Thursday, January 29, 2009

Kisah rindu malam ini......

Hari ini hari Khamis....

Esok hari Jumaat..... Oh lala..oh lala..oh lala....

Itu esok... malam ni nak lepas rindu pada cucuku Umair yang dah 10 hari berada jauh di rantau orang , jaga diri baik-baik ye cayang wanmommy.....





Wishing all of you a wonderful weekend with lots of fun .. see you then...

Wednesday, January 28, 2009

Hangus sekelip mata....


Edit terkini jam 9 pagi khamis... baru dapat no akaun dari sekolah tempat ustazah aslina mengajar....

Nama : Aslina bt Abdullah

No akaun bank BIMB : 13026020059297

Terima kasih sekali lagi .





**edit jam 9.30malam.... saya call Mat tuan rumah minta nombor akaun bank, dia tak dapat berikan sebab semua dokumen habis dijilat api dan dia tak simpan dan tak ingat no akaun banknya dan kena pergi ke bank untuk dapatlan no akaunnya dan buat hari ini dia belum dapat ke bank kerana masih sibuk di lokasi kejadian , saya kata bila dah lapang nanti berilah no akaun tu pada saya untuk saya letakkan dalam blog saya... kepada sahabat2 yang mahu menderma harap bersabar dan terimakasih atas keperihatinan semua, Alhamdulillah.




Separuh hari saya ke Kg. Kubang Ikan di Cerating kerana rumah bekas anak murid / sahabat saya Ustazah Aslina terbakar petang semalam. Habis kesemua nya dijilat api, tinggal sehelai sepinggang. Api bermula dari bilik tidur utama merebak dengan begitu pantas dan tak sampai 20 minit habis satu rumah kayu itu hangus . Bomba belum sempat tiba sudah hangus semuanya kerana angin bertiup kencang petang semalam.


Alhamdulillah anak-anak kecil ini ikut ibu mereka ke bandar....kini mereka menumpang di rumah nenek mereka yang tinggal tak jauh dari situ.


Saya yang pernah beberapa kali ke rumah tersebut, begitu sebak dan terkejut melihat keadaan rumah itu yang hanya tinggal puntung kayu dan atap zink menyembah bumi. Tiada satu barng yang dapat diselamatkan. Kebetulan ustazah Aslina keluar ke bandar Cukai sebentar dan menerima panggilan dari anaknya yang rumah sedang terbakar. Bila tiba di rumah tak lama kemudian rumahnya sudah hangus kesemuanya.


Tuan rumah berkopiah putih masih boleh tersenyum walaupun rumah habis dijilat api...bantuan datang mencurah2 Alhamdulillah.


Pantang maut sebelum ajal... anak tiri sahabat saya tu tidur di bilik bahagian belakang rumah dan tiba-tiba dia terjaga dan melihat api dalam bilik utama , dia terus berlari ke rumah jiran dan jiran terus talipon bomba. Dia kata dia terjaga kerana dia terasa nak jaga dari tidur dan bukan sebab dia tercium bau asap atau api, tapi dia seolah-olah terjaga dengan sendirinya. Memang umurnya masih panjang, Alhamdulillah.





Alhamdulillah walaupun habis segalanya hangus , namun bantuan yang diterima sejak petang semalam hingga ke tengah hari tadi datang mencurah-curah. Segala agensi kebajikan , pejabat YB dan orang perseorangan tidak putus-putus ziarah sambil menyampaikan bantuan dalam bentuk kewangan dan barangan keperluan harian .


Salah seorang anak di hadapan rumah yang telah tiada...katanya dia menangis semalam bila lihat rumah telah tiada.


Rasa insaf melihat apa yang terjadi. Sekelip mata harta hilang dijilat api. Sekelip mata ranap tempat berlindung menyembah bumi. Sekelip mata rumah yang tegap berdiri semalam kini tiada lagi, hanya abu kayu dan tunggul batu yang kelihatan di setiap ruang. Sekelip mata harta benda kesayangan hangus bersama segala kenangan manis pahit selama menginap di rumah itu.Semuanya kuasa Yang Maha Esa dan Maha Kuasa.

Bomba kata kemungkinan berlaku litar pintas...

Saya lupa nak ambil no akaun bank tuan rumah untuk sahabat2 di luar sana yang ingin menderma..nanti saya akan edit kemudian.....

Tuesday, January 27, 2009

Panjang Umur

Salam pagi Selasa....

Hari Ahad lalu selepas menghantar Izzat ke futsal court saya dan mimi singgah di pet shop. Dah lama mimi nak sesuatu untuk dijadikan pet. Masa balik Ipoh cuti December hari tu sepupu dia Diana dah ada hamster sebagai pet. Kemudian bila ke rumah Mulan di Kerteh dia lihat Marsya anak Mulan pun dah ada hamster sebagai pet. Mimi pun nak hamster. Saya geli sikit pada hamster, dah berdialog dengan mimi tentang sapa nak jaga dan mandikan dan layan hamster tu sebab saya geli. Dia kata dia boleh dan suruh saya tanya penjual tu tentang penjagaan hamster.



Belilah seekor yang kecil tapi punyalah ligat main dan makan jagung hancur ( kuaci habis pulak kat kedai tu, so beli jagung hancur je ) . Balik saya letakkan 'carpet' dia iaitu serbuk kayu letak sebagai alas rumahnya dan bagi makan jagung. Happynya nampak hamster tu dan diberi nama Tuti . mimi jadi 'mak' tuti . Semalam nak cuci , mula2 Mimi kata dia sanggup pegang, alih2 dia pun geli ( memang dia ni lebih penggelinya ) , saya kata saya memang takkan pegang. So, akhirnya kami buat keputusan tunggu darling/ ayah balik minggu ni dan minta tolong ayah yang mandikan...hehehe.Izzat memang tak mainlah pet-pet ni.


gambar ni pagi semalam, tak de bekas air pun , siannya Tuti....


