Saya mengenali tok guru sejak penghujung 80an iaitu semenjak saya mula tinggal di kerteh dan mula terdedah dengan usrah dan perjuangan. Boleh kata kami tidak pernah ketinggalan mengikuti ceramah tok guru walau di mana sahaja di negeri terengganu dan kami akan mengheret 3 anak yang masih kecil , sanggup bermalam di mana sahaja asalkan dapat mendengar ceramah tok guru. Kuliah pagi jumaat akan kami cuba hadiri walaupun Rusila agak jauh.. 2 jam perjalanan dari kemaman, rasa puas hati dapat mendengar kuliah tok guru secara live...
Saya yang ketika itu masih muda begitu meminati tuan guru dan pantang ada peluang pasti saya akan menatap wajah tuan guru, saya akan amati wajahnya bila bercakap dan saya lihat gerak gerinya ... memang saya kagum dan admire dengan beliau... kawan-kawan dan suami pun tahu memang saya minat pada tok guru... minat beliau sebagai pemimpin yang tiada tolok bandingnya.
Oleh kerana dulu saya aktif dalam PAS saya banyak kali berkesempatan menemui beliau secara berdepan... hati ni rasa amat teruja dan sungguh gembira bila berada dekat dengan tok guru... sayangnya pada tok guru.... saya pernah bagitau suami , kalau terjadi apa-apa pada tok guru saya memang akan menangis dan dukacita....
Saya pernah beberapa kali menjadi pengiring isteri beliau , Puan Zainab , kak Nab yang begitu down to earth dan lembut sekali... sentiasa tersenyum... dan tak hairan kalau tuan guru beristeri 2... memang layak dengan perwatakan tuan guru dan kak nab sendiri. Dr Norzita Taat , isteri ke dua tuan guru pernah bersama-sama saya menjadi AJK PEMADAM negeri Terengganu dan beliau seorang yang lembut dan warak ...bertuah tuan guru punya dua isteri yang berakhlak mulia dan bersama-sama berjuang bersama suami tercinta. Saya masih ingat bila tuan guru berkahwin kali ke dua tahun 1991, ramailah kawan-kawan suami yang mengusik agar semua mereka mengikut jejak langkah tuan guru, saya kata balik, itu tuan guru yang penuh ilmu agama di dada... usah dibanding mereka dengan tuan guru....
Sejak saya balik dari Jordan saya belum sekali menghadiri majlis ceramah atau apa-apa program bersama tuan guru... betapa saya merinduinya...
Saya mendoakan agar tuan guru segera sembuh dan terus menjalankan tugas sebagai pemimpin tersohor , demi perjuangan menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia ini..
ALLAHUAKBAR !!!
12 comments:
Owh, saya tak tahu lak citer nih, doakan yang terbaik tuk beliau..
alhamdulillah. tuan guru semakin sembuh dan boleh duduk di katilnya menyambut tetamu. mungkin dia sangat keletihan.
teringat masa kat universiti. aku duduk kt belakang barisan pimpinan PAS bersama ayah cik (TG hadi awang), Fahdil Noor (arwah), TG Nik Aziz... masa tu ada majlis sambutan revolusi Iran di hotel apa ntah.. indah saat tuh diingat.
saya pun baru tahu. tapi katanya, dah semakin sihat...kita doakan yang terbaik untuknya agar dpt menyambung perjuangan yg masih panjang...
InsyaAllah berkat doa kita semuanya, Tuan guru akan sembuh seperti sedaikala.
Semoga tuan guru segera sembuh. Neeza pernah jumpa dia di US. Ada 1 perjumpaan dengan students Islam di 1 tempat. Dia datang bersama isteri pertama beliau. Memangbaik dan down to earth macam Kak Rina kata. Bila ada orang tanya pasal madu, dia kata, dia lebih inginkan payung emas di syurga. Masyaallah... murni hati dia. Tapi macam kak Rina kata juga, Tn Guru lain. Ilmu penuh didada...
cendawanintim,
bila pemimpin sakit pengikut /rakyat yang sedih... yelah payah nak cari ganti.
cikgu jawe,
ooo cikgu pun orang kuat ayah chik....masa arwah ustaz fadhil noor meninggal akak sedihnya bukan main tapi tak dapat pergi ke kedah sebab tengah alahan mengandung... tuan guru bertiga tiada pengganti... saya sayang semuanya.
cikguzue,
berita pun kata dah semakin baik, alhamdulillah.
maklang,
jadual harian tuan guru ...kalau I dah lama pengsan... memang kuat semangat pemimpin terbilang ni.
neeza,
bila tengok perwatakan tuan guru dan isteri, terasa betapa jauhnya beza dengan akak... dahlah banyak ilmu, akhlak mulia, semangat juang tahap tertinggi... waktu akak dulu ada juga tuan guru datang bawah MISG, akak tak ikut sebab ada jemaah arab lain yang akak ikut.. balik malaysia baru akak kenal PAS.
Saya pun kagum dengan keberanian dan kelantangan beliau. Begitu besar keyakinan rakyat pada Tuan Guru walaupun beliau di topengkan dengan label yang kurang manis. Saya ingat lagi waktu final year kat US, seorang sahabat saya nak bernikah tapi kurang di persetujui keluarganya. Dah jadi rezeki dia, Tuan Guru setuju menjadi jurunikah waktu beliau hadir dalam satu perhimpunan MISG. Bila dia telefon bagitau hal ini, terus seluruh keluarga memberi restu.
Semuga beliau terus sembuh sediakala
SALAM..
dulu mase sekolah kat IB ganu la saya mula kenal ayah chik,tiap jumaat n mlm ader ceramah PAS
kitorg kena jadi uni t kutip derma..hahahaaa.kenangan mase tul la baru kenal ayah chik n semua org kuat PAS ganu coz kebykan yg ngajar saya org2 kuat PAS,biasa la skolah swasta pas puyer.heheeee
moga ayah chik sihat n dpt sambung perjuangan ini bersama yg lain...takbirrr
SELLAMINALLEKÜM.
cikmilah,
Tuan Guru yang nikahkan sapa tak nak...
Akak pun cair dengan tuan guru walau dah bertahun kenal tak pernah jemu menatap wajah ayah chik..
yuezstiey,
OOO lepasan IB lah ni... seronok kan bila dapat berdamping dengan orang kuat /pemimpin parti... kenangan manis ni...
mustafa senalp,
Waalaikumusalam and thanks for dropping by.
biarlah cepat sembuh..
I pun sama.. terkejut bila baca berita TG.AHA warded..
resam org berjuang atas dasar agama selalu dihina dan dikeji..
ummu al hanafi,
bila pemimpin yang kita sayang jatuh sakit memang hati jadi risau sebab macam sukar nak cari ganti kalau apa2 terjadi, tapi bila ingat balik sedangkan Rasulullah pun wafat... redha dengans egala apa yang terjadi.
Post a Comment