Tuesday, January 27, 2009

Panjang Umur

Salam pagi Selasa....

Hari Ahad lalu selepas menghantar Izzat ke futsal court saya dan mimi singgah di pet shop. Dah lama mimi nak sesuatu untuk dijadikan pet. Masa balik Ipoh cuti December hari tu sepupu dia Diana dah ada hamster sebagai pet. Kemudian bila ke rumah Mulan di Kerteh dia lihat Marsya anak Mulan pun dah ada hamster sebagai pet. Mimi pun nak hamster. Saya geli sikit pada hamster, dah berdialog dengan mimi tentang sapa nak jaga dan mandikan dan layan hamster tu sebab saya geli. Dia kata dia boleh dan suruh saya tanya penjual tu tentang penjagaan hamster.



Belilah seekor yang kecil tapi punyalah ligat main dan makan jagung hancur ( kuaci habis pulak kat kedai tu, so beli jagung hancur je ) . Balik saya letakkan 'carpet' dia iaitu serbuk kayu letak sebagai alas rumahnya dan bagi makan jagung. Happynya nampak hamster tu dan diberi nama Tuti . mimi jadi 'mak' tuti . Semalam nak cuci , mula2 Mimi kata dia sanggup pegang, alih2 dia pun geli ( memang dia ni lebih penggelinya ) , saya kata saya memang takkan pegang. So, akhirnya kami buat keputusan tunggu darling/ ayah balik minggu ni dan minta tolong ayah yang mandikan...hehehe.Izzat memang tak mainlah pet-pet ni.


gambar ni pagi semalam, tak de bekas air pun , siannya Tuti....


Nak dijadikan cerita sebelum tido malam tadi saya memang minum air sebelum tido , tiba2 teringat yang Tuti tak saya letakkan air dalam sangkarnya. Ya Allah, hampir 2 hari Tuti tak minum air. Memang terlupa betul, letak makanan je tanpa minuman. Saya cepat2 letak air dalam bekas dan letakkan dalam sangkarnya. Kesiannya tengok Tuti terus -menerus minum air tu, memang dahaga betul , nyaris tak mati kehausan. Tahannya Tuti tak minum lebih dari 36 jam dan siap kami tinggalkan ia dalam kereta yang panas semasa kami ke MM hari Ahad tu. Memang tahan lasak betul hamster ni. Mimi nampak terkejut juga bila saya yang sedar air tak diberi, sedih je muka mimi . dia pun tak ingat.

sian Tuti, tengok minum tak henti malam tadi....



Malam tadi saya mimpi Tuti lari dari rumah semasa saya cuba mandikan ia ,puas kejar tapi dia laju je lari............



Nak tau pagi tadi bangun terus jengok Tuti dan ia masih ligat bermain dan saya sempat timang si Tuti comel tu ... alahai dah manjakan Tuti lah pulak..


+++++++++++++++++++++++++++




Jam 10 pagi ni kena hadir di majlis sessi ibubapa di kem motivasi Izzat di Pusat Integriti Telok Kalong...jumpa lagi...

18 comments:

Kak Elle said...

Betul ke saya rina menimang si tuti?dah berani pegang...biar jaga satu je ye sebab hamster cepat membiak..my niece dulu pun jaga hamster bila ada partner tak berhenti beranak...kah kah kah...tapi skg dah bagikan hamster pada org...tak sanggup.

Jika nak beli partner untuk tuti kena beli 2 ye jadi bolih nama kan tutu dan tata....hehehe...tata,titi,tutu.

Kak Nora said...

Children loves hamster. The kids in Melaka pun ada 2 ekor hamster, betullah cepat membiak, tak lama lagi jadi tiga, Kata budak-budak tu 'sumbang mahram'.

zino said...

kena ambik kursus tu macam mana nak jaga tuti... hazwan pun selalu sebut nak bela hamster ni tapi si penakut tu tak kan berani dia nak usik..last2 nanti tugas abah dia juga .. baik tak usah hehe..

PrinCeSS said...

ish2 kejam tul mak & nenek tuti x bagi minum air..ish2

sian tuti kne tunggu tokdaddy balik baru leh mandi..

