Friday, September 25, 2009

1/3 present .... 2/3 absent

Lupa sebentar kisah sedih, yang pergi tetap pergi, yang tinggal akan terus hidup selagi belum dipanggil Ilahi.




( Warning : n3 panjang berjela !!!! )




18 September ...

6.40am Saya , Izzat dan Mimi bertolak dari Kemaman menuju Bota . Perjalanan smooth je , sambil Izzat menonton movie Prison Break guna laptop dan duduk di sebelah saya, Mimi tido di belakang , saya pun sedap je tekan minyak .... 1*0km/jam sepanjang jalan , stop kejap ke toilet dan isi minyak di hentian Temerloh , kami terus ke KL dan masuk DUKE terus ke PLUS highway. Masa masuk ke DUKE ada bunyi ' klik' dari bawah kereta. Saya rasa macam kereta lepas tu kadang2 tak boleh ikut arahan saya, saya ke kiri tayar sedikit ke kanan , macam terhoyong-hayang sikit ...beberapa kali saya menjerit kecil pada Izzat " Apa ni Izzat, mama takut lah " . Berhenti lepas tol DUKE, Izzat turun tengok tayar .ok je . Saya terus pandu tapi bila laju ( 1*0km/jam ) tak rasa apa, bila saya slow je tayar terhoyong hayang balik. Saya exit kat Tg Malim cari kedai tayar . Adalah satu kedai ni tak jauh dari tol Tg Malim. Pangil tokeh Cina tu , dia datang cek semua tayar dan dia kata pada saya , " Ok semua, awak punya perasaan saja , sebab tayar lain bunga "( saya tukar tayar bulan lepas sebab terlanggat bucu simen kat bank di kemaman dan stok tayar sama tak de, so guna tayar lain sikit bunganya ) . Bila dah tokeh tu kata macam tu, saya jadi conident balik pandu kereta. Bawak 120km/jam ok, bila slow mula balik macam tayar lari. Bila masuk Simpang Pulai sebab nak menghala ke Lumut , macam2 bunyi sebab dah kena slowdown .


muka boring di workshop


Jam 12.36pm ( 6 jam dari kemaman ) sampai Bandar University dekat Seri Iskandar saya tergerak hati nak cari kedai tayar , Alhamdulillah ada , terus tokeh Cina tu try bawak dan dia terkejut sebab tayar memang terhoyong-hayang . Dia tunjukkan saya yang tayar belakang kiri dah macam nak tercabut. Saya cakap apa yang tokeh tayar kat Tg Malim cakap, dia geleng kepala dan dia kata bunga lain tak de kena- mengena nya dengan tayar terhoyong-hayang . Rupanya bering kereta kena tukar baru dah nak hancur . Tunggulah kami di bengkel tu agak lama sebab spare part KIA tak de kat situ, Bt Gajah pun habis, kena tunggu delivery from Ipoh. 4.30 baru siap dan meredah hujan pulak ke rumah kakak saya ( mereka bershopping di Ipoh masa tu ) dan jam 5 petang kami selamat bertemu mak saya . Alhamdulillah.


19 September ....

pagi lagi dah prepare nak masak ketupat dengan dapur kayu (kakak dan ipar saya yang nak seronok2 masak guna dapur kayu) , setlah api kat garaj dan anyam ketupat di pondok rehat . Saya pulak yang memang ' pandai ' anyam ketupat, tolong potong bawang untuk masak rendang daging petang nanti . Mimi excited sangat dan dia sempat tolong masukkan beras dalam kelonsong ketupat dan petang nanti dia nak makan ketupat yang dia punya .


