AWAS !!!
Entry ini sedikit menjijikkan , dinasihatkan kepada sesiapa yang belum makan, eloklah makan dahulu sebelum membaca.....
Selepas menghantar ke sekolah pagi tadi saya ke pasar borong kerana hajatnya nak masak special sikit hari ni.. Selepas itu saya ke mini market jalan matahari dan di situlah bermulanya idea nak tulis bab makanan yang jijik....
Sedang saya membayar barangan tokeh dan 3 orang cashiers sedang rancak berbual perihal makanan yang lazat yang digemari masing-masing , ada yang sebut ikan patin, ada yang sebut kerabu perut lembu , tuptup tokeh kedai sebut yang paling dia suka ialah 'lembu kaki pendek ' dan katak . Menjeritlah budak-budak cashiers tu bila dengar tokeh muda tu suka makan katak. Saya hanya tersenyum dan terus beredar..... semasa kecil saya berjiran dengan sekeluarga bangsa tionghua dan memang feveret mereka adalah katak, sebelum di masak katak-katak itu dijemur di ampaian kain agar cecair katak di keringkan sedikit sebelum dimasak . Ibu saya pernah beberapa kali termuntah tengok katak-katak itu di ampaian.. itu kisah katak..
Semasa saya di Kerteh dan berjiran dengan pekerja-pekerja Korea dan Filipina.. kegemaran mereka adalah anjing panggang.. pantang ada anjing liar , habis menjadi habuan mereka..... itu kisah anjing panggang.....
Di pasar borong yang saya pergi pagi tadi hujung tahun lalu ada sebuah gerai nasi kukus yang diserbu dan diberhentikan operasinya .
Kenapa????
Waktu saya mula balik dari Jordan dan dalam kemaruk JJCM saya memang lama dah duk teringin nak makan nasi kukus tu, tapi Allah Maha Penyayang...sehari sebelum saya memang berniat nak beli nasi kukus tu kerana lama dah 'mengidam' , petangnya sewaktu saya menanti Mimi pulang dari kelas tusyen saya sempat bersembang dengans 2 orang sahabat lama dan entah macamana terkeluar pasal nasi kukus. Dikatakan penjual nasi kukus di pasar borong tu baru paginya diserbu oleh pihak berkuasa kerana dicurigai kebersihan dan kesucian nasi kukus itu. Rakan saya ni memang dah jadi regular customer nasi kukus tu.
Rupanya gerai ini memang laris kerana pembeli terpaksa ambik nombor giliran untuk membeli nasi ini.
Nak tau apa rahsia kelarisan dan kesedapannya ????
Rahsia dibocorkan oleh orang dalamnya juga... dikatakan air kukusan nasi itu diletakkan dua ekor bangkai kucing bagi menyedapkan rasa nasi kukus itu......... bangkai kucing ada dalam air kukusan . Tips menyedapkan nasi kukus ini katanya diberi oleh orang siam... yang menjualnya melayu, muslim.
Gerai itu ditutup sehingga kini. tapi tadi saya nampak ada banner baru..."NASI KUKUS" di area situ juga....
Cakap pasal pelaris lagi.....
Saya pernah terbaca dalam akhbar kisah di mana pengikut Ayah Pin diberikan makan 2 biji kapsul sehari . Yang jijiknya bila diceritakan sendiri oleh orang kanan ayah pin dan orang yang membuat kapsul itu ialah... setiap hari dia( orang kanan itu ) memasukkan najis ayah pin ke dalam kapsul sebelum diberi kepada pengikut2 nya........
saya hingga kini bila ternampak iklan nasi kukus, terasa loya tekak ............
Wednesday, April 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
yuck yuck yucks..nasib baik dah makan... sampai macam tu sekali ya.. hmm sekarang must think twice b4 we buy anything from a famous stall..mungkin ada benda2 sewaktu dengannya
mama plak pernah dgr pasal satay anjing yg di buat oleh org indonesia jawa...
gelii ai!
Adeiiiiiiiiiiiiii...
ummi,
sebelum akak update blog memang dah makan dulu... bahaya kan kalau tamak berniaga tanpa kenal kesucian makanan itu sendiri.
mama ranggie,
eiiii akak pulak yang geli tekak... macam2 nak dimakannya...
ajzie,
wekkkkk nak terloya betul... menaip ni pun nak loya...
ada chinese officemate asben waktu keje tempat lama ni, buat full moon party utk anak pompuan dia yg dah habis pantang. 1st time nengok anak dia, mak oii tembam sungguh! heran kan, chinese babies ni mostly mmg debab ngan mata sepet dia tu...isy geram lak nengok. pehtu chek tanyalah kat mak dia, bagi anak makan apa. nak tahu apa dia jawab?
sup katak!!!
Rina...tu sebabnya...orang kata kalau kedai tu ada pelaris...baik jgn makan...sebab selalunya pelaris ni adalah bende2 kotor & najis...sebab selalunya diambil dari orang2 seperti siam atau sebagainya...
