Thursday, May 1, 2008

Puas Hati dengan Kerja Anda ???

Selamat Hari Pekerja buat semua yang bekerja termasuk surirumah seperti saya ... kerja di rumah takkan habis ......

Saya nak imbau kembali kerja-kerja yang pernah saya lakukan dari kecik sampai sekarang ini.

7 & 8 tahun ..... kecik lagi dah kerja.. child labour ni ... lepas waktu sekolah dan lepas mengaji saya dan abang menjaja ABC yang telah dibungkus dan diletakkan di dalam flask besar dan dibawa ke barrack bujang askar ( arwah abah dulu askar ) untuk dijual pada abang-abang askar . Tiada masalah , biasanya habis sekejap je dan harganya masa tu ( di Kuching ) 20 sen sebungkus . Itu adalah pekerjaan pertama saya. Saya happy melakukannya. Kami 5 beradik dan taulah gaji seorang sarjan banyak mana masa tu , tapi kami masih boleh punya pembantu rumah masa tu , seorang makcik dayak, saya tak ingat apa namanya. jadi hasil jualan ABC dan gerai kecik yang mak saya buka di tingkap bilik orang gaji di rumah ( rumah askar dulu2 memang ada bilik orang gaji !! ) dapat juga menampung belanja sekolah kami.

13 tahun ... saya tolong mak menjadi pembantunya di gerai makanan yang diusahakan oleh mak kerana abah waktu tu dah pencen dan abah buka bengkel kereta serta menjadi instructor sekolah memandu. Saya tolong mak di sebelah pagi kerana bersekolah di sebelah tengahari. Waktu ni saya sungguh tension kerana kadangkala tak sempat mengulangkaji pelajaran di sebelah malam dan pagi kerana malam saya sudah terlalu letih dan pagi kena tolong di gerai dan akhirnya pelajaran saya merosot. Saya menangis apabila pertama kali dalam sejarah saya mendapat markah dakwat merah dan subjek itu pulak adalah geografi yang pada saya tak masuk akal macamana saya boleh gagal. Saya tak sempat membaca masa ujian bulanan tersebut . Saya terus menangis dan bagitau pada mak yang saya tak nak dah tolong mak lagi sebab saya nak masa untuk mengulangkaji . Alhamdulillah mak faham dan tak lama lepas tu mak ambil keputusan menutup gerai tersebut . Lagipun bukannya ramai sangat pembeli kerana telah ada sebuah lagi gerai dibuka tidak jauh dari gerai mak . Itu kerja ke 2 saya.

17 tahun , masa tunggu result SPM... 2 kerja... pembantu kedai di medan kidd Ipoh... harap jangan gelak... saya kerja setengah hari sahaja, tak ambik gaji pun RM2.50 untuk setengah hari.... kerja macam nak mati dah walaupun setengah hari... kaki rasa nak cramp sebab tak dapat rehat dan duduk walau seminit, bos dan bini bos macam singa aja lagaknya, kedai kecik aja , jual suratkhabar dan makanan ringan tapi sebab tempat tu dulu amatlah sibuk sebab bas ekspress semuanya di situ ... letihnya saya..bila abah datang ambik nak pergi lunch, saya terus kata pada abah saya taknak dah kerja kat situ... kira macam saya buat kerja kebajikan untuk setengah hari tu... kira saya cabut macam tu je....sebelum tu tokeh kedai ada bagi amaran pada saya agar jangan kerja sekejap aja sebab sebelum tu ada dah pekerja yang hanya bekerja 3 hari... ... saya pecahkan rekod dia..setengah hari saja.... heheheh.kerja ke dua saya seminggu lepas tu ( saya memang nak rasa sangat kerja )... saya bekerja sebagai waitress di sebuah fast food restoran di Ipoh... seronok di sini walaupun pernah jatuh 2 kali semasa membawa dulang sudu dan garpu dan tak sedar lantai masih basah..terlentang saya dan bertaburan sudu garpu tu dengan boss hanya menggelengkan kepala melihat saya terjelepuk jatuh... kenangan manis saya bekerja dengan semua kawan tionghua , saya sorang sahaja melayu untuk shif saya...makcik tokeh dan kawan-kawan lain baik dengan saya, jika shif malam saya akan tidur di asrama yang disediakan dan makcik tokeh amat strict dan dia menjaga keselamatan kami dengan begitu baik . Saya bekerja 2 1/2 bulan dan sebelum saya ke US saya sempat bertemu makcik dan pakcik tokeh dan mereka tumpang gembira dengan kejayaan saya . pengalaman kerja yang banyak mengajar saya mengenal hati budi manusia lain.

