Thursday, November 27, 2008

Suatu petang yang nyaman........

Petang semalam cuaca di luar nyaman, berangin dan tidak panas. Saya pun sarung jubah dan tudung bawak majalah Keluarga dan segelas jus dragon fruit bersantai kat bangku di laman rumah . Sambil baca sambil lihat orang lalu lalang sebab rumah saya di penjuru dan rumah pertama di simpang pertama masuk ke area Alamanda maka memang banyak kenderaan keluar masuk. Semalam yang paling banyak lalu ialah motorsikal yang ditunggangi oleh remaja dan kanak-kanak tanpa memakai helmet . Saya pelik ibubapa hanya membiarkan anak-anak menunggang motorsikal ke sana ke mari. Itulah agaknya aktiviti musim cuti sekolah .

Tak lama lepas tu sebuah Pajero maroon berhenti di tepi longkang besar sebelah rumah saya. Saya tak kenal siapa pemandunya. Dia keluar bersama 2 orang anak lelaki dalam usia 3- 5 tahun dan siap dengan joran serta baldi dan memakai topi ' nyonya di kebun sayur ' . Lepas mengunci kereta mereka terus menyelitkan badan di celah pagar tepi longkang dan berada di dalam kawasan longkang besar untuk memancing . Saya tak pasti warna air longkang semalam warna apa sebab semalam tak keluar naik kereta , tapi kalau hari biasa longkang warna hitam dan bertakung serta menjijikkan. Mungkin warna teh susu semalam sebab musim hujan . Apapun kalau saya memang takkan memancing di longkang tu .

Tak lama lepas ada tetamu datang rumah dan semasa mengiringi tetamu pulang di pintu pagar rumah saya nampak 3 orang sekeluarga yang memancing tadi telah bersedia untuk pulang. Tak pasti banyak mana ikan yang diperolehi dan Pajero mereka menuju ke arah kawasan Akasia , perumahan baru sikit dari kawasan Alamanda .

Nak tau siapa yang memancing bersama 2 anak kecil tu ?

Mereka pergi memancing dengan ibu mereka bukan dengan bapa mereka.... cool mama !!

12 comments:

cikgu jawe said...

kdg2 org minat memancing ni pelik sikit. longkang air hitam pun jadi juga. asal ada air ada le ikan. kalau aku minta maaf lee.. huhu

Ainul Arina Madhiah said...

aish, dalam longkang pun jadi??
auntie buat saya teringat time pergi memancing satu family di penang dan lumut la~ Tapi kami memancing tepi pantai, takdelah kat longkang macam tu.. hehe~
budak-budak skrg suka buat hal sendiri. agaknya mak ayah pun tak tau yang diaorang macam tu... -_-

Kak Elle said...

nak katakan org susah tak kira dimana memancing untuk cari ikan untuk dihidangkan tak bolih asal menaiki pajero kan?hmmm...longkang yg kotor ..kotor lah asal dapat ikan!!

selalu kalau ambil angin di taman membaca majalah kena guna bikini....hahaha

silversarina said...

Cikgu jawe ,

Rasa macam nak tegur je tapi busy body lah pulak, biar jelah memang diaorang ni kaki pancing kot, that mama siap pakai rubber boots .




ainul arina,

Kami pun dah lama sangat tak memancing, masa maya kecik dulu je last memancing, dapatlah seekor ikan kecik, balik goreng, pancing maya yang dapat , pancing orang lain langsung tak dapat , memang best duk kat pantai sambil memancing .

silversarina said...

kak elle,

Tulah pelik, pantai bukannya jauh sangat, nak jugak pancing ikan kat longkang kotor tu , agaknya cari ikan nak letak kat akuarium . I pun mula ingat buat apa pajero berenti kat situ, macam2 perangai manusia.

Kalau pakai bikini santai kat laman, habis mat2 motor berlanggar sesama sendiri, terkejut dugong terlepas kat Alamanda..hehehe.

zareda said...

kak rina

i love fishing tapi cik hubby tak minat pegang joran.. apapun zar takkan memancing kat tepi longkang.. oh nehi nehi nehi..

sya said...

Kalau bercakap pasal budak2 naik motosikal tanpa helmet memang merisaukan. Malah kalau kat kampung tu kaki pun masih belum dpt fully jejak ke tanah dah bawa motor ke sana ke mari. Mak bapak dia tak kisah ke.. nanti dah terjadi baru menangis

sya said...
This comment has been removed by the author.
cikMilah said...

memancing kat "situ"?
Kat sini pun ada jugak buta gitu, tapi vietnameese & nepallese..

Neeza Shahril said...

hehee.. neeza pun suka tengok orang memancing tapi tak lah kat tepi longkang cam tu.. macam2 diorang ni kan Kak RIna.. anyway, tergamak ke diorang makan ikan yang dipancing tu? hehee..

silversarina said...

zareda,

Memancing menag best sebab ada kalanya dapat banyak ikan. Memancing di longkang rasanya bukan satu pilihan yang baik .




sya,

Saya memang pelik , kalau berlaku kemalangan barulah nak beringat dan salahkan orang lain. makin lama makin ramai yang menunggang dan membonceng motorsikal setiap petang.

silversarina said...

cikmilah,

Longkang tu kalau air mengalir tak pe juga, ni bertakung, mungkin musim hujan ni ada air yang lebih sebab air sungai naik .




neeza,

Ada pantai dekat pun nak pancing kat longkang, pelik kan .... akak tak pernah terfikir nak jengok pun longkang tu .