yang berkuasa atas segalanya.

24 comments:

Ummi365 said...

Laa teruknya sampai macam tu sekali.. anak2 kena tau ni macam mana peritnya ibu mengandungkan..

Agaknya mesti masa tu kurus keringkut sebab tak leh nak masuk apa2 pun.

silversarina said...

ummi,

Anak-anak memang tahu alahan saya tahapnya macamana sebab masa mengandungkan Izzat dan mimi masing - masing dah besar.

Kurus tak jugak tapi cengkung tak bermaya dan anak-anak kecik-kecik masa lahir ..zaid 1.4kg (prematured), yang paling besar mimi 3kg, yang lain below 2.5 kg... tapi kuasa Allah, semuanya sihat.

Sue.Aleen said...

alhamdulillah kita kurang alah malah aktif. aktif tak aktif tu sampai si syafiah bleh terkeluar awal la. dah sampai saatnya pun... tu yang "tak serik-serik" nak beranak lagi nak cukupkan kuota..

kuasa Allah kak.. kita ni merancang je

silversarina said...

suealeen,

yang akak perhatikan orang yang beranak sampai lebih dari 8 selalunya mereka tak alahan.. lagi mengandung lagi aktif.. ada jugak rasa iri hati tapi akak fikir alahan ni ujian dari Allah ...

NURAZZAH8 said...

Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Allah berikan kpd sesiapa yg tahan diuji. Mereka yg susah mcm Ina ni tak ramai anak, macam saya ni sebab terlalu senang sangat nak mengandung, senang semasa mengandung dan senang bersalin maka itulah Allah berikan ramai anak...;-))
Saya hanya mengalami alahan semasa mengandung kali pertama,, itupun tiga bulan pertama saja..selepas itu...semuanya sedap...seperti orang kata ..tolak batu dgn kayu aje..yg lain semua telan...
hehehe...
agaknya kalau saya tak "control"..mahu dah sedozen anak saya...dalam2 control pun dah lapan... hehehe...

KAMATO said...

Surga itu dibawah telapak kaki ibu

zlaa said...

Kak Rina, projek apa tu? Dah mula cerita kena-lah teruskan.

CikguZue said...

semoga Allah menganugarahkan rahmat dan nikmat yang melimpah ruah bagi kak Rina sekeluarga. Saya memang amat respek la sesiapa yg tak berputus asa walau menanggung kepayahan sebegini sukar...

silversarina said...

nurazzah,

Memang bertuah sapa yang mengandung tak alahan teruk dan memang patut banyak zuriat.

Bila tengok I alahan teruk tapi ada kawan I lagi teruk, muntah sampai keluar cacing dari perut.. I jadi pasrah atas apa yang I alami .



kamato,

bila ingat kata-kata ini , terasa amat benar kebenarannya , hanay ibu yang alami segala pengalaman pahit/manis mengandung dan melahirkan .



zlaa,

projek tambah baby...hihihi.... ish ish ish RAHSIA diriku sendiri, ceritakan riak pulak jadi nya :P



cikguzue,

Macam I kata tak serik2, nak juga baby lagi walaupun tau alahan teruk... masa nak dapat Izzat dan mimi memang I solat hajat nak anak lagi sebab lama tak de suara baby dalam rumah, hingga masa mimi I doa nak anak tak kira walau berat mana alahan yang ditanggung, memang Allah bagi sungguh, alahan paling teruk dalam sejarah saya , semua pengalaman ini menjadikan diri ini sedar terasa betapa kerdil sebagai hamba Allah.

maklang said...

Maklang mengandung taklah seteruk itu...tapi with all injections and hormon pills sebab asyik bleeding. Memang muntah tak usah kiralah...yang sedihnya masa mengandung yang perempuan, Cik Abang pun bau busuk..kena duduk jauh2 aje...kesian dia..nasib baik dia sabar!! Syukur..dah 4 anak dah...7-8 tahun lagi tunggu cuculah pulak...tu pun kalau panjang umur!

cikMilah said...

Kesian saya baca ni, tapi besar pahala tu kakRina. Saya pulak 4 kali mengandung, suami yang muntah dan mengidam. Nak makan macam2, kita masakkan, dia makan dan pergi muntah diam-diam. Kesian dia...
Projek rahsia? Ini mesti untuk kenduri Zaid nanti; atau buat something untuk sambut cucu!..Hi hi hi, jgn marah, wild guesssing!

blackpurple @ jowopinter said...

Seronoknya jadi ibu kan...? :)

Neeza Shahril said...

Kesiannya Kak Rina, sampai macam tu sekali. Neeza pernah tengok ustazah Neeza masa sekolah rendah masuk wad (kebetulan neeza masuk wad sebab syak appendix). Dia sentiasa kena duduk wad kalau pregnant. Kesian neeza tengok dia, kejap2 muntah.

