Tuesday, December 2, 2008

Korban

Raya haji tinggal 6 hari saja lagi . Walaupun belum ada rezeki lagi nak menunaikan ibadah haji namun rasa tak sabar nak raya tetap ada. Rasanya kami tak pernah beraya di kampung masa raya haji, kami selalunya raya di Kemaman aje sebab di Pantai Timur raya hajinya meriah berbanding fi kampung saya di Ipoh. Biasanya lepas solat raya terus ibadat korban dijalankan depan surau kami di sini dan lepas semua selesai biasanya para petugas korban akan lunch di rumah saya atau rumah ahli jemaah surau yang lain , bergilir-gilir setiap tahun.


Tahun ini kami akan beraya di tempat lain sebab dah lama sangat kami tak beraya bersama ahli keluarga yang lain . Korban pun kami lakukan di tempat yang kami akan beraya nanti , InsyaAllah, bukan di kampung tapi di bandar lain .


Kenangan korban masa raya haji masa Izzat baru 4 tahun . Dia nak tengok korban dijalankan dan saya tinggalkan dia bersama anak-anak yang lain sementara saya ada urusan lain sebentar .

Malam tu betul-betul tengah malam Izzat meracau dan menjerit macam dirasuk ...

" Mati dah... mati dah... lembu, lembu....mati dah !! "

Meracau-racau dia , saya memang takut waktu tu, dia siap tunjuk kat siling rumah sambil matanya melilau ketakutan. Darling ambik dia dan jampi dia dan suruh dia baca fatihah bersama , dia baca sambil terketar-ketar saya peluk dia erat2 dan tak lama lepas dia tenang, dia kembali meracau sampai pagi dan bukan malam tu sahaja. Hampir 2 bulan dia meracau setiap malam , tepat tengah malam. Kami usaha macam-macam untuk pulihkan dia Alhamdulillah dia baik semula.

Rupanya masa dia lihat korban masa raya tu ada seorang pemuda yang menyakat kanak-kanak dengan mengejar dan mengacah mereka dengan ekor lembu yang masih berbulu tu. Izzat salah seorang yang disakatnya .

Itu kisah korban raya haji yang takkan kami lupakan .

Semoga raya haji kita diserikan dengan ibadah korban dan saya pernah dengar satu ceramah agama yang mengatakan jika kita berkehendak dan berhajat kepada sesuatu adalah paling elok dilakukan ibadah korban dan disertai doa agar apa yang kita hajati diperkenankan InsyaAllah.

11 comments:

Kak Elle said...

kesian nya Izzat kena badi dek korban..yg org tu menyakat budakw dgn ekor lembu tu mmg nak kena kan?

Selamat bercuti puna rina dan salam idil adha.

sya said...

Boleh terkejut gitu ek.. kekadang dia mcm phobia tenguk mende yg tak pernah ditenguk.

Neeza Shahril said...

tak senonohnya pemuda yang mengacah dengan ekor lembu tu.. tak baik betul buat budak2 macam tu.. cuba kalau dia.. kena acah dengan pistol.. biar terkenc*ng.. baru tau..

Neeza kalau raya di kemaman, selalu tengok orang korban di surau hijau tu.. tengok gelagat lembu yang nak kena sembelih dan semasa disembelih ;)

manlaksam said...

Tahun ni pastikan tak da orang yang menyakat lagi.
Apalah orang muda ni...nak bergurau tak kena tempat.

drNO said...

ish..sian ke budak2...mau nya x fobia...

mama said...

wow tahun ni sambut raya haji di bandar mana kak ina?
kasi tau la...

PrinCeSS said...

teringat izzat waktu tu..tengah2 malam je menjerit..kuat lak tu..
kite yang bilik sebelah pun seram sejuk dibuatnye...

zareda said...

Zar baru balik dari KT.. hujan sepanjang hari ek..

tak lama lagi dah nak raya korban.. ada buat korban ke kak rina? zar raya KL je..

silversarina said...

kak elle,

Budak kecik memang terkejut dibuatnya, memang kesian Izzat waktu tu.

Cuti start hujung minggu ni :)




sya,

Izzat lepas tu nak tengok korban pun macam takut aje.




neeza,

Ada lembu yang garang especially yang warna hitam selalunya garang , susah nak tarik bagi dia baring .

silversarina said...

manlaksam,

Budak muda memang suka gurau yang bukan-bukan , kesannya pada kanak-kanak sampai meracau dibuatnya.






drNO,

Jadi macam lemah semangat Izzat , saya pun jadi takut sama .




mama,

Kat Shah Alam, mak ada kat situ .





princess,

Mama pun kecut perut dibuatnya, macam taks edar aje izzat masa tu, kesian dia :(



zareda,

Hujan tak berenti kat kemaman juga cuma tak banjir je.

Kami raya dan korban di Shah Alam tahun ni.

mama said...

ok kalau macam tu sama la kita... tahun ni kami tak beraya di kampung sbb parents saya p haji, mertua plak beraya di penang.
jemput la ke teratak buruk kami ye kak ina...