Akhirnya malam tadi hujan turun juga di Kemaman walaupun tak lebat tapi cukup untuk membasahkan jalanraya dan sedikit menyejukkan pagi yang indah..Alhamdulillah.
Setiap hari jika saya melalui jalan di tebing sungai kemaman saya selalunya akan betembung dengan seorang insan yang saya gelar pakcik plastik. Pakcik plastik tidak punya rumah dan basikal adalah rumahnya. Dia akan tidur dengan berdiri di basikalnya atau kepalanya terlentok di handle basikal . pakaian pakcik plastik adalah plastik yang saya rasa berjumlah lebih dari 100 helai/keping plastik dari topi hinggalah bajunya dibalut dengan plastik . Saya rasa pakcik plastik telah ujud di kemaman lebih dari 10 tahun sebab sepanjang yang saya ingat pakcik ni memang telah ada dan dia 'tinggal' di dalam bandar kemaman. Dia tidak mengganggu orang lain. Dia dengan dunianya sendiri.
Pakcik kedua yang juga tidak punya rumah adalah pakcik rambut serabut. Daripada rambutnya pendek kini rambutnya dah mencecah pinggang dan bergumpal dan dia memakai topi. Saya sedikit takut dengan pakcik rambut serabut ni sebab dia gemar bercakap. Sebenarnya dia bercakap seorang diri tapi disebabkan penampilannya yang kotor dan busuk dengan rambutnya bergumpal seperti telah bertahun tidak dibasuh menjadikan saya gerun bila terpaksa berjalan di sebelahnya.
Dua pakcik ini adalah dua insan yang hidup di alam nya sendiri. Mereka ini di Kemaman dan saya pasti ramai lagi yang sama dengan mereka di negara kita dan di dunia juga saya yakin jumlahnya agak besar.
Tak siapa tahu apa yang menyebabkan mereka jadi begini... saya hanya boleh melafazkan kata-kata ini...saya simpati dengan nasib mereka...........
Sunday, April 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Kesian kan...tak ada ke jabatan kebajikan yang peduli akan mereka ini?
Saya juga simpati dengan mereka...
rina di sini pun ada manusia macam pak cik2 tu yg saya tahu mereka dlm dunia sendiri dan dlm most cases fikiran mereka terganggu mungkin kalau ada insan yg bolih menolong bolih i percepatkan sakit mereka....byk org mengata mereka org gila tapi bukan gila cuma fikiran terganggu.
Rasanya neeza pernah jumpa pakcik plastik tu.. Bila tengok orang macam tu kan, neeza selalu terfikir, kemana perginya saudara mara diorang ni. Kalau takde saudara dekat pun, pasti ada saudara jauh melainkan diorang ni memang yatim piatu. Tapi, dah tentu diorang di jaga oleh kebajikan masyarakat kan... sedih bila tengok diorang tapi takut pun ada jugak... takut diorang datang tarik kita and benda tak elok sebab diorang ni ramai yang tak berapa betul kan..
hidup dlm dunia sendiri...mungkin mrk pun bahagia dgn kehidupan mrk...x siapa tahu, jika tiada yg ambil tahu, kan.
kak rina,
kisah ni mengingatkan saya pada cite couple tinggal dalam tandas.. cuba masuk kat link ni. Warga Emas Tinggal Dalam Tandas..
kalau wakil rakyat ni 'banyak masa', cubalah lawati setiap inci tempat sendiri... insyaAllah pakcik-pakcik tu, couple tu malah orang lain yang senasib dengan mereka boleh dibela..
nak harapkan kaum hawa macam kita ni memang la ada keterbatasannya...
Kak Rina,
Cath pun ada pakcik (pakcik sebenar ini - adik mak Cath) yang cam tu... Dia ni suka bercakap juga seorang diri, berbasikal dan tidur merata. Dah lama kita tak dengar berita dari dia.. Selalu dia ni ada kat kampung mak Cath di Perak.. Ada kekawan mak kata jumpa pakcik Cath kat JB... Tapi, it's been more than 10 years we haven't seen him around... Cath kekadang sedih juga tengok pakcik Cath gini... Tapi apa nak buat kan... Dia ni dalam dunianya sendiri..
Mak teh pun kesian tengok orang-orang yang macam ni, tapi tak tau nak tolong macam mana. Ini sebenarnya kerja Welfare Department. Kenapa mereka tak ambil orang-orang ini dan masukkan ke hospital ke atau mana-mana tempat perlindungan. Semakin ramai orang macam ni, di Alor Star ada, di KB, KT, JB, Penang semua kita jumpa. Sekarang ditambah pula dengan warga asing yang cacat or tak cacat datang meminta sedekah. Hudoh dan comot negara kita dibuatnya.
maklang,
Jabatan Kebajikan selalunya akan ambil tindakan jika waris terdekat yang buat laporan... nak cari mana waris mereka ????
kak elle,
I pun rasa diaorang bukannya gila dan bukannya ganas tapi penampilan tu jadikan kita seriau bila dekat dengan mereka.
neeza,
memang itulah pakcik yang rasanya hampir semua orang yang tinggal di kemaman ni kenal, dia tak kacau orang tapi kita yang takut sebab manatau mood dia tak baik ke.... setakat ni memang akak rasa tak de waris diaorang ni.
cikguzue,
betul tu, mereka hidup dalam alam mereka sendiri... kita nak bertanya pun takut .
suealeen,
Kira macam orangramai dah lali denagn kehadiran golongan ini dan tak siapa peduli.
bab terpaksa tinggal di dalam tandas memang sesuatu yang amat menyayat hati, dalam negara yang melimpah rezekinya masih ada lagi orang yang merempat sedemikian rupa...sedih.
cath,
golongan ni kita tak dapat nak menjaganya sebab mereka ni tak ganggu orang lain , mereka lakukan apa yang mahu lakukan.... di kerteh dulu ada seorang lelaki ni berjalan setiap hari ulang-alik kerteh dungun .kiralah berapa puluh km dia berjalan sehari.. tak siapa peduli.
harap suatu hari nanti sedara cath akan dijumpai semula .
mak teh,
Bab peminta sedekah satu hal jugak... KL memang lubuk mereka, kalau di sini setakat ni tak de pulak ketara golongan mintak sedekah ni. pemandangan yang memburukkan reputasi negara dan sepatutnya tindakan tegas diambil, kalau setiap hari operasi menangkap mereka dijalankan lambat laun tak delah mereka lagi berkeliaran di bandar2.
Harap2 janganlah jadi pada kita pulak nanti ..
ummi,
Ha ah ..akak pun harap begitu juga..
Post a Comment