Saturday, November 29, 2008

Betik....

Pagi tadi kami semua ke Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman (PPTIK) meraikan majlis Hari Keluarga warga PPTIK . Kami pernah berjiran dengan PPTIK selama 6 tahun dan selama itulah saya mengajar part time di sana dan di sekolah itu anak-anak saya belajar ketika di sekolah rendah .

Seronok bertemu ramai sahabat- sahabat yang tinggal di sana. Telah agak lama kami tidak bertemu seramai begitu. Pusat pengajian yang dulunya ramai yang sebaya anak-anak saya kini didiami oleh ramai anak-anak yang telah berkahwin dan ramai juga bayi-bayi kecil yang juga 'cucu-cucu' saya dan makcik-makcik yang lain.

Pelbagai juadah dihidangkan dan saya yang biasa dengan warga PPTIK telah tidak segan silu makan macam-macam makanan dari sate, nasi impit,kuah kacang , lemang dan rendang, nasi minyak dan ayam dan acar, tapai pulut, agar-agar, buah rambutan ...saya cuma tak makan laksa . Jarang saya makan begitu banyak sekali hadap .







Ada pelbagai hadiah buat warga PPTIK termasuk cabutan bertuah . Saya cuma masuk peraduan cuba teka biji betik...susah , sebab betik diletakkan sebiji yang belum dikupas, kena teka biji betik dalam buah betik . Saya teka 166 biji tapi syaratnya pemenang kena hadir masa keputusan diumumkan , jam 2 petang. Saya ada hal lain dan kami pulang jam 12.30 tengahari. Nak tau saya siap tulis nota atas kertas teka biji betik .... " hadiah diwakilkan kepada kak mah pak mezah ye ".... perasan macam teka betul......



Nak tau berapa jumlah biji betik tu ????



495 biji....... peneka tepat tiada tetapi yang paling hampir...491 ,seorang ustazah yang berjaya meneka paling hampir tepat dan Teacher Ina yang teka 166 tersasar jauh..... tak de bakat teka biji betik... cuba lagi di lain masa ............

Banyak nya biji betik tu...... saya geli dengan biji betik, memang nak muntah bila tengok biji betik ....

Friday, November 28, 2008

Ubi kayu....,gulai nangka .... sadapnya !!

Selesai dah bab kutu, dah cukup ahli yang sudi bermain .

Rajin nak update hari ni.... baru lepas gian makan ubi kayu rebus cicah sambal kelapa + ikan bilis dan juga kelapa + gula . Dari pagi duk teringat kat ubi kayu yang hanya banyak dijual di musim tengkujuh ( di kemaman nilah ) . Saya ke pasar Binjai lepas zuhur dan Alhamdulillah ada ubi kayu, beli sekilo je RM1.20 . 2 kali tanya budak yang jual betul ke RM1.20 sekg sebab murah sangat .

Balik terus je rebus ubi kayu dan blend sambal . Makanlah sorang-sorang sebab azra tengah main dengann Umair. Dia tengah makan tu . Mimi langsung tak tahu makan . Zaid dan Izzat pergi ke padang astaka tengok perlumbaan motor cup prix .

Itulah nikmat ubi kayu yang telah lama tidak dijamah ....sedapnya !!




+++++++++++++++++++++++++++++



Hari ni jugak saya ke majlis perkahwinan Z kawan Sofie . walaupun cauca mendung tapi juadah kenduri benar2 menyelerakan, yang paling sedap gulai lemak nangka muda . Saya suka makan tapi buat tak pernah jadi sedap . Jumpa mak neeza juga di sana , dia datang bagi pihak pengantin lelaki.

Pada Z selamat pengantin baru , semoga bahagia selamanya . Z guru di al amin dan berkahwin degan kakitangan Al Amin juga.... bertemu jodoh di Al Amin, Alhamdulillah.

Kutu Anyone ?????

Dulu masa sekolah menengah kami 10 orang main kutu 20 sen sehari , setiap hari Jumaat seorang akan ahli dapat RM10 , besar nilai tu. Alhamdulillah kami semua amanah , tak pernah ada yang culas bayar.

Lepas tu bila dah bekerja saya main juga kutu sebab nak simpan sendiri selalunya lari bajet sebab boros . Mainlah sikit-sikit je dulu .... RM50 sebulan, RM100 sebulan , RM200 sebulan . Itu jelah yang mampu. Bila dah berhenti kerja lama pulak berhenti main kutu sebab bajet kurang . Alhamdulillah berkat jadi surirumah ( yg tak duk rumah ) rezeki saya bertambah dengan bertambah rezeki yang diperolehi darling saya . Saya mula main kutu semula dengan kutipan bulanan lebih besar dari masa saya bekerja.

Kutu terhenti semasa di Jordan .... tak cukup bajet dan tak de kawan untuk bermain .

Tahun ini saya main kutu semula , hasil kutu saya pinjamkan pada seseorang yang amat memerlukan wang ketika itu . Bulan December ini adalah kutipan terakhir buat tahun ini dan kami akan bermula semula main kutu mulai Jan09 dengan RMXXX sebulan ( kalau nak tau berapa dan sudi bermain bersama emel saya , masih ada 3 tempat kosong lagi , yang jauh pun boleh join, bank in je ).

So semalam saya meng sms beberapa rakan2 untuk kepastian nak main kutu ni ke tak sebab hari tu kami main 6 orang kini nak cuba 10 orang , so semalam dah ada tambahan sorang blogger , ada lagi 3.

Saya sms kawan yang berniada di pasar borong kemaman untuk join kutu kami tu. Ini jawapannya ....

" Xmain kut sbb dh main dgn org psr rm 12000sebln (rm400 sehari ) " .


