Thursday, October 30, 2008

Syamimi bertemu Syamimi...

Salam ceria buat semua.

Siapa sangka atas nama Syamimi kami bertemu. Dia bernama Syamimi dan anak bongsu saya bernama Syamimi . Dia mula menghubungi saya melalui emel semasa saya masih di Jordan setelah membaca blog saya dan kisah anak saya yang sama nama dengannya , kemudian kami sering berchatting bila kami kelapangan . Saya selesa sekali bila berchatting dengannya kerana terasa macam saya berchatting dengan anak-anak saya Sofie dan Maya sebab ada je perkara kelakar yang kami bualkan dan plan . Saya memang biasa kalau chat atau call atau sms dengan anak-anak , kami bergurau dan berbual macam kawan-kawan . bukan macam ibu dan anak . Begitulah saya bermesra dengan Syamimi yang hanya saya kenal di alam cyber. Dia seorang pelajar di MMU , Melaka dan kini dia sudah ada blog sendiri , ini blognya. Sejak pulang ke Kemaman , kami jarang berchatting kerana saya sukar mencari masa terluang ( bukan dengan dia saja saya tak berYM, hampir dengan semua yang dulunya saya selalu juga online chatting !! ) .

Kalau nak tau, petang semalam Syamimi bersama ayah, ibu dan adiknya telah singgah di rumah saya semasa dalam perjalanan pulang ke KL dari Kuala Terengganu . Oleh kerana tak pasti jam berapa mereka tiba di Kemaman , saya mula memasak sebelah pagi , mak mee kari dan dadih vanilla. Rupanya petang baru mereka tiba. Tak sangka Syamimi sudi singgah teratak kecil kami . Pertama kali bersua muka , dia memang seorang yang sopan macam yang saya bayangkan. Lembut wajahnya dan manis senyumannya. Ibu dan ayahnya juga baik dan peramah . Ibunya banyak tau kisah saya dan keluarga kerana Syamimi biasa bercerita kisah saya pada nya.

Inilah pertemuan kedua saya dengan rakan cyber berpangkat anak pada saya kerana biasanya jumpa rakan sebaya /makcik /pakcik bloggers. Kali pertama adalah bila berjumpa Asma' .anak Nurazah di Amman dulu, kami juga kenal melalui alam maya baru bersua muka .

Sessi bergambar Syamimi bertemu kakak Syamimi berlangsung semalam dengan Syamimi kecil agak malu mulanya walaupun dia sangat teruja untuk bertemu kakak Syamimi.

Terimakasih saya ucapkan pada Syamimi dan keluarga yang sudi berkunjung ke sini . Semoga persahabatan kita berpanjangan,

( gambar2 belum sempat nak masukkan dalam komputer , nanti kemudian )

19 comments:

Kak Elle said...

puan rina mana mee kari saya?saya tunggu tak sampai2....hehe

syamimi jumpa syamimi lidah kelu nak berkata ye?

ok tunggu gambar ni ... cepat2....

aNIe said...

Rina...kalau nak ikutkan memang ramai blogger yang berpangkat anak di alam siber ni...tapi bila berbual dgn mereka tak macam berbual mak & anak...macam kengkawan...

Semoga silaturahim kekal terjalin...

Ajzie said...

Bertaut lagi dan bertemu lagi persahabatan di alam cyber.. Moga persahabatan kekal berpanjangan.....


p.s
saya dah jumpa kak rina juga kan...hihihi pertemuan yg singkat.hihihi

cikMilah said...

bila bloggers jumpa di alam nyata, mesra macam dah lama jumpa kan...

Ainul Arina said...

salam ziarah dari urdun...

seronok betul baca entry-entry blog ni dari dulu. Dulu setakat silent readers saja.. sekarang ni baru terasa macam nk jadi tak silent pula.. ^_^

erm, saya nk panggil apa yer.. auntie rina ke acik rina ke atau apa? nak panggil kak rina mcm tak sesuai pula sebab nya ini ibu maya kan.Macam kurang hormat pula.. ^_^

dr dulu asyik baca penulis blog ni jumpa rakan bloggers. Seronoknya kalau saya pun selalu macam tu.. ramai ya kawan blogger di sini.. meriah rasanya..

lastly, tahniah naik pangkat jadi wanmommy... comel betul anak kak ara.. teringin nk jumpa dia.. dulu jumpa kak ara, dia tgh pregnant aje.. mesti kiut miut budak tu..

silversarina said...

kak elle,

Mee kari tengah pos ..hehehe.

