Tuesday, December 16, 2008

Kemaman-KL-Kemaman

Bagi kami yang tinggal di 'kampung' yang jauh dari pusat Bandaraya KL memang bila ke KLl jadi macam tempat pelancongan yang nak tak nak kena juga explore tempat-tempat terkenal di situ.


izzat try drive kereta F1 di KL Tower , syoknya dapat bawak laju.



Dah lama Mimi sebut nak naik KL Tower dan Sabtu lepas kali ke 2 kami ke sana selepas 10 tahun tidak menjengok puncak menara. Usia menara pun dah mencecah 12 tahun, sekejap saja rasa masa berlalu.




KL Tower masih menarik, petugas di bawah dan atas menara semuanya kaya dengan senyuman dan uniform kerja yang santai dan sangat ceria , ditambah lagi dengan tiket yang diberi diskaun untuk warganegara Malaysia dengan menunjukkan my kad , saya berpendapat pelancongan malaysia semakin mantap dan mesra pelancong tempatan , tidak seperti dulu pelancong asing yang lebih diutamakan. Harga tiket masuk ke tempat lawatan yang berbeza untuk orang tempatan dan asing dah banyak digunapakai di negara luar sehingga semasa di Mesir siap ada harga muslim dan non-muslim . KL Tower juga menjual pelbagai cenderahati yang kini murah harganya tidak seperti 10 tahun lalu , nak beli keychain pun terasa mahal sangat . Sebab tu Sabtu lalu rasa best sangat ke sana , dapat lihat KL dari udara dan dapat beli souvenir juga .





Lepas KL Tower kami ke Zoo Negara nak melawat rakan-rakan lama yang tak dikunjungi , tak ingat dah bila kali tyerakhir kami ke sana . Kini Mimi dah bersedia nak tengok binatang-binatang di sana . Tapi seperti biasa bau busuk yang saya tak tahan , musim hujan lagi teruk baunya dan binatang-binatangnya comot dan kotor kena lumpur dan lecah . Saya juga seperti biasa naik keretapi round satu zoo. tak pernah lagi jalan satu zoo berjalan kaki. Mimi happy jugak sebab lihat dan kenal pelbagai jenis binatang .



mimi di children's world, zoo negara




Kemudian kami seperti biasa meramaikan lagi manusia di Suria KLCC, punya lah padat rasa macam kat Jepun pulak, bersesak-sesak mundar-mandir shopping di sana. Hujan lebat pulak masa tu , lagi ramai yang berkurung di dalam Suria . Kami tak beli apapun, taktau nak shopping apa dan kalau beli taktau nak letak mana sebab kereta dah gelembong macam belon .




Sebelum balik ke The Nomad Sucasa kami singgah AmpWalk sebelah hotel kami untuk santap makanan arab di Al Musafir Restaurant. Lepas rindu pada falafel, chicken kabsa, syish tawook , lentil soup dan jus yang ada rasa makanan dan minuman arab walaupun tak seoriginal di negara arab. Ingatkan waiter tu melayu, biula cakap melayu dia lambat response dan jawab pelat, bila tanya dari mana dia kata dia dari Myanmar , tak nampak pekerja arab pun cuma pelanggan arab je ada dan lagu arab mengembalikan nostalgia lama.Betapa rindunya hati ini pada suasana di negara arab ketika itu.



falafel... 4 ketul RM8..mahalnya , kalau di Jordan RM1 pun dah kenyang dibuatnya , makan jugak sebab memang sedap .


sup kacang dal

chicken beriani

chicken kabsa


Pagi Ahad kami bettolak balik ke Kemaman...



Kalaulah dapat beli apartment di The Gurney , Penang dan The Nomad Sucasa KL alangkah bahagianya...angan-angan bersambung lagi.....

20 comments:

Kak Elle said...

Ni betul2 JJCM ye hmmm sedap makanan yg di tempek kat sini..nak sikittttt.....hehe

silversarina said...

kak elle,

JJCM kat ibunegara ...lama dah tak buat begitu, orang kampunglah katakan..hehehe.

Hijrah1429 said...

Saya suka tengok baju Mimi..sopan2 belaka...falafel tu macam begedil jer?

silversarina said...

Hijrah 1429,

Mimi dah pandai sekarang, keluar rumah je seboleh-bolehnya nak tutup aurat , tu yang akak beli tudung dan baju yang matching sebab dia suka berfesyen .

Falafel tu memang macam begedil, dibuat dari kacang kuda, asalnya mesir dan boleh kata banyak negara arab ada jual falafel ni, kira macam goreng pisang atau cucur kat malaysia.

Cat Cat said...

Kak Rina,
Falafel tu apa benda?? Daging burger ke..??

Nasi beryani tu nampak sedap sangant.. Tak sabar2 Cath nak jamah nasi beryani bila balik kampung nanti..

maklang said...

angan2kan best...

maklang tak sampai lg menara KL tu...

