Monday, September 7, 2009

Hiba melanda

Dah masuk Ramadan 17 semua umat Islam berpuasa , macam baru semalam mula berpuasa ......

Dalam pada tahan hati dari sedih , menitis jugak airmata bila Ramadan kali ni tak merasa langsung berbuka bersama darling . Ini kali pertama kami tak dapat langsung berpuasa bersama, not a single day . Sebelum ni paling sedikit 6 hari puasa dapat bersama tapi kali ini zero .....

Bila semua anak menantu dan cucu ada bersama masih terasa sunyi tanpa pelengkap keluarga ada bersama di meja makan semasa berbuka ........

Tambah sedih sebab tahun ni dahlah puasa tak dapat bersama, Syawal pun tak dapat bersama ... bila rotation kerja sudah tetap,memang tak dapat buat apa .. giliran orang lain pulak puasa dan raya di tempat sendiri.

Hari ni pulak terasa hibanya dan saja tukar lagu blog ... " You're my everything "... sedih babe .... mungkin sebab dah kurang sorang ahli di meja makan (tak perlu tambah kerusi komputer untuk lengkapkan dengan ahli seramai 7 orang ), hujung minggu ni tinggal 5 pulak bila Sofie pulak akan pulang ke Ukraine .

22 comments:

aint-super-woman said...

I think not only you feel sad becoz tak dapat berpuasa and berbuka sama2...you miss him too....right? Sabarlah ye......

Haaa! I dapat idea baru...why not bila darling balik cuti nanti....you all berpuasa (Isnin Khamis ke?) Ada la can berbuka sama2 !!!! hehehe...

Zareda Norman said...

Kak rina

yang jauh dimata tu tetaplah jauh dimata.. sabarlah..

Doa doalah mana tahu berkat bulan Ramadhan ni ada miracle pula.. InsyaAllah

Queen Of The House said...

Rina, you pergi lah raya di sana dgn your darling, kalau boleh :D

Sekurang-kurangnya ada cucu comel buat pengubat hati.

arsaili said...

salam...life is all abt sacrifice...takpe la...berkorban...err nape tak ke sana jer celebrate bersama?

silversarina said...

asw,

Missing him dah biasa tapi bila Ramadan feeling tu jadi lain, lebih sensitif tanpa kehadirannya.





zar,

Miracle untuk dia kembali beraya rasanya memang takkan berlaku, sebab cutinya adalah back to back degan partner yang sorang lagi .



QOTH dan arsaili,

Kalau I ke Abu Dhabi pun tak dapat juga jumpa darling sebab dia bertugas atas pulau (Das Island ) yang 200km offshore yang hanya pekerja plant (ADGAS ) sahaja boleh berada di sana with very tight security , rotation keje pulak 35 days keje 28 days cuti , so, memang tak dapat lari dari schedule keje .Tahun ni hariraya ke 6 baru tiba malaysia semula.

Pp said...

i can feel what u r feeling...
and it ain't easy.

saya akan berhari raya di dubai. jika sarina ke uae, boleh kita buat perancangan untuk bertemu.

Mak Su said...

sabar... ujian buat hati tu.

Kak Elle said...

rina no words can comfort the loneliness of raya without tokdaddy but bersyukur that you at least has the children with you for first time in 5 yrs all 5 children.

As for me one and only so far this year untuk iftar except for dear friends.

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

Maya baru je berlepas ke Korea..lps ni turn Sofie pulang ke Ukraine..harap2 rekod tanpa airmata akan dpt dikekalkan nnti..hehe..

~selamat menjalani ibadah puasa~

Ajzie said...

Tak per kak rin. jauh di mata dekat dihati..

Insyallah satu hari nnt pasti berkumpul kembali..


Hugs
Ajzie

manlaksam said...

Banyak bersabar.......akan tiba hari nya.

cikMilah said...

Sabar ya KakRina, sesapa pun akan hiba..agaknya perasaan tu sambung bersambung bila satu persatu terbang ke sarang ilmu mereka. InsyaAllah.. jom countdown 6 hari raya...ajar Umair countdown ya!

maklang said...

Banyak2 bersabar ye...jangan sedih2 ye...InsyaAllah hilang lah rasa sedih tu lama2...

Maklang tak tahu nak cakap apa cuma tumpang doakan untuk Rina agar lebih tabah...Semuanya ada hikmahnya InsyaAllah...

Take care and peluk cium dari Kerteh..

kakyong said...

kakrina,

sedey n3 kak kali ni..
saya tak pernah berjauhan dgn en ayah..
jd tak tahu camner rasanya hiba kak rina..
semoga sentiasa tabah ya kak..

Cat Cat said...

Sorry Kak Rina.. Sedih Cath baca entri kali ini... Sabar ya.. Next year, turn hubby Kak Rina pun ya.

rozie yusof-azlan said...

Sabar lah sis Ina..I can understand how it feels.InsyaƔllah ada hikmah disebalik perpisahan ni.. I luv the song to bits.. terkenang...

ummu_abdullah said...

"Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah dan saling sabar menyabarkan lah kamu diantara satu sama lain..." (ali imran:200)

silversarina said...

Pp,

Raya tetap di Malaysia , cuma taktau nak balik kampung raya nanti ke tak.

Ada rezeki memang nak ke UAE tapi belum letak tarikh lagi :)





mak su,

Alhamdulillah dah ok ni.





kak elle,

Mmang happy bila anak2 semua ada tapi rasa dalam hati kan kalau boleh nak semua ada .

silversarina said...

adam,

Makcik ok kot, sofie lah agaknya melelh airmata macam biasa ..hihi.




ajzie,

Untuk berkumpul raya memang takleh nak tau lagi bila agaknya dapat bersama semua.




manlaksam,

Betul tu, buat masa terpaksa tahan je hati ni .

silversarina said...

cikmilah,

Uamir and the gang kana beraya di Rembau, maknanya tinggal kami bertiga macam biasa ..huhu.




maklang,

Tak pe dah maklang, ada hari2 he yang sedih sikit , hari lain ok je InsyaAllah.




kakyong,

Setakat sekali-sekala ok lagi tapi bila masuk musim perayaan memang terasa sedih.

silversarina said...

cath,

Harap2nya dapat lah raya sama tahun depan sebab ikut rotation 35 days on, 28 days off .





kak rozie,

Terimakasih atas kata2 akak ...lagu ni memang sejak dulu saya suka , very touching .





ummu abdullah,

InsyaAllah saya cuba bersabar, ini ujian kecil tapi adakala memang tak tahan , thanks .

Zaitun said...

Sedih sangat baca n3ni,saya doakan Rina sabar dan banyakkan aktiviti supaya lupa semantara.