Dulu pernah terbaca dlm email ttg satu gerai nasi ayam yang femes kat Bangi...mereka kata memang ramai orang sehingga kedai sekeliling pun tak ramai yang dtg...satu hari ada sorang Ustaz yg dtg untuk makan ...tapi tak jadi sebab ustaz tu ternampak seperti ada seekor kera yang kencing dalam periuk nasi tu...nasib baik kitorang tak pergi situ...
eeiiiyek!
macam kata ummi, seb baik dah makan heavy breakfast!
Mai Penang kalau nak nasi kukus ya. cikMilah siap beli acuan pan kecil tu dr Kelantan sbb suka sangat makan nasi kukus.
Kat industrial area Prai ni, dah tak jumpa dah anjing kucing merayap, ikan di longkang, kangkung pun tak leh hidup dlm parit.. semua di kaut buruh vietnam!
logiknya bangkai kucing mesti ada bau kan? agaknya dah jadik rasa lemak2 dah bangkai kucing tu duduk dalam periuk yuuucccccckkk kena kasitau anthony bourdain nie.
ni ala-ala citer satay kajang ler ni... pernah heboh gak satu masa dulu.. isk..
dah dua hari dok baca blog orang sampai hilang selera makan.. u r the 2nd person kak rina.. sabo je la..
salam,
dah sihat sakit perut tu...? Harap dah sembuh sepenuhnya...
hurm...cakap pasal makan nih, sbb tu my hubby tak gemar sgt nak makan kat luar nih...we all nih mmg jaraaaannnngg sgt makan kat kat luar, salah satu sbb anak dah ramai...mak ooiii...kalau makan kat luar mmg kopak...!! hehehe...sesekali dpt bonus oklah...
lepas tu selalu jugak kena bila makan kat luar, tak spt yg diharapkan...my hubby selalu merungut (esp kalau order mee goreng ke, nasi goreng ke..),,, apataknya...harapkan hitam taruk kicap aje...hehehe..anak bujang I cakap, kalau mcm tu dia pun boleh buat... goreng nasik tambah kicap... hehehe...
we all selalu nak mkn sedap tunggu atok (my mom lah..) datang, pastu I pun shopping lah ikan besar ke, udang, sotong etc kat pasar... pastu masak dgn atok... nak lagi sedap ajak adik-beradik datang makan ramai-ramai... mmg sehingga menjilat jari orang kata...
salam kunjungan balas....
alahai geli geleman le anak tekak, anak ketiaq, anak lutut...
camni kene rajinkan diri masak sendiri, kan...
dah try kat kemasik tapi macam nasi biasa je.. sini pon sepanjang jalan banyak betol kedai nasi kukus..!!
alahai kesiannya kak rina sakit sorang2.. hope dah baik. lain kali call la ya kalu ada apa2.. 30 minit ok je sampai kemaman tu..
Ya Allah, gelinya tekak! tapi thanx kak for the story like this..next time kita orang beware lah kalau nak makan kat luar.
sekarang ni memang jaaaaraaaang makan luar, satu tak berapa healthy kan? lagi satu anak2 kalau makan luar bukan habis pun! membazir jer.
pasal pelaris ni memang betul tu kak - guna benda2 kotor ni sejak zaman tok nenek lagi sebenarnya..kopitiam dulu2 kalau yang laaaris sangat sampai orang bertunggu-tangga tu kan, nenek pernah cerita bekas air panas dalam periuk besar tu pagi-pagi bila towkey bangun, all the kahak dan hembusan hidung masuk dalam periuk panas tu! lagi satu, spender yang dah dipakai direndam dalam tu!!!!! mesti ada asas cerita ni kan? dari nenek saya ni.
so tak heranlah kalau sekarang pun masih ada!
teringat satu gerai jual makanan thai masa saya masih bujang (sekarang gerai dah jadi restoran dan terletak di area damans4ra utama), memang gerai jiran tu boleh kita m*mpus terus! gerai ni raaaaaamai sampai beratur orang nak duduk..may be ada lah apa kebenda yang melariskan tu agaknya..eiiiii! geli tekak!
rina nasib baik saya dah mkn lunch kat canteen dgn budak2 tadi sedap grilled honey chicken with blk papper sauce only for $3.50...murah kan.
yucks!!!
kak rina
ni nak citer jugak.. belum citer nak loya dah ni..
Ada sekali zar dan hubby pi satu pekan kat pahang ni.. orang pahang kan kuat makan tempoyak.. ada satu kedai ni, tokeh dia tengah nak makan nasi.. lauknya.. daging tutttt masak tempoyak..
Aduihh sejak tu, kalau mertua zar masak daging lembu masak tempoyak sure zar tak usik.. teringat wooo
Bab makan katak tu, biasa tengok dorang tengah siang katak tu..
eishhh biar betol bangkai kucing..
nasib baik dah makan d tempat kerja tadi. so petang ni x tau lagi nk masak ke tidak.
kalau hubby nak makan mama masak la mlm ni...
