Tuesday, April 29, 2008

Tatasusila Blog.........

Dua tiga hari ni saya macam tak de mood nak menulis blog walaupun dalam kepala banyak kisah yang ingin dikongsi bersama namun rasa macam tak kena aja cerita yang akan diceritakan. Rasa macam busy body bila kisah orang yang melibatkan perangai buruk manusia lain. Jadi saya pun letaklah kisah rindu yang hanya melibatkan persaan saya sendiri, tiada kisah manusia selain saya dan keluarga sendiri.

Mungkin rakan bloggers pernah alami apa yang saya alami ..... rasa bersalah menulis sehingga akhirnya mendeletekan entry tersebut...

Perkara ini pernah saya alami dua kali dalam blog lama saya , loveujordan di mana saya menulis kisah benar yang berlaku yang info nya saya dapat dari 1st person yang mengalami pengalaman pahitnya. Walaupun saya gunakan nama samaran dalam kisah itu namun kata-kata dan ayat-ayat yang saya gunakan agak keterlaluan dan setelah mempublishedkan entry tersebut saya bagitau darling saya di UAE yang saya ada tulis kisah panas . Tak sampai sejam lepas itu darling saya nasihatkan saya agar delete atau simpan aja kisah tu sebab katanya blog saya jadi ganjil dengan entry terbaru saya . Katanya lagi bila blog yang sebelum itu tidak berkisar kisah yang 'tak elok' dan bahasanya pulak kasar mengata manusia lain yang pada saya memang itulah sifat watak dalam kisah itu sebab saya pun kenal orang yang saya ceritakan . Setelah difikirkan masak-masak kesan kepada blog saya, kesan kepada saya sendiri jika watak utama/ kuncu-kuncunya dalam kisah itu membaca blog saya maka saya pun deletekan entry tersebut walaupun saya ambik masa yang agak panjang untuk menaipnya. Baru saya rasa lega.Mungkin ada bloggers sempat membacanya tapi komen tiada lagi masa saya deletekan entry tersebut.

Satu lagi entry saya terpaksa deletekan kerana kisah 'orang itu' hampir-hampir diketahui oleh kuncunya tapi dua entry itu tiada berkaitan antara satu sama lain. Saya tidak mahu mengambil risiko mempublishkan entry yang bakal mengundang perbalahan.... I want peace !!

Walaupun blog ini adalah blog saya namun tatasusila menulis perlu dijaga kerana ianya bukan blog politik dan juga bukan blog gossip ....

Kita jumpa lagi di lain entry , walaupun ada kisah manusia namun semuanya demi mendapatkan pengajaran dari kisah-kisah tersebut.

14 comments:

Sue.Aleen said...

biasalah tu.. ada masa macam nak mem'blog' je.. ada masa walopun banyak idea, jadi M semacam je. most of the time bloghop je la. lagi satu kalo dah start tinggal sehari.. soknye entah nak cite ape la pulak ye.. soklan lazim tanya pada diri sendiri.

cite panas ttg org lain tu tak pernah la buat lagi

Anonymous said...

I too have experienced the same thing. Kadang2 rasa malas je nak update. Kadang2 rasa nak buat private je and kadang2 rasa nak delete je.

So kalau nanti renyai.blogspot.com hilang dari pandangan rasanya dah hilanglah tu dari dunia cyber. Mungkin nak melowprofilekan diri. Tapi masih bloghop. Amacam ok tak?

Apa2 pun kak rina, yang penting kak rina selesa dengan entry kak rina. Betul tak?

Have a nice day

Kiah Kardashian said...

salam kak rina....

akak sana nak no contact/e,mail lar...ada sesuatu keputusan yang nak diambil mengenai Jordan...



Thanks

silversarina said...

suealeen,

blogging memang menyeronokkan, dapat berkongsi cerita dan pengalaman, tapi baisalah adakalanya memang jadi malas nak menulis ... setakat ni memang akak takkan berhenti menulis, InsyaAllah.



ummi365,

janganlah tutup kedai, nanti mengamuk peminat ummi tau... so far akak enjoy reading your blog.

akak memang happy dengan berblogging dan tujuan utama menulis ni pun kerana nak hilangkan kesunyian.



zakiah,

wah.. nak ke sana ke .. best, best... no hp akak 0179016648 . emel.. silversarina@yahoo.com .

maklang said...

kadang2 memang rasa tak sedap nak cerita...sebab tu maklang banyak berkisar tentang anak2 dan apa2 yang berlaku kat diri sendiri aje..

umie@kakyong said...

