Tuesday, April 8, 2008

IC Rosak & Bakal Perantau....

Anak sahabat saya yang dimasukkan ke wad di sini akibat sakit kaki 3 hari lalu telah mendapat surat tawaran mengajar di Sabah dan dikehendaki melaporkan diri sebelum akhir bulan ini. OLeh kerana ibunya ( janda anak satu ) masih lagi di dalam wad , saya menawarkan diri untuk membantu urusan persediaan ke Sabah dan anak beliau juga sudah biasa dengan saya dan keluarga dan dia juga pernah belajar sekelas dengan anak saya, Sofie.

Pagi tadi saya bersama A ke pejabat imigresen untuk mendapatkan dokumen perjalanan terhad yang perlu ada bagi pelajar dan individu yang bekerja di Sabah/Sarawak dan ianya sah selama 5 tahun. Bila pegawai di situ scan kad pengenalan A , didapati kad pengenalanya sudah rosak dan tidak boleh dibaca dan digunakan lagi.

Dalam pasa masa yang sama saya juga ke pejabat pendaftaran yang juga sebelah pejabat imigresen untuk mengambil kad pengenalan Maya yang juga dulunya rosak dan tidak dapat dibaca maklumat di dalam kad itu.

A juga terpaksa membuat kad pengenalan baru dan selepas itu baru dokumen perjalanan terhad dapat diproses dan siap dalam masa 15 minit. Sungguh mudah dan cepat. Cuma yang lambat sikit kerana A terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil surat beranak dan mencuci gambar paspot .


Saya sarankan agar kita semua scan IC kita dari semasa ke semasa kerana ianya amat mudah rosak, kadang-kadang tanpa sebab.

Oleh kerana A adalah anak tunggal ( actually anak angkat ) dan ibunya pula seorang bekas guru dan janda dan sekarang masih di dalam wad, mulanya A nampak sedikit gusar untuk menerima tawaran kerja ini. Saya ada bagitau ibunya yang juga rapat dengan saya, agar dia lepaskanlah A pergi dan telah tiba masanya A hidup berdikari nun jauh di Malaysia Timur. Pada saya sama sahaja walau di mana anak-anak kita berada , yang penting kita tahu bahawa anak kita selamat dan berusaha demi kejayaan masa depan masing-masing. saya bagitau kawan saya Sabah bukannya jauh sangat kerana kini amat mudah untuk ke sana dan telah ramai warga semenanjung yang berkhidmat di sana. Saya yakinkan dia bahawa Sabah juga selamat sebagaimana negeri2 di semenanjung, Saya pernah tinggal di sabah selama 3 tahun semasa bersekolah dahulu dan amat suka berada di sana.

Walaupun saya juga akan merindui A apabila dia pergi kelak namun saya akan sentiasa mendoakana agar A tabah dan pandai jaga diri berada di negeri orang. Saya juga harap agar kawan saya akan segera sembuh dan dapat pulang ke rumah secepat mingkin.

Oleh kerana A ni jenis aktif dan telah 2 malam dia bermalam di wad menemani ibunya, dia pulak yang jadi macam pengganti jururawat kerana menurut A ada beberapa orang makcik yang juga tiada waris yang menunggu, jadi mereka semua panggil A apabila perlukan bantuan...

7 comments:

maklang said...

moga2 semuanya mudah untuk A, dan moga2 cepat2 ibu A sembuh ye...

Anonymous said...

alamak, kena scan i/c la. nanti teacher marah. he3x

mama said...

semoga kawan kak ina tu cepat sembuh dan semoga A pandai jaga diri di tempat orang.

Mulan said...

tu la takdir.. tapi saya yakin ada hikmahnya.. semoga mereka tabah..

alamak.. kena scan i/c la jugak.. thanx for sharing..

Zareda Norman said...

Kak rina
1 hari nanti cam ne sayang pun kita [pada anak, kita terpaksa lepaskan jua kan..

silversarina said...

maklang,

saya pun harap begitu juga , anak nak berpindah jauh kalau sihat taklah sedih sangat nak berpisah.


ntahsapentahni,

kena pegi cek ic tu cepat , lepas tu datang balik teacher nak cek ni...hihihi.


mama,

Terimakasih atas doa dan harapan mama.



mulan,

tulah tengah ibunya sakit dia dapat kerja... dh takdir ... harap mereka tak terlalu sedih .. bila cuti boleh balik, InsyaAllah.

silversarina said...

zareda,

betul tu zar, kena jugak lepaskan .. it's life...