Wednesday, December 31, 2008

Entah mengapa ............

Dah 2 hari mood blogging agak kurang , entah mengapa dan kenapa .............

Hari ni darling balik ke UAE dan akan jumpa lagi hujung January, InsyaAllah.

Buat masa ni tinggal berdua dengan Mimi sebab Izzat ke group study di Kerteh. Petang baru balik. Masing-masing bersemangat untuk meraih keputusan cemerlang dalam PMR tahun depan sebagaimana sahabat-sahabat mereka yang baru dapat keputusan semalam. Tahniah buat mereka yang cemerlang dan bagi yang kurang cemerlang cuba pertingkatkan usaha dalam mencapai kecemerlangan di peringkat SPM kelak.

Petang kelmarin malas nak keluar ke mana-mana sebab hujan dan sebab lama dah tak berchatting di YM saya sempat bersembang dengan beberapa orang yang sudah lama saya tidak berhubung. Bila dah berchatting memang selalunya da je perkara lucu yang diceritakan > Mulalah saya tersenyum sorang-sorang dan darling I pun agak 'jeles' bila dia cakap I masih senyum sorang-sorang sebab I tak beri perhatian apa yang dia cakap. tak pelah bukan nya selalu pun I chat online . Masuk tahun baru mungkin kekerapan beronline bertambah sebab darling dah balik dan saya tinggal sorang sebelah pagi . tapi memang saya tak berapa rajijn chat mengechat ni .

Apapun, selamat mengharungi tahun mendatang dengan semangat lebih kental untuk menjadi manusia yang lebih berwibawa dan cemerlang dunia akhirat, InsyaAllah.

12 comments:

sya said...

Selamat Tahub Baru Rina.. moga tahun 2009 mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama blogger

zareda said...

salam tahun baru kak rina

zar pun cuti ni mood memblog sangatlah kurang.. banyak surf aje

Kak Nora said...

Salam Tahun Baru 2009. Bagi saya memblog tu ikut mood dan kalau ada cerita yang kita nak share dengan cyberfriends. Kalau tidak, jadi silent reader je lah.

manlaksam said...

Selamat Tahun Baru 2009. Semoga bertambah kemakmuran.

Neeza Shahril said...

patutlah senyap aje Kak Rina..
sedih ke darling nak balik dah? takpe.. hujung Jan jumpa lagi..

neeza pun dah kurang chatting.. rasa cam malas.. hehee..

Kak Elle said...

Selamat menyambut tahun baru Rina nanti bila mood berblogging dah ada sambung ye.

Ait darling 'jeles' ye?mesti lah pasal senyum tak habis ..hmm dgn sape ler tu berchatting agak nya:)

maklang said...

kita pun lama tak bertemu...2-3 hari ni jiwa agak sensitip..hu..hu..takut masa2 macam ni, tersilap kata ada yang terasa pulak..

aNIe said...

Patutlah rina takde mood...cik abang dah terbang tinggalkan rina dgn anak2...takpe...tak lama ditinggalkan tu...nanti baliklah dia...

Selamat tahun baru buat rina sekeluarga...semoga 2009 ini kita sama2 dpt menyempurnakan azam atau apa jua yang tertinggal di tahun lepas...

PrinCeSS said...

SELAMAT TAHUN BARU 2009

p/s : jangan senyum sorang2 kat tengah2 jalan cukupla...x pasal2 org kate cik ina %*&^..hehe

silversarina said...

sya,

Harapan kami di sini pun begitu juga, agar hubungan bersama sahabat cyber bertambah erat dan kukuh.


zareda,

agaknya kena tunggu mood tahaun baru dan kehidupan dah macam biasa balik baru ada mood macam dulu , harapanya lah :)


Kak Nora,

Betul tu , bila ada mood baru sedap nak menaip dan berkongsi cerita.


manlaksam,

InsyaAllah, itulah yang kita ssmua harapkan .

silversarina said...

neeza,

akak dulu selalu online dengan ahli keluarga , tapi sekarang ni dah kurang sebab senang guna talipon je.

jaga diri di petantauan dan selamat bersalin.




kak elle,

memang kelakar semalam, memang I asyik senyum bila orang tu cerita kisah shopping handbags .. geram tau :)


maklang,

kena take it easy, mungkin maklang busy dan letih sangat akhir tahun ni, tu yang sensitip dengan perkara kecik, anyhow, selamat tahun baru, tak sabar nak tengok blog baru, kaler pink jugak ke ...hehehe.

silversarina said...

aNIe,

Kali ni cik abang balik kejap je, tapi sebab banyak sangat JJCM baru ni yang buatkan jadi sunyi bila dia dah balik.

Salam tahun baru buat akak juga.



Princess,

Senyum tu kan sedekah :)

Selamat Tahun Baru bersama azam baru . Goooooo Korea !!