Sunday, April 27, 2008

RINDU.....

Dah lama nak menulis pasal ni... tapi bila baca dah ramai jugak tulis pasal minggu lalu saya tangguh dulu... kisah RINDU.....

Bila terbaca kisah-kisah RINDU saya paling tersentuh bila tiba blog ini yang saya selama ini memang menyanjung semangatnya yang kental dan hatinya yang tabah mengharungi kehidupan di negara orang yang asalnya diharungi bersama insan tersayang, namun Allah lebih dahulu menjemput suami tersayang. RINDU kepada yang ada dan yang telah tiada pada saya amat berbeza.

Saya bawa kisah RINDU ini kerana saya juga kini dalam kerinduan, telah 40 hari saya dan suami terpisah oleh lautan luas dan 10 hari lagi kami akan bertemu kembali tapi saya dapat merasakan tahap ketabahan saya secara total hanya berjumlah 30 hari , saya gagah membendung rasa RINDU hanya sekadar itu, bila ianya lebih dari sebulan perasaab RINDU sudah mula menyerang fikiran dan emosi saya.




zwani.com myspace graphic comments




RINDU pada anak-anak yang tiada di sisi lain pula..saya relakan anak-anak saya menuntut ilmu sejauh mana sekalipun , namun saya bendung rasa RINDU seboleh mana yang saya dapat bertahan kerana saya tahu walaupun saya terlalu inginkan mereka berada di samping saya tatkala RINDU menjelma , saya tetap tidak dapat mendakap mereka di kala itu kerana mereka hanya akan pulang mengikut jadual dan peluang yang ada untuk kembali bercuti di tanahair .

Syawal tahun lalu adalah saat yang saya amat meRINDUi setiap ahli keluarga saya yang tiada bersama meraikan hari kemenangan umat Islam. Kami terpisah sesama sendiri di 5 buah negara.....bayangkan betapa setiap seorang dari kami beraya sesama sendiri, bersama insan yang bukan ahli keluarga , hanya saya yang dapat beraya bersama 2 lagi ahli keluarga, Izzat dan Mimi... RINDU yang saya simpan dalam diri dan tatkala RINDU tidak tertahan , airmata menjadi teman dan penghapus RINDU buat seketika.

Bila saya fikir kembali hidup ini milik sementara buat semua insan ... keRINDUAN sesama insan samada kepada yang masih hidup atau yang telah pergi sebenarnya hanya mengisi kehidupan yang menunggu saat berlabuhnya tirai kehidupan.

Apakah RINDU kita kepada insan tersayang lebih dari RINDU kita kepada Pencipta Kerinduan .... sama-samalah kita renungkan bersama....

19 comments:

Kak Elle said...

penawar rindu???gi lah jemput mereka pulang holiday:)atau u aje yg terbang kesana....

kalau rina rindu mereka saya pun rindu paa rina dan juga kawan2 blogger yg lain...ntah bila dapat bertemu ye?

silversarina said...

kak elle,

rindu akak ...

tak sabar nak nanti Julai...semua pulang ... pulanglah wahai anak-anakku...

Rozita bt. Paiman said...

Rindu yang ada penyebabnya amat menyeronokkan pabila terisi. Bagaimanapula dengan rindu yang tanpa diketahui kenapa dan mengapa???

KAMATO said...

Yang penting anak2 yg duduk di seberang sana itu sihat

Cat Cat said...

Kak Rina,
Reading your post today makes me rindu pulak kat my parent and my siblings... Huhuh! Bila lah dapat balik ke tanahair ku yang tercinta...

Anonymous said...

rindu anugerah dari Allah. tanda jiwa seseorang itu lunak dan penuh rasa kasih.

jika seorang isteri rindukan suaminya, begitu juga siapa menduga rindu suami pd isteri. dn rindu anak pada ibu mereka.

akhirnya doa juga jadi pengikat rasa kasih sayang.

huhu.. ayat jiwang pula. :)

maklang said...

rindu..susah nak di ukur tahap kerinduan itu kan...

dan sememangnya dengan air mata, Insyaallah terubat sedikit rindu itu...

Tabah kan hati mu wahai teman...kalau nak hilang kan rindu sebutlah namanya....macam lagu Siti Fairus tu...

kalau tak pun jom makan2 kat rumah maklang...he..he..

D said...

kak rina,
janganlah dipuji semangat yang ada pada diri yang serba kekurangan ini. tapikan kak, perasaan rindu ini ujian Illahi - untuk membawa kita lebih dekat padaNya. Tak kiralah rindu pada yang sudah pergi, pada suami/isteri yang berjauhan, pada anak-anak atau rakan-taulan. Kesabaran yang dipupuk berkaitan dengan keimanan dalam jiwa. to each their own tests... wallahu'alam. Thank you kak (tangkap leleh jugak nih..)

Neeza Shahril said...

kalau sayang barulah rindu kan.. kalau tak sayang tak rindu pulak la..

sama la dengan rindu kepadaNya.. kalau kita sayang, kita rindu dan kita buat apa yang diamanahkanNya...