Nak dijadikan cerita sebelum tido malam tadi saya memang minum air sebelum tido , tiba2 teringat yang Tuti tak saya letakkan air dalam sangkarnya. Ya Allah, hampir 2 hari Tuti tak minum air. Memang terlupa betul, letak makanan je tanpa minuman. Saya cepat2 letak air dalam bekas dan letakkan dalam sangkarnya. Kesiannya tengok Tuti terus -menerus minum air tu, memang dahaga betul , nyaris tak mati kehausan. Tahannya Tuti tak minum lebih dari 36 jam dan siap kami tinggalkan ia dalam kereta yang panas semasa kami ke MM hari Ahad tu. Memang tahan lasak betul hamster ni. Mimi nampak terkejut juga bila saya yang sedar air tak diberi, sedih je muka mimi . dia pun tak ingat.

sian Tuti, tengok minum tak henti malam tadi....



Malam tadi saya mimpi Tuti lari dari rumah semasa saya cuba mandikan ia ,puas kejar tapi dia laju je lari............



Nak tau pagi tadi bangun terus jengok Tuti dan ia masih ligat bermain dan saya sempat timang si Tuti comel tu ... alahai dah manjakan Tuti lah pulak..


+++++++++++++++++++++++++++




Jam 10 pagi ni kena hadir di majlis sessi ibubapa di kem motivasi Izzat di Pusat Integriti Telok Kalong...jumpa lagi...

Monday, January 26, 2009

6 jenis wanita....

Dari pagi keluar hantar Izzat ke kem motivasi di Telok Kalong, Kemaman dan saya terus ke Spa Mayang d Ulit di Kerteh ada urusan peribadi dan manjakan diri sikit dan kebetulan hari ni cuti dapatlah saya lama di sana .Hampir 2 jam diulit ,lega dah selesai.

Semasa saya menanti selesai proses diulit saya sempat membaca beberapa majalah yang terdapat di spa tersebut. Ada satu rencana yang menarik hati saya. Majalah Perempuan September 2008 ada menyentuh beberapa jenis wanita yang terdapat di sekeliling kita.

Antaranya :

1.Wanita Selipar Jepun.... perempuan murahan yang boleh 'dipakai' oleh sesiapa saja dan lelaki yang memakainya setaraf dengannya yang mendedahkan kakinya kepada kekotoran.

2. Wanita Tuala Pakai Buang ... pelacur atau wanita liar yng dipakai apabila diperlukan dan dibuang begitu saja selepas digunakan.

3. Wanita Kosmetik... hanya berpura-pura baik bagi memenuhi kepentingan diri sendiri, punya personaliti yang menarik dan cantik tapi hodoh di dalam dan boleh jadi seperti gunting dalam lipatan.

4.Wanita Plastik.... tidak punya sifat kewanitaan yang sejati, kasar dan tidak bertimbangrasa, tidak punya sifat keibuan sehingga sanggup mendera dan membunuh anak sendiri.

5. Wanita Besi... penggerak atau pemaju negara yang bergiat dalam pelbagai bidang yang menaikkan nama negara di peringkat global.

6. Wanita Teleskop ... banyak timbulkan masalah pada masyarakat akibat suka meneropong hal dan keburukan orang lain dan membuka aib orang lain serta membesarkn keaiban orang lain, Bila diketahui itu semua angkaranya dia akan menyembunyikan teleskopnya seolah-olah itu semua tiada kene mengena dengannya.


Baru edit pagi Selasa , bukan dari majalah .....


7. Wanita Ahli Syurga.

Hadith Nabi saw ada menyebut 4 jenis wanita ahli syurga ialah :

a. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.

b.. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.

c. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.

d.. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar)







Kepada diri sendiri saya bertanya .... wanita jenis apa kah saya ????

Anda pula bagaimana ?????

** baca entry sambil dengar lagu "wanita" yang saya pasangkan pasti terusik jiwa....

Friday, January 23, 2009

Santun ke saya ni ?????

Salam pagi Jumaat buat semua. Minggu ni agak panas di siang hari tapi nyaman dan sejuk dari tengah malam hingga ke subuh , Alhamdulillah.

Hari ni mula cuti tahun baru cina yang agak panjang, sekolah hanya akan dibuka semula pada Rabu. Kami tak berjalan ke mana .Hari ini dan esok saya sedikit membusykan diri di rumah-rumah pengantin yang juga rakan-rakan Maya dan Sofie yang mendirikan rumahtangga . Selamat Pengantin Baru . Izzat pula akan ke kem motivasi anjuran JIM di Pusat Integriti Telok Kalong , Kemaman pada Isnin dan Selasa. Dia sendiri yang mahu ke kem tersebut memandangkan kami tak berjalan ke mana-mana . Pastinya saya benarkan , bukan mudah untuk seorang remaja secara sukarela mahu ke kem motivasi tanpa paksaan dari pihak ibubapa atau sekolah . Bagi Mimi pula tak de aktiviti khas untuknya, jadi 'handbag' sayalah cuti ni , ke mana saya pergi ke situlah dia akan ikut , nak tinggal di rumah dah tak de orang .


