Thursday, November 13, 2008

Cakap ke tidak ????

Saya selalu berlagak yang saya ni wanita moden terutama dalam bab bertindak, maknanya saya akan cuba tak nak memikirkan sangat apa yang orang akan kata bila saya bertindak. Apa yang saya lakukan saya anggap macam semuanya bagus buat saya .

Masalahnya bila saya mula berfikir tentang kesannya kepada sesiapa yang saya mahu berterus terang saya jadi macam orang kampung ( maaf , memang saya rasa orang kampung tak suka cakap terus terang sebab nak jaga hati ) dan ini buat saya rasa tertekan, pendam dalam hati dan dalam masa yang sama asyik memikirkan patut ke tidak saya luahkan rasa tak puas hati saya pada yang berkenaan atau biar je apa yang berlaku dan tutup mata dan berharap dia akan sedar suatu hari nanti. Apa yang saya takut adalah jika saya tak tegur sekarang, masalah ini akan berkekalan dalam jangka masa yang lama dan saya juga yang akan makan hati . Saya dapat rasakan dada saya sakit hingga menembusi belakang bahagian badan saya , saya benar-benar takut .

Itu kisah tergantung saya pagi ini....

2 hari saya kena gastrik disebabkan cili padi yang saya makan bersama tempoyak... tengahari terbaring sukar bernafas sebab angin/medu /gastrik... pagi ni dah okay sebab no more cili padi and no more tempoyakkkkkk .


Nak siap hantar Mimi...last day of school for 2008..........

14 comments:

Kak Elle said...

hehe...jgn kata saya tak bagi amaran tentang gastric ye?

lain kali makan jgn terlalu sgt esp cili padi membakar tau.....

take care

Zareda Norman said...

Zar pun ada gastrik tapi tak alah dengan cili api, cuma alah dengan pulut.. wooo siksa nak menolak dari makanan feberet..

Kebanyakan orang kita sukar nak terima kalau kita cakap terlalu telus. Tegur menegur pun kena hati hati silap silap dia tuduh kita dengki dan buat fitnah pulak.. dan mula jauhkan diri sebab dia ingat ni ni busuk hati.. padahal kita cuma nak tegur aje apa yang tak kena..

ummi365 said...

susah ya nak hidup ni

sya said...

Kak sya pun sama ngan Zar, tak leh kena pulut kalau kena... tonggang terbalik dunia.

Bagi kak sya pulak kalau nak cakap ngan org tu akan access dulu apa agaknya tindakannya .. if bertambah negatif maka lupakan aje but if the result positif utk both of us.. so why not.. tapi kena pelan2 lah

Mama Rock said...

kalau simpan dalam hati, stress punya pasal,kena gastric gak nanti!

tulipurple said...

kire sy ni 'org kg' lah ek..huhu,sbb hubby selalu kata sy suka pendam senirik2...end up uban yg naik subur di kepala nie.
wahhh...meleleh baca cili pd ngan tempoyakkk..nak cari tempoyakk lah!!

epelijau said...

ermm..berterus terang memang susah. Kena pandai diplomasi..bagai menarik rambut dlm tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak...tpkan...tepung tu letak atas apa dan rambut tu panjang mana ye :)

Neeza Shahril said...

berterus terang memang menyakitkan.. tapi lebih melegakan.. tak ada apa yang perlu dipendamkan lagi... :)

baru neeza nak tanya.. tak angin ke akak makan tempoyak banyak sangat sebab neeza teringat dulu buat ikan masak tempoyak... weng kepala sebab angin 1 badan.. hehee..

KC said...

hisyy, tempoyak tuh peberet chek tau tapi chek masak tempoyak tu ngan cili api, tak makan mentah. pastu campur udang basah ngan petai, taruk gula n garam sket, ketuk serai n daun kunyit - hidup!

aNIe said...

Larrr...rina...dah kene sakit perut makan cili padi ke...

Len kali jgn makan lagi tau...sedap tapi memudaratkan bagi rina...

silversarina said...

kak elle,

Tulah tak dengar cakap nurse tapi perasaan nak makan pedas takleh disekat-sekat sebab dah begotu lama saya tak makan pedas melampau , kena pakai cili merah jelah lepas ni .




zareda,

Pulut kalau akak makan banyak pun kena jugak gastrik tapi jarang makan.

Susah nak tegur sebab kena fikir kesannya pada hubungan kita.





ummi365,

Tu yang akak kadang malas nak fikirkan, buat hal sendiri tapi kita ni hidup ada tanggungjawab pada manusia lain jugak .

silversarina said...

kak sya,

Ramai jugak yang tak tahan makan, I kalau makan banyak memang kena jugak gastrik .

I dah ambik keputusan tak cakap /tegur orang itu bila rasa kesannya I jugak yang akan merana nanti.




mama rock,

I buat cool je, try tak pendam dalam hati .




tulipurple,

Lebih baik jadi orang kampung sebab bila berlebihan kita pulak yang merana dibuatnya, biarlah uban nak tumbuh sebab akak pun memang dah beruban.



epalhijau,

Tu yang buat akak malas nak tegur, nak cari tepung superfine lagi, bekas lagi, rambut lagi ( rambut akak dah beruban , langsung dah tak nampak nak ditarik dari tepung )... senang cerita, kunci jelah mulut ni ( buat masa ni ).

silversarina said...

neeza,

Buat masa ni akak diam jelah dulu, harap segalanya akan berubah sendiri, InsyaAllah.

Tu lah kena jugak angin sebab cili padi.





kc,

I pun makan sambal tempoyak yang dimasak macam yang kc cakap tu, sebab tu makan banyak kali sebab sedap sangat :)



anie,

I kena guna cili merah je lepas ni tapi tak kaw le pulak :P

maklang said...

apa masalahnya wahai teman? maklang terlepas pulak semalam...ada sibuk sikit! hope everything is ok