Wednesday, April 16, 2008

SERBA SALAH

Petang tadi berbekalkan sedikit kuih muih yang saya beli dari gerai kuih saya terus ke rumah Am ( yang saya ceritakan kisah mak nya sakit gila meroyan ) .Dah banyak hari hati saya nak sangat singgah di rumah Am bertanya khabar mereka sekeluarga.

Setibanya saya di situ saya dapati kereta waja mak Am ada ..... saya terus bagi salam dan mak Am terus jemput saya masuk .Dia berkemban kerana katanya dia baru je sampai rumah ( 4.40 pm ) dan baru nak masuk bilik air . Dia silakan saya duduk tapi membatalkan niatnya sebab kusyen dan semua kerusi meja makannya penuh dengan pakaian yang tak berlipat dan berterabur. Memang macam kedai dobi.. Saya pun kata tak pe tak payah duduk sebab saya nak singgah sebentar je bertanya khabar.

" Saya dah kerja sekarang kak, " kata mak Am .

Saya sedikit terperanjat sambil kata " oooo" saja.

" Saya kerja di TADIKA ****** , " mak Am sambung .

Saya jadi lebih terperanjat sambil kata, " Aaahhaaaaa , dah lama ke kerja situ ?"

" Baru bulan ni ( April ) . " katanya lagi.

Saya terperanjat kerana tak sangka dia bekerja di tadika yang kawan saya adalah pemilknya dan sekolah tadika ini baru dibeli tahun lalu dari sahabat saya yang sorang lagi yang sudah berpindah ke KL. Tapi lepas mak Am kata dia dah bekerja saya terus bersangka baik, mungkin dia dah sembuh dari 'penyakit' nya.

Bila dia terus bercerita yang dia balik lambat hari ini kerana kena siapkan peralatan untuk pendidikan seni esok hari dan dia pergi ambil anak kembarnya di sekolah pukul 4 petang sedangkan si kembar darjah 2 tu keluar sekolah jam 1 tengah hari. Dia kata puas dia pusing kawasan sekolah kerana anak kembarnya tiada di mana-mana. TADIKA dan sekolah anaknya tidaklah jauh mana, dia boleh keluar sebentar ambik anaknya .... akhirnya dia kata ada budak di asrama ( sekolah rendah ni ada asrama ) yang bagitau dia anak kembarnya telah dibawa balik oleh guru sekolah yang juga jiran saya dan jiran mak Am.

Waktu dia habis cerita kisah dia biarkan anak kembarnya sampai pukul 4 petang baru diambilnya, saya terus kata dalam hati dia ni belum betul sepenuhnya.

Saya balik dan rasa serba salah.... nak bagitau rakan saya yang empunya tadika (tadika bersangkut paut dengan kanak-kanak..risau saya..) tentang mak Am atau nak biarkan saja mak Am bekerja di situ... setakat ini saya masih taktau nak kata apa...serba salah.

17 comments:

Anonymous said...

betul ke dia kerja situ? atau dia saja cerita?

bagi aku, elok bagitau kawan akak. untuk pengetahuan dia aja. kot2 jadi apa2 kemudian hari..

silversarina said...

cikgu jawe,

cara dia cakap macam betul... kawan akak tuan tadika tu memang tak kenal dia nilah rasanya ... nanti kalau sempat akak nak siasat... macam menyibuk lah pulak akak ni... tapi risau tau...

Anonymous said...

am, mak am, kak ina dan penduduk sekitarnya. boleh bikin drama swasta ni kak. macam dirancang-rancang aje semua plot yang kebetulan bersangkut. jadik minat plak saya nak tahu. cuma sebelum mak am keluar paper cederakan anak orang kat tadika, baik tuan director ubah skrip cepat2.

zlaa said...

Kak Rina,

Memang serba salah. Diberitahu, karang sekat rezeki orang pulak. Tak diberitahu, karang dibuat tak betul pula kat anak-anak kecil. Hai..memang serba salah. Tapi sebelum ni, tak kerja pun dia cukup makan kan? Boleh pakai kereta waja pulak tu, kira okay-lah income-nya. Tapi, setuju dgn Babazahra', macam drama swasta pulak. nanti, jangan lupa update ceritanya.

Kak Elle said...

Rina buat apa yg patut untuk kebaikan semua.

silversarina said...

babazahra',

Memang dari dulu lagi kalau kami ( akak sekeluarga dan penduduk setempat ) bercakap pasal keluarga Am ni , kami sendiri kata kisah ni macam drama yang tak masuk akal, it's too complicated... semalam akak terkedu bila dia cakap dia dah jadi cikgu tadika dan oleh kerana kami dah lama di sini memang ramai yang bersangkut paut , tuan tadika yang memang akak kenal rapat ni dulu tinggal di kampung lain , masa akak tak de dia pindah dan beli tadika tu, so kira doa macam baru kat tempat kami dan mungkin dia taktau kisah mak Am ni (kalau tau takkan dia ambik ,pada akaklah ).