Semalam saya dan supervisor saya buat briefing pasal bisnes saya pada 4 orang sahabat di rumah saya dan Alhamdulillah bisnes saya sudah boleh berjalan dan dikongsi bersama sahabat-sahabat . Tapi bukan kisah bisnes yang ingin saya tulis pagi ini. Lepas selesai briefing saya hidang air tebu dalam mug yang ala-ala ceramic yang saya bisnes tu . Sembang-sembang adalah yang menyentuh bab hidang-menghidang dan peralatan digunakan untuk menghidang, contohnya mug . Mana-mana kita pergi penggunaan mug dah jadi kebiasaan semasa menghidang air minuman. Tapi tidak pada setengah golongan iaitu golongan tua atau ibu-ibu kita . Saya dulu beli banyak mug warna hijau pekat dari Tupperware sebab mudah dan saya yakin kualiti tupperware tersebut. Saya pernah hidangkan minuman pada sekumpulan makcik yang bertandang , ada yang pandang sinis sebab hidang dalam 'cawan' plastik , sedangkan plastik tu bukan sebarang plastik, tupperware yang agak mahal . Ibu mertua saya seorang yang cukup sopan dan santun, sebagaimana dia melayan suaminya masa hayat arwah ( saya tak pernah bertemu bapa mertua kerana dia meninggal dunia semasa suami saya masih di bangku sekolah , kisah layanan ini saya perolehi dari suami saya ) , begitu jugalah ibu mertua saya melayan anak-anaknya . Bab menghidang minuman mesti cawan berlapik piring , usah cincai bagi cawan atau mug tanpa pengalas . Minuman mesti dihidang bukan diambil atau dibuat sendiri oleh anak/suami . Jika milo yang dihidang, sebelum diminum perlu si ibu/isteri mengacau milo itu semula sebelum anak/suami minum. Layanan ibu-ibu kita kepada suami mereka adalah layanan lebih dari first class . Kami juga semalam bertanya kenapa ibu-ibu kami sanggup berbuat sedemikian melayan suami hingga ke tahap itu. Pada saya sifat taat pada suami mereka amat tinggi . Kawan saya pula kata dia pun taat juga pada suami tapi taklah sampai ke tahap itu layanannya. Kawan saya seorang lagi kata itulah yang dinamakan santun dalam bersuami-isteri. Si isteri begitu santun menjaga agar segala layanan adalah yang terbaik. Itu baru bab hidang minuman.

Saya akui saya ni bukanlah jenis yang santun sebagaimana ibu dan ibu mertua saya dalam melayan suami . Dah terbiasa agaknya sebab berkahwin semasa kedua-dua kami masih belajar dan semua kerja rumah kami buat bersama , hingga masak pun siap berjadual , hari ini saya masak, esok darling masak , basuh kain biasa darling yang buat siap hantar dryer ... kisah dulu lah tu... bab hidang air ni, tak kisah , ikut mood, adakalanya cawan berlapik piring, adakalanya cawan saja tanpa piring dan adakalanya hanya mug, kalau minuman sejuk adakalanya hanya glass plastik je yang saya hidangkan, itu masa saya hidang, jika masa darling hidang pun sama. Maknanya saya ni taklah sesopan dan sesantun ibu dan mertua saya dalam melayan suami dan bukan saya saja yang layan suami sebab suami pun ada masanya menghidang untuk saya.

Semalam kawan saya yang juga ustazah mengatakan hidang minuman berlapik piring bukan sunnah nabi, ia hanya budaya melayu ... budaya melayu yang begitu tinggi nila murninya itulah dinamakan santun yang sebaik-baiknya diikuti dan dilakukan.

Anda pula bagaimana... santun atau kurang santunnya dalam menghidang minuman pada suami .... Saya kurang santun nya ......



**santun bermakna perilaku sopan dan hormat sesuai dengan norma-norma yang berlaku dalam masyarakat.

Wednesday, January 21, 2009

INI BISNES SAYA

Ini bisnes saya masakini. Ia amat mudah diuruskan. Saya mengambil keputusan untuk bersama dalam rangkaian bisnes ini setelah 4 kali mendengar penerangan daripada 3 orang ahli bisnes dan akhirnya saya memilih orang yang kedua yang menerangkan pada saya tentang bisnes ini.

Setakat ini saya yakin dengan apa yang lakukan akan dapat memberi pulangan $$ kepada poket saya walaupun saya hanya target keuntungan yang sedikit tapi berterusan buat satu jangka masa yang panjang.

Syarikat ini juga mendapat anugerah Honesty bagi peringkat Asia Pacific . Ia bukan hanya di alam maya tapi ada ujudnya seperti yang tertera di website itu.

Kepada sesiapa yang berminat sila lawati website saya dan jika anda mendaftar di dalam jaringan bisnes saya anda juga akan diberi website sendiri secara percuma. Buatlah tabungan secara kecil-kecilan, yang paling penting sumber perniagaan ini adalah HALAL.

Apa tunggu lagi... mari bersama layari website ini ...... http://www.ceramictaman/?id=silversarina .... atau emel saya di .... silversarina@yahoo.com

Tuesday, January 20, 2009

Airmata menitis jua.......

Airmata saya menitis jua di airport kuantan semalam semasa mengucapkan selamat jalan kepada Zaid, Azra dan baby Umair . Mereka berlepas dari KLIA jam 3 pagi tadi menuju Kuwait dan terus ke Jordan . Belum pernah lagi saya mengeluarkan airmata tatkala menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Biasanya saya tahan airmata dari menitis dan hanya akan menangis setelah anal-anak terbang . Tapi semalam saya cuba melawan airmata dari menitis namun gagal menahan sebak dan sayu saya apabila saya mendukung dan mencium pipi Umair buat kali terakhir . Melihat wajahnya yang juga seakan-akan tahu yang dia akan terbang jauh buatkan airmata saya mengalir laju dan tak peduli pada mata-mata yang melihat drama perpisahan kami .


Umair bersama Wan mulan yang sempat bertandang pagi Sabtu lalu dan gambar ke 2i Umair bersama hadiah dari Wan Mulan... muda lagi dah jadi Wan ye...sorry ye Wan Mulan.

