Saturday, December 27, 2008

winter sonata menggamit rindu

Petang yang suram dengan awan yang mendung menggamit rasa rindu pada pelbagai kenangan tatkala musim salju ketika mahligai bahagia dimeterai puluhan tahuh lampau . Walaupun hari ini bukanlah hari ulangtahun perkahwinan kami, namun cuaca dan musim sebegini membawa saya kembali mengimbau saat-saat kami meniti kehidupan dalam suasana sejuk dan salji memutih.

1. Malam kami membina sebuah rumahtangga , salji turun di seluruh bandar . Kami berbulan madu ketika suhu di luar di bawah paras beku dan salji turun tanpa henti. Saya yang amat gemar kepada cuaca sejuk serta salji mengucap syukur kerana malam itu saya rasakan seolah-olah salji turut merestui perkahwinan kami .



2. Anak pertama kami lahir ketika penghujung musim sejuk dan kelahiran yang belum cukup bulan diiringi dengan titisan salji di luar tingkap hospital. Betapa sedih hati saya terpaksa meninggalkannya di hospital sedikit terubat bilasaja terlihat terdampar hamparan putih salji di luar hospital dan di halaman rumah .



3. Hari kepulangan kami ke tanahair bersama dua anak kecil di bulan Januari juga diiringi titisan salji . Tak henti saya melihat dan melihat hamparan salji buat kali terakhir dan tanpa saya sedari airmata menitis sebak dan terharu kerana entah bila saya dapat ke sana semula . Entah bila saya dapat menyentuh salji memutih .

Itu kisah winter sonata puluhan tahun lampau ......

Alhamdulillah kami dapat menyentuh salji lagi selepas itu di negara berlainan . walau tidak sehebat dan selebat salji di masa lampau namun, syukur kerana masih diberikan peluang untuk saya merasai kesejukan dan nikmatnya salji . Ramai yang tidak gemar salji namun bagi saya salji adalah satu dari kurniaan Ilahi yang dapat menenangkan jiwa saya , cukup sekadar melihat ianya turun membuatkan saya puas dan ceria.

Salam winter sonata dari saya petang ini..... bestnya dapat pegang salji ketika ini ....


14 comments:

Kak Elle said...

ho ho ho nak salji ye? nnt kalau jumpa saya bawak balik ye..

silversarina said...

kak elle,

please do..... nak pegang will jugakkkkk :P

rindu akak...terasa jauhnyaaaa...

lina said...

Salji sejuk!!! :-P
Hanya sekali merasa pegang salji seumur hidup.
Nak merasa salji di Mines Wonderland pun tak dapat. Huhuhu

aNIe said...

Rina...kita belom dpt pegang salji lagik...huhuhu...si kecik merengek2 tiap kali tgk cerita krismas...katanya nak ke tempat yang ada krismas...nanti ada salji...hehehhe

suweileh family said...

kat sini, maybe esok lusa salji kot, sekarang ni sejuk sgt. tak tahan wehhhhhh.

Abang Long said...

Syukur dapat 'merasa' salji. Salam Maal Hijrah.

ZLAA said...

Salam kak Rina, touchingnya!! very nostalgic..

silversarina said...

lina,

Salji sejuk tapi punya terapi minda...sucinya warna salji buat akak kagum dengan ciptaanNYA.



aNIIe,

Kena bawak Aeez ke negara bersalji atau ke Genting Highland biar dia dapat pegang ais/salji .

Dulu masa kat sekolah I selalu berangan nak main salji dan mak selalu kata nak main salji kena belajar rajin2 dapat pergi oversea main salji, Alhamdulillah dapat dah mimpi jadi nyata.

silversarina said...

suweileh family,

Nak jugak salji, main salji untuk akak ye , saat ni memang rindu pemandangan putih salji .




abang long,

Salam Maal Hijrah juga buat abang long.




Zlaa,

Banyak lagi kisah salji ni yang terlalu personal untuk dicoretkan secara terbuka ..anyhow snow is what I want at this moment :)

PrinCeSS said...

I like snow~!
bes kan bile dapat tgk salji
rase tenang jek..
tapi kat daegu x de salji..T.T

Neeza Shahril said...

walaupun sejuk, neeza suka salji.. sebab lain dari yang lain..

seronoknya kak Rina kawin dalam musim salji hehehe... mesti best kan dapat guling-guling dalam salji..

silversarina said...

princess,

snow, snow..I'm the snow queen yang berkulit gelap...hehehe.





neeza,

sama macam akak memang suka sangat snow .... kawin musim salji memang best... body heat lebih diperlukan ... hahahha.. sencored :P

gerbanginfoanda said...

bile la nak dpt pgg salji .. sonok tol tgk semua bersalji..hehe

rizza said...

Salam Kak,

seronok nye salji... saya pun rindukan salji2 begitu....

akak di mana salji tu?