model ketupat berposing

dapur kayu is on...masak ketupat, rendang dan sup tulang ...besar jasanya


Abang ipar saya try bawak kereta saya dan dia kata ada bunyi lagi di kanan pulak. Saya dah risau sebab nak kena balik jauh. Saya call tokeh tayar tu dan dia kata baik datang biar dia confirmkan apa2 yang patut dan tak patut direpair. That foreman memang baik . Tengahari tu saya ke Seri iskandar semula . Tergerak di hati nak masuk simpang Bota untuk bertemu mak mertua saya sebelum raya esoknya tapi memikirkan rumah tu kena masuk 7km ke dalam dan saya nak rushing ke workshop takut banyak kereta di situ, saya cancel kemahuan saya . Tokeh kata tak de apa2 , tak perlu tukar sebab bering kanan elok lagi , cuma minyak auto je yang kotor, so saya minta dia tukar dan 1.30 pm kereta siap. Nak melencong ke rumah kakak ipar tapi dalam hati kata nanti lewat pulak sebab dah janji dengan Izzat dan Mimi nak ke Setiawan beli barang raya sikit . Taklah saya melencong ke rumah mak mertua . (memang tak de rezeki nak jumpa ! )




20 September...


Pagi raya happy semua , kami solat raya di surau perumahan tersusun Gelung Pepuyu yang cantik dan bersih, 2 minit jalan kaki dari rumah kakak saya . Imamnya ustaz ...( saya lupa nama ) tapi selalu masuk TV beri tazkirah di TV dan dia memang tinggal di perumahan yang sama ) . Balik solat terus bermaafan dan bergambar . Ahli keluarga saya 9 orang termsuk cucu, tapi kami hanya bertiga saja pagi tu... 1/3 present , 2/3 absent ...huhu.

saya bersama mak tersayang


Tak lama lepas tu abang saya dan family tiba dari Ipoh . Baru nak bersembang Darling call dari Abu Dhabi bagitau mak darling / mak mertua saya baru kejap meninggal dunia tersedak masa makan. Saya terus tak dapat menahan airmata sebab rasa terkilan yang saya tak singgah masuk ke simpang Bota dan bertemu mak semalam. Saya plan nak ke sana petang raya / raya ke 2 sebab adik-beradik saya dah janji nak berkumpul di rumah kakak saya raya pertama . Masa tu tengah tunggu adik saya dari Shah Alam dan kakak sulong saya yang beraya di Tapah .

Seharian kami bertiga di rumah kakak ipar sehingga selasai urusan jenazah mak saya minta diri untuk pulang sebelum gelap dan akan datang kembali esoknya sebab darling akan tiba dari UAE petang esoknya.

Malam tu dapat bertemu sebentar kakak dan adik saya dan sempat bergambar ramai2 kecuali abang saya sebab mereka pulang ke Ipoh dan akan beraya di Kedah pula.

My big family 2009 , tak cukup 12 orang lagi ....



21 september .

Seharian kami hanya memerap di rumah, saya memang tak de mood nak ziarah sapa2, yelah darling dalam perjalanan dan mesti tengah bersedih, takkan kami nak bersuka-ria di sini. Saya juga bagi ruang untuk Izzat buat ulangkaji pelajaran ( cadang raya ke 2 memang dah nak balik Kemaman sebab Izzat kurang mood nak raya , risau PMR dah dekat sangat ) . Kakak saya dan family keluar beraya ke rumah mertuanya , saya kata tak pe, pergilah biar saya tunggu rumah dan lagipun mak dan bibik ada . Sembang2 dengan mak ( uzur tak boleh jalan tanpa tongkat ), makan2 dan jam 5 petang kami bertolak ke rumah kakak ipar saya dan angkut sekali barang2 dan saya kata pada mak sebelum kami bertolak ke Kemaman saya singgah sekejap jumpa mak . Malam tu Darling, Zaid, Azra dan Umair tiba , zaid ambik darling di KLIA .





22 September

Pagi kami ke pusara mak yang seminit je dari rumah kakak ipar dan pusara mak betul2 di tepi pagar utama . Sebak rasa bila terkenangkan mak dah tak de . Darling anak bongsu, memang manja dengan mak .


Mimi dapat juga beraya dengan jubah baru , jumpa saiznya di Setiawan .


Lepas tu kami ke Ipoh ziarah mak sedara saya Wanyang dan Ayahlang . Wanyang (kakak mak saya ) dah uzur jugak dan tak boleh bergerak sendiri, kena pimpin atau mengesot ) . Kemudian ke rumah Makcik saya ( adik bongsu mak saya ) tapi tak de orang. Kami tak menjengok pun rumah mak di Manjoi sebab rumah mak dah lama disewakan sebab mak memang tak boleh duduk sorang di situ, kami anak2 tak benarkan. Terus kami ke pusara abah saya di Gurab. Terang benderang tanah kuburan sebab semua pokok dah ditebang dan ini memudahkan kami untuk ke pusara abah sebab selama ni kena belok2 ikut pokok tapi kini mudah je sebab pusara abah betul2 di tepi pagar pintu utama. Dah 13 tahun abah pergi meninggalkan kami.