Umair bersama Maksu Mimi di epot semalam


Pagi tadi bila lihat bilik Umair kosong dan tidak kedengaran suara tangisnya , terus sayu rasa hati menjelma kembali. Semasa menghantar Mimi ke sekolah sempat Mimi kata pada saya , " Sian mama sunyi tinggal sorang . " Sebak saya bertambah . Saya terus memandu dalam keadaan sedih dan bila saya tiba di gerai sahabat saya di taman Islam , bila ditanya apa khabar pagi tadi, saya kata sayu sebab cucu dah balik Jordan, tanpa semena-mena airmata saya terus keluar dan saya menangis depan sahabat-sahabat saya di gerai tu. Macam-macam mereka memujuk hati saya agar usah terlalu bersedih kerana nanti dapat jumpa kembali dengan umair InsyayAllah.





Umair memakai topi dan winter jaket yang dikirim oleh Makteh Maya dari Korea, dapatlah Umair pakai di Jordan sebab masih lagi musim sejuk ni..

Saya pulang ke rumah jam 10 pagi dan terus memerap diri dan sekali lagi saya menangis . Lepas membalas sms darling ( semalam saya ditertawakan bila saya bagitau darling saya menangis di epot ) , saya terus off handset dan langsung tak on pc . Saya layan diri sendiri dengan makan yogurt+anggur+ kismis dan bubur kacang sambil tonton TV , tak ingat pun tengok cerita apa sebab kepala berada di lain daerah . ... alih-alih terlena .

Petang ni dah rasa okay sikit , ambik mimi balik dari sekolah dan barulah jengok pc dan handset dah on lepas zohor tadi. Memang saya kalau dah tak de mood baik off kan apa-apa yang boleh menambah buruk mood saya.

Baru dapat sms dari Zaid bagitau yang dia selamat tiba di Amman dan kini menuju ke Mu'tah. Alhamdulillah Umair tido sepanjang perjalanan dai KLIA ke Kuwait. Tak meragam pun dia , Alhamdulillah.

Semoga dapat bersua lagi dengan Umair tersayang, InsyaAllah.

Friday, January 16, 2009

Friday Morning news...

Sekali lagi Jumaat menjelma , sehari lagi bertambah mangsa peperangan di bumi Palestin.

Boikot tetap berjalan, mana yang boleh boikot kita boikot .


Bantulah ringankan bebanan rakyat Palestin.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Esok hari mengundi di Parlimen Kuala Terengganu. Saya tidak menjengok pun ke sana kerana rasa ramai dah yang bertugas...teruk kan saya....tapi itulah yang saya rasa... kalau ramai tapi yang bertugas kurang apalah gunanya, buat sesak jalanraya saja dan buat tambah kos pilihanraya , kena sediakan makanan dan tempat tinggal buat petugas yang datang jalan-jalan bukannya bertugas.

Saya doakan agar calon PAS akan menang sebab saya yakin dengan kebolehan yang ada padanya. Jika kalah pun dah memang tak de rezeki dan kena perbaiki kelemahan yang ada InsyaAllah lain kali boleh menang. Saya kenal calon PAS ni dah lama sebab dia juga orang lama dan anaknya pernah bertandang ke rumah saya semasa di Jordan kerana anak-anaknya pernah belajar di Jordan . Mereka memang keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan dan masing-masing berakhlak mulia baik lelaki mau perempuan . Saya pernah bersama dengah isteri calon ni semasa kami berada dalam PEMADAM negeri Terengganu . Isteri calon juga seorang pemimpin muslimat yang telah lama bergiat dalam parti PAS .

Semoga berjaya esok hari !!




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kisah kami hari ini .....

Darling tak dapat balik 20 Jan ni, kena tangguh hingga hujung bulan..... cuti CNY tak de lah ke mana-mana kami .

Zaid dan family dah start packing barang , berlepas dari Kuantan petang Isnin ni...dah dekat dah Uamir nak tinggalkan Wanmommy ...huhuhuhu.

Sofie dah start cuti musim sejuk selama 2 minggu .. merayau ke 9 negara di Europe termasuk UK , tadi sms kata dia dah sampai Krakow, Poland .... selamat bercuti ( sedikit iri hati sebab saya tak sampai lagi ke negara-negara tu kecuali London , itupun lamaaaa dulu , waa, waa, waa !! ) .

Maya dah nak dekat habis kelas musim sejuk dan lepas ni akan bercuti sebulan jugak , tak ke mana rasanya sebab poket kurang penuh sebab pindah rumah baru kena bayar sewa rumah 10 bulan sekaligus . ..taktaulah kot dia ada plan travel jugak , pusing keliling bandar jelah kot.

Izzat tengah jogging lagi masa ni, lepas subuh terus keluar jogging keliling kawasan rumah kami. Malam tadi dia ada bbq kat rumah kawan di lorong belakang rumah kami, saya dah tidur dan terjaga hampir jam 1 pagi, lihat dia tak de dalam rumah , terus call dia , dia kata masih ada dalam kemah di rumah kawannya, mula dia kata nak tidor sana, saya pun mulanya bagi dah dia tido walaupun tak de bagitau pun pasal tido kat sana. Lepas dah letak phone rasa tak sedap hati biarkan dia tido rumah orang ( dalam kemah ) takut nanti jadi tabiat hujung minggu lepak rumah kawan yang memang saya amat tidak suka. Jam 1 lebih sikit saya call semula suruh dia balik . Nasib baik dia pun tak membantah. Tu dia dah balik dan bagitau dia jogging 5000 langkah dengan 3 pusingan sekeliling perumahan kami. ... eeeeiii 5000 langkah, jauh mana tu agaknya ...


Mimi masa ni tengah buat homework yang ada tiga untuk hujung minggu ni, semalam balik sekolah terus nak susun buku untuk hari Ahad, saya kata nantilah Sabtu baru susun...punyalah excited si kecik ni , happy sangat dapat ke sekolah. saya tak perlu risau tentang dia beli-membeli makanan di sekolah sebab tahun ni al Amin tiada kantin, semua makanan telah disediakan oleh pihak sekolah dan dah termasuk dalam yuran.


