Saturday, October 18, 2008

Bila Air Liur ( basi ) Meleleh .....

Salam hujung minggu buat semua... hari ni aktiviti utama menghadirkan diri ke majlis perkahwinan 2 pasang pengantin, anak-anak sahabat saya di taman Islam.


Selamat Pengantin Baru buat Sabariah dan pasangan serta Jalal serta pasangan.


Tak de apa nak diceritakan ...pagi tadi baru buka emel setelah tak buka buat beberapa ketika dan dapat emel di bawah ni dari darling saya ... biasanya dia sms atau pun call , mungkin kisah ni agak panjang dia sent emel pada saya...... geli pulak bila baca... darling saya sanggup lihat pulak tu... bacalah.....


Salam,

Semalam duk dekat dengan sorang india (flight Colombo ke Abu Dhabi). Dia ni dari mula gerak je kapalterbang dah berdengkur, satu kapal terbang boleh dengar dia berdengkur. Berdengkur sepanjang perjalanan kecuali masa makan. Dia tidur membongkokkan badan (tak sandar) and yang bestnya, air liur dia meleleh sampai basah baju dia….eeei. Sepanjang perjalanan air liur dia meleleh.

Bila dah landing kat abu dhabi dia masih berdengkur. Pastu dia tersedar masa org mula bangun nak turun. Diapun ambik barang dia. Yang bestnya, dia boleh duduk semula and start berdengkur semula……

Saja nak kongsi pengalaman air liur basi.


Wassalam


23 comments:

cikMilah said...

Eeiiii...no komen!
Minta Allah jauhkan kita semua dari aib begini..

silversarina said...

cikmilah,

Agaknya lelaki tu letih teramat sangat , mungkin dah seminggu tak tidur, kesian dia.Saya pun kalau letih sangat seboleh-bolehnya tak nak tido semasa dalam kenderaan awam , takut terbedengkur .

OBT said...

Why don't you try these new Blogger templates for your blog. They're much easier to customize than other templates.

arsaili said...

salam..kahkahkah..sampai gitu sekali yer...isk3...macam2 ragam jer....aunty sihat ker?

ZLAA said...

Salam. He..he.. naik geli jugak bila baca entri kali ini. Janganlah kita jadi begini. Tak sanggup rasanya.

silversarina said...

obt,

Thanks a lot.

silversarina said...

arsaili,

Kesian kan kat orang tu tapi geli lah pulak...makcik semakin sihat, dah tak kerap ke toilet... take care !!

silversarina said...

zlaa,

salam, tak tergamak akak nak tengok air liur meleleh ... orang tu tak kisah dah sebab terlalu mengantuk agaknya.

maklang said...

kesian dia..memang lah teramat penatnya...heran juga maklang kalau boleh lelap dengan begitu cepatnya...

nurul said...

eeeei....tak sanggup
kalau dia sandar betul2, taklah air liur tu kluar byk sangat kan...:)

suealeen said...

masa kecik² dulu selalu gak la mulut keluo air lio basi... mulut ternganga je... beso ni idak le jadi lagi dah...

kalo jadi lagi dah sah² la rasa malu tambah lagi kalo di public. kita pun bukannya tau sangat bila kita dah tertido tu jadi apa...

D said...

HAHAHAHAHHA.. memang sah kepenatan tu! dia berdengkur tu tak de orang complain ke? kalau kat negeri orang puteh, mau dah kena gerak dengan stewardess kot!

PrinCeSS said...

bile bace email ayah tu,geli rase bile teringat air liur basi die..eeeiiii

YuszTieY said...

sian jugak yer sampai gitu sekali dia tido.....letih yg amat kot ..

Kak Elle said...

hehe .... mentang dapat dudk dlm kapalterbang....eee geli nya.

mungkin teramat penat perjalan dr kamapong ke airport jauh kot:)

Pp said...

sarina :-)

hehehe....pernah juga terkena kemaluan sendiri kes berdengkur dalam flight nie...
orang sebalah ckp, "i can hear you had a good sleep"
malu la jugak...tapi i simply apologize jer la...dan buat selamba jer.
hehehe
tapi tak de sampai meleleh air liur hahaha

Neeza Shahril said...

eeeiii.. gelinyee.. hehee.. mesti penat habis tu.. kalau neeza, tak sanggup nak tengok..

thanks ye Kak Rina.. jemput raya dirumah tu.. since dekat sangat, sempat juga kami jengah.. tu pun dah lambat.. tapi masih ada rezeki kami tu.. sedapnya lontong.. teringat2 lagi..

biskut raya pun sedap2.. yummyy!!

baby Umair memang comel.. lagi comel dari dalam gambar ni rasanya.. sedap pegang sebab besar.. macam budak dah 3 4 bulan..

Zareda Norman said...

dengkur ok lagi tapi air liur meleleh.. aduhai...

aNIe said...

Alahai rina...akak baca pun geli...mintak2 jgn le kita pun tertidur sampai camtu...

MULAN said...

comel nya umair..!!!! eiiyy nak nya saya mengandung lagi tapi takde rezeki lagi..

waduh, suspen tu kalau ada connecting flight kan.. saya pernah rasa kak rina. nasib masa tu takde anak. berlari habis langgar2 orang nak kejar next flight..

silversarina said...

maklang,

ada orang tanpa tunggu seminit dah boleh lelap, ini kes yang terlalu lama tak tidur kot.



nurul,

dia nak sandar takut ternganga mulut agaknya ...



suealeen,

akak kalau ngantuk sangat dalam kereta memag terlena jugak dan hubby selalu je buat jokes cara akak tido dan terlentoknya bila dia brakes... kelakarlah, tu yang dalam public transport tak berani nak tido... hehehe.



d,

akak rasa dia memang teramat mengantuk dan memang tak de sapa kejutkan dia , orang pun kesian kot :)

silversarina said...

princess,

haaa you pun usah tertidur masa travel,kang meleleh air liur basi :P



yusztiey,

akak pun rasa macam tu jugak, letih sangat dah tak kisah .



kak elle,


tak siapa tau betapa jauhnya dia berjalan nak ke airport dan dah berapa lama dia tak tido.....





pp,

kalau dah letih sangat nak kata apa ye, kalau duduk sebelah rakan yang kita kenal saya segan kalau terbedengkur, baik duduk sebelah orang asing, lepas turun flight dah tak jumpa dah ...hehehe.

silversarina said...

neeza,

kalau akak mintak duk tempat lain kalau flight tak penuh, tak sanggup nak tengok air liur basi dia meleleh.

Akak mintak maaf bebanyak jamu ala kadar je malam tu , tak jangka pulak ramai yang called nak datang pada waktu yang sama..anyhow harap neeza dapat rehat sebab akak tengok neeza nampak penat, memang nak kena banayk stamina nak jaga 3 anak kecil dan mengandung pulak tu ...

take care !!





zareda,

kalau budak kecik tak kisah sangat air liur basi meleleh, kalau dah orang tua..... eeeiii gelilah akak .



anie,

sebelum nak berjalan kena tido puas2 dulu , taklah terlena sampai meleleh air liur masa tido :)



mulan,

kalau tertinggal bas okay lagi, ni flight memang kes naya , akak pun bayangkan kecohnya kejar flight macam dalam cerita home alone :)

bila nak mai rumah akak...

jong gi mesra mall nak...gi makang kek kat SR, nak main boling dok bukak lagi .