Friday, October 3, 2008

Syawal,..... Alhamdulillah..........

Telah 3 hari Syawal dilalui. Betapa masa begitu pantas berlalu....

1 Syawal selepas solat raya di surau berdekatan yang diimamkan oleh anakanda Zaid , kami mengambil kesempatan bermaaf-maafan dan bergambar seisi keluarga. Tahun 2002 adalah kali terakhir Zaid beraya di Malaysia. Kemudian kami berkesempatan menziarahi rakan2 karib di 4 buah rumah dan tepat jam 12 tengahari kami kembali ke rumah. Juadah kami di 1 Syawal adalah laksa penang dan sate ayam serta ketupat.

Alhamdulillah seperti tahun2 lalu bila kami tidak beraya dikampung memang ramai sahabat handai yang datang ziarah.

1 syawal bermula dari jam 12 tengahari hingga 5.30 petang seramai 77 tetamu telah hadir dan jam 10 malam tetamu ke 92 meminta diri dan selesai sudah 1 Syawal. Dari 92 tetamu yang hadir ada 12 tetamu yang kami tidak kenal ( kanak2 dari kampung berdekatan ), yang lain semua kami kenal.

2 Syawal seramai 58 tetamu hadir dan saya sediakan 2 periuk besar lontomg dan Alhamdulillah habis semuanya. Dari 58 tetamu , 6 kanak-kanak yang tidak dikenali datang bertandang.

3 Syawal , pagi lagi kami beraya di Kuantan di rumah kakak ipar saya dan kemudian di sebelah petang kembali ke Kemaman beraya di rumah sahabat suami . Tiada tetamu hadir sebab kami seharian tiada di rumah.

Nanti saya akan postkan gambar-gambar semasa raya di rumah kami.

Alhamdulillah meriah raya kami walaupun tidak pulang ke kampung.

4 Syawal ( esok ) kami bercadang ke Kuala Terengganu menziarahi sahabat-sahabat kami di sana dan 5 Syawal sekolah akan dibuka semula ..... selesai sudah musim perayaan dan InsyaAllah akan mulakan puasa enam minggu hadapan.

Salam ceria buat semua......

12 comments:

k-riey said...

selamat hari raya!
seronoknye raye..
rindu sangat suasana orang dtg umah ni.
terpakse makan ber'round'-round melayan orang. hehehehe.
ni kali ke3 raye di seberang laut.
boleh tahan laa ade 15 malaysian sume cni.

tapi 1st time raye x pakai baju melayu.. huhuhu.
sbb sorang2 je dlm clas..
yg rmai bdk msian tu junior yang buat preparation..

diorang pakai ramai2 xpe..
kalu sorang2 ni orang tengok pelik.

ADIEJIN said...

alamdulillah..semuga syawal bagi anda dan family penuh keberkatan.

Kak Elle said...

ramai nya yg datang mengunjung:)2 peiok lontong banyak tu kan?

nampak nya azra masih pertahan ye?wanmommy dah tak tahan menunggu...hahaha

Hazia said...

Amboi, Raya sakan, Kak Rina. Bestnya:)

Pp said...

meriah tu....makan2 dan kunjung2...

saya tunggu gambar2 raya rina..:-)

zino said...

ramainya tamu.. tentu tak menang tangan melayan..nasib baik org KL tak datang hehe..

Mama Rock said...

salam aidilfitri kak rina. kami tidak pernah beraya di kuala lumpur...selalunya akan ke rumah mertua dahlu, dan petang raya atau raya kedua akan balik kerumah mak saya. tak tau lah bila akan beraya di rumah sendiri, which i hope will be for a very long long time

Abang Long said...

Mesti riuh rendah suasana, bila ramai yang datang ke rumah ... ALHAMDULILLAH ... REZEKI MASUK.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

ABDUL LATIP said...

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Semoga ceria selalu.

silversarina said...

k-riey,

Laa rugilah tak pakai baju melayu, kalau tak sure semua orang kat sana tak berkelip pandang ke-riey segak berbaju melayu :)

Raya di perantauan akan jadi kenangan selamanya.




adiejin,

terimakasih . harap keluarga brother djin juga ceria di hari lebaran.



kak elle,

saban tahun masih ramai yang ingat pada kami, Alhamdulillah.

silversarina said...

hazia,

sambutan raya di sini alhamdulillah masih meriah, you pun sure ceria beraya bersama keluarga di kampung.



pp,


sama macam pp jugak, meriah walaupun jauh nun di Dubai.




zino,

Kami guna disposable plates, bowls dan cups , kalau tak bertimbun lah nak kena basuh pinggan ... kalau orang KL datang lagi best raya kami.



mama rock,

kami dah beberapa kali beraya di rumah sendiri , dua-dua mak tak duduk rumah mereka dah, kalau adik-beradik balik rumah mertua langsung tak e tempat nak balik raya... suasana berbeza , apapun harap tahun depan kami dapat beraya di kampung, InsyaAllah.

silversarina said...

abang long,

walaupun tak balik raya, kami semua ceria sebab dikelilingi sahabat handai yang sudi menjengok kami di sini, alhamdulillah.


abdul latip,

Salam lebaran kembali buat paklatip sekeluarga.