Wednesday, November 26, 2008

Travelog Dakwah

Mengenali beliau melalui blog ini dan membaca buku-buku tulisannya membuatkan saya selalu menyedarkan diri sendiri bahawa walau setinggi mana pangkat dan darjat seseorang itu tidak bermakna dia adalah insan mulia di sisi Yang Maha Pencipta. Allah hanya memuliakan hambaNYA yang beriman dan bertaqwa.

Bagaimana iman dan taqwa berjaya menjadi pakaian dan makanan utama kita manusia yang serba kekurangan dan kelemahan ??

Pastinya setiap dari kita wajib berusaha ke arah menyempurnakan segala amalan yang dituntut dalam Islam yang syumul . Ianya bukanlah satu proses yang boleh diambil mudah. Ianya memerlukan ketekunan dan dilakukan dengan penuh ikhlas , tekun dan sabar , barulah kemanisan iman itu dapat dirasai dan dijiwai, InsyaAllah.



Membaca buku Travelog Dakwah Meniti Hari Esok tulisan Professor Muhd Kamil Ibrahim , saya yakin ramai yang menjadikan pengalaman Prof. sendiri dalam mencari ilmu Islam dan yang paling utama mempraktikkannya dalam kehidupan seharian sebagai motivasi diri . Terasa betapa kurangnya amalan diri sendiri .Kita semua mahu diri disayangi Yang Maha Penyayang namun usaha yang kita lakukan untuk mendapat sayang dariNYA amat sedikit .Kita menyatakan kita beriman namun amalan seharian kita langsung tidak mencerminkan keimanan kepada Yang Maha Menguasai .

Travelog Dakwah Meniti Hari Esok adalah sebuah buku yang harus dimiliki oleh setiap seorang dari kita .... agar kita semua dapat berkongsi ilmu dan pengalaman untuk menjadikan diri kita semua insan dan hamba yang disayangi oleh TUHAN YANG MAHA PENYAYANG, InsyaAllah.

6 comments:

zareda said...

zar pun baru terima buku ni pesanan melalui online.. cuba cari di alamanda tak ade..

belum mula baca tapi memang tak sabar rasanya

silversarina said...

zareda,

Akak pun order online, kat sini lagi lambat sampai buku ni . Penuh mesej buat diri sendiri dalam buku ni .

Kak Elle said...

ok nanti nak cari juga mungkin lambat ke sg...

silversarina said...

kak elle,

I ada beli lebih, nanti I pos kat akak.

Neeza Shahril said...

Buku Travelog Haji dia neeza tak habis baca lagi... slow betul membaca neeza ni... balik sekali lagi, kena beli travelog dakwah pulak.. hopefully yang ada ni dapat lah dihabiskan dulu..

silversarina said...

neeza,

Akak kalau dah start baca mesti kena habiskan cepat, kalau tak memang tak leh buat keje lain :)


Buku ni batu lagi keluar, kat kedai pun tak de lagi kat sini.