Betul rina kata tu.. kadang2 kita terasa sendiri dgn apa yg kita dah post, ada ke semua orang boleh terima atau tidak?? hati selalu berdetik.. betul ke dgn apa yg aku dah tulis??
Kadang bila kita komen di blog kawan2 lain.. ada masa kita rasa mcm tu juga... kalau hati kita heppi, kita komen cara hepi atau bergurau senda (tgk juga entry dia kan..)takut peneriman empunya blog tu... tak boleh terima dgn apa yg kita dah komen...mungkin tu juga salah satu bloggers2 takut nak tinggalkan komen mereka...
umie nak sorokan blog sendiri pun tak reti sampai sekarang..jdinya.. tinggal mcm tu je la nampaknya... mana la tau satu hari umie dah tak berblog lagi....

t/care rina..

CikguZue said...

salam kak Rina...
tiap kali tulis blog emangnye ada tatasusilanye, kan. takut orang berasa sakit ati,lebih2 lagi kalau crite hal orang yang tak betul, tak semena2 dapat dosa kering...
sbb tu saya pun lebih banyak crite hal diri sendiri drpd org lain. biarla memboringkan orang pun. hehehe.

Qaseh Bidadari said...

tu lah...

kekadang mmemang gitu...

x de idea...

tp tgn tu gatal gak nak nulis kan...

Kak Elle said...

Rina di sini lah saya mencurahkan hati saya berblogging tapi kekadang pandangan org lain dari apa yg kita tulis kan? no matter what I write is my own:)

Neeza Shahril said...

Bagi Neeza kan, apa yang kita tulis bukanlah bertujuan untuk mengumpat kosong. Tapi, sebagai pengajaran pada sape yang membacanya. Kalau orang yang terkena tu membacanya, semoga dia sedar akan kesilapannya. Juga, untuk mengingatkan diri sendiri supaya tidak jadi macam tu. Sebab, bila ditulis, baru kita nampak kan..

Anyway, of course lah kan, kalau cerita orang yang tak sedap dengar tu, kena letak nama yang orang tak akan kenal...

Lagi 1, blog neeza macam diari seharian neeza. Neeza tulis apa yang neeza suka. Kalau orang tak suka baca, tak yah lah baca. Kita bukan paksa kan...

Hal yang sangat peribadi, tak lah pulak neeza tulis.. hehehe..

Zareda Norman said...

tepat sekali pandangan kak rina.. sometimes memang rasa sakit hati sangat dengan seseorang dan terasa ingin luahkan di blog tetapi terfikir pula, itu dari pandangan saya aje.. bagaimana jika seseorang itu terbaca, tentu dia sedih kerana saya tak berterus terang padanya.. so hubby lah tempat zar meluahkan perasaan...

blog sekadar menceritakan kehidupan zar untuk tatapan Zulaika satu hari nanti, InsyaAllah

ummu asiah said...

Kak Rina,
memang bila menulis tu mesti baca dan fikr bnyk kali sebelum publish. takut terkena pada orang lain and also apa pula pandangan orang lain. Tapi semua tujuan kita ialah untuk berkongsi agar orang lain yang membacanya kalau pun bukan dapat pengajaran dapat menjadi santapan jiwa dan bahan bacaan macam baca buku juga.

Untuk kak rina, mak lang neeza,ummi, kak elle(blm pernah tngal jejak lagi..tapi selalu gak baca) and the rest too...please teruskan menulis...moga kita semua dapat manafaat dari tulisan orang lain dan begitu juga orang lain terhadap kita..tapi tabik springla kak rina..tiap hari ada entry baru...

mama said...

kak ina ...

tak salahnya menulis blog jika semuanya untuk kebaikkan sejagat.

cuma firasat saya sekarang mungkin kakak saya ni kurang tenang hatinya mengingatkan orang tersayang di seberang laut. banyakkanlah membaca Quran ye... pastu tulis blog semula.
saya mesti baca punya.

silversarina said...

Kepada semua yang tinggal kan komen , terimakasih kerana masih menyokong usaha saya berblogging. Anda ssemua adalah sebenarnya sumber inspirasi saya dalam dunia cyber ini. InsyaAllah saya akan terus jadi makcik blogger atau nanti nenek blogger dengan lebih berhati-hati .Syukran.