Tuesday, September 8, 2009

' buat kuih '


Tiap kali orang buka puasa si kecil Umair ' buat kuih ' , dah lebih seminggu dia ' buat kuih ' waktu maghrib . Kami puas ketawakan dia bila masuk je waktu berbuka dia juga akan duduk atas stroller di sebelah mama dan baba dia , nak beli high-chair zaid kata dia akan cuba lompat keluar dan tak nak duduk , so, biar je dia duduk atas stroller sambil diberi makan buah-buahan . Lepas tu dia mula bunyi semacam je , 'buat kuih' lah tu.

Pelik kan, selalunya orang 'buat kuih' waktu pagi, yang pelik tu time lain tak pulak dia 'buat kuih', bila orang makan buka puasa masa tulah dia nak 'buat kuih ' .

Dia dah mula baik dengan saya tapi kalau mood kurang baik bila saya dukung dia akan menjerit-jerit minta tolong dari waris terdekat dia , kalau dapat duduk atas perut saya dia diam aje, sedap kot, macam tilam dunlop ....hihi.

Salam 18 Ramadan buat semua.

14 comments:

aNIe said...

Rina...hehehe...pandai pulak dia pilih waktu nak buat kuih...dapatlah perhatian sikit...kalau tak nanti orang semua sibuk nak mengadap makanan aje...

Kak Elle said...

pandai Umair mengacau org ngah berbuka ye?

mata dia bulat betul mcm mata kucing...hehe

PrinCeSS said...

laa x abis2 lagi buat kuih time makan..
ish x makan saman tulla budak ketot tu..

Zareda Norman said...

kak rina

ikut time betul Umair buat kuih ek.. agaknya dia saja menyakat lah tu.. ehehe

maklang said...

Alhamdulillah Umair penghibur di kala duka...:)

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

pandai pilih time pulak si Umair ni..

KAMATO said...

rasa-rasanya kuih yang dia buat tu kuih samprit.... he he

babazahra' said...

huh saya ingatkan tadi tolong buat kuih raya. sampai dua kali baca baru faham. pesal malam ni otak slow sikit agaknya.

MULAN said...

umair tambah menu wanmommy.. hik hik.. cubit pipi umair..

Neeza Shahril said...

comel sungguh cucu wanmommy merangkap bakal menantu neeza ni hehehee...
pandai buat kuih sebab tak bagi orang sibuk2 makan sampai tak ingat dia hehe..

silversarina said...

anie,

Memang nak perhatian sokmo, tpi memang kami tetap sukakan dia bila dia jerit2 supaya kami sembang dengan dia.





kak elle,

Mata butang saya kata, memang bulat .




princess,

Tak de time lain , bijak betul cucu wanmommy ..hehe.

silversarina said...

zar,

Time orang senggang tak pulak dia buat kuih :)





maklang,

Terasa ceria btul rumah bila Uamiar ada ni.





adam,

saja pilih time semua orang duk berkumpul, dia nak tunjuk skill buat kuih :)

silversarina said...

kamato,

Yuck...geli ehhh... kami kata buat extra moist chocolate cake ...hihihi.





babazahra' ,

Buah kuih lah , kan dah dekat nak raya ni.... baba memang tak ingat apa dah. al maklumlah ...hehehe.





mulan,

Kuih yang buat orang loya ...hihi.





neeza,

Bakal menantu tu memang rajin buat kuih .

ummu Masyitah said...

hi hi nasib baik anak saya tak wat kuih time cam nih,tapi adik lelaki saya yang ketiga dulu masa kecik2 asal time nak buka je dia wat kuih.bau bawang pulak tu sbb dia suka makan bawang merah letak kicap macam tu je..uwaa...