Monday, December 1, 2008

3 kisah campur-campur ......

Semalam busy separuh hari di Kerteh. Saya dan Mimi ke Kerteh jam 10 pagi dan terus ke rumah rakan saya sebab ada urusan peribadi dengannya. Sampai di sana saya lihat mukanya agak cengkung . Rupanya dia sedang alami bisul di belakang badan dan bisul itu besar dan semalam telah kurang sakitnya. Menurut kawan saya minggu lepas dia terlantar tak boleh bergerak dan bangun kerana sakit teramat sangat di bahagian badan. Doktor hanya beri pain killer dan antibiotik dan tunggu hingga bisul 'masak' baru boleh dibedah untuk dibuang nanah dan darah kotor. Minggu lepas juga ada sahabat yang bawak balik lintah dari mana saya lupa dan beri 2 ekor pada rakan saya dan lintah tersebut sedut nanah dan darah di bisul tersebut. Lepas tu lah baru kawan saya berasa lega sedikit. Dia kata masa lintah menghisap nanah tu dia tak rasa sakit langsung. Saya yang mendengar ceritanya nak terloya sebab saya memang takut dan geli dengan lintah . Saya belum pernah lihat sebarang bisul di badan yang sebesar itu . Semoga kawan saya segera sembuh , InsyaAllah.

Lepas tu kami ke Spa Mayang di Ulit untuk bertemu Kak Pah tuan punya spa yang ada pesan barang dari saya . Kak Pah tengah busy menguruskan barang-barang untuk dibawa ke Mesra Mall ( MM ) hari ini kerana dia dapat sewa ruang legar di MM promosi shopping sempena hari raya haji . MM tu masih lagi belum dibuka Giant nya. Katanya akan ditutup ( belum sempat buka ) dan diganti dengan kedai lain angkara boss atasan , macam-macam cerita dengar tapi kalau tak de Giant atau kedai besar macam tu memang MM tak berapa nak hidup. Selama seminggu promosi barangan raya di situ, sesiapa yang berhampiran bolehlah ke sana bershopping ( macam boss MM pulak saya , kena minta komisyen ni bagi promo free ) .

Mimi pulak semalam trim sikit rambut di spa tu supaya sama rata panjangnya dan juga basuh rambut. Dia memang suka basuh rambut kat spa tu, siap kepala dan bahu nya diurut , tu yang dia suka. Comel nampak dia berambut baru, tambah perasan lah dia .

Cuti ni Mimi rajin berbahasa Inggeris dengan saya sebab saya kata nanti dah nak sekolah kena pandai berbahasa Inggeris. Dia siap tanya abang Zaid, Izzat, Sofie dan Maya pandai bahasa apa. Saya kata abang zaid pandai 3 bahasa, bahasa melayu, english dan arab , Izzat 3 bahasa BM , BI, Arab , Sofie 3 bahasa , BM , BI dan Russian , Maya juga 3 bahasa BM , BI dan Korean. Mama dan Ayah tau 2 bahasa BM dan BI (walaupun pernah duk negara arab kami tak pandai bahasa arab , dah keras lidah nak belajar ) .

English mimi siap American accent sebab dia belajar dari cartoon di TV and this was what she said yesterday evening ......

Mimi : I want to find a clue for a silly clown girl .

Saya : What clue ?

Mimi : A clue you know...... I found it... this is the clue for a silly clown girl ...sambil pegang baju tido pink ...berangan jadi clown pulak...yang best tu dia guna perkataan silly .

Minggu lepas sedap-sedap dia cakap pada Izzat.....you have silly face ......nasib baik Izzat tak marah , terjerit-jerit kena geletek dengan Izzat sambil Izzat tanya ...who has silly face ?????

Masa nak tido memang biasa dia ucap goodnite mommy , I love you dan saya jawab goodnite mimi and I love you too and salam. Sekarang saya tambah sweet dream tapi malam tadi saya kata sour dream, dia pun merajuk dan balas balik sour dream to you too....terus senyap dan tak lama lepas tu cakap balik... I don't want sour dream , I want sweet dream... ketawa saya dan lepas kata sweet dream baru dia kata sweet dream to you too and you are so beautiful....... terus tergelak saya....pandai betul bodek mak dia.

17 comments:

arsaili said...

salam...errkk geli betul lintah..

Ainul Arina Madhiah said...

owh.. lintah memang sekarang komersial orang buat ubat.. jiran rumah saya siap buat perniagana lintah lagi.. tapi saya tak pernah dekat.. saya pun geli.. huhu

mimi lepas ni tambah upgrade bahasa ke? arab mesti dia dah masyi.. BM dah ok. English tak lama lagi ok la tu.. Nak tambah satu lagike kasi lagi banyak dari orang lain? hehe.. Ainul cadangkan kalau dia nak belajar bahasa nnti, belajarlah bahasa cina atau perancis.. bahasa tu tengah laku sekarang.. ^_^

cikMilah said...

Saya tengok perkataan lintah pun naik geli, padahal anak bendang ni...
How sweet Mimi is...
Apa hal la lagi kerenah orang besar tu...kat tempat lain pasaraya besar dah buka sampai pukul 11 malam pada hari biasa dan sampai pukul satu pagi pada hari minggu, yang ini dok main tarik tali la pulak...

silversarina said...

arsaili,

Akak geli geleman , takleh nak bayang kan lintah tu :)



ainul,

Sekarang ni lintah dan cacing memang ramai yang jadi perternak... eeiii nanti memalam merayau lintah masuk rumah.....