Saya pulak dah mulakan perniagaan baru, nanti bila website saya dah boleh berfungsi sepenuhnya saya akan promote dalam blog dan akan ajak semua rakan bloggers yang berminat untuk bersama dalam bisness saya ni.... so... nantikan kemunculan perniagaan saya .......cewah, macam beso beno bunyinya...hehehe.

Wednesday, January 14, 2009

Kaiwn-kawin-kawin, nikah dan kawin.

Bila anak-anak dah menjangkau usia 20an alam remaja mereka beransur-ansur bertukar ke alam dewasa. Bagi anak-anak yang memasuki alam dewasa biasanya mereka akan mula mengenali CINTA. Memang ada yang sudah bercinta di usia muda , usia di bangku sekolah lagi , namun pada kebiasaannya perasaan ingin jatuh cinta akan mula terasa bila mencecah usia 20an.

zwani.com myspace graphic comments


Saya punya 2 anak yang usianya 20an dan seorang lagi akan mencecah 20 tahun pada 2009 ini.

Zaid tahun ini berusia 23 tahun dan sudah berumahtangga serta punya seorang anak. Dia mengikut jejak langkah kami suami isteri berkahwin di usia muda ( kami 19 ++ tahun berkahwin ) . Bagi Zaid cintanya di Jordan berjaya dipupuk hingga ke jinjang pelamin ( tak de pelamin pun !! ) . Alhamdulillah.

zwani.com myspace graphic comments


Bagi Sofie yang tahun ini usianya 22 tahun masih lagi mencari CINTA di Ukraine ( ke dah ada cinta ekkkk ) , bagi saya biarlah hingga tamat pengajian barulah punca cinta yang sejati dan kekal ke akhir hayat. Kalau setakat bercinta kerana mengikut trend umum bercinta di usia 20an , hentikanlah, tak ke mana cinta sebegini.

Pada Maya yang baru nak mencecah 20 tahun yang katanya masih ingin solo buat masa ni kerana tidak mahu pergerakan dipantau oleh boyfren . Lebih baik single dan dikelilingi oleh sahabat handai yang setakat ini baik dan mengambil berat tentang dirinya di Korea.

Saya bawa kisah cinta nak-anak ni kerana sejak akhir-akhir ini seorang demi seorang sahabat -sahabat anak-anak saya mendirikan rumahtangga . Rakan -rakan Zaid , Sofie dan Maya kini bersilih-ganti membina masjid . Minggu lepas rakan Maya semasa di sekolah rendah berkahwin . 2 minggu lagi 2 sahabat maya dan sofie pula akan berkahwin. Oleh kerana mereka juga adalah anak-anak yang rapat dengan saya ( masa kecil rumah saya jadi port anak-anak kecil bermain ) . Bila mereka berkahwin saya yang jadi teruja, tolong sponsor benda benda kecil seperti sponsor kek pengantin, makanan lauk pengantin, kuih atau apa yang terlintas untuk bersama meraikan pengantin .



Pagi ni nak ke rumah tokeh kek sebab 2 pengantin nak lihat contoh kek yang mereka inginkan dalam majlis minggu depan . Kali ni saya nak sponsor kek pulak.

Sebenarnya bila musim kahwin ni saya selalu berangan nak adakan majlis kawin Sofie dan Maya serentak, senang cerita , satu majlis buat 2 pengantin.....

zwani.com myspace graphic comments

Buat masa ni biarlah anak-anak dara saya tu bertingkus lumus menimba ilmu sebelum melangkah ke alam rumahtangga . Calon-calon pun belum ada lagi ( macam nak promote anak sendiri pulak ..... helooo Datuk, Dato' , tak minat ke kat anak-anak I .... heheheheh ) .

Apalah yang I tulis pagi ni, tapi itulah kisah masa kini ..kawan-kawan anak-anak dah mula kawin-kawin .

Monday, January 12, 2009

12 January menjelma lagi....

Malam tadi susah nak lelap mata, puas fikir kenapa mata tak boleh tidur padahal mata mengantuk.

Pagi ni tanya Zaid hari ni berapa haribulan , dia kata 12 january .... laaa dah 12 hb rupanya.


12 January ????????

Tahun lepas dah terlupa tarikh ni , takkan tahun ni lupa lagi .... bukan apa, tapi sebab kami ada 2 tarikh yang amat penting , 12 January kali pertama dan ??? Jun kali ke 2, saya memang tak ingat tarikh kedua ni tapi awal Jun. 12 January di US, Jun pulak di Malaysia , benda yang sama terpaksa diulang semula .Kira di Malaysia upacara di US macam tak pakai tarikh 12 January tu, kena ulang semula baru boleh digunapakai tarikh Jun tu, pejabat agama yang arahkan buat semula. Saya tak pernah sambut bulan Jun.sebab tu tarikh pun saya tak ingat dan malas nak ingat.

Apa yang saya tahu saya bernikah dengan darling saya pada 12 January 1985.





zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Marriage Comments


Jadi, hari ini genap 24 tahun perkahwinan kami . Kami kongsi tarikh keramat ini bersama 2 lagi pasangan sahabat-sahabat kami yang sama bernikah dalam satu majlis yang sama dan dihadiri oleh tetamu yang sama. Kami dinikahkan oleh seorang brother Arab di sebuah dewan di Washington DC.

Apa lagi yang boleh saya katakan selain syukur Alhamdulillah atas segala kurniannya dan apa lagi yang mahu saya pinta ... tak de apa lagi selain doa agar kami terus diberkati sepanjang hayat.

