Friday, October 10, 2008

Lesu musim raya....

Salam ceria buat semua di pagi Jumaat yang hening.

Pulang dari pengkebumian Ayah Chik petang semalam saya rasa badan terlalu letih dan tak bermaya. Setelah 9 hari bulan Syawal berlalu baru teringat yang badan saya tidak cukup rehat , raya dan sambut cucu . Kebetulan semalam jadual saya padat kerana pagi lagi saya membawa cucu saya ke klinik untuk diuji darahnya kerana disyaki ada sakit kuning dan sah memang ada dan agak tinggi juga bacaannya dan pagi ini saya dikehendaki membawanya sekali lagi untuk diuji darahnya.Harap dah turun bacaannya sebab semalam cucu saya kuat minum susu dan banyak buang air kecil dan air besar.Tengahari dan petang saya berada di Taman Islam ,ribuan anak murid Ayah Chik hadir dan saya juga sempat berjumpa ramai bekas anak murid saya di sana.

Cucu saya dah ada nama...... Umair ...... Umair bin Zaid .

Malam tadi sebaik saja selesai azan Isyak saya dan mimi terus solat Isyak dan jam 8.40 malam saya dah pun berada di alam mimpi. Dinner pun saya tak larat nak makan dah, letih satu badan dan tak bermaya lagi . Terjaga jam 1.30 pagi mata dah sukar nak lelap sebab tidur awal tapi saya baring jugak dan jam 5 pagi terlelap semula dan terjaga tak lama lepas tu sebab dah azan subuh . Pagi ni lepas solat terus ke dapur cari makan....sup tulang yang zaid masak petang semalam masih ada , panaskan dan makan nasi sup ... itulah kalau badan tak cukup rehat memang saya rasa macam nak pengsan .Sekarang dah ok , Alhamdulillah.

Nak cerita kisah raya lagi... 2 hari lepas ( Rabu ) ... pagi tu saya saja masak lontong sebab manatau ada tetamu datang beraya, elok lepas masak , rakan2 darling called kata nak datang raya petang tu dan semakin ramai yang called..kami jugak order satay dan lepas ziarah ayah Chik di hospital , tetamu tiba tak lama lepas asar, tengahari tu ada dah yang singgah beraya dan saya jugak jemput Neeza dan family, asar tu Neeza masih belum tiba dan saya ingat mesti dia sibuk dengan majlis sambut menantu di rumahnya Sabtu ini... Neeza called bagitau dia akan datang jam 8 malam... saya dah taktau nak hidang apa, satay tinggal beberapa cucuk saja lagi dan lontong pun hanya sikit saja lagi tinggal tapi rasanya cukup untuk neeza sekeluarga..... lepas neeza tiba dan dekat nak Isyak darling bagitau ada 2 family lagi yang called nak bertandang ke rumah lepas Isyak...memang sah mereka akan makan biskut raya saja sebab semua makanan dah habis , kuah lodeh masih ada tapi nasi impit dah habis. Saya suruh zaid keluar cari mana-mana gerai satay yang buka untuk beli satay tapi malangnya 3 buah gerai satay yang biasanya buka tutup pula malam tu....jadinya 2 buah keluarga yang tiba akhir hanya minum air soya dan makan biskut raya, rasa terkilan tak dapat sediakan juadah , nak masak makanan lain memang tak sempat sebab mereka called dah dekat sangat nak datang. Harap Neeza dapat rasa lontong yang akak masak . Sempat Mimi main bunga api dengan anak-anak Neeza malam tu . Sukalah Mimi ada gang main bunga api .

Dari tengahari hingga ke malam Rabu itu seramai 46 tetamu dari 9 buah keluarga hadir di rumah kami dan setakat ini bilangan tetamu yang hadir beraya adalah seramai 217 orang. Alhamdulillah.Tahun ni ramai dari tahun lalu , mungkin kerana darling ada beraya sekali dengan kami . Kuih raya yang saya beli dan buat semuanya habis , Alhamdulillah . Tinggal beberapa jenis biskut yang saya baru beli lepas raya yang masih ada berbaki.

Hari ni jadual agak padat juga... jam 9 bawa Umair ke hospital sebentar, tengahari ada majlis kenduri kawin anak jiran kami , petang cadangnya nak menjengok Mesra Mall di Kemasik yang baru dbuka hari ini ( habislah nelayang dok gi ke laut doh.... maing boling di mesra mo lah jawabnya...hehehe )

Salam dan jumpa lagi.....

18 comments:

maklang said...

singgah lah sini lepas dari mesra mall tu...ok kan...kita masak2 ke goreng2 ke...

silversarina said...

maklang,

nanti confirm semula ... bila orang kerteh nak turun kemamang ni ...hehehe .

mamaranggie said...

memang letih kan kak..tp seronok kan?