Alhamdulillah, neeza tak lah teruk macam tu sekali. Cuma masa pregnant Sobhan teruk sikit. Bau ikan masin jeruk yang sebenarnya favorite neeza buatkan neeza loya. jangankan goreng, sebut pasal ikan jeruk tu pun neeza mual dah... Masak bercili pun jadi benci sangat... tu je lah.. nasi baik tak meluat dengan husband.. hehehe..

silversarina said...

salam,

nanti saya kembali balas komen2 yang lain...I have to go...

Makcik Runner said...

sarina, chek pun tergolong dlm kategori mabuk mengandung tahap gaban gak....hehe sekapal la kita. kadang2 rasa cam serik nak mengandung ni tapi chek pun mmg suka tengok babies ni..hisyyy geram! dlm bab ni, i dont mind masa beranak, berpantang atau berjaga malam tapi jgnlah mengandung - seksa sungguh!

silversarina said...

maklang,

teruk jugaklah maklang pregnant... I pernah juga masa izzat memang bau hubby dari jauh saya dah tak tahan...


cikmilah,

suami akka pun demam teruk dulu baru akak pregnant .. sian pulak kat dia.

tak de apa pun projek peribadi kecik je... :P

silversarina said...

blackpurple,

Suatu kepuasan yang tak ternilai bila jadi ibu.




neeza,

fuhhhh bau ikan tak kira masin ke tak, memang muntah dah akak.... bawang dari dapur boleh bau sampai depan, belum di goreng lagi dah bau ... masa pregnant izzat 7 bulan baru boleh bau makanan ada bawang....




kc,

se gang lah kita.. you ni mesti aktif tak duduk diam kan.. bila pregnant lembik macam dunia dah tak de..... :P

Julia R said...

sy pun teringin sngt hamil lg. tp apakan daya, belum rezeki lg

silversarina said...

mak farhah,

Ada rezeki dapatlah baby nanti, InsyaAllah.

Thanks for dropping by !!

mama said...

tiap ibu yang hamil tentu lain alahannya.... ikut pembawakan anak.
saya hamil dua-dua anak dulu tak suka makan nasi.. rasa nak muntah kalau telan nasi.

padahnya dua2 puteri tu tak gemar sgt makan nasi sekarang.

hubby pun pernah cakap time saya mengandung anak pertama dulu supaya anak dia tak suka makan nasi... rupanya menjadi betul budak dua orang tu suka makan spagetti....

Ummu Mishkah said...

salam sis,

suker entry ni!
boleh berkongsi pengalaman sis hamil dan bersalin..
saya baru anak tiga..
memang pengalaman mengandung tak sama antara ke tiga-tiga anak
sokongan suami sebenarnya sgt penting kerana dia yang paling hampir dengan kita..
Macam sis jugak saya tak pernah serik untuk hamil dan bersalin...
even sgt jeles tgk org mengandung walaupun anak sendiri masih baby lagi.
Saat org lain usaha makan ubat dan lain2 cara untuk jarakkan anak,
saya memasang cita2 nak anak ramai.. eheheheheh
Apa2 pun tahniah untuk ibu yang tak serik2 kat luar sana tu :)

silversarina said...

mama,

Memang ada anak kawan akak yang macam mama masa mengandung , maknya tak boleh/ suka makan nasi , anak dia sampai sekarang ( 22 tahun ) tak suka makan nasi , suka roti dan tubuh dia style mat saleh , tegap , tinggi dan besar.



ummumishkah,

Salam kenal. Bila cakap pasal naluri ibu, ada juga ibu yang tak suka anak ramai sebab tak nak mengandung. Akak rasa perit bila mengandung, tapi bila bersalin je, terus lupa dah alahan dan sakit masa mengandung , masa nak dapat mimi, memang rasa sunyi sangat rumah sebab dah 8 tahun tak de baby, satu rumah nak baby lagi, akak buat solat hajat nak baby lagi.... ada hikmahnya, sekarang dialah jadi peneman akak bila semua yang besar dah tak de tinggal bersama.Akak juga sellau kata pada kawan2 yang tak alahan agar beranaklah selagi termampu, tak rugi ada anak ramai, malah rezeki bertambah, InsyaAllah.

Anonymous said...

kakliza pn sama..
kalau tak ngandung..macam lipas..asik bergerak sana sini jer..mmg tak dok diam..
tu yg bila preggy jer..mabuk sampai tak larat bangun..
real punya rest la...
last preggy age 42..mabuk sampai 4 bulan..berkudis belakang badan... terlampau teruk baring...
but now..back jadi lipas semula..mmg tak dok diam laa...

silversarina said...

kakliza,

memang teka dah, ligat macam kakliza mesti pregnant lembik sakan ... ohh... ada jugak pregnant umur 40an ...

I dah beli majalah saji , bersemangat nak cuba resipi kakliza dalam tu tapi belum start lagi...hihi.