Saya baca sms tu sambil mulut terus jerit....wooooowwwwwwww , kaya nya orang pasar . Saya kira kalau sekali dapat kalau main 10 orang ...RM120k .... memang murah rezeki orang berniaga.

Lepas tu saya sms kawan yang sama2 main sekarang nak collect duit kutu bulan Dec ( saya tukang kutip dan agih duit ) ,dia balas balik dia ada masalah sikit dengan akaun bank . Saya terus call dia tanya ada masalah apa. Ini pulak kisahnya.....

Dia cerita masa dia ada di spa mayang di ulik , kerteh, nak manjakan badan cuti sekolah ni dia dapat sms dari bank yang kata dia dapat RM15 ribu dan memang dia rasa syukur sebab dia perlukan wang kerana anak ada yang belajar oversea bawah FAMA (sendiri ) , RM15k memang cukup besar , so dia respon dan siap bagi no kad ATM sebab dia mana ingat no akuan bank dan si penipu di sana kata kalau nak tengok wang 15 ribu nanti inform diaorang dulu sebeelum cucuk kad ATM tu , dia setuju . Nasib baik tauke spa tu bagitau kawan saya yang itu semua tipu aje, silap2 lesap semua duit dalam bank diaorang kaut bile kad ATM dicucuk, Kawan saya ni pun berniaga jugak , mesti duit banyak jugak dalam bank. Saya bagitau dia yang saya pernah jugak dapat sms macam tu tapi saya tak layan . Then semalam dia di bank dan bagitau kisah tu pada banker dan dia dinasihatkan tutup terus akaun lama dan buat akaun baru dan sebarang transaksi dihentikan buat sehari dua. Sebab itu duit kutu hanya dapat diberi hari ini atau esok . Tak kisah sebab belum habis November lagi . Biasanya pemain kutu dapat hasil kutipan 2/3 hb setiap bulan .

Ada sesiapa nak join main kutu marilah ......... cara lama yang masih praktikal dan kurang /tiada risiko ...........

Thursday, November 27, 2008

Kau Tetap Di Hati

Hujan hari ini buatkan saya malas nak keluar ke mana-mana. Memerap di rumah sambil membaca novel Kau Tetap Di Hati , novel terkini Liza Zahira .



Novel ini membuatkan saya tak nak berhenti membaca kerana kisah yang diceritakan begitu membuat saya teruja untuk membaca sehingga selesai . Ianya kisah percintaan yang penuh ranjau duri dan berlaku di negara asing dan juga di tanahair . Percintaan berlainan bangsa dan budaya berjaya digarap dengan begitu baik .

Dapatkanlah novel ini dan anda boleh memenangi pelbagai hadiah menarik dari kuiz yang dijalankan. Maklumat lanjut boleh didapati dari blog ini dan ini.

Selamat membaca buat semua...........

Suatu petang yang nyaman........

Petang semalam cuaca di luar nyaman, berangin dan tidak panas. Saya pun sarung jubah dan tudung bawak majalah Keluarga dan segelas jus dragon fruit bersantai kat bangku di laman rumah . Sambil baca sambil lihat orang lalu lalang sebab rumah saya di penjuru dan rumah pertama di simpang pertama masuk ke area Alamanda maka memang banyak kenderaan keluar masuk. Semalam yang paling banyak lalu ialah motorsikal yang ditunggangi oleh remaja dan kanak-kanak tanpa memakai helmet . Saya pelik ibubapa hanya membiarkan anak-anak menunggang motorsikal ke sana ke mari. Itulah agaknya aktiviti musim cuti sekolah .

Tak lama lepas tu sebuah Pajero maroon berhenti di tepi longkang besar sebelah rumah saya. Saya tak kenal siapa pemandunya. Dia keluar bersama 2 orang anak lelaki dalam usia 3- 5 tahun dan siap dengan joran serta baldi dan memakai topi ' nyonya di kebun sayur ' . Lepas mengunci kereta mereka terus menyelitkan badan di celah pagar tepi longkang dan berada di dalam kawasan longkang besar untuk memancing . Saya tak pasti warna air longkang semalam warna apa sebab semalam tak keluar naik kereta , tapi kalau hari biasa longkang warna hitam dan bertakung serta menjijikkan. Mungkin warna teh susu semalam sebab musim hujan . Apapun kalau saya memang takkan memancing di longkang tu .

Tak lama lepas ada tetamu datang rumah dan semasa mengiringi tetamu pulang di pintu pagar rumah saya nampak 3 orang sekeluarga yang memancing tadi telah bersedia untuk pulang. Tak pasti banyak mana ikan yang diperolehi dan Pajero mereka menuju ke arah kawasan Akasia , perumahan baru sikit dari kawasan Alamanda .

Nak tau siapa yang memancing bersama 2 anak kecil tu ?

Mereka pergi memancing dengan ibu mereka bukan dengan bapa mereka.... cool mama !!

Wednesday, November 26, 2008

Travelog Dakwah

Mengenali beliau melalui blog ini dan membaca buku-buku tulisannya membuatkan saya selalu menyedarkan diri sendiri bahawa walau setinggi mana pangkat dan darjat seseorang itu tidak bermakna dia adalah insan mulia di sisi Yang Maha Pencipta. Allah hanya memuliakan hambaNYA yang beriman dan bertaqwa.

Bagaimana iman dan taqwa berjaya menjadi pakaian dan makanan utama kita manusia yang serba kekurangan dan kelemahan ??

Pastinya setiap dari kita wajib berusaha ke arah menyempurnakan segala amalan yang dituntut dalam Islam yang syumul . Ianya bukanlah satu proses yang boleh diambil mudah. Ianya memerlukan ketekunan dan dilakukan dengan penuh ikhlas , tekun dan sabar , barulah kemanisan iman itu dapat dirasai dan dijiwai, InsyaAllah.



