Monday, November 10, 2008

Sukarnya ........

Pagi tadi semasa memandu saya sempat mendengar radio IKIM.FM dalam perbincangan mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan yang memerlukan . Apa yang membuat saya berfikir sambil kepala ligat memikirkan bagaimana sesebuah keluarga hanya memperolehi pendapatan bulanan sebanyak RM720 yang merupakan syarat bagi membolehkan mereka layak menerima bantuan kewangan bulanan dari JKM.

Bagaimana kehidupan golongan ini ????

Dengan hanya RM720 pendapatan bulanan ...saya sukar memikirkan betapa sukarnya kehidupan mereka dalam suasana masakini.

16 comments:

Kak Elle said...

rina kat sini pun golongan bergaji rendah banyak juga .. dan kerajaan ada memberi pertolongan juga...

kekadang mmg susah kita nak picturekan .. nak bayar sewa rumah,air lampu,tanggongan anak2 ke sekolah etc....

salang yg bergaji besar pun yg ada tak cukup apa lagi insan yg tak kemampuan kan?

alchemy said...

salam... hurm... mmg ssh nak dibayangkan. tp kite yang berkemampuan ni, bersyukurlah...

Neeza Shahril said...

Kak Rina, kalau RM720 tu kan.. cukup buat bus fees anak2 neeza je sebulan.. pas tu tak makan tak minum la.. tak logik la kalau sampai cam tu kan.. at least RM1500 ke.. boleh la fikir sikit...

cikgu jawe said...

kerajaan selangor dh naikkan had garis kemiskinan pendapatan RM1500 sebulan.

jadi.. org miskin bertambah kt selangor. maka bising le bdk lelaki muka bolat yg pernah bg org penyapu tuh. dia kata kerajaan baru menambah ramai org miskin kt selangor. huhu

RM1500 kt selangor kak. cukup utk makan minum pakai anak beranak. itu pun berdikit2 belanja. huhu

Hijrah1429 said...

Salam...

Yerlah, RM720 tu takleh buat apa, bil2 bagai pun dah brapa,kan? yuran anak tadika pun skrang dah cecah Rm500, tu tak masuk keperluan lain...tak taulah macamana nak bayangkan...tu tahap fakir dah tu...

cikdinz said...

entah lah...

sya said...

Kekadang memang gitu kita terfikir bagaimana agaknya kehidupan mereka yg gaji 720 ni.. kak sya ada sorang kawan yg dr gaji dan komisen biasa 3-4 k skrg ni mendapat kurang dr 1 k.. katanya nak hidup .. segala kehendak sume ditutup. Semua brg beli yg paling murah.. sumenya brand tesco/giant .. pakai pun berdikit.. tak ada istilah makan diluar. Begitulah kalau banyak itu pendapatannya

Abang Long said...

Rancangan realiti. Anak 5. Suami sakit. Isteri kerja, gaji RM700. Hidup nyawa ikan. KUASA ALLAH.

zino said...

keadaan semakin hari semakin sukar.. memang tak boleh bayangkan bagaimana kehidupan dengan pendapatan macam tu lebih2 lagi kalau duduk di KL..

cikMilah said...

Baca news, orang itu dapt ganti rugi 10 juta, elaun orang ini dinaikkan ; kejohanan itu berjuta-juga belanjanya, padahal ramai orang kita yang miskin jadi bertambah miskin.
Rezeki bagi mereka Allah bagi dalam bentuk yang lain.

nurul said...

itulah realiti hidup....yg ptg jgn putus asa, sabar dan bekalkan ilmu kepada anak2...Insha Allah keadaan akan berubah....

YuszTieY said...

bagi yg dah biasa rasenya cukup jer kak rina dgn rm720 tu...kami kat sini sebulan lam rm500 jer belanja..kena bagi bantu jugak la kami ni..hehehehehe

moga kerajaan dapat menjalankan amanah membantu org miskin dgn sewajarnya...amin

silversarina said...

kak elle,

Mungkin bila dah biasa pendapatan rendah mereka pandai bajet mengikut kemampuan masing-masing .




alchemy,

Benar tu, tapi adakalanya kita lupa untuk bersyukur dan selalu rasa masih tak cukup ( makcik lah tu ! ).



neeza,

Hairan tu masih ada kerja yang gajinya begitu sikit , macam tak masuk akal. Apalah agaknya yang mereka makan :(




cikgu jawe,

Kalau kemaman ni bolehlah jugak hidup dengan RM1500 sebulan, kena cari rumah murah dan makan ulaman serta ikan yang murah ( harga ikan mahal kat sini ).




hijrah1429,

RM720 tak dan sekelip mata dah habis , memang kena betul2 tabah bagi golongan miskin ini.

silversarina said...

cikdinz,

Kita yang jenuh fikir macamana mereka survive :(




sya,

Pandai mereka bajet ikut pendapatan yang kecil tu, itulah rezeki yang mereka dapat dan Alhamdulillah rezeki tetap ada walaupun sedikit.Sedih baca apa yang sya tulis.




abang long,

Mereka tetap tabah , memang sukar memikirkan .




zino,

Macamanalah mereka dapat hidup di KL dengan pendapatan seisi rumah banyak tu, kat mana mereka tinggal agaknya ?

silversarina said...

cikmilah,

Bila cakap pasal juta-juta akak pun selalu berangan nak jadi jutawan, nak banayk duit macam air mengalir , tapi bila tau ramai lagi yang tahap miskin terlampau, insaf sekejap diri, entah bila kaya jadi lain pulak , semua ini dugaan darinYA.





nurul,

Betul tu nurul, ilmu yang penting walau sesukar mana hidup ilmu dapat buat kita semua rasa syukur atas apa yang kita ada, InsyaAllah.




yusztiey,

Mesir lainlah ,roti murah..hehehe . kalau di China ada yang gaji US$12 sebulan , bayangkanlah...

InsyaAllah balik Malaysia nanti 500 akan berganda-ganda jadinya.

ferDaus said...

betul akak..
mase kat malaysia dulu saya dan pernah bt research tentang 'definisi' kemiskinan..

setahu saya masa saya buat tu (tahun 2006), RM 500 sebulan dan kira miskin.
Kenapa tiba-tiba naikkan sampai RM720 baru nak bagi bantuan.?

Kita kena kembali kepada Islam..
Asas ISLAM adalah membantu yang memerlukan..
mari tolak kapitalism..
mari betulkan diri masing2..
tak boleh kalau kita asyik kesian sahaja.

yang tidak mampu mari kita berusaha, pada yang mampu mari kita membantu..

Allah bersama org2 yang sabar dan menyerah diri.