Lepas tu singgah di rumah abang ipar saya ( abang darling ) di Meru Heights , sembang2 kejap dan terus balik ke Bota.




23 September .... Pagi bertolak ke rumah kakak saya dan salam2 dengan mak dan kakak dan teruklah Umair kena gomol masa tu. Kami bertolak pulang ke Kemaman dan zaid serta family bertolak ke Rembau semula.

Itulah kisah hariraya kami tahun ini. saya kira kembali, kali terakhir saya beraya di kampung (Manjoi Ipoh) tahun 2004... 2005 - 2008 kami beraya di kemaman dan Jordan . beraya di kemaman sebab darling tak de masa raya .

Tahun ni jugak belum ada peluang beraya macam dulu2 , berkonvoi ke rumah sanak -sedara..... tak de rezeki, Semoga tahun2 akan datang kami dapat merasai kemeriahan hariraya kembali InsyaAllah.


( kan dah kata panjang berjela n3 ni.....hehehe )

12 comments:

aNIe said...

Rina...al-fatihah buah yang pergi...semoga rohnya dicucuri rahmat...

Berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Syawal tahun ini ye...yang manis...yang sedih...segalanya sudah tersurat...dan menjadi kenangan...

Zareda Norman said...

Kak rina

Alfatihah kepada arwah ibu mertua kak rina.. dan takziah dari zar buat akak sekeluarga..

Anyway, cantik jubah mimi tu

ummi365 said...

Ummi suka tenguk mimi pakai jubah pink tu.. cute lah..

semenjak bila mimi bercermin mata ni?

Kak Elle said...

mmg tak rezeki nak berjumpa dgn arwah sedeh bila membaca.
Kira2 raya tahun sungguh bermakna kan?

zino said...

al-fatihah

rumah kining said...

selamat hariraya. Seronok baca sbb saya juga pernah tinggal 7th lebih di bota dan rasanya ustaz yg jadi imam tu ustaz ismail shaari.penah satu sek dgn saya.

Mama Rock said...

kak rina, takziah atas pemergian ibu mertua. semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya!

aint-super-woman said...

Al Fatihah buat arwah.

Walaupun dah dekat, tapi tak berkesempatan jugak nak jumpa. Itulah rezeki namanya.

Kuih raya banyak lagi tak? Kitorang nak pegi serang anak beranak ni....

silversarina said...

kak anie,

Haah , balik kampung kejap je tapi macam2 berlaku , tapi memang tak sangka mak pergi masa hariraya , itu yang akan tetap jadi ingatan.




zar,

Thanks.

Rasa rugi pulak beli sehelai je jubah mimi tu sebab warna2 lain pun cantik, kainnya sedap dipakai dan jahitannya kemas.



ummi365,

Dah lama cari jubah yang macam tu, dia apalagi berposingnya kat tangga rumah ipar saya :)

Dia dah sebulan pakai spek, silau dan rabun, asalnya sakit kepala sokmo, cek mata rupanya rabun dah .

silversarina said...

kak elle,

Dah dekat sangat tapi dah ditentukan tak sempat jumpa buat kali terakhir :(




zino,

Makngah Sepiah Tigo Nenek dah tak do .





rumah kining,

Ha ah betul tu Ustaz Ismail nama ustaz tu, akak terlupa betul , memang sedap dia baca khutbah tak mengantuk.

silversarina said...

mama rock,

Terimakasih . Bila dah sampai ajal secara tiba2 je dia pergi .




asw,

kuih raya dah banayk angkut balik kampung, tapi ada lagi kat rumah datanglah .

Zaitun said...

Cute Mimi pakai jubah pink,boleh jumpa kat pekan kecil,Kadang2 kat Kl pun susah nak cari saiz.