Wednesday, January 28, 2009

Hangus sekelip mata....


Edit terkini jam 9 pagi khamis... baru dapat no akaun dari sekolah tempat ustazah aslina mengajar....

Nama : Aslina bt Abdullah

No akaun bank BIMB : 13026020059297

Terima kasih sekali lagi .





**edit jam 9.30malam.... saya call Mat tuan rumah minta nombor akaun bank, dia tak dapat berikan sebab semua dokumen habis dijilat api dan dia tak simpan dan tak ingat no akaun banknya dan kena pergi ke bank untuk dapatlan no akaunnya dan buat hari ini dia belum dapat ke bank kerana masih sibuk di lokasi kejadian , saya kata bila dah lapang nanti berilah no akaun tu pada saya untuk saya letakkan dalam blog saya... kepada sahabat2 yang mahu menderma harap bersabar dan terimakasih atas keperihatinan semua, Alhamdulillah.




Separuh hari saya ke Kg. Kubang Ikan di Cerating kerana rumah bekas anak murid / sahabat saya Ustazah Aslina terbakar petang semalam. Habis kesemua nya dijilat api, tinggal sehelai sepinggang. Api bermula dari bilik tidur utama merebak dengan begitu pantas dan tak sampai 20 minit habis satu rumah kayu itu hangus . Bomba belum sempat tiba sudah hangus semuanya kerana angin bertiup kencang petang semalam.


Alhamdulillah anak-anak kecil ini ikut ibu mereka ke bandar....kini mereka menumpang di rumah nenek mereka yang tinggal tak jauh dari situ.


Saya yang pernah beberapa kali ke rumah tersebut, begitu sebak dan terkejut melihat keadaan rumah itu yang hanya tinggal puntung kayu dan atap zink menyembah bumi. Tiada satu barng yang dapat diselamatkan. Kebetulan ustazah Aslina keluar ke bandar Cukai sebentar dan menerima panggilan dari anaknya yang rumah sedang terbakar. Bila tiba di rumah tak lama kemudian rumahnya sudah hangus kesemuanya.


Tuan rumah berkopiah putih masih boleh tersenyum walaupun rumah habis dijilat api...bantuan datang mencurah2 Alhamdulillah.


Pantang maut sebelum ajal... anak tiri sahabat saya tu tidur di bilik bahagian belakang rumah dan tiba-tiba dia terjaga dan melihat api dalam bilik utama , dia terus berlari ke rumah jiran dan jiran terus talipon bomba. Dia kata dia terjaga kerana dia terasa nak jaga dari tidur dan bukan sebab dia tercium bau asap atau api, tapi dia seolah-olah terjaga dengan sendirinya. Memang umurnya masih panjang, Alhamdulillah.





Alhamdulillah walaupun habis segalanya hangus , namun bantuan yang diterima sejak petang semalam hingga ke tengah hari tadi datang mencurah-curah. Segala agensi kebajikan , pejabat YB dan orang perseorangan tidak putus-putus ziarah sambil menyampaikan bantuan dalam bentuk kewangan dan barangan keperluan harian .


Salah seorang anak di hadapan rumah yang telah tiada...katanya dia menangis semalam bila lihat rumah telah tiada.


Rasa insaf melihat apa yang terjadi. Sekelip mata harta hilang dijilat api. Sekelip mata ranap tempat berlindung menyembah bumi. Sekelip mata rumah yang tegap berdiri semalam kini tiada lagi, hanya abu kayu dan tunggul batu yang kelihatan di setiap ruang. Sekelip mata harta benda kesayangan hangus bersama segala kenangan manis pahit selama menginap di rumah itu.Semuanya kuasa Yang Maha Esa dan Maha Kuasa.

Bomba kata kemungkinan berlaku litar pintas...

Saya lupa nak ambil no akaun bank tuan rumah untuk sahabat2 di luar sana yang ingin menderma..nanti saya akan edit kemudian.....

18 comments:

PrinCeSS said...

inna lillah..hangus rentung umah
alhamdulillahh xde yang cedera
sayu plak rase pkirkan anak2 die yang ramai..
moga2 dorg semua tabah menghadapi ujian ni

Kak Elle said...

kesian nya wanmommy .. tu semua anak2 nya ke?kalau dekat bolih juga saya bagi baju2 untuk anak2...

silversarina said...

Princess,

Memang sayu, habis segalanya , kak San tabahnya tak keluar air matapun, ummi dia yang menangis, dokumen habis semua hangus. Mama yang sebak sebab ingat bagaimana rupa rumah yang besar tu :(

silversarina said...

kak elle,

Tu semua anak-anak dia dan anak tiri ( yang besar tu anak tiri ), memang kesian tapi mereka ni tabah, mungkin menangis dalam hati.Tadi pun banyak pakaian yang diderma , Alhamdulillah.