Tahun lalu darling ada bersama masa hari ini tapi tahun ini kami berjauhan ... lepas taip entry ni saya nak kejutkan darling bangun tidur ( uae belum masuk subuh lagi ni ) dan ucapkan selamat hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 24 dan nak ceritakan apa yang mimpi malam tadi semasa terlelap sekitar 3-5 pagi . Biasanya jika saya bermimpi ber***ng saya akan dapat rezeki lebih mewah lagi InsyaAllah.

Saturday, January 10, 2009

Ikut Logik.....



Ikut logik takkan kita tak marah dan mengamuk jika harta dan tanah kita dirampas sesuka hati oleh sesiapa sahaja. Setelah dirampas tanah kita, kita pula dihalau dan jika enggan akan dibunuh sesuka hati mereka . Sungguh tidak logik jika kita masih berdiam diri umpama boneka tanpa hati dan perasaan . Sudahlah tanah kita dirampas, ahli keluarga kita yang berjuang mempertahankan tanah pusaka yang hanya tinggal sekangkang kera diratah jasad mereka saban hari oleh puak yang perampas. Sungguh tidak logik jika kita masih berdiam diri tanpa sepatah kata dan tanpa sebarang senjata mempertahankan diri dan tanahair tercinta.


warna hijau adalah tanah Palestin ...lihat tinggal begitu kecil tanah Palsetin setelah dirampas regim Israel durjana.



Itulah yang telah terjadi dan akan terus terjadi lagi dan lagi di bumi anbiya bumi Palestin yang saban hari bermandi darah .

Semasa di Jordan saya dapati sebahagian besar penduduk nya adalah dari Palestin . Mereka berhijrah ke bumi Jordan sejak sekian lama dengan membawa keluarga dan memulakan kehidupan di bumi asing dalam serba kekurangan dan ada juga golongan kaya dan bangsawan serta golongan korporat dengan harapan membuka lambaran hidup baru . Namun tidak semua bernasib baik di bumi asing. Masih ada ratusan ribu yang masih berstatus pelarian Palestin dan masih ramai yang masih tinggal di kem-kem pelarian Palestin yang amat kurang segala-galanya .

Saya sebak masa menaip entry ni kerana teringat wajah-wajah sayu dan pilu yang pernah saya temui di kem pelarian palestin . Dari perbualan dengan sahabat-sahabat di sana ramai rakyat Palestin terpaksa melarikan diri ke bumi asing kerana mereka sudah tidak berdaya menahan pelbagai kekejaman yang dilakukan oleh golongan zionis yang tanah Israel semakin hari semakin lebar dan luas. Ada antara mereka tidak dapat kembali ke sana lagi kerana jika berbuat demikian mereka akan dibunuh setibanya mereka di sana , di tanahair sendiri.

Pernah seorang drebar teksi bercerita kepada Zaid ( zaid translated pada saya ) bahawa kalau dulu dia dan isteri akan menaiki bas dari Amman ke Al Quds/ Jerusalem untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Al Aqsa . Perjalanan mengambil masa hanya sejam suku sahaja dari Amman ke sana. Selepas solat Jumaat mereka akan kembali ke Amman dan ini berlangsung selama beberapa tahun . Kini segalanya telah berubah. Semuanya tidak berlaku lagi. Jika ingin ke sana mereka kena melalui imigresen Israel dan akan disoal siasat buat beberapa jam sebelum boleh ke Palestin atau tidak. Silap haribulan di situ juga mereka akan ditangkap tanpa banyak soal dan akan hilang selamanya.

Saya dan anak-anak pernah mencuba untuk melawat sempadan Jordan Israel melalui King Hussein Bridge di Jordan tapi ditegah dari terus menghampiri sempadan tersebut. Apa yang pelik ialah jika ingin ke /Palestin kita kena melalui sempadan Israel yang dijaga oleh askar Israel sedangkan ianya adalah tanah Palestin yang telah dirampas . Terpaksa melalui Israel baru boleh tiba di bumi kecil Palestin yang dibahagi-bahagikan kawasannya yang seolah-olah seperi kain yang dicarik-carik dan dikelilingi dan diawasi oleh askar Israel.

Tidakkah itu penjajahan namanya ???

Kini mereka meratah kembali jasad rakyat Palestin yang tidak berdosa yang hidup serba kedaifan dan berjuang demi mempertahankan agama dan negara tercinta .Apa yang lebih meruntun hati melihat kematian kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa . Mereka benar-benar menjadi mangsa pengganas Israel yang bertopengkan manusia.



Ayuh, bangunlah dan bantulah mereka yang tertindas di bumi Palestin . Hulurkanlah bantuan buat mereka.... hentikanlah airmata duka dan kembalikanlah airmata suka mereka . Hari ini hari mereka , entah esok atau lusa hari kita pula yang memerlukan bantuan..... Ya Allah bantulah hamba-hambaMU yang lemah ini . Amin.

Friday, January 9, 2009

Bab itu Bab ini.....

Hujan sudah agak reda sekarang, tak sangka hujan turun lagi sebab minggu lalu tak henti hujan di Kemaman. Apapun saya harap hujan tak berlanjutan hingga ke esok hari, InsyaAllah.


Itu bab hujan. Hari ni awal pagi saya dah kukus kuih pau segera habibi ( bagi free promotion sebab memang sedap pun, harap adalah tokeh pau habibi baca blog saya boleh dapat free pau !! ) , pau yang jadi kegemaran kami kerana lembut dan inti kacang merahnya sedap dan tidak terlalu manis. Di rumah ni pau inti lain kurang digemari, inti kacang merah saja yang laku. Pau habibi ni senang disimpan dan terus dikukus hanya sebentar . Ianya kecil dan senang dimakan , kalau yang biasanya mimi takkan habis makan walau satu kuih pau .




