Thursday, January 1, 2009

Muhasabah diri

Muhasabah diri di pagi tahun baru :

1/Tubuh badan yang masih sihat kurang dimanfaatkan dalam mengerjakan lebih banyak ibadah kepada Yang Maha Esa.

2/ Rezeki kewangan yang semakin bertambah sudah mula dikongsi bersama golongan yang memerlukan . Walaupun begitu saya harap semoga saya dapat berkongsi dengan lebih ramai lagi insan yang daif tahun ini.

3/ Anak-anak juga bertambah cerdas dan bijak . Alhamdulillah. Doa saya semoga mereka semua sentiasa dipelihara akhlak mereka walau di mana sahaja mereka berada.





4/ Kini saya bergelar Wanmommy dan sudah punya cucu yang comel, Alhamdulillah syukur tak terhingga zuriat ahli keluarga bertambah dalam usia saya yang dikira masih muda ( awal 40an kira mudalah kan ) . Sayang saya pada cucu adakalanya saya rasakan lebih dari anak sendiri, mungkin sebab dia masih bayi . Semoga cucu saya menjadi cucu yang cemerlang kelak.

5/ Sejak berpindah ke Jordan dan kembali semula ke Malaysia saya amat kurang bergaul dengan masyarakat setempat dan perasaan malas jaga tepi kain orang macam dah sebati. Saya malas nak ambil tahu hal orang lain kerana saya tak nak hati saya bersama mereka memikirkan masalah yang mereka hadapi. Dalam kata lain saya hanya mahukan diri saya dan hati saya sentiasa tenang tanpa sebarang masalah untuk dikongsi. Tahun baru ini saya masih belum buat keputusan untuk kembali ke dalam masyarakat seperti dulu atau saya kekal menyendiri .......

6/ Rakan cyber saya makin bertambah dari tahun sebelumnya . Beberapa orang telah saya temui dan masih ramai lagi yang mungkin akan dapat ditemui tahun-tahun mendatang. Saya rasa lebih selesa berhubung di alam maya kerana tak perlu pergi lebih details . Bila sesuatu berlaku saya hanya anggap ianya sebagai gurau senda di alam maya , tak lebih dari itu . Apapun saya sayang semua sahabat saya di alam maya atau alam realiti .

Muhasabah terhenti di situ..... Saya masih mencari sesuatu yang saya mesti lakukan tahun ini... masih lagi mencari... sesiapa dapat beri cadangan sangat dialu-alukan ... cuma kerja full-time memang tiada dalam fikiran saya dan takkan saya lakukan.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 buat semua .

10 comments:

Zareda Norman said...

Salam Tahun baru kak rina

bagus idea kak rina, elok juga kita muhasabah diri di awal awal tahun baru ni..

Kak Elle said...

Selamat tahun baru rina...
tak bolih nak buat azam takut tak terlaksana kan.

Masih senyumdepan pc ke...hehehe

maklang said...

seronok berjumpa setelah sekian lama tak jumpakan..

tak sangka tanpa perancangan kita dapat bertemu...he..he..

salam maal hijrah dan selamat tahun baru..

moga2 hidup kita diberkatiNya ..Amin...

Neeza Shahril said...

kadang2 lebih selesa bersahabat di alam maya sebab kita tak payah terlalu involve.. susah juga kan kak Rina bila masalah orang dah jadi masalah kita ;)

Ummi365 said...

kak rina,

Salam Tahun Baru, semoga tahun ini lebih ummpph ya! We haven't met. Insyaallah one day.

Zek Zek said...

Happy New YEar Kak Rina...

Menarik posting nih. Punyerla dah lama tak masuk sampai akak dah jadi nenek pun saya tak tahu. Rasanya tak terlambat nak wish congratulations yer.

suealeen said...

kak rina, masukkan salah satu resolusi tahun ni untuk kita berjumpa. mungkin di kuantan, as we'll be there again this CNY. bleh jumpak dengan Jingga Studies sekali....

owh, btw... saya juga masih banyak kekurangan diri yang harus diperbaiki. moga kita semua terus terarah ke arah yang lebih baik, insyaAllah.

silversarina said...

Zareda,

Sama-sama kita nilai amalam kita sepanjang tahun dan pertingkatkannya, InsyaAllah.



kak elle,

semalam tak sempat senyum depan pc, sehari suntuk di luar , senyum dengan rakan bloggers :)



maklang,

Ha ah lama dah tak bertemu, apapun sekalis ekala InsyaAllah kita pakat jumpa macam smalam, kira oklah tak lama sangat amabik masa kerja maklang.

Take care !

silversarina said...

neeza,

kawan alam realiti kena pandai pilih , takut dapat yang suka bawa problem, akak memang tak suka jenis macam ni....tu yang baik duduk rumah diam-diam tambahkan rakan cyber :)





ummi,

bilalah agaknya dapat bertemu , rasa macam dah kenal mesra lama dah...apapun selamat tahun baru .

silversarina said...

zek zek,

Ha tulah zakiah lama cuti blogging, anak-anak zakiah pun dah besar dah, sambung semula ye fly away from padang pasir, love reading it :)





suealeen,

Ok. Nanti bila selesai urusan family gathering sue, kita jumpa pulak ye InsyaAllah.