Saturday, November 1, 2008

Graduasi...gembira+sedih.....


Majlis graduasi Mimi berjalan lancar , memanglah bukan mudah nak latih kanak-kanak yang tak tau duduk diam untuk buat persembahan . Syabas buat semua guru Tadika Sri Cemerlang Awlad .



Terimakasih tak terhingga diucapkan atas jasa kalian mendidik Mimi selama hampir setahun.
.


Gembira kerana Mimi berjaya menamatkan kelas tadika dan akan ke tahun 1 pula di SRI Al Amin Kemaman.




Sedih kerana tiada lagi anak yang akan ke tadika...tunggu cucu-cucu lah pulak lepas ni.




=================================


Malam ni saya akan balik Ipoh naik bas ekspress untuk menghadiri majlis kenduri doa selamat esok kerana abang saya dan isteri akan pergi menunaikan haji pada 9 november nanti . saya pulang seorang sahaja kerana Izzat sedang final exam dan Zaid yang akan menjaga Izzat dan Mimi selama sehari...ha ah sehari saja , malam esok saya akan kembali ke Kemaman ..... jumpa lagi Isnin , InsyaAllah.

20 comments:

arsaili said...

salam..hav a safe journey

Kak Elle said...

cute nya si mimi tu...selamat ke Ipoh Rina semoga perjalanan elok2.
Tak penat ke satu hari aje?berapa jam ke sana naik bus?

cikgu jawe said...

semoga selamat pergi dn balik. :)

jgn sedih2 takde anak lagi masuk tadika. insyallah akan ada lagi tuuu.. hehe

Hazia said...

Amboi comenya, tahniah, alhamdullilah:)

silversarina said...

arsaili,

Thanks, InsyaAllah selamat , dah berzaman tak naik bas ekspress malaysia.



kak elle,

bertolak jam 9 malam sampai Ipoh 5 pagi ... naik vip coach, lega sikit luas .




cikgu jawe,

Terimakasih.

Ish ish wanmommy pencen dah, kalau CJ boleh 5 lagi , masih muda, akak dah tua :)




hazia,

tak sangka mimi nak pulak menari dan menyanyi ... baru habis tadika...lamanya lagi nak tunggu habis belajar :P

SoFie NuR said...

wah...sakan mimi buat performance...kejap je rase..dah bis tadika dah...

have a safe journey....

..::IsmIWafa::.. said...

salam...semoga selamat dalam perjalanan...

giliran Hana' anak bongsu ke-8 I pulak esok pagi "graduation day" dia...
nak gelak pulak...tadika pun ada "Graduation Day" ..
I pun akan sedih sebab dah takada anak ke tadika lagi... tapi lega jugak... sbb tiap2 tahun dari start Asma' (anak pertama) masuk tadika pada tahun 1991 sampai lah sekarang..tiap2 thaun kena pergi tadika ambil progress report lah, hari persembahan lah, graduation day lah , ihtifal lah...

Neeza Shahril said...

tahniah mimi... dah besar dia.. nak naik darjah 1 kan..

akak jaga diri.. kalau orang sebelah tu kacau dalam bas, ketuk je kepala dia hehee...

zino said...

selamat ke IPOH.. dan selamat kembali ke kemaman..

mesti meriah majlis graduasi tu..

maklang said...

semoga abang dan isterinya mendapat haji yang mabrur...

wah dag grad dah mimi ye...mesti seronok persembahan dia tu..

aNIe said...

Tahniah pada mimi...semoga tahun depan mimi akan belangkah ke alam persekolahan dengan penuh keyakinan...

Selamat jalan juga buat abang rina dan isteri...semoga mendapat Haji yang Mabrur...

AZWA said...

Kak Rina,

Salam ziarah..balik Ipoh ek? sekali sekala naik bas express seronok gak kut hehehehe. have a safe journey kak Rina.

cikgu panji said...

comelnya mimi....

U.Lee said...

Hello Sarina, wow! The kids, your kid sure look really beautiful. Love their colorful dresses.
Well taken photos too.
Won't be long one day she graduate from the U, ha ha.
You keep well, Lee.

silversarina said...

sofie nur,

Mimi dengan gaya tersendiri and she seemed to enjoy herself being on the stage.




ismiwafa,

Tahniah juga buat Hana.... sure miss time tadika 8 anak , kenangan yang tak mudah dilupakan. samalah Hana dan Mimi nanti akan jadi pelajar kecil semula ( tahun 1 ).

Salam buat semua.




neeza,

habis dah zaman tadika buat akak ...nampak benar yang akak ni dah tua :P

Tak de orang kat sebelah sebab akak ambik kerusi satu sebelah , naik vip coach hanya 3 kerusi sebaris .

silversarina said...

zino,

selamat sampai kemaman dah .thanks.




maklang,

seronok tengok abang dan isetri dah sedia nak bertolak ke Mekah.entah bila giliran kami pulak :(





anie,


Mimi dah tak sabar nak ke Al Amin sebab nak naik bas sekolah sekali dengan Izzat.

silversarina said...

azwa,

Salam dan thanks for dropping by.... memang dah lama tak naik bas ekspress di malaysia dan okay jugak .



cikgu panji,

budak kecik memang semuanya comel, thanks.



Uncle Lee,

Mimi is my youngest daughter and she's so excited to perform in her kindergarten's graduation concert and thank God everything went well.

nurazzah8 said...

laaa....Rina, rupanya I tak perasan akaun tu akaun Wafa',....I yang tulis komen tu...

nurazzah8

silversarina said...

nurazzah,

I tau yang tu mesti you yang tulis sebab ada nama Hana dan ada anak 8 ..heheh.

K H A Z I N A T U L A S R A R said...

tahniah buat mimi, semoge mimi terus berjaye dunie akhirat :)