Monday, January 5, 2009

Di mana silapnya????

Air longkang nampak semakin naik dan ada dah rumah-rumah di kampung berhampiran telah dilanda banjir, saya masih lagi memantau longkang besar depan rumah yang hampir penuh. Hujan sudah berhenti namun hari mendung dan selalunya ketika hujan reda macam ni baru air banjir melanda sebab air sungai naik disebabkan hujan dari hulu .Saya dah mula memikirkan plan mengangkat barang2 di musim banjir dan bersedia berpindah jika diarahkan AJK banjir kawasan perumahan kami. ... walau bagaimanapun saya tetap berdoa agar banjir tak sampai ke kawasan kami , InsyaAllah.


Bercakap pasal anak-anak ke sekolah, semalam Izzat bagitau ada sekolah premier yang berhampiran rumah kami ( sekolah harian yang pelajarnya semua diilih dari keputusan UPSR yang terbaik, 4A & 5A ) namun keputusan PMR tidaklah semuanya dapat 8A , hanya 60 orang dari 200 pelajarnya mendapat 8A . Izzat bagitau ada 23 pelajar yang terpaksa bertukar ke sekolah harian biasa kerana mereka hanya mendapat kurang dari 4A dalam PMR.

Pada saya rasa macam tak logik bila pelajar-pelajar terpilih dan dididik oleh guru yang terpilih mendapat keputusan yang kurang memuaskan . Sepatutmya sekolah premier dan sekolah berasrama penuh sepatutnya meraih keputusan yang cemerlang , sekurang-kurangnya 7A dalam PMR . Bila mereka hanya mendapat 4A , 3A , 2A sedangkan mereka dikelilingi golongan cerdik pandai sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena .Nak salahkan pelajar saya rasa kalau otak yang diambil kira , pastinya bukan salah otak mereka, mereka pintar . Nak salahkan sekolah, rasanya infrastruktur semuanya lengkap , sekolah cantik dan moden. Nak salahkan guru, semua guru adalah terpilih dan kelas tambahan banyak diadakan, komitmen guru lebih dari 100% , jiran saya juga adalah salah seorang guru di sekolah premier tersebut.

Di mana silapnya ????

Saya pun tak pasti .... mungkin usaha pelajar agak kurang...mungkin juga....

Apapun bagi mereka yang bertukar ke sekolah lain, perjuangan belum selesai bahkan baru sahaja bermula, ukirlah kecemerlangan di dalam SPM pula nanti, InsyaAllah.

15 comments:

cikgu jawe said...

kdg2 kan kak, bdk2 dh ok. keputusan percubaan sgt bagus. tp tetiba je berlaku exam sebebnar mrk merosot. kami juga jd pening.

bila kami semak soalan2 exam sebenar: pmr, spm.. kdg2 kami dapati solan2 yg diberi sgt susah tidak sesuai dgn tahap iq pelajar.

atau berlaku juga bdk2 terlalu yakin dn mrk menjawab terlalu gahirah hingga terkeluar dr skema jawapan.

atau bdk2 terlalu bergantung kpd soalan ramalan. cikgu spot tak masuk. byk lg.

bkn nk salahkan sesiapa. cuma byk punca jd mcm tuh. guru, budak dn btk soalan..

maklang said...

kena belajar bersungguh lagilah tu..insyaAllah akan leboh berjaya di masa depan...

Zareda Norman said...

kak rina

kadang ladang student biasa biasa aje.. tapi result gedebomm..

syabas pada mimi dah masuk sekolah tahun 1.. semoga mimi happy kat sekolah dan belajar rajin rajin ok..

D said...

dah tak de rezeki kot??? hehe... kdg2, anak2 terlalu diasuh mengikut skema tertentu tapi bila dibelitkan soalan sedikit, dah tergaru2 menggelabah. wallahu'alam

MULAN said...

best nya hujan... tapi kesian bagi depa yang terpaksa pindah tu..

dengar jugak rentetan pasal anak2 tak dapat sekolah elok..

MAMAMIA said...

Itulah Kak Rina, 5A masa UPSR tu bukan guarantee boleh cemerlang in the next level. Tak dapat 8A masa PMR tak semestinya tak boleh berjaya kemudian hari.

Macam D cakap, takda rezeki agaknya...

Ada kenalan saya yg masa sek rendah, pencapaian biasa2 aje. Tapi he graduated fr England with a 1st class degree.

Kak Elle said...

tak bolih nak salahkan sesiapa dlm hal ni cuma anak2 mesti nak tekun belajar bersungguh2.

semoga air longkang tak naik ye rina.

DrSam said...

semoga air longkang tidak melimpah lagi.

budak-budak ni memang tidak sama dari segi pemikirannya. Ada yang cepat dan ada yang "late bloomer". just hope for the best.

aNIe said...

Rina...harap2 banjir tak sampai ke sekolah rina...

Maybe bebudak tu over confident...tu sebab keputusan merosot...

zino said...

brlum rezeki mereka nak berjaya.. teruskan inshaallah SPM nanti lebih cemerlang..

selalu kena banjir ke kawasan tu..

manlaksam said...

Mungkin kegagalan hari ini boleh dijadikan sebagai titik mula untuk kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan.

Pp said...

persoalan yang mencabar bukan sahaja minda ibu bapa tetapi juga para pendidik.
mengikut kajian saya yang tak bertauliah, setelah 6 tahun di sekolah asrama penuh dulu, ada juga faktor saingan dan daya saing!
Pelajar terpilih datang dari sekolah masing sebagai 'johan dan hero!' tetapi bila d tempatkan bersama 'hero2' lain...ada yang mengalah dan megambil sikap 'ah tak ape la....!'.
faktor saikologi harus d tekankan d sekolah2 asrama penuh dan juga sekolah harian....supaya perisian ilmiah di temani dengan perisian rohaniah. Beri mereka kekuatan dalaman, semangat juang, kekuatan mental....bukan setakat untuk menyelesaikan masaalah mametmatik, tetapi untuk melihat masaalah sebagai peluang!!

wallah hu aklam!

Pp

suealeen said...

anak pintar itu satu bonus... kurang pintar pun satu anugerah. sel otak manusia adakalanya tidak bersambung (remember susu punya iklan tu.. very much true!).

yang tak cemerlang tapi konsisten mungkin akan lebih berjaya dalam tempoh jangka panjang.

apa²pun semua anak itu anugerah... bersyukurlah...

Neeza Shahril said...

masa di mrsm dulu, benda ni biasa jadi kak Rina.. yang kena buang dari mrsm pun ada jugak masak SRP walaupun penilaian dapat 5A.

Ramai students rasa selesa bila dapat 5A. Diorang tak belajar betul-betul. Itu lah yang jadi. cikgu bersusah payah pun tapi kalau students main tak jadi jugak kan..

mad redo1 said...

kegagalan untuk meneruskan kecemrlangan tu mungkin lebih dipengaruhi oleh 'distractions' remaja yang sedang membesar...