Membaca buku Travelog Dakwah Meniti Hari Esok tulisan Professor Muhd Kamil Ibrahim , saya yakin ramai yang menjadikan pengalaman Prof. sendiri dalam mencari ilmu Islam dan yang paling utama mempraktikkannya dalam kehidupan seharian sebagai motivasi diri . Terasa betapa kurangnya amalan diri sendiri .Kita semua mahu diri disayangi Yang Maha Penyayang namun usaha yang kita lakukan untuk mendapat sayang dariNYA amat sedikit .Kita menyatakan kita beriman namun amalan seharian kita langsung tidak mencerminkan keimanan kepada Yang Maha Menguasai .

Travelog Dakwah Meniti Hari Esok adalah sebuah buku yang harus dimiliki oleh setiap seorang dari kita .... agar kita semua dapat berkongsi ilmu dan pengalaman untuk menjadikan diri kita semua insan dan hamba yang disayangi oleh TUHAN YANG MAHA PENYAYANG, InsyaAllah.

Tuesday, November 25, 2008

Semalam yang Bosan....

Semalam sungguh bosan . Mogok tak buat kerja dari pagi sampai malam. Terbaring depan TV dari pagi tonton channels DISC dan NGEO silih berganti . Tengah hari terlena depan TV sebab malam sebelum tu terjaga 3 pagi dan tak boleh lelap hingga siang . Bangun tido jam 2.45 petang dan bangun makan mee kari yang azra masak dan lepas tu sambung semula tengok TV channels yang sama. Lepas asar Zaid dan gang( azra, mimi , umair ) keluar ke Center Point . Izzat main bola di padang. Saya tinggal sorang sambung tengok Deco Bersama Eric dan Sutera Maya ( tak suka cerita ni tapi tertengok jugak semalam ) . Sebelah malam saya tonton The Amazing Race dan lepas tu pulak tengok movie cina The Royal Warriors .... tak habis pun tengok... jemu dah seharian tengok tv . Saya masuk tido jam 11.20 malam. Dari pagi sms banyak dapat tapi credit habis dan tunggu zaid top up credit dia pulak habis ( dia jual top up ) . Petang baru dapat top up . Bagi sesiapa yang saya balas sms lambat sorry ye, bukan saja nak balas lambat . Jadinya bertambah bosan lah saya semalam. Lagi parah tu nak jengok PC pun tak de mood ........

Entah apa nak jadi , dah tua-tua ni boleh mengadap Tv sehari suntuk .... Bosan melanda ....

Saturday, November 22, 2008

Pentingkah Harta Pusaka ?

Semalam saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan , M kawan Sofie dan Maya masa kecik-kecik dulu. Cantik dia dalam pakaian pengantin...temanya.... PURPLE.... cantik serba serbi, sepupu M seorang mak andam ,so semuanya cantik . Itu tentang majlis kahwin.

M punya 13 adik beradik dan baru 3 orang termasuk dia yang sudah berkahwin , bermakna ada lagi 10 orang yang masih muda dan masih bersekolah. Bapa M telah meninggal dunia dan ibu M bekerja sebagai janitor di sebuah syarikat swasta di Kemaman. Kak T mak M yang saya kenal sejak lama dulu merupakan seorang yang amat cantik, kulit putih berseri dan saya terkejut bila tahun lalu saya sempat bertemu nya, saya lihat dia sudah dimamah usia tapi masih tetap kaya dengan senyuman walaupun terpaksa mengerah keringat bagi membesarkan anak-anak yang masih kecil . bekas arwah suaminya bukanlah seorang yang berharta , hanya anak-anak serta sebuah rumah papan yang ditinggalkan . Bayangkan dari 13 orang anak , 11 adalah perempuan dan abang yang kedua masih belum berumahtangga sebab berkorban menjadi abang dan 'bapa' kepada adik-adik yang lain.





Bercakap pasal harta pusaka , saya masih ingat kami berenam termasuk emak ke mahkamah magistrate di Ipoh untuk selesaikan pembahagian harta pusaka arwah abah melalui Amanah Raya . Bila di declarekan harta yang abah tinggalkan, peguam tu siap tanya lagi , ada lagi harta lain sebab sikit sangat harta yang abah tinggalkan dan tengok kami ramai, 5 beradik dan jugak emak. Dapatlah sedikit sebanyak RM sebagai harta pusaka, tak sampai hati saya nak mengambilnya, saya hadiahkan bahagian saya kepada emak kerana saya rasa emak lebih memerlukan RM tersebut . Syukur Alhamdulillah arwah abah telah membesarkan saya dengan penuh kasih sayang dan pendidkan yang cukup, itu sudah lebih besar jasanya daripada harta peninggalannya. Itu kisah saya.

Satu lagi kisah , kisah sahabat saya yang bapanya meninggal dunia dan harta pusaka arwah bapanya RM40 juta dan dia ada 7 beradik dan seorang ibu tiri, setiap sorang dapat juta-juta RM . Kawan saya ni jenis humble, kalau tengok dia tak nampak macam jutawan, tapi kereta2 memang mewah tapi kehidupan seharian dan cara dia berbelanja sederhana sahaja dan dia tidak mewahkan anak-anaknya walaupun tanpa duit pusaka dia juga sudah kaya dengan jawatan tinggi yang dipegangnya .

Bagi saya harta peninggalan ibubapa bukanlah perkara utama , namun ada ketikanya ianya perlu bagi keluarga yang masih hidup bagi meneruskan kehidupan dalam keadaan sedikit selesa .


Itu kisah pagi Sabtu...... hari ni nak outing ke Kuantan sebab Izzat dah habis kelas tambahan......

Selamat berhujung minggu !!

Thursday, November 20, 2008

Apa aktiviti yang sesuai ???