Kak Elle said...

cium kan Umair untuk saya ye? mmg lah baby masa mcm ni selalu kekuningan bab baru expose to the world...jemur sikit kat mata hari pagi2.

oh ramai nya org beraya ke rumah ...nnt dr kerteh turun lah ke sg pulak...hehe

Zareda Norman said...

Al-Fatihah untuk arwah Ayah Chik..

Baby Umair kena jaundice plak? kena jemur sikit dengan matahari pagi tak pun bagi sesudu dua susu kambing..

suealeen said...

umair? sedapnya nama.. entah la.. saya ni berjiwa antik.. dan suka juga dengan nama seseorang di zaman lampau.

jaundice di kalangan baby ni dah terlalu biasa. hopefully tak perlu masuk hospital la... kesian kat mak baby sama yang badannya belum segar sepenuhnya...

syafiah terkecuali, yang dua lagi pun jaundice tapi tak sempat admit. macam² petua kami pakai. nak jemur sangat pun, bumi hari ini tak sama macam dulu. susu kambing dah semestinya, lagi satu daun liu/janda merana (bagi mandi) + jauhkan dari warna² kuning/elakkan makan kunyit. masa di NICU dulu, ada baby yang kena G6PD. lagilah mak dia kena pantang habis..

cikliah said...

Petua yang saya gunakan untuk menangai jaundice yang ringan sama seperti akak.. Bagi baby minum dan kencing/berak banyak --> spy bilirubin dapat dikumuhkan. Jangan bagi baby tidur sangat supaya dia lebih lapar dan nak minum.
It's work on my second daughter. Masa first daughter tak ada pengalaman, so anak warded extra 3 days sebab nak kena letak under ultra violet. Nak2 pulak dia asyik tidur tak peduli nak minum.

Sibuklah wanmommy melayan cucu dan tetamu beraya yea...

Queen Of The House said...

Tentu letih melayan tetamu yang seramai itu! Tapi semua tu pun rezeki jugak.

oooo mall baru tu dah buka! Nak ketawa i baca you tulis habis nelayan gi main boling. Entah ... terbayang ikan yang tergolek-golek, bukan bowling pins.

Sedap nama Umair tu ..... ringkas aje.

Hazia said...

Amboi sedapnya nama.. Umair:)

nurul said...

salam k rina....
semoga Umair cepat sembuh

Mama Rock said...

kak rina, slow down...nanti tak larat nak bangun. tapi ramai-ramai orang datang ni seronok melayan tetamu, kan?..

RozIlah Kamarudin ImOlie said...

Kak Rina, nanti takdela kite ikan aye ye.. makan nasi lemok ikan bilis pulak la ye... nelayang dah pegi mesra mo belake...

blackpurple @ jowopinter said...

Umair bin Zaid. Sedap nama itu. :)

Selamat Hari Raya Kak Sarina.

silversarina said...

mama ranggie,

letih sangat samapi demam akak tapi tetap nak layan tetamu terbaiknya , bukan selalu tetamu ramai .



kak elle,

Umair dah kurang nangis dah dan my daily life actually macam dulu jugak sebab zaid ada , I carikan tukang urut dia yang pergi jemput , I panaskan batu tungku dia yang bungkus untuk azra... so taklah I ni busy jaga ccu dan menantu dalam pantang :)



zareda,

Dah kurang dah kuning dia , mungkin hari pertama dia tak minum susu sebab susu tak de , tu yang terkena jugak kuning walaupun zaid dah bawak dia kena matahari hari kedua lagi.

silversarina said...

suealeen,

Umair lebut namanya , kalau akak suka juga mar, garang sikit bunyinya :)

baby Umair dah tambah okay , harap esok tak adalah kuning dia lagi, InsyaAllah.




cikliah,

Memang zaid kejutkan jugak baby tu setiap jam untuk minum susu dia sebab suka sangat tidur, akak tak biasa juga sebab anak2 dulu tak kena kuning kecuali mimi , itupun kejap aja.

silversarina said...

qoth,

Letih bila semua dah balik , memang flkat habis dan tahun ni sampai demam dibuatnya.

I rasa tak lama lagi sikit ikan yang dijual di kemasik dan kerteh sebab ramai nelayan tak ke laut dan bekerja di mesra mall, katanya 500 peluang pekerjaan terdapat di mall tu, memang tak dok ikang doh nak buat kepok lekor:P



hazia,

Thnak you auntie .. makcik :P

silversarina said...

nurul,

InsyaAllah dia semakin sembuh. tq.



mama rock,

dah masuk R & R..macam entry baru saya tu...




olie,

akak berasa memang ikang dah tak banyak dah di kemasik sebab memasing pakat keje di mall tu, it's a very big mall , kena makan ikan sardin dalam tin lah ...hehehe.



blackpurple,

Thank you .... akak belum sempat nak bloghop masakini...hope everything is doing well :)

Neeza Shahril said...

bestnya dapat makan sate dan lontong tu.. memang rezeki kami lah tu.. cukup2 untuk kami sekeluarga.. kesian family 2 lagi tu..

comel cucu kak Rina...