Friday, September 4, 2009

Kisah sahur

Punyalah tak rajinnya nak update blog, tengok hari2 tapi nak menaip memanglah terlampau tak rajin ....... apa nak jadi ni ....

Apapun nak citer lah jugak serba sikit kisah yang tak berapa ada kisah dan taklah kisah kalau takde sapa nak baca atau tak de sapa kisah akan kisah ini....... berbelit -belit kisah tak kisah dan kisah ni..hehehe.

Kisah sahur pagi tadi....

1. Mimi makan biskut lexus cicah vico panas , biskut cornflakes yang Maya buat dan vitagen epal+air mineral.

2. Izzat makan kurma, mertabak setengah keping , biskur famous amos maklang dan air mineral.

3. Maya makan nasi sepiring kecil dengan lauk ayam yang Azra masak , cocoa crunch+susu dan air mineral.

4. Sofie hanya minum air aje dan terus tido balik.

5. Azra makan cereal cornflakes-koko krunch+susu dan air mineral.

6. Zaid makan roti+peanut butter , nasi sepiring kecil dan lauk ayam serta air mineral .

7. Saya ... rahsia sebab......... takleh bagitau ....hihi.


Tengok pada apa yang masing2 makan memang lah sahur kami ni tak perlu masak makanan baru, semua akan makan apa yang teringin di hati , janji bangun sahur dapatkan pahala sunat sahur .

Anda pulak makan apa masa sahur ????



( pagi ni nak ke KMC follow up Mimi dan gang Zaid tu sume nak main bowling kat Megamall , Izzat je kena stay back sebab trial PMR belum habis lagi )

13 comments:

Kak Elle said...

byk orang byk ragam kan? saya makan curry puff 2 keping ngan nescafe se cawan je...

moon said...

tulah kan kak rina....pagi2 ni tak boleh rancang nak makan apa, ikut tekak masa bangun tu saja. cik moon makan nasi dengan sambal daun tempoyak cili padi...ni haa tengah pedih perut...hehe

maklang said...

maklang makan ubat jer...dan minum air, tu pun rasa masuk angin semacam..

yang lain2 makan lauk lebih buka semalam!

Abang Long said...

Kami sekeluarga makan roti dan milo. Mudah, ringkas dan mengenyangkan.

Hazia said...

Saya biasanya makan oats dgn buah2 & minum Horlicks:)

Apasal Kak Rina punya menu rahsia?:p

silversarina said...

kak elle,

Senang makan yang ringan je , lagipun pagi2 sangat bukan boleh masuk makanan berat .



moon,

Bahaya tu sahur dengan cili pedas, akak dah berminggu pantang cili dan daun2 yang angin sebab takut kena gastrik lagi.




maklang,

Vitamins oklah makan waktu sahur, kalu ubat untuk penyakit takut angin jugak tu sebab tak makan alas perut masa makan ubat.




abang long,

Sedap tu, Mimi selalu jugak cicah roti dengan vico .



hazia,

Anak akak sofie kalau time dia nak bersahur dia memang makan oats . Menu akak ..ehem, ehem... C*T* lah ....tengok orang makan aje :)

Mama Rock said...

kak rina, mama hanya panaskaa apa yang masak masa buka je....

meriah sungguh buka puasa kak rina sama cucu, dah besar pun dia...so cute!

aint-super-woman said...

Ooooo....cuti....patutle.
Ingatkan rahsia sebab dia dah langgar pantang.

silversarina said...

mama rock ,

Pokok pangkalnya kita alas perut dengan bersahur , perut terisi pahala pun dapat InsyaAllah.




ASW,

SSSShhhhhhh .... senyap2 le, malu teman, kena bangun jugak nak sediakan sahur Mimi :)

pinatbate said...

selamat beraya awal kak Rina..hehe
saya masak spaghetti sahur pagi tadi..semalam bakar pizza.
agak..macam omputeh pulak..ikut selera anak-anak jer..asben tetap sahur nasi dgn lebihan lauk berbuka..kalau tak de lauk dia layan telur mata jer

KamiKreatif said...

makan air liur basi jerk.. isteri tak kejut.. hahah

silversarina said...

pinatbate,

Raya awal tak best sebab makan sorang2 ...hihi.

Sahur kalau makan lain dari nasi anak2 pun bersungguh nak sahur , akak dah tua ni selalunya nak jamah jugak nasi sikit masa sahur , kalau dulu tak heran makan aja apapun .





KamiKreatif,

Janji makan, air liur basi pun jadilah....hehehehe.

zareda said...

zar dan hubby hanya susu dan kurma.. Ika mesti nasi dan telur mata... Simple jer.. tak de kaut bagai..setengah jam dan selesai..