Hujan sejak semalam. Malam tadi saya terjaga jam 2 pagi dan masa tu hujan lebat sedang mencurah-curah , saya selak langsir bilik dan lega bila lihat longkang kecil di tepi rumah masih belum bertakung air, bukan apa area rumah saya ni pernah banjir , tu yang suspen jugak bila musim tengkujuh, takut bangun pagi rumah dah 'terapung' atas air .

Jualan keronsang dan gelang korea masih berterusan, sesiapa yang masih berminat silalah emel saya.......silversarina@yahoo.com. Terimakasih kepada rakan-rakan bloggers yang sudi membeli dan memberi perangsang buat Maya untuk teruskan perniagaan kecil ini.

Pagi tadi saya dan Mimi ke perpustakaan daerah , kesian Mimi dah kehabisan idea taktau nak buat apa cuti sekolah, habis buku dah dibaca dan pelbagai kertas telah digunting siap gambar baby Umair pun dilukisnya , pelbagai ais krim play doh dah dibuatnya, dah berapa kali nangis sebab kalah dan sengih bila menang main dominoes dan tumbling tower bila main dengan zaid . habis dah idea saya , kami ke library jam 9.45 pagi. Area kanak-kanak sedang dibaiki pulak dan buku-buku kanak-kanak dilonggok setempat di kawasan wanita , teruk pulak nak memilih buku, sudahnya mimi ambik 3 buah buku cerita Noddy , saya baca majalah dan suratkhabar. Masa nak ambik buku lain terjatuh pulak longgokan buku dan menjerit pulak mimi panggil saya sebab nak kena kutip buku-buku tu balik. Ambik lagi buku lain , kisah elephant , kisah Noddy lagi dan kanak-kanak makin ramai. Ada beberapa remaja perempuan datang dan masa tu penyelia library datang minta remaja terbabit beralih tempat dan duduk di kawasan lelaki ( library kemaman diasingkan meja lelaki dan wanita ) sebab kanak-kanak penuh di kawasan wanita . Masa diarahkan ,siap petugas tu kata yang golongan lelaki jarang datang le library, jadi bolehlah dipenuhkan kawasan lelaki.

Ke mana agaknya kanak-kanak dan remaja serta orang dewasa lelaki musim cuti sekolah ni ????

Mujur Izzat ada kelas tambahan dari pagi ke petang hingga Sabtu ini, lepas tu...apa agaknya aktiviti untuk dia.....pening jugak nak fikirkan,,,khemah lepas raya haji baru ada untuk dia ... cepatlah darling balik sebab cepat boleh JJCM .

Mesti ramai ibubapa yang pening fikirkan aktiviti anak-anak cuti hujung tahun ni .....

Jika kelapangan silalah layari website anakanda Zaid ini .... promote website terkini travel agency dia...... www.hztours.com .

Wednesday, November 19, 2008

RM55 sahaja......

Pagi ni nak tolong dan bantu jual koleksi keronsang dan gelang dari Korea .Bisnes Princess Maya yang saya tolong jaga dan kini ada sale penghabisan stok 2008 .... setiap satu barangan di bawah ditawar dengan harga hanya RM55 sahaja termasuk kos posting and handling. Sebelum ini barangan tersebut dijual dengan harga Rm63 - RM73 setiap satu (tidak termasuk posting and handling )j.

Saya dan darling biasanya akan mudah cair hati membeli kalau yang menjual adalah pelajar yang ingin mencari wang lebih .... harap ramai lah yang macam kami.....BODEK, BODEK....




kod no : 100 SOLD




kod no : 200


kod no : 300 SOLD


kod no : 400




kod no : 500



kod no : 600



kod no : 700



kod no : 800 SOLD




kod no : 900




kod no : 1000 SOLD



Sesiapa yang sudi membeli silalah emel ke ...silversarina@yahoo.com


Wang syiling 10 sen sebagai perbandingan saiz barangan .


Mari membeli ..........Terima Kasih Semua .

Tuesday, November 18, 2008

Gempak !! Dugong Seksa Berendam !! .....

Pagi semalam kami berlima termasuk Umair kecuali Izzat yang ada kelas tambahan , menuju ke Kelab Puteri yang hanya 1 minit dengan kereta dari rumah kami ( dulu kelab ini ekslusif buat penduduk di Bandar Baru Bukit Mentok, namun kini ia terbuka buat sesiapa saja. Macam-macam kemudahan rekreasi ada, kolam renang , gelanggang futsal, pingpong , kelas aerobik dan juga beberapa gerai menjual makanan dan minuman. Kerap juga kelab ini disewa oleh badan korporat bagi majlis keraian.
.....


Semalam Mimi dan Zaid yang nak mandi kolam dan bayaran bagi kanak-kanak RM3 dan dewasa RM5 tanpa ada tempoh masa ( dulu masa ekslusif hanya RM1 ) . Seronoknya tengok budak berdua tu mandi sebab kolam besar dan tak de pulak orang lain pagi semalam , kalau petang memang penuh kelab ni. Umair pun sempat cecah kaki dalam kolam , senyap aja dia ( suka outing ni !! ) .






Tak lama lepas tu ..........................



Tak sabar dah.....wanmommy lepas gian nak mandi kolam......


Tak kira dah ada bawa baju tukar ke tak...... Zaid pulak siap bagi semangat suruh mandi kolam sebab katanya rumah dekat je, boleh tukar baju kat rumah..... beratnya rasa masa berendam dalam air, mana tak nya,saya kira ada 8 helai pakaian termasuk yang dalam dan tudung ( memang biasa buat saya yang dulu mak saya pelik sebab panas katanya ,sekali pakai 8 jelai, sekali keluar balik sekali tukar, sehari 3 kali keluar...24 helai sehari untuk dibasuh , huhu) . Berendam dan menyelam aja, berenang langsung dah tak boleh, ke depan , ke belakang , apa pun saya dah gayat, hanya menyelam baru boleh bergerak . Agaknya sebab berat pakaian, lain kali kena pakai swimsuit , biar gempak satu taman , dugong seksa/seksi berendam di kolam ......... hahahahahahaha.