Awalnya memang nak masukkan mimi sekolah cina tapi pakcik tak bagi pulak sebab dia kata dah akhir zaman baik tumpu pada sekolah agama,kalau nak belajar bahasa cina tunggu masuk U ambik jurusan Mandarin , so for the time being biarlah mahir 2 bahasa dulu.



cikmilah,

Memang tak faham apa lagi boss besar nak, memang rugi banyak dah Giant tu, makcik pekerja dah start keje sejak Ogos lagi, trolleys dah berjemur berhujan kat luar tunggu karat .

Anak bendang pun geli lintah... tapi memang geli dan takut, mau pengsan saya kalau kena lintah.

manlaksam said...

Waaa..ada guna jugak si lintah tu ye!
Sekali-sekala buatlah kebaikan ...jangan asyik nak hisap darah je. Bagus lintah, bagus.

Ummi365 said...

sekarang kak rina dah rajin update blog... tergelak ummi baca keletah mimi. Imran pun camtu gak.. sekarang ni suka sangt cakap "It's not funny"... kita punyalah cerita kat dia, dia jawab macam tu. Lagi satu dia bercerita pasal spongebob dia.. lepas tu dia sebut "passcard" dengan slang mat salleh. satu word je yang english the whole story in malay.. so boleh bayangkanlah mak dia terpinga2 apa "passcard" tu.

Kak Elle said...

lintah...yucks...betul ke lintah hisab nana atau anti biotic that works...hehe

ok nanti jumao mimi i will speak english with her:)

PrinCeSS said...

lintah..yaiks!!

haha mimi2..mesti die cepat mahir BI.yela ngan mulut pok pek pok pek yang berenti2 tu...

aNIe said...

Rina...si kecik akak tu pun rajin berbahasa Inggeris dengan akak...

Kalau cakap Melayu panggil Ibu...bila berbahasa Inggeris...otomatik tukar 'mummy'
Heheh...ada2 aje bebudak ni kan...

Akak pun geli lintah...eiiiii....

Neeza Shahril said...

lintah sekarang mahal dah kak Rina.. kalau dulu orang pijak pijak aje.. sekarang orang beli hehe..

coan pun macam mimi.. suka sebut silly.. nape entah..

mama said...

hehehe silly yerr...
teringat waktu zahra kecik2 dulu, waktu tu dia baru 2 tahun... tengah gurau2 dengan baba dia tiba2 dia kata "baba ni silly"...
memang kuat pengaruh cartoon disney ni kak ina.
nk ajar mengaji pun hati zahra kat cartoon lg.

sya said...

aik.. dengar perubatan guna lintah .. eii ngeri tapi memang betul tak sakit sebab kawan pun pernah guna perubatan lintah ni ans cepat gak sembuh

ntahsapentahni said...

aik teacher, tak kan teacher tau 2 bahasa je? masa saya jd student teacher dulu, byk gak bahasa lain teacher tau spt perancis, spain dsb? ke teacher dah lama x gunakan kot?

SoFie NuR said...

luckily i'm not so geli with lintah..hihi...

wahh...makin maju mimi...nanti leh la challenge...

izzat...silly face?!! hehehe...ade2 je mimi...

silversarina said...

manlaksam,

Sekarang ni lintah pulak jadi doktor, rawat pesakit, tapi saya lah memang tak boleh rasanya nak biar lintah kat atas badan, memang kena pengsankan saya dulu kalau nak rawat guna lintah.




ummi365,

Memang kekadang akak pun tak faham jugak kisah kartun yang dia terapkan dalam perbuakan dia , tapi bagus jugak katun ni meang kanak-kanak cepat dapat bahasanya .





kak elle,

Dia kata lintah tu yang rawat dia sebab antibiotik lambat sikit sebab memang nak kena bedah sebenarnya tu, dia tunggu masa je .


Kalau hari dia tak malu dia speaking london, kalau tak senyap ajelah dia :P

silversarina said...

princess,

Memang betul mimi tu kalau dapat cakap tak berenti... kan terror dia cakap english dah kan ???




anie,

Memang otomatik mama pun tukar jadi mommy , tapi okalah kalau diaorang sendiri yang enjoy cakap BI , biar faham banyak bahasa.

Lintah memang tak leh gang saya ni :P




neeza,

Coan nanti mesti laju speaking london, bagus awal2 dah pandai english , untuk kesenangan dia jugak belajar di sekolah .



mama,

Agaknya word silly tu paling senang nak ingat dan sedap bunyinya kot . Akak lagi suka mimi tengok kartun omputih dari katun melayu sebab bahasanya entah apa-apa .

silversarina said...

sya,

Kawan saya kata lintah ni boleh kenal darah, kalau orang tu ada aids memang ia tak kan hisap, tak taulah betul ke tak , berguna betul lintah ...gelinyaaaaa.




ntahsapentahni,

Alahai....kisah lama, kalau dah tinggal beberapa patah perkataan yang masih boleh ingat, kira dah tak mahir lah bahasa tu, memang kalau nak ikut banyak lagi bahasa yang teacher pernah belajar dan mahir.. arab tu pun kira boleh sebenarnya, spanish, french, hebrew, russian semua tu dulu boleh dikatakan mahir tapi bahasa ni kalau sekejap je tak guna memang cepat berkaratnya, so now hanya 2 sajalah kira masih boleh pakai... kira2 balik teacher mahir 7 bahasa, hebat jugak ye..dulu lah....hehehe.

Raya di mungkin kami nak merayau ke mujahidin... kalau jadi InsyaAllah.





sofie,


Awak tu tak de apa yang geli, semuanya berani, kalau tak tak jadi doktorlah..hehe.


Semalam maya call mimi speaking london aje :)