Itu bab kuih pau. Baru ni saya cuba buat pai tuna yang saya dapat dari blog ummi365 . Sedap dan tidak hanyir , memang senang guna sup mushroom campur dengan isi tuna . Saya buat rupanya taklah cantik , bolehlah nak makan sendiri.



Itu bab pai tuna. Baru ni juga saya ada order beg "winter break" dari ummi365 juga yang juga tokeh bag yang cantik dan praktkal. Dah dapat beg tu semalam. Cantik jahitan Ummi.



Itu bab beg "winter break ". Baru ni juga sebelum darling balik uae dia ada belanja saya notebook kecil warna putih ( warna pilihan saya ) dan laptop tu muat dalam beg yang saya beli dari ummi365 . Bertambah sukalah saya.




Itu bab laptop hadiah dari darling . Laptop dah ada, projek belum ada. Ada dalam kepala nak buat projek dengan laptop comel tu ( kena cari projek sebab dah ada desktop kat rumah ) tapi belum mula apa-apa lagi sebab projek tu kena dapat ilham besar baru boleh start .



Itu bab cari projek. Dari semalam saya asyik duk teringat mesti nangis punya bila Umair terbang nanti. Tadi keluar saja saya beli party hat sebab nak tangkap gambar Umair buat kenangan. Nak beli kek dia kecil lagi, bukan tau nak potong dan makan kek...hehehe.




Itu bab Umair...... itu sajalah bab-bab nya hari ini...

Thursday, January 8, 2009

3B......busy, banjir, baby......

Busy sikit sehari dua ni.





Banjir....Walaupun tak banjir penuh namun kami hampir-hampir dilanda banjir juga.... tak sampai depan rumah je.






Baby Umair cucuku sudah kembali ke sini setelah berjalan lebih sebuilan bertemu sedara mara serata negara dan tak lama lagi mereka akan terbang jauh... Umair semakin tembam dan sudah pandai ketawa dan mengomel .









Sehingga bertemu lagi......... nak membusykan diri sendiri ni .....

Monday, January 5, 2009

Di mana silapnya????

Air longkang nampak semakin naik dan ada dah rumah-rumah di kampung berhampiran telah dilanda banjir, saya masih lagi memantau longkang besar depan rumah yang hampir penuh. Hujan sudah berhenti namun hari mendung dan selalunya ketika hujan reda macam ni baru air banjir melanda sebab air sungai naik disebabkan hujan dari hulu .Saya dah mula memikirkan plan mengangkat barang2 di musim banjir dan bersedia berpindah jika diarahkan AJK banjir kawasan perumahan kami. ... walau bagaimanapun saya tetap berdoa agar banjir tak sampai ke kawasan kami , InsyaAllah.


Bercakap pasal anak-anak ke sekolah, semalam Izzat bagitau ada sekolah premier yang berhampiran rumah kami ( sekolah harian yang pelajarnya semua diilih dari keputusan UPSR yang terbaik, 4A & 5A ) namun keputusan PMR tidaklah semuanya dapat 8A , hanya 60 orang dari 200 pelajarnya mendapat 8A . Izzat bagitau ada 23 pelajar yang terpaksa bertukar ke sekolah harian biasa kerana mereka hanya mendapat kurang dari 4A dalam PMR.

Pada saya rasa macam tak logik bila pelajar-pelajar terpilih dan dididik oleh guru yang terpilih mendapat keputusan yang kurang memuaskan . Sepatutmya sekolah premier dan sekolah berasrama penuh sepatutnya meraih keputusan yang cemerlang , sekurang-kurangnya 7A dalam PMR . Bila mereka hanya mendapat 4A , 3A , 2A sedangkan mereka dikelilingi golongan cerdik pandai sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena .Nak salahkan pelajar saya rasa kalau otak yang diambil kira , pastinya bukan salah otak mereka, mereka pintar . Nak salahkan sekolah, rasanya infrastruktur semuanya lengkap , sekolah cantik dan moden. Nak salahkan guru, semua guru adalah terpilih dan kelas tambahan banyak diadakan, komitmen guru lebih dari 100% , jiran saya juga adalah salah seorang guru di sekolah premier tersebut.

Di mana silapnya ????

Saya pun tak pasti .... mungkin usaha pelajar agak kurang...mungkin juga....

Apapun bagi mereka yang bertukar ke sekolah lain, perjuangan belum selesai bahkan baru sahaja bermula, ukirlah kecemerlangan di dalam SPM pula nanti, InsyaAllah.

Sunday, January 4, 2009

Hari Pertama

Genap 3 hari hujan tanpa henti di Kemaman membuatkan saya berfikir dari mana datangnya air hujan yang begitu banyak turun tanpa henti. Tengah hari tadi barulah reda hujan walaupun awan masih mendung . Beberapa kawasan di kemaman telah pun mula banjir. Kawasan saya ni adalah juga kawasan banjir tapi setakat petang ni paras air longkang besar masih rendah .Sama-samalah doakan agar kami tak ditimpa banjir .





Pagi tadi dalam hujan yang kdang-kadang lebat kadang-kadang renyai saya menghantar anak-anak ke sekolah hari pertama 2009. Mimi adalah yang paling gembira sekali. Sambil berpayung saya mengiringi Mimi ke kelas Tahun 1 Abu Bakar dan dia duduk dalam kelompok meja yang paling hadapan. Dia happy je macam dah biasa ke kelas.Ada kawan-kawan yang dari tadika yang sama kini belajar sekelas membuatkan dia lagi tambah seronok.




Petang tadi semasa saya ambil dari sekolah dia terus kata harini tak de homework sebab first day of school dan rasa happy sangat dapat ke sekolah.




Esok dia dan Izzat akan ke sekolah dengan bas sekolah dan saya pesan pada Izzat agar tolong awasi Mimi semasa naik dan turun dari bas , takut tersangkut kaki pada kain baju kurung dan juga tolong bawak beg mimi yang besar semasa turun bas. Risau jugak sebab dia kecil tapi beg besar .