20 - 22 tahun... lepas dapat anak kami kena cari extra money untuk menampung kehidupan , memang tidak cukup jika hanya berharap pada biasiswa JPA dan Petronas ... saya mula bekerja part time ( visa pelajar kami hanya membenarkan bekerja 12 jam seminggu di dalam kampus ) .. saya bekerja 12 jam seminggu di perpustakaan university . Saya bekerja di bahagian circulation, mengutip dan menyusun buku2 di atas rak dan ini membolehkan saya mengetahui pelbagai buku , majalah dan surat khabar yang datang dari pelusuk dunia . Dalam pada yang sama setiap kali pendaftaran kuliah di university bermula saya akan bekerja sebagai pendaftar subjek di pejabat pendaftaran university. Gaji saya dibayar 2 kali sebulan dan saya hanya dibayar gaji minima di US ( 1986 , 1 jam = Usd 3.45 ) .





zwani.com myspace graphic comments




24 - 38 tahun... saya bertugas sebagai guru... hanya 2 tahun di sekolah kerajaan , 6 tahun di swasta dan yang selebihnya saya mengajar di rumah ( tuition ) dan bergerak aktif sebagai motivator dan organizer kem kanak-kanak dan remaja dan kakitangan syarikat swasta. .. adakalanya saya kenakan bayaran dan adakalanya saya beri percuma, sekadar membantu . Saya mengajar bukan sebagai mata pencarian, untuk kepuasan diri sendiri , saya puas dapat mencurahkan ilmu walaupun sedikit.

Walau apapun pekerjaan saya yang paling utama adalah menjadi SURIRUMAH sepenuh masa.... nama saja sepenuh masa namun, saya selalunya berada di luar rumah melakukan apa yang saya ingin lakukan mengikut masa sendiri.. sehingga kini saya amat bahagia, Alhamdulillah.

Kepada semua pekerja di luar sana , lakukankanlah apa sahaja pekerjaan halal dengan sepenuh jiwa dan raga kerana hanya dengan berbuat demikian kita kan mendapat kepuasan dalam diri dan yang yang lebih penting kita mendapat keredhaan Ilahi dan pahala yang menjadi bekalan di akhirat nanti, InsyaAllah.


29 comments:

Lee said...

Hi Sarina, even though my 1950's Bahasa is very rusty, I enjoyed reading your this posting.
Very slowly I'm beginning to understand some of the words you use as well the others.
Imagine being in Canada say belajar Bahasa by reading blogs, ha ha.
You sure had an interesting childhood and your adult times.
I'm impressed, Sarina. Good for you.
Enjoy the holiday. Ours in Sept. Lee.

silversarina said...

hi uncle lee,

Thanks for being here.. I always respect your guts trying to refresh your understanding of bahasa melayu ... being away for so long of course your bahasa melayu is 'tinggal sikit-sikit ' only....

By the way, I always enjoy reading your blog .

Thank you and do come again .

Kak Elle said...

Rina ah mula berdikari dr kecik ye?bagus lah byk pengelaman kan?

Agak skg bolih lah buat part time mimi sekolah rina bekerja:)

Happy labour day walaupun suri rumah...hehe

ummu asiah said...

Banyaknya pengalaman bekerja..patutlah mak ayah pun pandai berbisnes..alahai masa SPM gaji bnyk tu je...memang berkorban betul..

Saya pernah gak bekerja masa belajar di australia dulu..best gak di fish market n kilang accessories wanita..seronok betul, boleh beli harga murah2 barang2 pearl...kerja jugak lepas balik msia..tapi terpaksa berhenti bila masuk anak ke 3 sbb asyik tido je masuk offc..now kerja ikut masa sendiri..kerja rumah never ending story la...

