Friday, October 31, 2008

Selamat Jalan .....

Pagi semalam saya ke rumah jiran Cikgu Wahida yang akan berpindah ke Qatar dan pagi ini mereka akan ke KL dan seterusnya terbang ke Qatar hari Ahad nanti. Suami beliau telah berada di Qatar semenjak Jun tahun ini dan kini baru mereka bertujuh ( 6 anak ) menyusul ke sana . Tidak tahu berapa lama mereka akan menetap di sana. Izzat akan kehilangan 3 sahabat baik yang sama-sama meminati bolasepak dan PS games sejak dari kecil .

Semoga kalian bahagia di sana dan semoga berjumpa lagi. Selamat jalan semua.

Saya tidak dapat nak ucap selamat jalan pada mereka pagi nanti ( 10 pagi ) kerana saya akan ke dewan SMC menghadiri Majlis Konvokesyen Tadika Awlad Sri Cemerlang , Syamimi akan tamat pengajian di tadika ini .Setahun bagaikan baru sebulan sahaja berlalu.

Gambar-gambar sepanjang pertemuan Syamimi dengan kakak Syamimi ....






Jumpa lagi dengan gambar persembahan Mimi di majlis konvo.....

13 comments:

PrinCeSS said...

cian izzat hilang geng..
dari kecik lagi dorg berkawan..

p/s : syamimi malu2 jek jumpe kakak syamimi..^^

aNIe said...

Selamat Jalan juga buat Wahida...semoga selamat sampai ke Qatar...

Sian izzat dah ilang kawan2 baik dia...takpe...nanti insyaallah dapat kawan baru...

Anak sedara akak pun ade sorang nama syamimi...

cikMilah said...

Mimi dah grad hari ni ya...tahniah graduan kecil!!!

Kak Elle said...

syamimi snr jumpa syamimi jnr:)saya telan air liuh aje dr sini dgn hidangan di atas meja tu...hehe

sya said...

Cantik sungguh adik pd syamimi tu .. manis je orangnya

Pada Wahida selamat merantau ke Qatar

silversarina said...

princess,

Sedih pulak habib dan gang pindah, nanti jumpa mesti dah jadi anak bujang .




anie,

Terasa jauhnya Qatar , walaupun mereka akan balik musim panas tahun depan, rindu pasti terasa.

Kalaulah mimi dapat jumpa Syamimi lagi tentu dia happy lagi.

silversarina said...

cikmilah,

sedih jugak sebab anak terakhir graduate dari tadika, lepas ni tunggu graduasi cucu pulak :)




kak elle,

masak mee kari je, sedap jugak kot sebab mereka tambah makan...angkat bakulllll :P



sya,

Malu-malu nak duduk sebelah, lepas tu baru dia nak mesra sikit .

Walaupun wahida dan saya berjiran kami jarang jugak bertemu sebab memasing sibuk, tapi bila dia dah pindah, terasa sunyi dan kosong je sebab dia tinggal selang sebuah rumah saya je.

Neeza Shahril said...

ooo... cikgu wahida yang neeza jumpa hari tu ye.. Alhamdulilah.. akhirnya bersatu 1 keluarga di 1 tempat.. memang susah kan kak Rina bila anak kecik2 dan husband duduk jauh.. macam kak Rina kira okay dah sebab mimi pun dah besar kan.. lagi che abang sebulan sana sebulan sini... :)

silversarina said...

neeza,

Ha ah cikgu wahida yang jumpa malam hari tu , semoga diaorang happy di Qatar....akak pun kalau ikutkan nak ikut duduk UAE tapi aan tak mengizinkan, duduk sana pun tak dapat duduk sekali.

zino said...

selamat jalan kepada wahida yg nak ke qatar..

selamat bergraduasi kepada syamimi..

Zareda Norman said...

2 Sayamimi yang manis manis dan come come

silversarina said...

zino,

terimakasih, baru graduate tadika...lambatnya lagi nak tunggu konvo U :P




zareda,

anak dara dan kanak-kanak memang selalunya comel :)

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus