Sunday, January 4, 2009

Hari Pertama

Genap 3 hari hujan tanpa henti di Kemaman membuatkan saya berfikir dari mana datangnya air hujan yang begitu banyak turun tanpa henti. Tengah hari tadi barulah reda hujan walaupun awan masih mendung . Beberapa kawasan di kemaman telah pun mula banjir. Kawasan saya ni adalah juga kawasan banjir tapi setakat petang ni paras air longkang besar masih rendah .Sama-samalah doakan agar kami tak ditimpa banjir .





Pagi tadi dalam hujan yang kdang-kadang lebat kadang-kadang renyai saya menghantar anak-anak ke sekolah hari pertama 2009. Mimi adalah yang paling gembira sekali. Sambil berpayung saya mengiringi Mimi ke kelas Tahun 1 Abu Bakar dan dia duduk dalam kelompok meja yang paling hadapan. Dia happy je macam dah biasa ke kelas.Ada kawan-kawan yang dari tadika yang sama kini belajar sekelas membuatkan dia lagi tambah seronok.




Petang tadi semasa saya ambil dari sekolah dia terus kata harini tak de homework sebab first day of school dan rasa happy sangat dapat ke sekolah.




Esok dia dan Izzat akan ke sekolah dengan bas sekolah dan saya pesan pada Izzat agar tolong awasi Mimi semasa naik dan turun dari bas , takut tersangkut kaki pada kain baju kurung dan juga tolong bawak beg mimi yang besar semasa turun bas. Risau jugak sebab dia kecil tapi beg besar .


Bila saya nak keluar dari kelas Mimi ada ibu yang menegur saya , rupanya 'mak mertua ' Izzat / 'besan' saya yang juga menghantar anaknya ke kelas yang sama dengan Mimi. Ingat lagi tak kisah Izzat bersanding masa tadika dulu yang 'mak mertua' nya ada saya jumpa tahun lalu setelah tidak bertemu hampir 8 tahun. Jadinya 'adik ipar' Izzat tadi duduk depan Mimi dalam kelas yang sama. Cuma 'wife' Izzat belajar di sekolah lain.

Selamat belajar pada Izzat dan Mimi. Semoga peroleh kejayaan cemerlang InsyaAllah.








15 comments:

PINATBATE said...

comelnya Mimi..selamat belajar,semuga jadi anak pintar dan menyenangkan hati ibubapa..

K H A Z I N A T U L A S R A R said...

salam auntie pekaba?

ala comeeenynye, semoge mimi salu seronok ke sekolah, jadik best student insyaAllah :)

kisah izzat bersanding, menariknye :p

adek saye pun cakap kat bukit mentok dah banjir. hurm..

silversarina said...

pinatbate,

Terimakasih dan InsyaAllah Mimi akan jadi anak pintar.

silversarina said...

khazinatulasrar,

Salam, lama tak dengar berita .

Mungkin kg bukit mentok yang dekat sungai tu dah banjir sebab memang 3 days non-stop raining , janganlah sampai bandar baru ni pulak, nak berkemas tu yang tak larat.

Bila balik cuti nanti jemput ke rumah makcik ye .

take care !!

Kak Elle said...

Cute nya Mimi nampak mcm budak besar pulak dlm gambar ni...semoga pintar belajar ye mimi.

Wah dah ada calonon'istri' rupa nya Izzat...hehe

manlaksam said...

Selamat bersekolah Mimi!....belajar rajin-rajin.

zino said...

selamat belajar mimi.. mama tak payah le tunggu lagi.. sure mimi seronok dapat ramai kawan tu hehe

maklang said...

comelnya mimi...

tadi nak komen sesuatu, tapi by end of the post, dah lupa...otak dah tidor ni..he..he..

babazahra' said...

adehh sakit perut tengah2 malam nie gelak pasal mak mertua dan adik ipar si Izzat.

SoFie NuR said...

alalalala....comey tul mimi pakai baju sholah...memang excited tul die pegi sholah...hihi

nurazzah8 said...

comel nya Mimi...selamat bersekolah.... semoga menjadi anak yang solehah dan murid yang cemerlang....

drNO said...

comel mimi. ooo kat sana dh start sek semlm ye. kat sini baru start sek. umar pun bangun awal sgt hari ni. seronok betul nk pg sek.
gud luck eh mimi n izzat...
semoga sukses thn ni..

silversarina said...

kak elle,

Mimi ni anak bongsu tapi independent dan matang , senang nak jaga dia ni :)

tulah 'wife' nya entah di mana agaknya ...hehehe.




manlaksam,

Baru darjah 1, lamanya lagi nak masuk U...huhu.




zino,

Malam2 tido awals ebab nak bangun awal ke sekolah , semangat betul mimi ni.

silversarina said...

maklang,

alahai siannya maklang, sure hari yang memenatkan lagi ni, jaga diri baik2 ye :)



babazahra',

cinta murid tadika, izzat pun dah tak ingat wajah 'wife' dia :P




sofie,

balik sekolah dapat sms dari kakak dia , suka bukan main.

silversarina said...

nurazzah,

samalah kita ye, mimi dan hana membesar bersama walaupun jauh di mata .selamat belajar juga untuk anak bongsu( ??) you..hehehe.



drNO,

Hari pertama ke sekolah emang amat teruja, tak sabar nak lihat mereka membesar dan jadi pelajar pintar, InsyaAllah.