Friday, September 11, 2009

Cik INa BERJAYA ??????

Pagi semalam dalam perjalanan ke Kuantan singgah beli buah naga di sebelah kebunnya tak jauh dari Kuantan. Lepas tu call HP tanya dah siap ke belum laptop Sofie, dia kata ok dah ( boleh pun siap !! ) . Singgah ambik laptop kami terus ke Bandar Di Raja Pekan , nak ziarah kerabat di raja kata sana .... taklah , sapalah kita nak ke istana ... jalan ke Pekan dah makin besar dan lurus je, lama betul saya tak ke Pekan, tak belok-belok pun , sampai di Pekan terus call Shila pensyarah USIM yang sedang buat MA di Amman yang saya kenal semasa di sana dulu . Dah 2 tahun tak bertemu , rindu rasanya . Dia ambik kami ke rumahnya yang hanya 4/5 minit dari pusat bandar Pekan . Seronoknya dapat bertemu Shila dan Nuha anak keciknya yang baru berusia 4 bulan. Sembang2 kisah rakan2 di Amman , Shila akan pulang ke Jordan semula selepas raya. Semoga bertemu lagi nanti InsyaAllah.

Lepas balik dari Pekan kami singgah Giant sebentar, beli grocery sikit dn terus balik Kemaman. Tengah jalan singgah Bazar Ramadan Gebeng sekejap nak cari kot ada kuih orang pantai barat sebab kat kemaman susah sangat nak cari kuih orang pantai barat ... Alhamdulillah jumpa ... kuih popia basah yang tak de dijual di kemaman ( pernah tanya penjual kuih tentang popia basah, dia tanya balik...popia basah ??? ) . Beli jugak ayam percik, ikan pari bakar . Memang balik sure tak masak dah sebab garenti melepek punya sebab jalan jauh hari ni.

Singgah sekolah Izzat kejap nak bagi selipar jepun yang dibeli di giant untuk dia sebab dia ada program di sekolah malam tadi dan dia lupa bawak selipar jepun dia, saya belikan yang lain sebab zaid tak sempat nak bawak semasa ambik mimi balik sekolah . Jadinya ... cik ina ada lah jugak beli selipar tapi bukan untuk cik ina okay....hihi..

Singgah pulak Farmasi Syaza untuk ambik ubat Sofie yang diorder bulan lepas, baru tiba ubat tu untuk scar treatment ( operation hari tu adalah sikit scarnya , kecik je tiup nya harga RM145, selepas diskaun RM10. ) , dia jugak beli ubat2an untuk bekalan di Ukraine nanti .

Singgah pulak kat Sunway minimarket , beli ais ... first time berbuka dengan ketulan ais dalam 2 jenis minuman orange dan sarsi ( untuk mimi ) .. nikmatnya ..... biasanya minum air mineral/soya tanpa ais .

Sampai rumah .... melepek terus .....

Rumusannya ....

Cik Ina tak beli kasut untuk dirinya .....sebab tak singgah shopping mall .... selamat .......


(gambar2 di Pekan ada tapi kad reader entah ke mana , tak jumpa pulak ni, nanti jumpa saya edit ... kami jumpa tuanku sultan dan permaisuri di bawah payung kuning tau ! ) j


Tuanku Sultan dan Permaisuri di bawah payung kuning..


Baru edit gambar jam 2 pm ....




Muka saya kabur sikit ..... Shila dan baby Nuha

lupa... lepas n3 umair buat kuih, dia dah 3 hari tak buat kuih masa maghrib, dia ikut orang normal, buat kuih waktu pagi ...

13 comments:

Kak Elle said...

chewah berjaya ye?tahniah!ayam percik saya mana?

aint-super-woman said...

popia basah? awat sampai pi cari kat jauh nung.....kak su isteri ustaz zul ada jual....dia tak kabo ke? Sedap, popia basah dia.....

silversarina said...

kak elle,

Ha ah berjaya , ayam percik hilang dalam pos...hehehe.



ASW,

Hari tu Su ada bagi popia tu, taktau pulak dia jual, tapi my sister punya popia basah tak leh challenge setakat ni, memang sedap teramat sangat , Gebeng punya tak berapa sedap sangat :(

Zareda Norman said...

kak rina

tahniah.. akhirnya berjaya jugak ek..

Abang Long said...

Kalau di Shah Alam. Banyak gerai jual popiah basah yang marbeles sedapnya.

silversarina said...

Xareda,

Berjaya buat sementara waktu InsyaAllah.




abang long,

Saya memang terliur tengok dalam TV bazar ramadan di KL, Shah Alam... macam2 jenis makanan ada yang tak ada di sini .

hanieliza said...

tahniah kerana berjaya tidak membeli kasut..
tapi kakliza pulak beli kasut [ala..sandal jer] pagi tadi..bb kasut yang ada tu rasa macam nak tercabut jer tapaknya dah...
kira OKlah kan..ada back-up kasut dah tu...
aceli kasut yang anak dara kakliza belikan besdey aritu tu pun belum pakai lagi. sayang pulak sbb kasut tu kasut mahal..sayang nak buat pakai p pasar tani atau jalan dekat2...[lojik tak alasan kkliza...]

maklang said...

tetap berbaju purple ye..he..he..

popia basah memang sedap...maklang suka ada yang jual kat ikano tu...hmmm teringin!

Zaitun said...

Cakap pasal buah naga,sedapnya tapi kalau buat jus lagi umphh.Popia basah kat bazar Ramadhan Shah Alam memang sedap tiap tahun wajib beli.

silversarina said...

kakliza,

I pun suka sandal , senang nak bergerak .Kalau kasut/sandal memang tak simpan, beli je mulalah kaki gatal nak pakai yang baru .pegi pasr tani kena pakais eliapar je kak, kalau pakai kasut mahal, orang ingat mak datin mana pulak tu datang nak beli sayur ..hehehe.





maklang,

Ungu, masih lagi ada dalam koleksi tapi dah makin kurang :)





kak zaitun,

Ha ah , lupa nak buat jus buah naga , kat rumah ni kurang makan, saya je sorang yang makan buah naga.

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

gambar sultan tu,mcm betul2 di bawah lindungan payung kuning jer..

silversarina said...

adam,

Memang pun, tu yang sofie cepat2 snap gambar tu .

臭豆腐Peggy said...

cool!i love it!AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,情色,日本a片,美女,成人圖片區