Wednesday, June 3, 2009

Fasa 1

Salam cuti dari Desa Bayu , Bota. "Sel Kong Beruk Beng " (pinjam kata-kata ni dari Pakman Laksam ) kat Bota ni agak kong, buatkan saya jarang beronline . Cuma nak update kisah cuti Fasa 1 kami berempat sebelum sambung cuti Fasa 2 InsyaAllah.





Aktiviti cuti Fasa 1 :





1/ Ke Meru Height' s Ipoh ziarah ibu mertua yang tinggal di rumah abang ipar saya, tidur 2 malam di sini.





2/ Ziarah rakan mak saya di Manjoi yang meninggal dunia akibat sesak nafas secara tiba2. Sempat saya bersama ketika jenazah Opah Ani dimandikan. Opah Ani rakan baik mak saya semenjak saya kecil lagi . Mak saya yang uzur yang ketika ini tinggal di rumah kakak saya di Bota tidak dapat datang ziarah jenazah.





3/ Kami ke Sungai Rokam ke rumah DS MB Nizar bertujuan menghantar barangan Zaid untuk di kirim melalui Hazimin (menantu MB yang jugak rakan Zaid ) yang akan ke Jordan minggu depan. Kebetulan Datuk Seri ada di rumah dan kami sempat berbual seketika .





4/ Kami terus ke Manjoi ke rumah abang saya untuk bertemunya yang saya belum sempat bertemu sejak dia pulang dari Haji awal tahun ini.





5/ Kami juga sempat ke rumah arwah YB Roslan ( ahli Parlimen Bukit Gantang yang telah meninggal dunia ) . Saya kenal rapat dengan 2 anak arwah yang menuntut di Jordan . Alhamdulillah anak2 arwah tenang menjalani hidup tanpa bapa tercinta.





6/ Kami jugak ambil kesempatan untuk makan mee udang di Kuala Sepetang dan pusing2 Taiping > Cari jugak popia sedap yang pernah blogger abang long sebut tapi tak jumpa . Nak buka lapotop dan buka blog abng long malas pulak rasa. Mungkin lain kali kami akan cari popia basah itu. Mimi siap kata nanti nak makan lagi mi udang kat Kuala Sepetang.





7/ Last sekali kami ke Bota ziarah mak saya yang tinggal di rumah kakak saya. Kami pun dah dapatkan pembantu Indonesia untuk tolong menjaga mak semasa kakak keluar bekerja. Saya nak bawak mak balik Kemaman tapi mak tak nak sebab jauh dari sedara mara di Ipoh .





Pagi ni kami akan ke KL bertemu kakak dan adik saya dan pagi esok kami akan mulakan cuti Fasa 2 selama 6 hari di negara jiran yang hampir... Pulau Jawa dah kami lawati tahun lalu, kali ni kami akan Pulau Sumatera pula.



Jumpa lagi.... lepas ni ada cuti Fasa 3 pulak InsyaAllah.



Gambar2 takleh nak upload sebab sel kong beruk beng lembap sangat.

12 comments:

PINATBATE said...

happy holiday kak Rina..
nampaknya semakin famous sel kong beruk beng ni..hehehe..

aNIe said...

Amboi...Cuti Rina ber'fasa'2....

Selamat bercuti rina...akak ni cuti sekolah dok umah je lah...

zino said...

berapa fasa cuti rina kali ni hehe

Kak Elle said...

sambil JJCM tu jgn lupa shopping jugak ye...hehe

Anonymous said...

Akak, nanti upload gambar mee udang Kuala Sepetang yang sangat glamour tu. Hubby tak sabar nak mkn kalau balik Malaysia nanti.

Selamat bercuti.

Button Planet said...

wah..seronok dapat cuti-cuti Malaysia dan Indonesia!

KAMATO said...

Amboi...cuti sakan tu...

Zareda Norman said...

kak rina

sempat jugak yer ke Kuala Sepetang dengan mee banjir udang tu..

Happy Holiday kak rina

Neeza Shahril said...

bila cuti aje Kak Rina akan jalan-jalan kan.. bestnya lah. Bagus untuk anak-anak meluaskan ilmu pengetahuan..

selamat bercuti kak Rina dan keluarga..

dEeWaN said...

Salam kak rina.
Best kan pegi holiday. Sy ni dok memerap jer kt umh dgn ank2 tp dh jaji 9/6 ambl cuti bwa meka d MP jer(kt melaka gak). Bila lah sy dpt ke Perak lagi. Selama pindah randah ni Perak tmpt yg paling syok menetap.

Happy Holiday

Kak Elle said...

saya tunggu fasa 3...hehe

Unknown said...

aiseh... tak tau yg kak rina singgah Ipoh... huwaaaa, kalo tak bleh jumpa & peluk2 sket... silap saya lah yg dah lama tak jengah blog nih... huhuuuuuhhh... :((