Saturday, September 5, 2009

Kisah anak 5 tahun berpuasa

Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun berulang-alik ke tadika dengan manaiki bas dengan tambang 5 sen pergi 5 sen balik . Tiap malam belum pernah lupa baca niat puasa dengan suara yang kuat. Sahur tak pulak meragam dan berselera makan nasi goreng setiap pagi dan minum air teh O . Puasa pulak sehari separuh hari sehari puasa penuh, kiranya selang seharilah puasa penuh. Itu yang dibenarkan oleh abahnya waktu itu. Solatnya tidak sebab hanya diajar puasa mesti penuh selang sehari tapi solat tak payah pun tak pe .

Anak kecil tu kuat berpuasa kalau hari berpuasa. Tiap2 petang mesti pergi kedai cari snacks buat ganjaran puasa dengan berdiri di bahagian depan vespa abahnya . Memang bset sangat terasa bulan puasa masa tu .

Namun tak siapa tahu , dalam 2 minggu yang dimestikan puasa penuh sebenarnya hanya seminggu sahaja yang memang betul2 penuh puasa . Hari2 yang lain tu , si anak kecil tu bila turun dari bas dalam jam 12 tengahari di bawah panas mentari akan terus ke paip air di luar rumah dengan tujuan untuk berkumur-kumur sebab rasa tekak kering. Tanpa rasa bersalah sambil berkumur sambil telan air paip dan lepas tu sambung balik puasa . Nak kata dah buka puasa takut dimarahi oleh abahnya . Tapi 7 hari memang si anak kecil itu benar2 berpuasa dan tak pergi ke paip air di luar rumah sebab ada rasa bersalah pada abahnya.

Kiranya anak kecil 5 tahun tu ada jugak rasa mahu berpuasa tapi keadaan yang seolah-olah memaksa untuk dia mahu jugak merasai air paip akibat teramat kekeringan tekak.

Satu kejayaan jugak tu sebab bukan mudah kanak-kanak dapat berpuasa 7 hari se awal usia 5 tahun .

Anak kecil itu adalah saya pada tahun 1970 ....................

11 comments:

PINATBATE said...

hehe..dah agak dah...

silversarina said...

pinatbate,

Zaman silamku :)

hanieliza said...

Kuat betul ingatan zaman silam...
kakliza lupa habis dah kisah kanak-kanak riang...

silversarina said...

kakliza,

Boleh ingat tus ebab minum air masa puasa, nakal jugak saya , tipu abah dan tipu diri sendiri :(

aint-super-woman said...

mmm...kira budak baiklah jugak tu.....

saya pulak bukan minum air paip (sebab tau tak boleh minum air paip, kena minum air mineral ataupun ECPI hehehe...)

saya terus bukak peti ais. Masanya ialah bila semua orang tengah tidoorrrrr......

sekarang perangai tu dah menurun kat anak bongsu. (Pernah tertangkap sekali...kes air kelapa hari tu, dia kata teringinnnnnn sangat).

Sekarang terpaksa jadi body guard dia...

pB said...

rasanya semua anak anak 'dulu' begitu ..

itu tak termasuk dok berendam dalam kolah ...

pun ada tuuu

Kak Elle said...

rina cerita kita serupa:)...masa tu mmg dahaga sgt curi minum konon nak kumur mulut...hehe

kakyong said...

kak rina,
5 tahun dah pose.. saya darjah 1 baru mila kenal pose.. sblm tu dok dgn opah.. kira sonok jer..

silversarina said...

ASW,

Wah, beranilah you, air peti ais lagi, I terpaksa jugak togk air paip sebab nak sangat minum ...hihi.

Kena kunci peti ais so that si kecik tu tak ke peti ais masa maam dia tido :)




pB,

Ha ah ye, mandi lama-lama gitu dan nak kecut jari ...hehehe.




kak elle,

Taktik kanak2 sama je yer..hihi.





kakyong,

Akak abah yang tegas bab posa ni, tu yang terpaksa jugak posa tapi dapat puasa penuh memang happy masa tu :)

Zaitun said...

Nasib baiklah umur 5 tahun ada tu yang dah berbelas2 tahun pun lagi teruk perangai.

ummu_abdullah said...

Masya'allah... seminggu dapat puasa penuh di usia 5 tahun tu pun merupakan kejayaan besar... Jom masuk contest di blog anakkusayang tentang pengalaman ramadhan... best kalau berkongsi pengalaman nih...