Payahnya drama tak de pengarah, cerita sambung-sambung ikut suka .. dari malam tadi fikir nak masuk campur ke tak ... akak nak cuba tanya guru besar tadika tu dulu ... macam tak pasal-pasal pulak kena terlibat disebabkan akak ziarah mak Am semalam.



zlaa,


Dia ni tak payah keje pun tak pe, suami dia engineer kanan syarikat swasta dan semalam dia kata suami dia yang keje KL balik every weekend .... mungkin dia jemu duduk rumah sorang-sorang belah pagi tapi dia main biar je anak-anak dia balik lambat sebab dia tak ambik, hari tu Am duduk luar rumah sebab dia belum balik keja tadika lagi dan Am sekolah dekat rumah je, at least bagilah kunci rumah kat Am . Ini kalau drama tv dah dapat awards, bukan satu banyak awards dapat , itu drama senang jugak habis drama habis cerita, ini real drama... akak pulak ada sama dalam kancah drama yang tak de plot ni.. memang akak malas sangat nak asuk campur... kena siasat sikit je, lepas tu terpulanglah pada pengarah lain ( guru besar tadika )nak sambung drama ni.

silversarina said...

kak elle,

Kena lah jugak , takut apa yang tak diingini berlaku, nanti I pulak yang menyesal .. orang punya masalah I pulak tak semena-mena terlibat... malas betul lah camni.

Makcik Runner said...

kesian saya baca kisah mak Am ni. takde ke sedara-mara dia yg kesah nak ambik tahu hal depa anak beranak? what happened to her husband? dari gerak hati saya melalui kisah ni mcm kata dia (suami) dah tak ambik tahu hal keluarga dia...wallahualam!

betul gak u cakap rina, serba salah dibuatnya. nak bagitahu ke tak? bagitahu takut orang tak nak ambik dia bekerja, nanti dia takde income. takde income camner nak bagi anak2 makan ye tak? kalau tak bagitahu takut lain pulak jadinya...

kalo dapat hubungi sedara-mara dia atau ada kawan2 yg prihatin, bawaklah dia berubat. bukan apa, kesian ngan nasib dia dan anak2 dia

Mak Teh said...

Mungkin pengusaha tadika tu nak membantu mak Am. Kalau dia bekerja mungkin akan mengurangkan penyakitnya. Boleh beritahu tuan tadika itu tetapi dengan cara berhati-hati just to be aware of her condition. Janganlah beritahu supaya diberhentikan pula. Selagi dia tak merbahaya bantulah dia dengan memberi kerja itu. Orang sekeliling yanh tahu keadaan dia kenalah pantau dia ni.

ummu asiah said...

Kak Rina..elok buat sesuatu i.e jumpa GB tadika..since teruk juga tahap 'meroyan' mak am ni. Ingat lagi tak kisah seorang ibu di KL ni yang dijumpai lemas dalam lombong dengan 2 anak dia.Pun masalah yg sama..gila meroyan. Tapi dlm kes tu, suaminya agak bertanggungjawab dan ada ipar yang tolong tengokkan dia. Cuma bila berlaku kejadian suami dia keluar bekerja.Iparnya pulak dalam pantang.

Dalam kes mak Am ni..kenapa la pulak suami dia tak bawa wife dia pergi berubat. Mesti ada cara nak kurangkan tekanan mental pada mak am ni..

maklang said...

kesian kan...nasib mereka...

memang serba salah..nak beritahu atau tak?? kalau maklang sendiri pun jadik serba salah jugak tu...

Neeza Shahril said...

Neeza rasa bahaya dia ni kak Rina. Memang kita nak sangka baik tapi keselamatan budak2 tu camne pulak nanti. Elok rasanya kak Rina inform aje - langkah berjaga-jaga. Kalau segan, mungkin boleh minta kawan kak Rina require dia pergi medical check up. Tak la segan sangat kalau nak buang (kalau betul dia masih sakit la). Tapi bila dia cerita ambik anak yg keluar pukul 1 pada pukul 4, tu something is not right somewhere tu..

Ummi365 said...

Kak Rina, ummi tau perasaan kak rina yang serba salah. Pada ummilah..mungkin akak boleh jumpa gurubesar dan cerita supaya tak terasa hati mana2 pihak... dan cuba untuk be neutral..

pandai cakap je ummi nikan..kalau kena diri sendiri tak tau boleh buat ke tidak..

Anonymous said...

kak rina
baik bagitahu suruh kawan kak rina tu hati hati tapi tak perlulah citer secara detail, aib orang takut terlebih cerita jadi fitnah plak.

Manalah tahu kot kot dia dalam healing process, nanti tertutup pintu rezeki dia..

Qaseh Bidadari said...

serba salah kan kak di buatnya...

silversarina said...

kc, makteh, ummu asiah, maklang, neeza, ummi, zareda,mama ranggie,

akak dah berjumpa dengan guru besar tadika terbabit dan entry terbaru akak adalah kesimpulannya.

nak kata rang tak ambik peduli hal mereka , tak masuk akal, tapi memang mak Am ni kaki belit dan pandai putar.. keluarga pulak macam taktau hal sebenar... suaminya pun tak ambil hal...yang jadi mangsa pada akak ialah anak-anak... yang membinasakan anak-anak adalah ibubapa yang tak mengaku mereka sebenarnya sakit.

mama said...

kak ina..
doa saya semoga mak Am segera sembuh. bab tadika tu baik kak ina jumpa tuan punya tadika tu dulu n tanya betul ke dia mengajar di situ.

semoga dia cepat sembuh sekali lagi saya doakan.