Thursday, October 16, 2008

Nyaris terlepas .........

Badan saya dah semakin sihat, Alhamdulillah. Tak kerap ke bilik air dan tido pun dapat tido lena.

Pagi semalam selepas hantar mimi ke sekolah, saya dan darling terus ke Kuantan Airport kerana flite darling jam 10.20 pagi.... cuti darling 36 hari dah habis, kejap je kan rasanya .... puasa , raya dan dah habis cuti......

Memasing tak tengok maklumat flites di screen , masa cek-in baru tau yang flite pagi tu delay 2 jam dan akan ke KL jam 12.35 tengahari. Ahhh sudah ... kata darling... flite seterusnya dari KLIA jam 2 petang, kalau naik dari Kuantan dijangka tiba jam 1.10 tengahari , sempat ke nak ambil boarding pass, baggages memang boleh cek-in terus dari kuantan ke abu dhabi....mulalah call sana call sini dan pastikan counter di KLIA keluarkan boarding pass dan tunggu darling tiba dan pastinya akan tiba ngam-ngam masa flite boarding. Agen di sana kata okay dan dia akan pastikan yang darling dapat nauk flite jam 2 petang tu. Siap suruh darling ambik boarding pass di domestic transfer counter untuk cepatkan urusan dan dapat kejar flite segera.

Tunggulah di airport sebab malas nak merayau ke tempat lain..ramai lah jugak bertemu rakan darling yang memasing ada urusan di KL, Penang dan Singapore ...semua terpaksa tukar connecting flites atau pun meeting pada hari itu . Jam 12.10 masih belum tiba flite dari KLIA... darling masuk waiting room jam 12.20 masih belum tiba flite itu...Saya meninggalkan airport jam 12.25 dengan harapan darling sempat kejar flite tapi rasa macam tak sempat je . Kalau kami ke airport awal pagi mesti kami dah drive ke KLIA .. pasrah saja pada ketentuanNYA.



Jam 12.53 dapat sms dari darling kata dia dah duduk dalam flite dan tunggu masa berlepas.... tawakal saja , katanya.



Jam 1.54 dapat sms lagi kata dia dah duduk dalam connecting flite dan tunggu masa berlepas ...... Wah sempat jugak rupanya kejar flite tu....

Rupanya setiba di KLIA jam 1.42 pm, di transfer counter, agen dah siapkan boarding pass, dan lepas saja urusan di Imigresen, kakitangan MAS bawa darling naik buggy terus ke pintu flite dan dengan sebab layanan yang begitu baik, darling dapat pulang ke UAE dengan selamat...walaupun baggages tak pasti tiba sekali tapi MAS kata kalau barang tak dapat fly sama, mereka akan pastikan bags naik flite Mas ( darling tak naik MAS ) malam tadi.....




Bila semalam di airport terasa pulak macam jadi peserta Amazing Race.... sure darling terkejar-kejar nak masuk flite ..... pengalaman baru juga tu .... payah nya kalau flite delay kan .... dah timing okay alih-alih nyaris tak dapat balik ....





Semalam petang lepas asar rasa letih sangat badan ... alih-alih jam 6 petang saya terlena....terjaga jam 6.15 petang... memang tak pernah tido lepas asar tapi dah terlalu mengantuk, 15 minit pun jadilah.... malam rasa macam nak selsema..tak pegang pun Umair, hanya tengok aje sebab takut menjangkit pulak .. pagi semalam Zaid bawa Umair untuk test darah, dah turun kuningnya tapi masih kena follow up ahad nanti.

Semoga semua ceria hari ini..... harap happy lah tengok gambar Umair di sini.....









32 comments:

Anonymous said...

im here because of few cents for you. just dropping by.

Anonymous said...

im your favorite reader here!

Anonymous said...

wow, very special, i like it.

Anonymous said...

very cool.

Anonymous said...

what happened to the other one?

Kak Elle said...

wow sape manusia2 kat atas tu?

comei nya Umair senyum lagikkkk

Anonymous said...

wow, very special, i like it.

Anonymous said...

i think you add more info about it.

Anonymous said...

when will you go online?

Anonymous said...

when will you go online?

The.Libyaman said...

heh, macam dah mula nak membentuk muka wanmommy aje si kecik ni.

MAMAMIA said...

Kak Rina,

Ada side biz ke? Hyrdaulic loader, wheel loader, bulldozer, excavator??

Suka tengok Umair & all other babies senyum masa tidur. Org kata they all nampak malaikat, betul ke??

maklang said...

besar dah umair..baru tengok 4-5 hari lepas...

jaga diri tu baik2 ye..

Cat Cat said...

Cute-nya cucu Kak Rina tu... Pandai pulak dia senyum ya... Rasa nak gomol2, cium2 pipinya.. Hehe.