Pi Bani said...

Hmmm... ni kalau apply kerja, dalam resume tu masuk tak pengalaman kerja masa budak?

NURAZZAH8 said...

Ina, wah...kecik2 pun dah mula kerja ya... saya pun dulu duduk di Kem, ayah saya kerja pegawai penjara..dia suka tanam sayur-sayuran. jadi banyak lah sayur yg berlebih...jadi saya akan tolong jual kat barrack warder...

eh..pada saya sekarang kerja you lagi banyak... macam saya tulis komen kat blog ummu asiah..
(ni I cut and paste sbb tak larat nak taip..hehehe)

please next time kalau orang tanya kerja apa, jangan cakap "SURI RUMAH",

tapi cakap "HOUSE MANAGER" ...sebenarnya sama saja..tapi kedengaran di telinga orang2 yg keduniaan ini...mcm hebat... dalam bahasa inggeris pulak tu...kan orang2 kalau dengar ckp bahasa inggeris aje...oooo..(nada suara lain lah sikit) ...lagi pun mmg you manage the house pun, from A... to Z..

pastu di tambah lagi...

"besides become house manager, I'm also a full time financial planner (mmg kita jaga kewangan rumahtangga pun), an accountant, a trainned chef(tukang masak terkenal..), a social consultant (kitakan konsultant kpd anak2 dan suami), a laywer and also a judge(kita kan selalu mengadili anak2 jika mereka bergaduh ke..atau berselisih faham). I'm also a teacher for all subjects including science, maths, Bahasa,etc and also religious matters.

In between jobs I'm also a part time driver (driver anak2 ke sekolah etc) and a full time partner to an engineer - and always worked until late nights to finish my jobs (faham-faham lah...hehehe)

kan hebat tuh... mana ada orang yg holds so many jobs like us ... kan ...

Anonymous said...

Selamat Hari Pekerja to u full house manager.

Nampaknya akak ni kena jadi Chef besar lah sebabnya dah banyak terlibat ngan business makanan.

Pas ni nak tengok plak entry pasal food lah, kasi ina kempunan lagi selepas kempunan kaswi...hehehe.

Shah CJ said...

selamat hari pekerja khusus utk para house manager.

minta bonus tahunan kt boss ok.. hihi *saja bakar*

silversarina said...

kak elle,

Memang dari kecik dah ligat... now... mengisi masa dengan kerja yang saya suka buat.. akak tau maksud saya kan...

Selamat bekerja ye kakak nurse.




ummu asiah,

Bila tengok kembali seronok dapat timba pengalaman . Sekarang walaupun namapak macama tak de keje tapi tak duduk rumah jugak, masa penuh dengan aktiviti yang saya rasa puas melakukannya... rahsia saya.




pi bani,

kalau masuk resume dikira child abuse pulak, sian makbapak saya...hehehe.

salam hari pekerja.teruskan usaha murni anda.

silversarina said...

nurazzah,

Thank you dear kerana komen yang panjang lebar...haa puas hati I membacanya .... I nak sebut house manager tapi takut sebab I'm not that good in managing my house ... multi-tasks tu memang dah jadi darah daging... mengalahkan YB keje di rumah, tak habis2 dan bermacam-macam .

anyhow thank you for your sweet note... selamat hari pekerja untuk Dr. Nurazzah ... biar I orang pertama ucap tahniah nanti ye .

silversarina said...

ina sweileh,

akak tak masak hanya tolong hidang aje ... I'm not a good cook babe :P

hari ni buat kuih bakar resipi kakliza, sedap.. kasui tak jadi buat ke .. sianlah. suruh 'maklong' baru tolong buatkan... hehehe.



cikgu jawe,

bos takleh bagi bonus sebab bos puh tak de bonus tahun ni ... hihihi.

Mimiamilia said...

Salam sis,

Tak teringat langsung hari ni hari pekerja. Seronok baca pengalaman akak berkerja. saya tak banyak penaglaman sangat.asyik duk study jer..ehehe

zino said...

selamat hari pekerja... yg tak bekerja pun banyak jugak kerja kat rumah tu..