Memang malu pulak mimi kecik tu semalam.




anie,

Alam cyber ni best sebab tak kenal usia, sekali dah 'kenal' terus jadi gang .


Bilalah pulak kita dapat bertemu :)

silversarina said...

ajzie,

Akak ingat lagi jumpa ajzie tahun lalu, rasa macam dah kenal lama... tak ke kemaman ke ????




cikmilah,

Betul tu , rasa macam dah kenal lama.Harap dapat bertemu ramai bloggers lagi masa di hadapan .

silversarina said...

ainul arina,

salam kenal. selalu nampak nama ni di blog maya... kita tak sempat bertemu di Jordan sebab makcik dah balik masa batch you all tiba, gang Alia( tahun 4 ) memang makcik kenal rapat, mereka selalu datang Amman , kami lepak dan sembang2 , sama2 pergi Theme Park yang 'canggih' di Jubaiha tu ...seronok ingat semua itu, rindu .

Sekarang gembira dapat kenal ainul pulak...kak ara ada lagi di sini, lepas raya haji diaorang balik ke Jordan semula , dia ada 1 semester lagi nak habiskan BA dia and the baby memanglah tersangat chubby.

blackpurple @ jowopinter said...

Nama pun sama ek..

Melalui blog jugalah saya kenal kak Sarina. Yelah, kalau di alam nyata, mana mungkin. Sayakan pemalu. :D

mama said...

salam lebaran kak ina
baru hari ni saya berkesempatan mengadap pc..
ini pun banyak sangat kerja sekolah yg mesti dibereskan sblm cuti...

baby apa kabar?

mama said...

oh ye....
akak ade facebook tak?
jom join facebook saya nak? ambik emel saya ni ye muezahabdulrahman@yahoo.com

Sastri said...

salam kak... bila menulis di blog rasanya peluang memang luas untuk kenal orang... tapi ada juga yang menyalah gunakan peluang yang ada... :D

seronok baca akak berjumpa rakan-rakan alam maya yang baik belaka...

silversarina said...

blackpurple,

Ha ah, kalau tak de blog memang tak dapat kenal bp...bila nak kemaman ??



mama,

sallam, lama tak dengar kabar berita , baby dah semakin tembam .. facebook akak tak minat dan malas , tak sempat , takut berlapuk aje nanti , emel pun bermingu2 baru buka dan jarang balas... itulah akak jarang berhubung kecuali melalui blog ajelah.

sian cikgu memang banyak keja, tapi dah dekat nak cuti dah ni, kalau bercuti ke pantai timur jemput singgah rumah.

silversarina said...

sastri,

akak pun hati2 jugak nak kenal orang, kalau rasa tak selesa dan tak sesuai akak tak masuk dah blog tu dan tak tinggalkan komen , yang betul2 akak selesa barulah hubungan dipanjangkan.

Zareda Norman said...

wah tentu menarik syamimi bertemu syamimi.. apa kata syamimi kecik?

sabar menanti gambarnya

Ainul Arina said...
This comment has been removed by the author.
Ainul Arina said...

itulah... saya kenal blog makcik lagi awal sebenrnya dr masuk blog maya tapi mcam segan sket nak tegur.. hehe.. last-last gi mengendeng blog maya dulu lah.. ^_^ nanti2 baru tegur makcik...

makcik tak nak ke datang sini bila2..? maya asyik cakap teringin nak balik jordan jer... mesti dh macam rumah sendiri kan kan sini?

silversarina said...

zareda,

Pertemuan yang penuh makna .

Mimi kecik tak terkata apa, tiba2 dia jadi pemalu :)



ainul arina,

Ooo ye ke .... masa blog luvojordan ramai jugak pelajar di Jordan yang baca blog makcik ,blog baru ni jarang dah nampak , mungkin mereka semakin sibuk dengan studies.


Ada rezeki memang nak ziarah Jordan lagi ,nak kembali menetap tu rasa memang tak dah .

Ainul Arina Madhiah Bt Mohd Noor said...

mungkin juga... lagipun sekarang ni dah student baru datang.. so,maybe rmai kot yg tak brapa kenal makcik mcm saya... ^_^

makcik macam mana di malaysia skrg? mesti bestkan duduk negara sndiri dah.. dulu brapa lama ya duduk di jordan?

p/s: sy linkkan blog makcik di blog saya ya..