Neeza Shahril said...

Sedihnya bila jadi perkara macam tu.. memang tak terkata.. tapi kagum dengan tuan rumah tu sebab masih boleh tersenyum. Mungkin ada hikmah disebalik apa terjadi. Tabah dia hadapinya..

nurazzah8 said...

haah...nanti post aje no akaun bank tuan rumah, boleh juga kami yang jauh ni hulurkan sedikit bantuan yang terdaya...
almaklumlah kita pun faham di zaman sekarang ni, zaman kemelesetan ekonomi...ada orang yang diberhentikan kerja, ini pula Allah nak uji, rumah kediaman musnah dijilat api... sehingga satu apapun barang tidak dapat diselamatkan, apatah lagi anak2 yang bersekolah...kesiannya...nak kena beli peralatan sekolah dan pakaian sekolah...

cikMilah said...

Innalillah...
Bandingakan saya hilang kerja dengan mereka yang hlang rumah,saya kian insaf bahawa harta milik Allah, yang diberiNya pada kita adalah rezeki. Alhamdulillah mereka selamat dan tabah menghadapi ujian.

maklang said...

Segalanya milik Allah..sekelip mata aje kalau mahu diambilNya..begitu juga engan nyawa kita ni kan...

Moga Allah beri tuan rumah dan keluarga kekuatan...

Maklang kagum melihat tuan rumah masih tersenyum!

manlaksam said...

Ya! harap dapat siarkan nombor akaun dengan segera. Pak Man yakin ramai orang yang nak derma.
Kalau ada sikit, kita tolong cara sikit. Kalau ada banyak, lagi bagus.

aNIe said...

Salam Rina...biar pun rumah hangus alhamdulillah tiada jiwa yang hilang...segala harta benda boleh di cari...kalau anak2 mmg tiada gantinya...

Betul tu rina...memang pantang maut sebelum ajal...

zany said...

Hidup ini penuh dengan ujiankan dan tak tentu bila masa akan diduga. Yang pasti semuanya bukan milik kita selamanya. Sabar je lah...

Abang Long said...

Ya Allah, inilah ujian dari MU.

Berat sungguh !

KC lah who else said...

innalillah...mujur tiada nyawa yg terkorban. "harta benda boleh dicari tapi nyawa tiada galang ganti"...

mudah sungguh mengucapkan kata-kata berikut tapi hakikatnya hanya yg empunya badan yg merasakan keperitannya. hanya orang-orang yg tinggi taqwa dan imannya dikenakan musibah sebegini rupa...

Pp said...

silversarina....

tenkiu for sharing what happened, and thank you even more for sharing ur emotion.
menginsafkan!

bagus sungguh masyarakat kita....bersedia membantu, sentiasa.

sya said...

Kalau Allah nak amik sekelip mata apa yg dikumpul sejak bekerja hilang .. Alhamdullilah nyawa tidak terkorban. Dugaan Allah pada ustazah dan diterima dengan senyuman

silversarina said...

neeza,

Mana taks edih bila rumah tempat menginap kini rentung tinggal abu sahaja, memang ujian besar dariNYA.




nurazzah,

Terimakasih atas prihatin kepada insan malang ini, memang dalam keadaan sekarang ini kita kena banyak membantu apa yang patut.




cikmilah,

Walau apa yang terjadi itu semua ujian dariNYA, redha atas segalanya.

silversarina said...

maklang,

Semoga bantuan yang diberi dapat membina kemabli rumah yang telah tiada. Thanks for the donation.




manlaksam,

Saya dah letakkan no akaun bank mangsa kebakaran. Terimakasih.





aNIe,

Allah masih panjangkan umur anak itu, dia tenang je dan mampu bertindak pantas dengan memberitahu jiran tentang kebakaran itu.

silversarina said...

zany,

Bila musibah melanda ketabahan yang paling diperlukan dan ustazah aslina memang tabah orangnya, Alhamdulillah.




abang long,

Itu lah kehidupan , tanpa diduga ujian melanda.




kc,

Memang betul tu, bersyukur tiada nyawa yang melayang, harta dunia boleh dicari semula InsyaAllah.





Pp,

Masa susah begini memang nampak betul masyarakat kita amsih lagi masayarakat penyayang Alhamdulilla.





sya,

Segala yang berlaku bagaikan mimpi namun ianya satu dugaan yang terpaksa diharungi . Alhamdulillah dapat dikongsi bersama rakan-rakan sekeliling.