Balik saya ambik plastik kat boot belakang kereta dan lapik tempat duduk , zaid dan gang naik kereta lain sebab asalnya saya hanya akan sebentar di kelab sebab nak cari bahan nak masak kari kepala ikan ( kepala ikan merah dah beli hari sebelumnya) . Saya sampai rumah tak sampai seminit dan terus mandi dan salin pakaian dan baca paper kejap dan tak lama lepas tu .............zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ..... keletihan berendam..... hahahahahaha, terjaga 50 minit lepas tu,dah tak nak kari kepala ikan, teringin nak masak bihun sebab ada udang dan kerang dalam freezer , lama tak makan bihun . Pergi dapur dan nampak ada bahan2 yang dah siap tersedia ............. Azra juga teringin nak makan bihun dan dia sedang menyiapkan bahan2 untuk dimasak........... rezeki wanmommy ..... Alhamdulillah, memang macam tak percaya semalam yang saya dan Azra teringin benda sama .


Saya makan bihun 3 kali tambah , sedap betul bihun yang menantu ku masak ( ingat masa di Amman masa Nurazzah datang rumah dan ada gang Asma juga datang, Sumayah kawan Asma makan bihun saya masak 5 kali tambah ) , bihun tu melalui 3 proses masak, awalnya gas habis, saya masak dalam rice cooker, lepas tu letak dalam oven dan lepas tu gas datang saya sambung masak atas stove.

Petang saya dan MImi keluar ke Padang Astaka , mimi nak main gelungsur di playground dan saya nak lihat apa yang ada di pesta budaya kemaman yang diwarwarkan akan berlangsung hingga 22Nov. Lepas mimi main kami pun merayap ke kawasan pesta. Tak de apa pun, gerai jualan macam pasar malam je, yang kedengaran adalah iklan pertandingan karaoke yang akan diadakan malam nanti. Itu ke budaya yang ingin dihebahkan. Gerai pameran yang macam tak bermaya je, entah di mana budaya nya saya pun tak tau.

Saturday, November 15, 2008

Bercanda di Pantai Chendor

Salam pagi Sabtu buat semua.



Nak cerita kisah semalam , pergi breakfast di Pantai Chendor,sempadan Pahang dengan Terengganu hanya 10 minit dari rumah.



Zaid, Azra, Mimi dan Umair pergi dulu sebab saya kena hantar Izzat ke sekolah sebab ada kelas tambahan (dijalankan dari 8am ke 4pm setiap hari selama seminggu ).Lepas beli sedikit makanan ( nama je breakfast tapi gang Zaid ni bukannya makan sangat pagi-pagi ) , saya terus ke pantai. Matahari tak de sebab semalam hujan dan paginya masih mendung, langit kelabu .



Dah lama tak berkelah pagi- pagi macam semalam,Alhamdulillah tak panas . Umair pun bukan main baik lagi, telentang tatap langit . Mimi tak buka pun layang-layang sebab tak de angin langsung kat pantai semalam . Dia hanya main pasir dan tepi gigi air tapi penuh hati2 sebab geli pasir (memang penggeli betul dia ni , pasir bersih pun dia geli ) .



Jam 9.15pagi sakit perut pulak saya, tandas awam masih berkunci . Saya balik dulu dan nasib baik sempat sampai rumah. Lepas selesai hajat saya , saya kemas rumah dan jemur pakaian dan terus ke pasar pagi sebab minggu lepas dah janji dengan apek penjual " 3 barang 5 ringgit " nak beli barang yang saya beli table mat rotan minggu lepas tak cukup kaler purple dan saya nak kaler yang sama . Pergi 10.30 pagi , cari gerai Apek tu tak datang pulak minggu ni . Masa nak ke kereta termasuklah pulak kat gerai pakaian bundle dan terbeleklah skirt dan gown saiz Mimi yang sangat murah dan masih elok , cap OshKosh dan Sesame Street , 3 helai RM 10 , balik terus basuh dan petang mimi dah pakai skirt warna merah ( ingat bundle ingat Jordan sebab memang di sana bundle terkenal sebab banyak yang original walaupun second hand ).




Cuti ni kami masih di sini sebab darling masih di sana, dekat raya haji nanti baru balik ..lepas tu .... blog akan cuti juga, tak sabar nak cuti tapi hingga 15 December aje sebab Izzat ada perkhemahan pulak....mungkin drop Izat di kemaman dan sambung semula JJCM , biar puas hati tapi darling dah bagitau tak nak terbang cuti ni , so merayap atas tanah jelah kami.

Selamat bercuti .

Friday, November 14, 2008

cuti dah....

Kisah semalam saya ambil keputusan untuk diamkan aje buat masa ni, biarlah saya tahan diri saya dari saya luahkan dan lebih kesan negatifnya pada diri saya sendiri. Biarlah ianya dalam hati saya dan kalau dah tak tahn sangat baru saya 'mengamuk ' .

Hari ni hari pertama cuti sekolah akhir tahun , memang saya dapat rasa masa begitu pantas berlalu, baru lagi saya mencari sekolah yang sesuai untuk mimi untuk tadika , baru lagi saya ingat mimi mula kelas taekwando, baru lagi saya daftar mimi ke kelas KAFA dan baru lagi rasa dia menangis tak nak pergi kelas KAFA , baru lagi dia happy masa hari sukan dan semuanya masih baru dalam ingatan saya, rupanya dah hampir setahun semuanya berlalu.