Neeza Shahril said...

hehehe... Umair balik Jordan, mak su ambik tuti jadik anak angkat ya..
neeza suka tengok je tapi geli nak pegang.. hamster kena mandi ke kak Rina? Kalau tak mandi apa jadi yek?
nampaknya tuti mandi sebulan tiap2 hari pas tu sebulan lagi cuti mandi hehehee...

silversarina said...

kak elle,

Tulah tak nak beli dua, tapi sian pulak tengok tuti tu tak de gang nak main ...timang mulut je lah bukan pegang...eeeeiiii gelilah :)




kak nora,

agaknya memang hamster comel tu yang buat kanak2 suka , taktaulah berapa lama kami bela tuti tu.



zino,

Setakat hari ni , mmang tak mandikan lagi tuti tu, saya tak bolehlah nak pegang, geli sangat, harapnya anuar balik nanti dia sanggup cuci tuti :)

silversarina said...

princess,

dalam pada sayang tu air minum lupa diberi, memang tak ingat langsung tentang air minuman.

todaddy balik kena manjakan tuti... hehehe.





neeza,

masa tokdaddy ada kena mandi selalu lepas tu bau hapaklah sebulan , teruk betullah kami ni... anak sedara akak diap syampoo hamster dia , boleh dicium lepas tu sebab dah wangi .

cikMilah said...

la.. saya pun baru jer setuju ngan Ammer nak belikan dia hamster..

Hopefully nanti Mimi recover dari geli bila dah ada Tuti ni..:))

silversarina said...

cikmilah,

musim anak2 bela hamster , Ammer dah besar tak pe boleh layan sendiri hamster tu , memang dia akan sukakan hamster tu .nak letak nama apa tu ????

aNIe said...

Hahahah....sian Tuti ye Rina...baik dia tak tercekik makan takde air...

Anak akak yang lain sibuk nak beli hamster...tapi cik abang tak bagi...dia kata kalau kitorang pelihara dia nak cari rumah sewa ...nak duduk menyewa sendiri...hahahahha

Zareda Norman said...
This comment has been removed by the author.
Zareda Norman said...

zar tak berapa sangat hamster sebab najis dia kita kena bersihkan.. Kalau kucing dia melepas kat luar, senang sikit..hheheh

bela benda hidup ni, nak berjalan pun sekejap sekejap aje.. balik kg siap kena usung satu sangkar

ummu asiah said...

kak rina..

anak2 ni memang suka betul pet..espcly bila tengok ada kwn2 yg ada pet..anak saya yg kecik pun selalu minta..tapi selalu no way jwpnnya..saya kata nak jaga anak2 pun saya kdg2 tak larat..

lagi satu..suami pun tak bagi dia takut kita menzalimi haiwan tu..simpan akuarium bela ikan pun dia selalu berleter espcly bila ada ikan mati..if ikan mati kena buang cepat..nanti panjang leter dia.but i really love to have an aquarium at home..

Abang Long said...

Tak minat ke nak bela ayam serama ?

maklang said...

maklang pun geli hamster...terbayang cam tikus..

tapi anak2 suka jugak...

Sastri said...

comelnya tuti... saya tak berani nak pegang hamster ni, cuma suka tengok je...

silversarina said...

aNIe,

Nasib baik kuat si tuti tu, memang suspen betul sebab dia tak minum lama, kami ni kalau kucing memang tak suka nak bela, ikan dah cuba tapi mati habis, kura-kura lari bebas bila dah besar ,ni hamster pulak , tak tau berapa lama tahan :)



zareda,

Ok jugak sebab najis dia kecil-kecil dan tak berbau sangat , lgipun carpet dia memnag abuk kayu khas yang dijual di kedai pet, yang tak tahannya nak sentuh dan belai ia , itu yang akak geli .

sulu ada bela kura-kura , bila balik kampung bagi kat kawan izzat jaga , jadi ' bapak angkat ' pulak...heheh.

silversarina said...

ummu asiah,

Memang kesian pulak tengok ia seekor je dalam sangkar tu, nanti kena beli sekor lagi atau pun jual balik hamster tu, nampak macam menindas binatang lah pulak.




abang long,

ayam serama takut kena selsema burung dan tak boleh letak dalam rumah..hehehe.



maklang,

memang rupa macam tikus tapi comel lah pulak sebab kecil.




sastri,


samalah akak, tengok suka, pegang masih geli , setakat ni tak de sapa pegang dan belai ia :(