Kiah Kardashian said...

kak rina...

Thanks for your time that day!. We decided to stay. tak puas lagi duduk kat KL ni....

Allrounder ah akak ni. Semua kerja pernah buat. Saya paling suka duduk rumah jadi surirumah...

Sue.Aleen said...

dah jadi domestic engineer ni rasa lebih bebas.. cuma tak merasa 'bebas' buang duit macam dulu...

KAMATO said...

Selamat hari pekerja kepada semua yg ada kerja

Cat Cat said...

Alamak Kak Rina, Labor Day kat USA ni on September 01. Pelik bin Ajaib, kan..??

YuszTieY said...

salam...
nak tergelak plak ...hehheee...setengah ari jer bertahan yer kak rina ...sib baik tuan kedai tak baham ....singgga garang oooo...takuttt.
best kan ader pengalaman kerja...tapi kita tak pernah kerja dgn org luar...setakat kerja dgn abg2 puyer bisnes jer...tak adr disiplin la dah kerja dgn abg ni...

aNIe said...

Salam Rina...bestkan bila ada banyak pengalaman bekerja...kita mengenal dunia & berbagai ragam kerenah manusia...

Kita sama aje rina...mula bekerja sejak kecik untuk membantu keluarga...tp ...akak takde pembantu rumah...maknanya akak lagik susah...hehehhe

Zareda Norman said...

Salam Hari Pekerja

masa kekecik dulu dah kerja basuh pinggan kat kedai nenek, dapatlah 50 sen sehari.. hantar kuih ke kedai, hantar mak pi pasar subuh subuh ..

semua tu pengalaman dan paling suka kerja sekarang..

CikguZue said...

banyak pengalaman kerja tu...
apapun yang penting kerja tu halal dan dapat memberi kepuasan dalam hidup.

Abang Long said...

Abang Long memang puas hati dengan kerja yang dilakukan selama ini, tapi apakan daya, sekarang sudah jadi penganggur.

Sue.Aleen said...

kak rina... anda ditag oleh saya.. selamat menjawab.. hehehe

silversarina said...

mimi amilia,

pengalaman yang banyak mengajar kita semua dalam sesuatu perkara...

have a wonderful weekend !!




zino,

pejabat di rumah , boleh buat ikut kemampuan dan usrusan masa sendiri :)




zakiah,


ooo tak jadi ye.... yelah baik pilih yang lebih baik, InsyaAllah.

pasal duduk rumah memang seronok sebab rasa macam taknak keluar bila banyak keje, tapi kena jugak keluar rumah sebab kalau tak buntu jugak

silversarina said...

suealeen,

masa mula2 tu rasa jugak 'poket koyak' je, dah lama2 ada elaun siap dengan annual increment dan dah tak berapa nak beli dah sebab macam2 rasa dah ada... so sedap duduk rumah je.




kamato,

thank you ... kira kita semua ni bekerja.



yusztiey,

pengalaman dengan tokeh melayu dan cina berbeza, patutlah bangsa cina lebih maju dari melayu dalam bab bisnes.

silversarina said...

kak lady,

seronok jugak bila ingat kecik2 dah keje... tapi letih tu yang tak tahan.



zareda,

ahhh you pun dah keje sejak kecik, sekarang sure tak rugi timba pengalaman keje untuk masa depan kerjaya yang berjaya , INsyaAllah.



cikguzue,

memang halal tu yang paling penting, biar pun gaji tak seberapa tapi berkat dan mendapat pahala.


abang long,

Saya simpati dengan abang long masih belum dapat keje baru.. semua ini dugaan dan saya akan terus berdoa agar semua ini akan berakhir dan abangl ong jangan putus asa , INsyaAllah.



suealeen,

nanti akak tengok tag apa tu... hehehe.

silversarina said...

cat cat,

sori terlepas pandang... ohh september labor day.. rasa dulu may day kan ke akak silap ?

anyhow kira you malaysian, selamat hari pekerja..house manager .

Anonymous said...

Hehehe... what an interesting CV:)

silversarina said...

hazia,

Adakah saya diterima keje cik ... hehehe.