Neeza Shahril said...

syoknya mimi dah Izzat dapat gitu mommy dan daddy jalan2.. kakak2 dan abang tak jeles ke? hehe..

betul la kata kak Rina.. tengok food2 tu.. memang tak seoriginal yang disini.. neeza pun mungkin rindu macam kak Rina juga nanti.. :(

ummu asiah said...

kak rina..

dah dekat dah rupanya..siap jalan sampai ke zoo negara..tak de rezeki nak jumpa la..

dapatla satu tempat baru untuk kami try makan makanan arab..rasanya if falafel tu rm2 kira okayla kot utk price kat KL ni..bergedil pun harganya mahal jugak..

cikMilah said...

terliur tengok makanan Arab tu.. tau la nanti tmepat nak di tuju bila sampai KL..
Kadang-kadang jelak juaga dgn nasi kandaq!
Thanks for a good write-up in the previous entry.. tolong promo kuih ya.. thanks alot.. musim depan ada comission he he he.

cikMilah said...

terliur tengok makanan Arab tu.. tau la nanti tmepat nak di tuju bila sampai KL..
Kadang-kadang jelak juaga dgn nasi kandaq!
Thanks for a good write-up in the previous entry.. tolong promo kuih ya.. thanks alot.. musim depan ada comission he he he.

silversarina said...

cat cat,

falafel tu cucur kacang kuda yang dibentuk macam tu atau bulat-bulat dan digoreng .

cewah, dah dekat dah nak balik ye :)





maklang,

Masa budak2 yang lain masih kecil dah pergi dah , kini giliran mimi pulak..bawaklah hakim naik menara tu mesti dia teruja .



neeza,

Budak2 yang besar semua dah jalan round semenanjung dan sarawak (sabah belum lagi, tahun depan pergi kot ) , dulu hampir setiap minggu turun KL ikut darling meeting sambil tu kami merayap kat KL, kini tinggal si kecil berdua ni, memang lagi senanglah nak berjalan .

sementara neeza kat sana makanlah makanan diaorang bila ada kesempatan , nanti taklah rindu sangat teringatkan makanan mereka yang susah nak cari yang rasa asli .

silversarina said...

ummu asiah,

sekali turun KL jumpa seorang dua bloggers , nak kecek jumpa ramai kenalan karang darling taknak sebab dia bukan blogger..so maybe next time pulak kita bertemu jika berkesempatan :)

falafel tu kecik aje, tu bukan atas pinggan nasi, atas piring kuih aje tu, sebab tu saya kata mahal, besar sikit dari duit syiling 5osen , nak rasa makanan arab kira bolehlah ...hehehe.



cikmilah,

Tak pe , tahun depan kita beli lagi dan kalau rajin kita jual kuih cikmilah sebab dah tau memang sedap...komisyen...dapat kuih free dah cukup :P

zareda said...

wah zar org Kl pun baru sekali jejak KL tower..

sesekali makan selera timur ni bes jugak kan.. ni asik tomyam ataupun nasi kandar..

Abang Long said...

Seronoknya cuti - cuti Malaysia. Melihat gambar makanan, rasa terliur, tetapi itu semua sudah menjadi kenangan. Semoga Puan dan keluarga berbahagia dan berada didalam rahmat Allah. AMIN.

Mama Rock said...

i think the last time we went to KL tower was right after we came back from dubai to celebrate my husband's birthday. had hi tea there. lepas tu tak pergi dah..hehehe. selalunya when we are here, we take it for granted until it's taken away from us.

ntahsapentahni said...

huuuu falafil. rindunya. ingat dulu masa kat arab, falafil jadi makanan rasmi dekat 8 bulan gak

KAMATO said...

Saya yg dok dekat ni pun jarang sekali naik menara tu

silversarina said...

zareda,

Orang Kl dah tengok menara hari-hari , kami ni jarang-jarang baru boleh tengok :)

trylah makanan arab di Al Musafir..akak kena minta komisyen kat tokeh arab tu ..hehehe.




abang long,

makanan tu ada di KL di Al Musafir restoran, lepas rindu kami dapat makan semuanya.




mama rock,

hubby ada tanya nak makan ke atas tu, saya tak naks ebab kenyang lagi pagi tu dan $$$ sangat , tapi memang bset duk kat atas tu :)




ntahsapentahni,

makanan rasmi falafel ??? jimat betul ni...tapi sedap , paling teacher suka falafel di Mutah, memang sedap betul.




kamato,

sebab dekat tu yang jarang pergi sebab dah ada depan mata, kami ni kena ambik peluang pergi sebab jarang-jarang dapat peluang .kalau balik kuala berang lalulah kemaman , singgah rumah kami .

zino said...

selamat melancong ke malaysia... hehe

zino pernah naik ke menara tu masa masih dalam pembinaan.. masa tu baru platform yg ke dua kot.. seram je naik lift pekerja tu..

tak berani nak masuk restoren arab ni tak geti apa yg nak di oder hehe

silversarina said...

zino,

Wah bestnya dapat involved dalam pembikinan menara tu , boleh jadi memory ke akhir hayat .

masuk restoran arab senang nak order sebab selain nama menu dia ada gambar sekali, tunjuk je nak yang mana :)