Tahun depan Mimi akan belajar di Al Amin InsyaAllah. Result temuduga belum diberitau tapi rasanya mimi dapat belajar di sana sebab masa interview minggu lalu mimi kata cikgu di sana bagi " GOOD " pada dia. Berani kanak2 kecil masuk bilik interview sorang-sorang dan ambil masa 30 minit sorang baru selesai, lisan dan bertulis, macam nak masuk U pulak, masa Izzat dulu interview dibuatnya secara beramai-ramai tapi kini secara sorang-sorang sebab tempat terhad , pemohon ramai . Selalunya calon yang ada adik-beradik yang sedang belajar di sana akan diutamakan untuk mendapat tempat. Saya dah bagitau pada sekolah yang saya memang tak daftar Mimi di mana-mana sekolah selain Al Amin .

Semalam semasa tonton berita di TV saya nampak ada pelajar yang ambil keputusan UPSR menangis ... dalam hati saya kata macamlah kalau tak dapat 5A/4A dah takleh sambung sekolah, baru UPSR . Entahlah pada saya memanglah UPSR tu menilai prestasi sekolah rendah tapi taklah menjadi ukuran sebenar 'hidup mati nya ' seorang pelajar .

Apapun saya ucap tahniah pada anak-anak yang mendapat 5A , 4A, 3A dan semua yang telah berusaha sedaya upaya untuk UPSR .Tahniah buat anak abang saya di Ipoh, Raja Akmal yang dapat 5A ( kekal tradisi 5A , 2 kakaknya sebelum ni 5A ) dan anak sulung adik saya di Shah Alam, Raja Farah Natasya yang dapat 4A 1B serta 8A untuk penilaian sekolah rendah agama .

Ucapan tahniah juga buat Angah anak Maklang Kerteh ( saya tau resultnya tapi biarlah maklang yang bagitau dalam blog dia . )

Saya tumpang gembira atas kejayaan anak-anak kalian., Alhamdulillah .

Nak pergi breakfast di pantai chendur pagi ni ...boleh mimi main layang-layang yang dibeli di Pantai Batu Buruk bulan lalu.

Thursday, November 13, 2008

Cakap ke tidak ????

Saya selalu berlagak yang saya ni wanita moden terutama dalam bab bertindak, maknanya saya akan cuba tak nak memikirkan sangat apa yang orang akan kata bila saya bertindak. Apa yang saya lakukan saya anggap macam semuanya bagus buat saya .

Masalahnya bila saya mula berfikir tentang kesannya kepada sesiapa yang saya mahu berterus terang saya jadi macam orang kampung ( maaf , memang saya rasa orang kampung tak suka cakap terus terang sebab nak jaga hati ) dan ini buat saya rasa tertekan, pendam dalam hati dan dalam masa yang sama asyik memikirkan patut ke tidak saya luahkan rasa tak puas hati saya pada yang berkenaan atau biar je apa yang berlaku dan tutup mata dan berharap dia akan sedar suatu hari nanti. Apa yang saya takut adalah jika saya tak tegur sekarang, masalah ini akan berkekalan dalam jangka masa yang lama dan saya juga yang akan makan hati . Saya dapat rasakan dada saya sakit hingga menembusi belakang bahagian badan saya , saya benar-benar takut .

Itu kisah tergantung saya pagi ini....

2 hari saya kena gastrik disebabkan cili padi yang saya makan bersama tempoyak... tengahari terbaring sukar bernafas sebab angin/medu /gastrik... pagi ni dah okay sebab no more cili padi and no more tempoyakkkkkk .


Nak siap hantar Mimi...last day of school for 2008..........

Tuesday, November 11, 2008

Tempoyak oh tempoyak.

Semalam punyalah nak sangat makan sambal tempoyak, saya balik dari sekolah mimi ambik report card dan buku-buku dia jam 9.30 pagi , terus masak sambal tempoyak siap dengan ikan bilis, serai dan daun kunyit dan sedikit pati santan dan tak lupa juga cili api ( banyak saya bubuh ) . Sambil tu masak tomyam untuk mimi .

Pedas dan sedap sambal tempoyak saya , saya tau sedap sebab saya sorang yang makan , kalau saya tak kata sedap sapa lagi nak kata....hahahaha. ...pedasnya berdesing .

Jam 4 petang darling saya call dan masa tu saya tengah makan nasi dengan sambal tempoyak, darling saya tegur lambatnya lunch . Saya kata itu kali ke 2 saya makan, kali pertama jam 12 tengahari dan disebabkan sambal tempoyak saya makan lagi petang pulak. sambil bercakap sambil menahan pedas cili api . Sedapnyalah ..... lepas tu sambung pulak makan dessert puding caramel yang saya juga teringin nak makan semalam. Memang kenyang betul perut.

Itu last saya makan , malam tak makan apa-apa sebab kenyang .

Jam 1.27 tengah malam terjaga sebab sakit perut teramat sangat, apa lagi kesan cili api yang pedas , duduk dalam tandas lama sebab sakit perut memulas. Memang cari penyakit sendiri, nak makan pedas sangat, padan muka saya.

Lama takleh tidur sebab perut masih rasa sakit dan lepas tu berbunyilah perut sebab kosong lama , yelah dari petang tak makan, saya buat taktau je dan akhirnya terlena semula.

Pagi tadi lepas solat subuh terus cek nasi dalam rice cooker, ada sikit lagi dan saya panaskan dan guess what ??? Saya keluarkan balik sambal tempoyak yang saya simpan dalam fridge dan jam 6.30 pagi tadi saya dah breakfast dengan nasi sambal tempoyak. Tak serik-serik.

Tempoyak oh tempoyak ...... buat Wanmommy tak sedar Umair menangis .... sedapnya tempoyak.

Monday, November 10, 2008

Sukarnya ........