Anonymous said...

ish ish ish.. geram geram.. meh sini ummi nak dokong.. dah lama tak pegang baby ni.. syoknyer kan.. comel je bila dia tersenyum .. bau paling best ialah bau baby.. tak masam, tak hangit but just nice..

Lee said...

Hello Sarina, wow< love the baby, soooo cute, especially the last photo, beautiful smile.
You know, the best sounds in the world is a baby's laugh. Enjoy and have fun. You keep well, Sarina, best regards, Lee.

Queen Of The House said...

Comel sungguh cucu Wanmommy ni. Dah pandai senyum, walaupun dalam mamai kot tu. He must be having good baby dreams :D

cikMilah said...

Photogenic la Umair....macam tau je nak masuk blog wanmommy....
Geram tengok baby...nak dapat cucu... lambat la lagi...

Unknown said...

Mula baca risau sy akak kerap ke bilik air... then suka sgt tengok cucu akak yg sorang ni...cair hati sy menatapnya...
then bila baca komen2 lagi sy senyum manjang...sapa sume tu kak, buat bisnes loader tu... bulldozer bagai... alahai...

apapun salam kejauhan dr sy kak. Bila lah kita dapat bertemu ye?

silversarina said...

pada tokeh loaders , thanks for dropping by .... harap bisness maju :)

silversarina said...

kak elle,

entahlah tokeh loaders mana yang sesat kat blog wanmommy :P



babazahra',

mana tumpah nya muka cucu kalau tak ikut muka neneknya..... challenge sapa lebih 'cute',umair ke wanmommy ...hehhe.



mamamia,


sapa nak sewa pelbagai jenis loaders boleh contact umair... hehehe.

Tulah babies suka senyum sorang-sorang, tadi siap mengekek ketawa sorang2, entah dengan sapalah agaknya dia bersembang.

silversarina said...

maklang,

dah 4 kg pagi tadi nurse timbang memang tambah debab macam nenek dia...hehehe.




cat cat,

sempat pulak tu zaid snap gambar dia senyum, macam faham je orang suruh senyum :)



ummi,

betul tu, bau baby sedap sangat, tu yang kalau dapat nak genyeh je pipi dia, dia pun macam suka je kena gomol.

silversarina said...

uncle lee,

Umair is my first grandson, 10 days old and now is our baby at home.

thanks for dropping by.



qoth,

senyum je tak kira masa, entah lah dengan sapa dia senyum :)




cikmilah,

kalau dia tau muka nak masuk blog, mesti sengih makin lebar..hehehe.




raden galoh,

har ni rasa okay dah, kalau hilang rasa mengilu masa buang air kira dah semakin okay.

tokeh loaders ni merata cari pelanggan , blog wanmommy pun dia nak promote barangannya , manalah wanmommy tau nak guna semua alat tu..hehehe.

akak pun taktau bila dapat turun KL... tunggu hubby balik next december pulak kalau sempat berjalan .... take care !!

PINATBATE said...

Masyaallah...cutenya Umair senyum..bertuah Umair,lahir-lahir jer dah masuk gambar dalam blog wanmommy..

NURAZZAH8 said...

silver sarina,
comel sungguh baby wanmommy nih...
eh...hari tuh kata nak singgah jalan2 ke Shah ALam, I tunggu2 sms dari you, sampai hubby dah balik ke UAE semula... anyway..tak apa...InsyaAllah lain kali ada rezeki dan panjang umur kita kita jumpa lagi

mommy said...

merasa ayah jadi 'peserta' amazing race ek...
umair ni happy tulla..siap kenyit mata lagi..kenyit kat makteh ke??..
hehe

Mama Rock said...

kak rina...hubby dah pergi, tapi ada si kecik cute miut tu pengganti sunyi :)

silversarina said...

pinatbate,

tulah cucu zaman cyber , nenek nya yang beria lebih dari makbapaknya :P



nurazzah,

sorry, tak sempat ke mana pun, entah bila dapat round KL dan ziarah sahabat2 di sana... nanti cuba cuti sekolah pulak... take care.



princess,

umair bila panggil namanya memang berusaha nak buka mata sebab hobinya tido....kadang2 angkat kening je...



mama rock,

nanti mesti teringat kat suara tangisan Umair..geram betul dengar suara bayi menangis, cute je bunyinya :)

Anonymous said...

Wahhh...comelnye. rasa nak cubit2 pipi umair.

silversarina said...

cikgu panji,

akak pun tahan je nak cubit pipi dia, itupun selalu juga duk 'urut' pipi dia..hehehe.

hanieliza said...

alahai...comelnya umair...
geram sungguhhhhhh...
dah pandai senyummm..cair hati ibunda yg penat mengandung..dan ayah yg sentiasa menanti...
tak kurang juga nenda dan mak sedara comel [mimi tu]...

How to find perfect love said...

Hello. you got a nice website.I really enjoyed it. I am going to bookmark your website.
http://loveandlove20.blogspot.com/