Saturday, December 27, 2008

Ruang solat dan sifat pengotor

Pernah tak rasa geram dalam bilik sembahyang awam ?

Contoh tempat solat awam adalah di hentian rehat di highway , di komplek membeli-belah dan lain-lain tempat awam yang tersedia ruang solat.

Saya nak sentuh berkenaan ruang dan sifat pengotor pengguna ruang solat wanita .

Setengah ruang solat yang disediakan teramatlah kecilnya, hanya muat 3 orang dan berlaga punggung untuk memakai dan menanggalkan telekung . Bangunannya punya besar tapi ruang solat diberi ruang yang paling sempit . Contohnya di Giant Kuantan. Ruang kecil dan kain sembahyang bersepah dan disepahkan oleh pengguna. Minggu lepas saya dan mimi singgah solat di sini dan adalah this girl lepas solat terus tinggalkan kain telekung atas lantai dan mak dia buat taktau aje terus keluar dari bilik tu. Ada orang gaji ke nak lipat / sangkutkan telekung tu ? Dahlah tak bawak telekung sendiri telekung yang disediakan disepahkan aja atas lantai yang separuh basah di depan pintu masuk.

GERAM.....

Di atas highway pantai timur ruang solat amat selesa , besar dan bersih terjaga sentiasa. Pernah suatu masa ada sebuah bas singgah dan makcik-makcik dari Kelantan ( saya tau melalui percakapan mereka ) singgah solat . Ada yang bawa telekung ada yang menggunakan telekung yang tersedia. Lepas solat selamba je di 'perap' di 'peruk ' (bahasa perak ) tanpa dilipat dan disangkut di tempat yang disediakan .Apa salahnya sangkut semula telekung tu kan nampak kemas bilik solat tu.


GERAM..


Balik dari Kelantan baru ni singgah di sebuah masjid di area Setiu, saya tak ingat nama tempat tu. Ruang solat bersih dan besar. Ruang kosong sebelum ke ruang solat amatlah kotor, kitab lama dan frame ayat quran lama yang terperap atas almari kayu suang dipenuhi tahi cicak dan tingkap masjid penuh tahi cicak. Saya lama di ruang tu sebab tunggu mimi solat sebab saya cuti . Surah yaasin bersepah dipenuhi tahi cicak . Pelik betul , ruang dalam masjid kotor.

GERAM....

Paling kemas setakat ni yang saya jumpa adalah di Masjid Kristal KT . Walaupun tempat wuduknya 'sebatu' jauh dari ruang solat namun riangnya selesa dan bersih . Telekung semuanya disangkut dengan hangers dan telekungnya juga cantik dan bersih. Pandai pulak pengguna sangkut balik telekung tu di tempat yang disediakan . Rasanya kalau ada sorang yang lipat dan perap telekung nanti ramailah yang ikut. Setakat yang saya singgah hari tu telekung masih disangkut dengan baik dan kemas. Semoga masjid ini terus kekal cantik dan bersih, InsyaAllah.


Belum masuk bab tandas ......... tak payah ceriat semua dah tau ...bertambah geram....

7 comments:

cikMilah said...

Eiii, saya pantang ada tahi cicak kt mana-mana pun , apalagi tempat solat.
Kat utara n, satu tempat solat selesa dan bersih ialah RnR Gurun hala ke selatan - luas dan bersih.

manlaksam said...

Pak Man hanya mampu mengeluh....hahhh bila lah orang kita ni nak berubah.

PrinCeSS said...

mmg geram je kalau singgah smyg kat mane2..dahla kadang2 telekung2 yang disediakan pun..Allah baunye!!!
pelikla..tempat untuk beribadat tapi org ambik lekeh je

DrSam said...

salam,

tabiat menjaga kebersihan ni bermula dari kecil. Asuhan (upbringing) keluarga diperingkat awal penting.

kalau seseorang itu ada sifat pengotor tu, samada ibubapa sendiri pengotor, kurang ajar-an dan pemalas.

Manusia bermacam ragam dan perangai. Itu yang buat hidup meriah :)

Kak Nora said...

Salam dek, akak singgah rumah. Geram, memang kita geram. Tapi saya perhatikan kebanyakan surau di RnR luas, bersih. Sebab ada pekerja, barangkali. Surau di hentian 'highway' Segamat-Kuantan tidak termasuk dalam kategori ini. Betul, kain sembahyang, punyalah masam dan kotor. Perap begitu je. Tandas berbau walaupun berbayar. Geli!Bawalah kain sembahyang sendiri bila berjalan jauh.

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah. Saya pun perasan. Yang saya tak tahan ada kain pelikat yang dah berbau hapak tak berbasuh berbulan.

Nak komen banyak2 pun saudara seagama kita juga. Hmmm....

silversarina said...

cikMilah,

Heran kan, AJK dah ada tapi masih kotor dan penuh tahu cicak di rumah ibadat .




manlaksam,

entahlah , kena buat hukuman baru kot tau jaga kebersihan .



princess,

telekung sekali letak je , lepas tu tak sapa nak heran apa jadi :(




DrSam,

Betul tu, takkan berakhir sikap macam ni , kena ada contoh tauladan dan penguatkuasa agaknya baru nak bersih sikit.



kak nora,

ha ah saya pun heran orang bermusafir tak bawak kain sembahyang , bukannya berat mana pun , bawa kan mudah , terjamin bersih dan tak susah nak selerakkan masjid.



blackpurple,

oooo kain pelekat ada juga disediakan , tapi kalau dibiarkan tak berbasuh memang bau hapak :(