Pagi tadi semasa memandu saya sempat mendengar radio IKIM.FM dalam perbincangan mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan yang memerlukan . Apa yang membuat saya berfikir sambil kepala ligat memikirkan bagaimana sesebuah keluarga hanya memperolehi pendapatan bulanan sebanyak RM720 yang merupakan syarat bagi membolehkan mereka layak menerima bantuan kewangan bulanan dari JKM.

Bagaimana kehidupan golongan ini ????

Dengan hanya RM720 pendapatan bulanan ...saya sukar memikirkan betapa sukarnya kehidupan mereka dalam suasana masakini.

Sunday, November 9, 2008

Kisah sejuk dan menari ....

Pagi Ahad yang dingin ...kesan hujan malam tadi masih kelihatan di atas rumput dan jalanraya depan rumah.

Betapa saya sangat sukakan musim sejuk , saya suka pada kedinginan yang kadangkala benar-benar memeritkan tapi ada saya itulah perbezaan ketara bila kita tinggal di negara yang punya 4 musim. Bila baca blog rakan-rakan yang tinggal di negara yang kini masuk musim dingin , saya mula rasa rindu dan sedikit jeles sebab tidak dapat merasa kedinginannya. Beberapa hari lali masa ambil Izzat dari sekolah anak jiran saya Syakir juga tumpang balik sekali dan dia tanya pasal kak Sumayyah dan tentang Korea dan cuacanya. Bila saya kata sejuknya bila musim dingin , dia tanya balik sejuk macam air-cond ke , saya jawab air-cond tak sejuk mana, dia tak dapat nak gambarkan sejuknya macamana sebab adakalanya sejuk hingga di bawah paras beku.

Itu kisah sejuk .... nak cerita kisah menari pula yang suatu masa dulu saya amat gemar menari , pantang dengar lagu saya pasti akan menari . Bila lihat iklan rancangan Sehati Berdansa saya terasa nak tengok dan saya sempat tonton sebahagian rancangan itu dan saya yang malu sendiri . Sanggup mereka menari pada saya tak ubah macam clown buat show ( tema disco !! ) . Apa sebenar yang mereka nilai saya pun tak tahu.Terkinja-kinja untuk dinilai tarian yang hanya sekadar 3 /4 hari berlatih , satu program yang pada saya hanya untuk melalaikan dan memalukan .



Cakap pasal tarian disco dan zaman disco awal 80an dulu,masa muda-muda dulu saya dan rakan-rakan ada juga ke disco di Georgetown , DC , saja nak lepas gian menari dalam irama muzik yang bingit . Tak bestnya ada je gang kami yang mabuk ( boys) bila ke sana dan terpaksa dipapah balik ke rumah. Kami ke sana sebab nak menari tapi mereka ke sana nak mabuk teguk air setan . Suatu hari saya ke tandas di disco dan alangkah terkejutnya saya bila ruang di tandas dijadikan tempat melampiaskan nafsu seks secara terbuka . Kecut perut saya dan terus ajak kawan-kawan balik . Kami buat keputusan yang kami tak nak ke disco lagi demi menjaga maruah diri. Tapi gila menari tetap kami teruskan di ruang tamu di rumah kami bila kami ada masa lapang , masing2 pakai walkman dan menari ikut rentak lagu masing-masing.




Itu semua tinggal kenangan .... lepas kawin saya tinggalkan semua itu sebab darling saya tak suka menari .... lagipun nak melenggok badan pun dah tak larat, semput dan mengah dibuatnya.

Friday, November 7, 2008

DJ cilik..........

Bila banyak aktiviti harian mulalah penyakit M untuk blogging melanda . Itulah yang berlaku ,dalam masa beberapa hari lalu.





Hari ni pun masih M sebenarnya ... lepas makan ikan pekasam yang kakak ipar saya bekalkan dari Ipoh minggu lalu baru datang balik mood untuk jengok blog ... pekasam amatlah busuk tapi sungguh menyelerakan walaupun makan sorang-sorang .



Sekarang ni setiap pagi rumah saya ada DJ cilik yang menceriakan rumah kami dengan celoteh " Ngaa, ngaa,ngaa , ngaa....... " , mulut kecilnya kalau berceloteh tak boleh henti, memang peramah betul , lagi lapar lagi peramah, lagi basah diaper lagi kuat celotehnya ... DJ Umair memang berbakat besar ....cayang cucu ku .... rasa nak gigit pipi dia yang tembam tu..dah 5.1 kg beratnya dan semalam genap sebulan usianya .





Nanti ada masa tulis kisah lain pulak,buat masa ni kisah DJ Umair yang dah botak je dulu ye......



Salam hujung minggu .

Tuesday, November 4, 2008

Mereka pergi dulu....

Hari Jumaat masa majlis graduasi Mimi saya sempat bertemu dengan bekas anak murid saya semasa saya mengajar di Kemasik dulu dan kini anaknya sama kelas dengan Mimi. Sebelum majlis dimulakan kami sempat bersembang dan mengimbau kisah lama masa di sekolah itu dulu.

Kami sempat berbual mengenai guru-guru dan pelajar-pelajar masa dulu ( 1990 ) waktu tu saya mengajar kelas tingkatan 3 , 4 dan 5 dan beza umur saya dengan pelajar tingkatan 5 hanyalah 8 tahun dan Z yang saya jumpa minggu lalu adalah bekas ketua pelajar perempuan dan kini dia berusia 35 tahun , memang saya sangat rapat dengannya masa di sekolah dan dia kini merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya.

