Saturday, December 20, 2008

Anak lelaki derhaka .....

Pagi ni bangun awal sebab tido awal. INgat nak update lepas JJCM nanti tapi bangun pagi tadi rasa nak tulis sesuatu yang boleh dikongsi bersama dan difikirkan bersama sementara saya ber JJCM mulai jam 8 pagi nanti.

Malam tadi sebelum tido adalah satu panggilan talipon dan dia mengadu kisah yang menyakitkan hati ini :

Ada kakak ni yang kematian suami dan kini menjaga ibunya di samping seorang bibik yang tinggal bersama. Baru-baru ni bibiknya demam teruk dan kakak ni nak bawak bibik ke klinik. Masalahnya ibunya yang telah uzur amat sukar untuk bergerak dan tidak wajar ditinggalkan berseorangan. Rumahnya pulak tiada jiran yang dekat. Kakak ni called adik lelaki dia yang tinggal 40minit dari rumahnya untuk meminta bantuan menemankan ibunya di rumah sementara dia membawa bibik ke klinik . Tau apa jawapan yang diterima oleh kakak ni dari adik lelakinya ???

"That's not my responsibility . "

Kakak ni jadi hangin dengan sikap adik lelakinya yang sememangnya tak pernah berubah dari muda . Saya yang kenal dia pun memang menyampah dengan perangainya .Macam-macam kakak tu marah pada dia . Dia pernah kata yang maknya hanyalah seperti orang gaji. Dahlah dia tak pernah nak offer jaga maknya yang uzur, wang pun tak pernah sesen sampai pada maknya. Entah apa punya anak lelaki. Saya kata bukan anak lelaki , anak durhaka sebab tu hidup tak pernah tenang dan senang. Kakak tu bagitau lagi kalau sebelah isteri dia sanggup dia berulang-alik sejauh 3 jam perjalanan sehala .

Akhirnya kakak tu called sorang lagi adik lelakinya yang sangat sibuk di akhir tahun atas bidang tugasnya yang juga tinggal 40 minit dari situ, datanglah adik ini menemankan ibu yang uzur sementara kakak ni bawa bibik ke klinik.

Panas telinga saya bila tau hal macam ni berlaku . Kalaulah saya jadi kakak ni memang mengamuk sakan saya .................





salam cuti-cuti malaysia buat semua.....jumpa lagi....








19 comments:

Kak Elle said...

Mmg Rina saya baca pun sedeh mendengar nya...itu lah satu2 nya mak kita mak yg membesarkan kita .. penat lelah menjaga kita masa kechil ..hmmm...ini kah balasan dr seorang anak?...saya sokong dgn title 'anak durhaka' tu...biar padan dgn muka nya.

Selamat JJCM ye...nampak nya kita tak bertemu lagi sebelum saya bertolak so HAPPY NEW YEAR.

silversarina said...

kak elle,

I memang geram sejak malam tadi , kalau I ada kene mengena dengan that guy memang I 'serang' dia .

Selamat bercuti ye akak..jaga diri ...jangan 'nakal-nakal' dalam flite...sakit kaki minta steward yang macho tolong urut...hehehe.

salam buat family kat sana.

Kak Elle said...

cuba masuk sekali lagi ke my daily happenings..............

zany said...

kak sarina

terang-terang dia tak layan mak diakan, statement poyo tu tak tahan tu. berani sungguh. takkan senanglah anak yang macam ni. kita buat perangai sikit dengan ibu bapa pun ada rasa bersalah dalam diri, kalau macam ni memang tak rasa bersalah langsung. Masa akan mengajar orang macam ni kak.

Zareda Norman said...
This comment has been removed by the author.
Zareda Norman said...

sedih bila baca kisah macam ni. Kita sama sama jadikan iktibarlah kisah kisah macam ni, jangan sampai terjadi pada kita atau anak anak kita..

cikMilah said...

Mau dilempang spesis manusia macam ni!!!Isterinya pun satu hal.(marah betul saya baca kes macam ni).
Kita sebagai isteri wajib memastikan suami tunaikan tanggungjawab menjaga mertua dgn baik. Tak boleh dikawal suami untuk kita saja, hingga suami mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu-bapa mereka. Dosa tau!Syurga wanita dibawah tapak kaki suami; tapi syurga lelaki di bawah tapak kaki ibunya. Kalau suami lupa; besar pahala kita mengingatkan mereka pada tanggungjawab besar ANAK LELAKI MENJAGA IBU-BAPA MEREKA. Wallahua'lam.

PINATBATE said...

nauzubillahiminzaalik...janganlah sampai anak cucu kita atau diri kita jadi macam ni..

Abang Long said...

Bila diteliti ayat dalam entri ini. Abang long ingin memberikan sedikit perkongsian. Dan menongkah arus. Itu sebabnya Nabi membarikan panduan bagaimana memilih pasangan hidup biarlah beragama.

Ok, katakan si anak lelaki itu sudah derhaka. Tetapi seandainya isterinya seorang yang beriman dan tahu untuk memujuk, maka rasanya satu perkara akan terungkai.

manlaksam said...

Kenapalah boleh jadi macam tu... sedih sangat, harap jangan berlaku kepada kita dan keluarga kita.

aNIe said...

Astagfirullah....kenapa sampai macamtu sikap adik lelaki dia tu...

Kalaulah dia tidak berubah...memang tak berkat hidupnya...tidak kah dia sedar...sebagaimana susah kita pun kalau kita menjaga ibu kita...insyaallah ALLAH akan mempermudahkan segalanya bagi kita...rezeki bertambah dan yg penting hidup diberkati ALLAH

Semoga dia akan sedar kesilapan dirinya itu...

zino said...

silversarina..

memang geram dan sedih bila ada yg sanggup melakukan demikian kepada ibu yg melahirkan dia..

walaubagaimana susah atau sibuk sekali pun tanggung jawab anak kepada ibu bapa tidak pernah luput biar pun sesaat terutama anak lelaki.. semuga Allah membuka kan hati dia..

OndeOnde said...

Kak Rina, semoga Allah jauhkan sifat2 anak derhaka daripada jadi milik kita atau anak2 cucu kita nanti!!!

bayangkan kalau dulu ibunya berkata pada dia "you are not my responsibility!" agak2 jadi orang tak dia sekarang????

Neeza Shahril said...

amboiii.. kalau tak sebab mak dia lahirkan dia kedunia, tak merasa langsung dia tengok keindahan dunia ni.. dah besar berlagak pulak.
Nanti lah. Tunggu nak mati esok, kalau senang mati, nasib baik. Kalau tidak, tanggunglah sendiri.

Tak layak hidup orang gitu..

Ainul Arina Madhiah said...

semoga saya nanti dijauhkan dari jadi seperti budak lelaki tu.. a'uzubillahiminzalik..

sya said...

Ya Allah geramnya hati baca.. selalu tenguk anak2 yg ketepikan ibu bapa takkan senang walau camanapun banyak rezeki yg masuk sebab tak berkat

maklang said...

alaaa..ramai yang maca tu...memang durhaka kalau buat mak macam tu..biar nanti bila dia tua, anak2 dia pulak buat dia macam tu...baru dia rasa...

mad redo1 said...

suatu yang pasti diambil iktibar oleh mad redo1...

Queen Of The House said...

Anak derhaka tu tak sedar siapa dia. Isterinya pun satu ....

Tuhan sajalah yang membalas.