Neeza rindu juga ni.. rindu kan keluarga di tanahair.. (by the way, kenapa orang sebut tanah air ye??)

zlaa said...

Kak Rina,

You seorang yang tabah. I tak tahan being apart from family, but your view ttg anak-anak being away untuk belajar really inspire me. Thanks.

ummu asiah said...

Sedihnye tengok gambar tu..tapi lagi terpisah macam tu lagi mengukuhkan kasing sayang, betul tak?

Smlm saya dapat sms dari kwn yg terpisah dgn suami for 6 years tu, suami ada tapi tak dapat peluk cium, bila berjumpa sekali sekala dah rasa kekok sikit.Just imagine 6 years terpisah, 6 tahun juga tak dapat nafkah zahir dan batin...zalim kan. Saya pun tak reti nak bagi kata-kata comfort pada dia. Itulah isterikan sentiasa setia pada kasih suami yang satu walau dilanda pelbagai ujian yang amat berat..

InsyaAllah, semoga rindu Kak Rina dibalas Allah dengan pahala kerana sabar menanti kepulangan suami.

Anonymous said...

Alah kak rina.. rinduuuuuuuuu... tak tau nak cakap apa lagi..kak rina tahan 30 hari.. ummi the minute dia turun escalator nak masuk immigresen dah rindu dah.. air mata mencurah2 keluar..

cendawanintim said...

bila baca n3 nih membuatkan saya rindu pada mereka2 yang jauh dimata dan sangat dekat dihati...

so, saya pon sedang merindu sekarang..uwaaaaaaaaaaaaaaa....

NURAZZAH8 said...

Rina....... sedihnya...sebab saya juga pernah melalui spt apa yg RIna lalui...malah lebih lama dari itu...

bila rindu menjelma...
hanya airmata...
menjadi teman setia...
lalu AL-Quran segera dibaca...
semoga hati kembali ceria...
Mengingati Allah Yang Maha Esa.

silversarina said...

rozita,

Bila rindu pada seseorang ubatnya adalah pertemuan ,jika rindu tanpa sebab maknanya cinta yang tetap ada walau di mana.




kamato,

Itulah yang diharapkan , InsyaAllah .




cat cat,

Tak pe nanti ada peluang akan pulang juga cath ke tanahair, waktu memang akan hilang rindu kepada semua yang tersayang.




cikgu jawe,

Terimakasih atas ayat jiwang-jiwang yang penuh makna bagi menghilangkan rasa rindu .

silversarina said...

maklang,

Bila dah lama tak bertemu terasa sangat kami berjauhan , tak dapat tahan perasaan .

Nak bertemu maklang hari biasa tak nak kacau orang kerja, hari minggu ada je program di sini.. anyhow nanti anuar balik nak jemput maklang datang sini ye.




d,

Memang ikhlas apa yang tulis, itulah yang akak rasa ketabahan yang ada pada d ... semoga kerinduan terubat dengan doa kepadaNYA.

take care !!



neeza,

Bila berjauhan memang akan ada rasa rindu... tak pe neeza boleh hilangkan rasa rindu pada insan tersayang di tanahair bila balik nanti... orang guna tanahair sebab tempat /tanah yang kita lahir dan air yang kita minum asalnya dari situ jugak..hihi..akak pun taktau.

silversarina said...

zlaa,

Waktu anak-anak kecik kalau hubby out station akak ikut, bila dah sekolah memang selalu kena tinggal dan sekarang memang tinggal berjauhan dan bila anak-anak pulak tinggal jauh... tu yang tahan jugak padahal rasa rindu tu Allah saja yang tau..chat, sms dqn calls almost everyday tapi tak dapat sentuh tu yang memang rasa tak puas..

anak-anak studying abroad , kena makayahnya dan anak-anak nya mahu tinggal jauh dan sanggup berdikari sepenuhnya .



ummu asiah,

Masa tulis entry ni memnag tak terfikir langsung pasal keluarga mangsa ISA ni.... memang mereka adalah manusia yang paling tabah, rindu yang tak tau bila akan terubat... 6 tahun tidak bersama tentu dah macam orang lain .. sedihnya..sebak nya...saya doakan agar kezaliman ini akan berakhir.Amin.



ummi465,

I faham, I faham...sabar...sabar.



cendawanintim,

rindu merindu .. kita semuanya sama...



nurazzah,


you dulu lagi lama menanggung rindu, tahan betul you all berjauhan begitu lama.. tapi bila ingat itulah jalan yang kita terima, tak boleh nak buat apa .. tahan ajalah.

mama said...

aduh jiwang sungguh kak ina ni rupanya.

saya faham perasaan kak ina tu... maklumlah orang pernah merantau sama cam kak ina juga ahhahahhah...

saya doakan hubby kak ina selamat pulang ke tanah air. wow... lainnya gambar dia time muda remaja nak ngorat kak ina dulu kan.
gambar kak ina time tu mana pulak hehhehehe

silversarina said...

mama,

lagi tua lagi jiwang tau dan cepat terasa rindu dan sunyi ... gambar akak masa slim macam ratu dah hilang..hihi.