Sunday, November 9, 2008

Kisah sejuk dan menari ....

Pagi Ahad yang dingin ...kesan hujan malam tadi masih kelihatan di atas rumput dan jalanraya depan rumah.

Betapa saya sangat sukakan musim sejuk , saya suka pada kedinginan yang kadangkala benar-benar memeritkan tapi ada saya itulah perbezaan ketara bila kita tinggal di negara yang punya 4 musim. Bila baca blog rakan-rakan yang tinggal di negara yang kini masuk musim dingin , saya mula rasa rindu dan sedikit jeles sebab tidak dapat merasa kedinginannya. Beberapa hari lali masa ambil Izzat dari sekolah anak jiran saya Syakir juga tumpang balik sekali dan dia tanya pasal kak Sumayyah dan tentang Korea dan cuacanya. Bila saya kata sejuknya bila musim dingin , dia tanya balik sejuk macam air-cond ke , saya jawab air-cond tak sejuk mana, dia tak dapat nak gambarkan sejuknya macamana sebab adakalanya sejuk hingga di bawah paras beku.

Itu kisah sejuk .... nak cerita kisah menari pula yang suatu masa dulu saya amat gemar menari , pantang dengar lagu saya pasti akan menari . Bila lihat iklan rancangan Sehati Berdansa saya terasa nak tengok dan saya sempat tonton sebahagian rancangan itu dan saya yang malu sendiri . Sanggup mereka menari pada saya tak ubah macam clown buat show ( tema disco !! ) . Apa sebenar yang mereka nilai saya pun tak tahu.Terkinja-kinja untuk dinilai tarian yang hanya sekadar 3 /4 hari berlatih , satu program yang pada saya hanya untuk melalaikan dan memalukan .



Cakap pasal tarian disco dan zaman disco awal 80an dulu,masa muda-muda dulu saya dan rakan-rakan ada juga ke disco di Georgetown , DC , saja nak lepas gian menari dalam irama muzik yang bingit . Tak bestnya ada je gang kami yang mabuk ( boys) bila ke sana dan terpaksa dipapah balik ke rumah. Kami ke sana sebab nak menari tapi mereka ke sana nak mabuk teguk air setan . Suatu hari saya ke tandas di disco dan alangkah terkejutnya saya bila ruang di tandas dijadikan tempat melampiaskan nafsu seks secara terbuka . Kecut perut saya dan terus ajak kawan-kawan balik . Kami buat keputusan yang kami tak nak ke disco lagi demi menjaga maruah diri. Tapi gila menari tetap kami teruskan di ruang tamu di rumah kami bila kami ada masa lapang , masing2 pakai walkman dan menari ikut rentak lagu masing-masing.




Itu semua tinggal kenangan .... lepas kawin saya tinggalkan semua itu sebab darling saya tak suka menari .... lagipun nak melenggok badan pun dah tak larat, semput dan mengah dibuatnya.

13 comments:

cikgu jawe said...

aku seumur hidup belum pernah jejak disco kak. hehe

pernah sekali masa kt cameron highland, dh sampai dpn pintu disco, sekali dgr bunyi bingit muzik, terus cabut lari. ekekeke

padahal mamat sorang ni kaki rock tau!. :P

aku juga tak pernah menari dgn bini. segan teramat! hahaha

maklang said...

hmm...macam2 sekarang ni...macam2 rancangan yang melekakan..

tak puas jumpa semalam, nanti kita dete lagi...kena tambah korum..

silversarina said...

cikgu jawe,

Pasal nak tau sangat tu yang kami pergi jugak menari kat disco, waktu tu tengah lagha darah muda, sekadar menari , masa tu nak masuk US$5 dan kena cek ID kena 18+ baru boleh masuk disco, bila dah start kenal usrah kami stop kan aktiviti membazir dan melalaikan ini .

Best jugak kalau dapat dancing dengan suami :P




maklang,

I pun kejap je kat sana , beli buku dan roti terus balik, tak sempat nak sembang2 , malu jugak dengan paklang . Bila free kita pakat dating ramai2 ye :)

btw, thosai tu memang ummmpphhh betul , menjilat jari dibuatnya, anak2 tak pandai makan, diaorang tu dapat makanan bersup memang suka sangat.