Bila saya nak keluar dari kelas Mimi ada ibu yang menegur saya , rupanya 'mak mertua ' Izzat / 'besan' saya yang juga menghantar anaknya ke kelas yang sama dengan Mimi. Ingat lagi tak kisah Izzat bersanding masa tadika dulu yang 'mak mertua' nya ada saya jumpa tahun lalu setelah tidak bertemu hampir 8 tahun. Jadinya 'adik ipar' Izzat tadi duduk depan Mimi dalam kelas yang sama. Cuma 'wife' Izzat belajar di sekolah lain.

Selamat belajar pada Izzat dan Mimi. Semoga peroleh kejayaan cemerlang InsyaAllah.








Friday, January 2, 2009

Wet but Fun

It's been raining since yesterday , the monsoon season is still here to stay .

Two more days before the school starts and Mimi is so very much excited to be at school this Sunday . Everything is ready from uniform, books, stationery and drinking bottle . All her belongings including those tiny colour pencils and eraser have to be marked with her initial . I put MIM1 for Mimi a year 1 student . The school starts a new ruling that all students must mark their initial on all items that belong to them. I use black marker pen to mark her light colour items such as her baju kurung and tudung and I use white liquid paper for her kain sarong and socks . Can't wait to send her off to school and see her seat in class .She never buys things on her own. These past few days have been " buy and sell " games time. She'll buy 'kuih karipap' and show me which coins are to be paid to the seller . Then she'll buy 'nasi lemak' and again show me how to pay for it . Even though the school provides food for recess and lunch but the canteen is also selling food during recess. Hopefully she'll be able to buy food on her own, there goes my baby, woww, she's grown up so fast .



Yesterday mimi and I went to Kerteh for some business and during lunch we had a chance to meet Maklang and Mulan at Mulan's house. At first we planned to have our lunch at MM but Mulan invited us to have lunch at her place since it was raining all morning yesterday. First time at Mulan's big house . Met maklang and had nasi kukus for lunch ( this one is super clean one ......reminds me of my n3 on nasi kukus kucing ) . Maklang spent her lunch break with us and Mulan with her awet muda smile really made the wet gloomy day felt warm and jubilant . We met each other for 80 minutes and Alhamdulillah it was a very pleasant meeting .



Maklang went back to her office and I came back to Kemaman and dropped by Amirah's house ( my anak angkat ) who'll be going back to Sabah today . She's teaching in Tenom , Sabah . We had lots of fun laughing when she told me lots of funny stories that she encountered while teaching there , a small school where she is the only teacher from the Peninsular , once in a while dogs also come to class to learn and kangkung is the number one vegetable sold there. No burger or goreng pisang stalls there , most shops are closed at 4pm daily. Anyhow, she loves living there because all the people near her place treat her very well. Way to go teacher /ustazah Amirah. See you in March, InsyaAllah.

I reached home at 5 pm and Izzat was chatting with his friends who moved to Qatar 2 months ago and from the webcam I could see those boys were enjoying themselves in the foreign land . I'm so happy for them .

That's my first day of 2009 ... a wet day and yet lots had been done ..Alhamdulillah.

Thursday, January 1, 2009

Muhasabah diri

Muhasabah diri di pagi tahun baru :

1/Tubuh badan yang masih sihat kurang dimanfaatkan dalam mengerjakan lebih banyak ibadah kepada Yang Maha Esa.

2/ Rezeki kewangan yang semakin bertambah sudah mula dikongsi bersama golongan yang memerlukan . Walaupun begitu saya harap semoga saya dapat berkongsi dengan lebih ramai lagi insan yang daif tahun ini.

3/ Anak-anak juga bertambah cerdas dan bijak . Alhamdulillah. Doa saya semoga mereka semua sentiasa dipelihara akhlak mereka walau di mana sahaja mereka berada.





4/ Kini saya bergelar Wanmommy dan sudah punya cucu yang comel, Alhamdulillah syukur tak terhingga zuriat ahli keluarga bertambah dalam usia saya yang dikira masih muda ( awal 40an kira mudalah kan ) . Sayang saya pada cucu adakalanya saya rasakan lebih dari anak sendiri, mungkin sebab dia masih bayi . Semoga cucu saya menjadi cucu yang cemerlang kelak.

5/ Sejak berpindah ke Jordan dan kembali semula ke Malaysia saya amat kurang bergaul dengan masyarakat setempat dan perasaan malas jaga tepi kain orang macam dah sebati. Saya malas nak ambil tahu hal orang lain kerana saya tak nak hati saya bersama mereka memikirkan masalah yang mereka hadapi. Dalam kata lain saya hanya mahukan diri saya dan hati saya sentiasa tenang tanpa sebarang masalah untuk dikongsi. Tahun baru ini saya masih belum buat keputusan untuk kembali ke dalam masyarakat seperti dulu atau saya kekal menyendiri .......

6/ Rakan cyber saya makin bertambah dari tahun sebelumnya . Beberapa orang telah saya temui dan masih ramai lagi yang mungkin akan dapat ditemui tahun-tahun mendatang. Saya rasa lebih selesa berhubung di alam maya kerana tak perlu pergi lebih details . Bila sesuatu berlaku saya hanya anggap ianya sebagai gurau senda di alam maya , tak lebih dari itu . Apapun saya sayang semua sahabat saya di alam maya atau alam realiti .

Muhasabah terhenti di situ..... Saya masih mencari sesuatu yang saya mesti lakukan tahun ini... masih lagi mencari... sesiapa dapat beri cadangan sangat dialu-alukan ... cuma kerja full-time memang tiada dalam fikiran saya dan takkan saya lakukan.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 buat semua .