Yuckkkkk...mereka ni terok betul la.
-Faruha-
kak teh pernah dengar cerita kawan kak teh. dia nampak seorang ni mandi - airnya ditahan di dalam baldi. kemudian esoknya air dalam baldi yang sama dibuat untuk adunan roti canai. Sampai sekarang bila nak makan roti canai teringat cerita tu.
eiii....yek...sib baik x makan lagi...kalo x,mesti dah t'muntah bile dpt tau...cam2 la org bisnes ni...
NURIN JAZLIN
MURDERED. 9 YEARS OLD. WHY? ARE WE HUMAN?
.
Please!
TO AVOID SUCH A TRAGEDY HAPPENING AGAIN, AND FOR THE SALVATION OF OUR CHILDREN, WE ARE DOING A WORLDWIDE CAMPAIGN, DISPLAYING THE IMAGE OF NURIN JAZLIN JAZIMIN IN BLOGS ALL OVER THE WORLD ON 25TH APRIL 2008. LET'S NOT FORGET NURIN JAZLIN.
salam
bila saya baca n3 ni teringat kedai yg saya makan kat kb ..laris betul jualan makcik tu,eeiii loyanya takut kot22 ader benda kat air sup dia...huwakkkk..
kc,
agaknya kalau dah biasa makan memang tak rasa apa, kita yang dengar pun dah nak terloya .
kak lady,
YA Allah... macam-macam kaedah digunakan nak melariskan jualan... eeeeeeeiiiiiii geli geleman .
cikmilah,
vietnam memang lain pulak hal nya, suka kucing lah pulak... wekkkkk.
babazahra,
bila dicampur dengan herba, tu yang sedap kot !
kalau panggil Anthony Bourdain, bukan nasi yang dimakannya, habis kucing tu diratahnya... gelinya....
suealeen,
akak tak tau kisah satay kajang...apa ekkk ???? kalau tau tak berselera dah nak makan kot :(
nurazzah,
Kalau ramai memang sedap masak sendiri dan berkelah ramai-ramai... I pun dah kurang beli, tapi bila tinggal bertiga dan siang tak de orang nak makan, tu yang ke kedai je kisahnya, tapi alhamdulillah ada 2/3 orang sahabat yang ada restoran dan memang dah dikenali kebersihannya.
cikguzue,
kena rajin masak ni...hihihi...tak pe your cooking nampak sedap je.
mulan,
memang trend sekarang nasi kukus , merata nampak restoran nasi kukus... setakat ni akak tak pernah try lagi dan rasanya takkan try... ramai yang kukus biasa je, tapi dah takleh nak tune tekak ni...hehehe.
ondeonde,
kopitiam kat sini pun ada orang kata guna spender/stokin busuk, entahlah tapi kedai tu laris dari dulu sampai sekarang, sapa pergi minum situ kira ada standard... akak tak pernah lagi dan takkan ke situ, not my taste pun...
kak elle,
kira semula baik makan kat western food outlet, sebab selalunya ada manager QC dan bersihnya terjamin, setakat yang I tau lah...
nak lah jugak chicken tu....huhuhu.
zareda,
eeeiiiiiyyyy gelinya..... wekkkkk... kenapalah akak buat entry ni, dah gelinya.....
mama,
agaknya banyak lagi pelaris nya yang kita tak tau... kena asah bakat memasak ni... cheers!!
faruha,
tak masuk akal kan diaorang boleh buat camtu ...
kak teh,
Sekali lagi kenapalah I buat entry ni...sendiri sudah gelinya.... I suka roti canai... ampun :P
sofie dearest,
itulah kemaruk makan, nanti you balik kita JJCM lagi ye...but ..NO nasi kukus..
david santos,
thanks for the reminder... we'll never forget the heart throbbing tragedy .
yusztiey,
jangan bukak pulak kukusan orang tu...naya pulak kot terjumpa sesuatu...heheheh.
heheh memanag patut pun kene asah bakat memasak kkita kak ina... orang tua2 kata nak pikat salah satu cara nak pikat suami macam2 lah kan... darling akak ada balik malaysia ye?
mama,
bagus .. ada peningkatan asah bakat masak ye.... darling akak mei baru cuti ...cewah nanti dia heran kenapa akak rajin masak... seminggu je...lepas tu JJCM balik...hihihi.
Jangankan orang nak makan, neeza yang tak makan ni pun rasa loya tekak.. yucccckkkkkkyyy... aiiyeee.. camane lah diorang tu.. dah hilang kewarasan agaknya.. sanggup letak benda haram untuk laku kan jualan.. addoiii.. teruk betul la diorang ni.. kalau makan untuk diri sendiri tak kisah sangat (walaupun geli lah jugak hehee). Ini untuk jual bagi orang makan.. teruk betul la diorang ni kan kak Rina..
neeza,
orang menjual ni ada yang tak ingat halal haram, tau nya nak untung banyak dan sanggup bagi orang makan benda kotor.. entah apa jenis orang ...
Post a Comment