Wednesday, October 8, 2008

Raya lagi....





cupcakes untuk dibawa ke surau di pagi raya.....


siap sedia meja hidangan menanti ketibaan para tetamu....

mimi tak nak pulak duit merah sebab dah ada banyak katanya ( dia daat duit merah masa balik Ipoh bulan puasa )...


antara tetamu yang tidak dikenali....


sorry gambar kurang jelas...tetamu yang dikenali...


Salam ceria buat semua .

Suasana raya masih terasa . Tatamu masih hadir ke rumah kami dan kali ini mereka juga sempat menziarahi cucunda kami. Kami tidak adakan open house jika kami beraya di kemaman, sesiapa sahaja boleh datang beraya pada bila-bila masa . Sehingga semalam sudah 171 tetamu hadir ke rumah kami sempena raya tahun ini, Alhamdulillah. Jemputan ke open house di sekitar kejiranan dah siap sedia menanti bermula pada tengahari ini hingga Sabtu dah penuh jemputan. InsyaAllah kami juga akan hadir di majlis sambut menantu di rumah mak Neeza Sabtu ini.

Gambar-gambar di atas adalah sekitar raya dan ziarah kami ke masjid-masjid terkenal seluruh dunia di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada raya ke 4 baru-baru ini.

14 comments:

umie@kakyong said...

Salam rina,
Tahniah dah dpt cucu dan naik pangkat...... bertambah la kemeriahan di syawal tahun ni yer....kelakar pulak nama besan pun lupa yer... hihihihi...

Kak Elle said...

tetamu yg tak kenal tu bukan main lagi sempat bergambar lagi:)

budak2 macam tu lah kan sebab duit raya sanggup dtg .. dulu maybe 15 yrs ago ada juga yg dtg cuma nak duit raya suruh masuk pun takmo...tapi lama2 di atas didikan mereka malu sendiri agak nya jadi skg dah lama takde yg memberi salam nak duit raya.

mama ranggie said...

serba purple mata mama mandang...

maklang said...

entah bila kita nak tiba rumah awak...

neeza pun ni tak ada dgr cerita pun...

silversarina said...

umie@kakyong,

Terimakasih. Sempat raya dengan cucu dalam perut ,hehehe.

'besan' tu dah lama tak jumpa , tu yang dah tak ingat nama, kalau lah besan sebenar maunya mengamuk besan kita tau naanya :)




kak elle,


Budak2 tu bukan main lagi nak berposingnya bila I bawak keluar camera :)

Kali ni memang budak2 datang semua masuk rumah dan makan dulu baru I bagi angpow raya .



mama ranggie,

hantu purple tak habis lagi , tunggu dah jemu baru tukar kaler lain pulak :)

silversarina said...

maklang,

jemputlah bila2 masa saja... tadi called neeza jemput dia datang rumah petang ni , dia busy taktaulah dia datang ke tak .

nurul said...

salam k rina...
ramainya tetamu datang kerumah....
siap jln2 kat tmn tamadun islam lagi....klau saya ada kat msia blh jemput akak beraya kat umah saya, cabang tiga,dekat ngan keropok losong tu....tak jauh dah dr tti....

suealeen said...

rumah saya kat kampung pun tak pernah tetapkan open house. sapa nak datang, ziarah je la.. kita orang tetap terima. dah nama pun tetamu. datang bawa rahmat, balik bawak dosa kita... rasanya kat sini pun serupa. sapa nak datang, datanglah.. tapi bagitahu dulu sebab rumah a bit scary! hehehe

sya said...

wah ramainya yg hadhir... rumah sya cam tak raya aje

zareda said...

kak rina

dah pandai rindu kat cucu ek..
ramai sungguh tetamu ke rumah kak rina.. Alhamdullillah.. tetamu ni bawa rezeki

zino said...

seronok rina ramai tetamu yg datang berkunjung..tak menang tangan nak melayan tu.. siapa yg tukang kira tamu yg ramai tu hehe

U.Lee said...

Hi Sarina, wow, I love the pics, well taken too.
Da makan ketupat? Rendang?
Bet the kids had fun receiving the money packets too.
Love the pics. You keep well Sarina and ada senang datang ke pondok saya, Lee.

YuszTieY said...

mimi...achik nak la duit merah tu kalu mimi tak nak gak...

wanmommy dah cubit ker pipi gebu cucu tu secoit...heheheeee...

salam kat kak neza yer kalu pi kenduri umahya..

salam idulfitri...

KC said...

salam raya sarina!

fuhh, kalau dah glamer tu mmg ramai orang nak dtg beraya ke rumah. sure meriah ni...

yg kecik tu ada bakat jadi model sok...*wink*