Tiba-tiba hati saya begitu sayu dan hiba bila Z bagitau setakat yang dia tau sudah 4 orang pelajar yang sebayanya telah pun meninggal dunia dan ke empat-empatnya adalah pelajar lelaki termasuk seorang bekas ketua pelajar lelaki yang mati akibat penyakit barah otak. Lagi tambah pilu saya bila Z bagitau 3 lagi yang telah meninggal dunia adalah disebabkan AIDS yang mereka dapat akibat dari ketagihan dadah. 2 dari mereka memang pernah rapat dengan saya dan saya memang tak menyangka mereka terjebak dengan najis dadah kerana mereka bukanlah jenis yang nakal dan bukan jenis yang ketinggalan dalam pelajaran .Masih saya ingat wajah-wajah riang dan ceria mereka dan ada ketika mereka sukarela membantu saya membawa buku-buku latihan ke bilik guru. Masa jamuan raya di rumah saya mereka juga ringan tulang membantu saya menyediakan juadah jamuan . Mereka juga tidak ketinggalan menghadiahkan saya bunga-bungaan semasa sambutan hari guru .... sebak saya menaip kisah sedih ini ....




Kini semua tinggal kenangan... tak sangka mereka memilih jalan yang teramat salah yang mengakibatkan nyawa melayang secara sia-sia .

Di mana silapnya ???

Sebagai guru perasaan bersalah tetap terselit dalam jiwa saya kerana gagal membimbing anak-anak murid ke jalan yang baik , namun apa daya saya ... setahun mengenali mereka memang suatu jangka masa yang amat pendek untuk mengenali mereka luar dan dalam.. .. selepas tamat SPM memang hubungan anak murid dengan guru terhenti atas faktor keadaan dan hala tuju masing-masing, bernasib baik jika dapat bertemu sekali-sekala ... jika tidak .. berita kematian pun hanya dapat saya ketahui selepas hampir 5/6 tahun pemergian mereka.

Apapun saya berdoa agar dosa-dosa mereka diampunkan Allah .Amin.

Al fatihah buat semua yang telah lebih dulu meninggalkan kita .

Monday, November 3, 2008

Best dapat bertemu ...

Salam ceria buat semua di pagi Isnin ini.

Saya selamat tiba di rumah jam 3.40 pagi tadi dari Ipoh. Perjalanan dengan bas ekspress amat selesa . Saya memang minta kerusi seorang kerana tak perlu nak duduk rapat2 drngan penumpang lain dan dengan vip coach memang perjalanan amat selesa, luas dan ada privacy.

Semalam pertama kali saya dapat bertemu kembali dengan ramai sanak saudara dan paling ramai sepupu saya dari sebelah mak dan abah ramai yang hadir di majlis kenduri itu. Ada yang kali terakhir bertemu adalah 25 tahun lalu iaitu sebelum saya melanjutkan pelajaran ke US selepas SPM dulu . Ada yang kali akhr bertemu adalah semasa hari pemergian ayahanda saya tahun 1996. Selainnya saya tidak bertemu sekurang-kurangnya 4 tahun . Memasing ada yang saya sudah tak kenal wajahnya dan seperti saya ada sepupu yang sudah bercucu .Sedih juga bila tau ada sepupu yang kini tidak lagi sihat , masih sanggup hadir semalam dan terpaksa dipimpin masuk ke rumah . Alhamdulillah walaupun lama tidak bertemu mereka masih lagi ingat pada saya dan perkara pertama yang mereka tegur ialah saiz body saya yang menurut mereka 2 kali ganda dari 25 tahun lalu .Ada yang kata ada wajah anak mereka seiras wajah saya .....Saya amat seronok dapat bertemu mereka semua .


Pada abang saya yang juga satu-satunya abang yang saya ada dan semasa kecil kami sering sedondon bula berpakaian ( abang 2 tahun tua dari saya ) sebab saya dulu tomboy , kalau abang seluar ada jalur hitam saya pakai seluar jalur hijau , kalau abang ada talipinggang besi yang besar , saya juga ada ...saya doakan agar abang mendapat haji mabrur dan doakan juga kami akan mengikut jejak langkah abang ke sana, InsyaAllah.

Terimakasih juga kerana melalui kenduri semalam saya dapat bertemu kembali dengan sanak-saudara yang telah lama tidak bertemu.

Sempat Makcik Limah saya ( adik bongsu mak saya ) bercerita yang dia sebak menonton Majalah 3 malam Sabtu lalu ( saya dalam bas masa tu ) di mana kartunis Lat membawa penonton melawat kampung kami ( tempat saya dilahirkan , Kota Bharu < Perak ) dan Makcik saya pernah belajar sekelas dengan Lat dari darjah 1- 6 sebelum Lat ke SM Anderson , Ipoh. Rugi pulak saya tak dapat menonton rancangan tersebut kerana saya juga telah puluhan tahun tidak melawat kampung yang kini kian membangun setelah tiada lagi penghuninya.

Perjalanan sehari membawa begitu banyak makna buat diri saya, Alhamdulillah.

Saturday, November 1, 2008

Graduasi...gembira+sedih.....


Majlis graduasi Mimi berjalan lancar , memanglah bukan mudah nak latih kanak-kanak yang tak tau duduk diam untuk buat persembahan . Syabas buat semua guru Tadika Sri Cemerlang Awlad .



Terimakasih tak terhingga diucapkan atas jasa kalian mendidik Mimi selama hampir setahun.
.


Gembira kerana Mimi berjaya menamatkan kelas tadika dan akan ke tahun 1 pula di SRI Al Amin Kemaman.




Sedih kerana tiada lagi anak yang akan ke tadika...tunggu cucu-cucu lah pulak lepas ni.




=================================


Malam ni saya akan balik Ipoh naik bas ekspress untuk menghadiri majlis kenduri doa selamat esok kerana abang saya dan isteri akan pergi menunaikan haji pada 9 november nanti . saya pulang seorang sahaja kerana Izzat sedang final exam dan Zaid yang akan menjaga Izzat dan Mimi selama sehari...ha ah sehari saja , malam esok saya akan kembali ke Kemaman ..... jumpa lagi Isnin , InsyaAllah.