Neeza Shahril said...

neeza suka gak menari.. sekarang ni dengan anak-anak je la.. pegang tangan dia pastu menari bila dengar lagu.. siap ada yang jeles lagi kalau neeza tak nak jadi couple diorang.. :))

Kak Elle said...

rina saya pun suka menari tapi bukan ler pandai sangat goyang2 tu bolih lah...

wah dating ngan maklang ye ke MM...hehe

arsaili said...

salam aunty..teringat masa di UK, saya selalu balik pukul 11 malam, yakni bila library tutup. Suka study kat library..leh jimat bil heater ahahaha..free heater kan kat library. So, bila nak balik akan tunggu bas kat satu high street ni. Hari jumaat malam bole nampak semua pub n disco kat street tu buka. Saya hanya tengok jer dari luar dan kedengaran bunyi music yg hingar bingar, lampu yg memening kepala..dan ada yg terbaring kat tepi jalan mabuk..ini ke sebuah harga diri...terbaring mabuk kat tepi tong sampah...aib sungguh...sy membuat conclusion..sy tidak mahu jadi sehina itu..

Pp said...

waduhhh tak tahan saya dengar lagu ni!!
bergoyang2 kepala lutut ku...hehehe

jommm kita menari!

saya ni memang minat sgt menari...tapi di rumah sendiri jer...tersegan la pulak nak cuba di khalayak ramai2...

pp

Anonymous said...

kak rina

samalah kita suka menrai. Dulu masa form 4 & 5 suka snagat menari sampai join club, curi curi pi training, last last SPM dapat standard jer.. tak de can nak apply abroad.. buat stpm, tak berani nak nari dah.. sib baik best result..

Kat u menari sekejap tapi bakal boyfriend ustat so dia tak suka zar menari sangat.. heheh tamatlah kisah menari yohaa yohaaa :)

aNIe said...

Salam rina...akak tak pernah ke disko...tapi akak suka menari...

Bila dah dewasa...melihat mereka yang terkinja2 di dewan menari...terasa tak senonoh betul...

Tapi akak suka tarian melayu...asli...inang...joget...zapin...kerana pergerakan yang lemah gemalai...

silversarina said...

neeza,

Budak2 kecil memang suka menari, MImi pun suka goyang badan bila dengar lagu rancak .... kisses buat budak bertiga tu :)




kak elle,


Dulu siap belajar steps pelbagai tarian dari kawan2 , mungkin sebab abah dulu suka menari tu yang saya terikut2 .

Mailah kita semua ke MM makan tosai dan sembang2 :)





arsaili,

Memang disco tempat maksiat, asalnya memang tempat menari tapi telah dicemari dengan pelbagai maksiat , apa yang makcik pelik budak2 malaysia ( boys lah ) macam dah lama minum arak , selamba je mabuk... itu semua jadi pengajaran buat kami (girls ) dan tak lama lepas tu kami smeua berubah jadi manusia matang yang tau baik dan buruk setiap apa yang kami lakukan, Alhamdulillah.

silversarina said...

pp,

Jom kita berdansa , tengok sapa dulu stop...kalau lagu footloose lagi best, mengah den abe oiii...hehehe.





anonymous/zar,

Laaa menari sampai affected result SPM , ni kes menari tegar , akak dan kawan2 menari bila ada concert di sekolah dan lepas t bila masa lapang lepas penat study kami pun menari :)




anie,

I ni suka menari lagu yang rancak,kalau joget melayu atau zapin yang agak rancak memang I suka , tapi yang best menari lagu omputih yang rancak , yang lemah gemalai sukar nak menari sebab I ni jenis tomboy masa dulu. Anyhow dah tak menari dah sekarang, baru kinja sikit dah tak larat :P

sya said...

Kak sya pun suka menari tapi kat melaka dulu ada joget lambak dan bukan disco.. itupun semunyik2 sbb kalau bapak tau join joget lambak mau kena rotan. so kalau joget lambak joget melayu lah kan. Seumur hidup tak pernah jejak kaki ke disco walaupun hati nak masuk tapi ntah kenapa niat tak pernah kesampaian. Mungkin doa bapak tu kuat sgt kot...

silversarina said...

sya,

Joget lambak best jugak tu, saya tak pernah join joget lambak , malu sebab orang kenal, disco orang tak kenal ( dulu rasa macam tu ) , tapi memang tempat tu tak baik , penuh lara dan maksiat , Alhamdulilah kami insaf cepat jugak .