Tuesday, October 28, 2008

Apakah itu ??????

Tiba-tiba terasa ada seseorang/sesuatu membuka pintu bilik tidur dan kelibat nya terus duduk sebelah saya iaitu tempat mimi tidur. Terasa jantung saya berdegup kencang . Sepantas kilat tangan nya terus mencengkam atas sedikit dari pergelangan tangan kiri saya. sakit terasa kerana saya rasakan tangannya berduri-duri dan cengkamannya amat kuat. Saya masih tak dapat melihat siapa atau apa yang mencengkam tangan saya. Saya terus azan tapi ia tetap mencengkam dengan kuatnya dan durinya kian teasa menusuk tangan saya.

Saya azan sampai habis namun ia tetap tak lepaskan tangan saya.... saya teringat yang Zaid ada di rumah...dengan suara terketar-ketar saya menjerit memanggil nama Zaid dan jeritan saya makin lama makin kuat.....

Zaid menyentuh tangan saya dan tanya ada apa saya menjerit memanggil namanya ... tiba-tiba saya rasakan yang tangan berduri telah tiada. Saya bagitau Zaid ada sesuatu yang cengkam tangan saya dan dalam masa yang sama saya genggam tangan Zaid dengan kuat kerana rasa takut . Zaid membaca ayat kursi dan ketika itu saya macam bingung sebentar... rasa macam mimpi tapi saya ingat segalanya macam di alam nyata dan jeritan saya kuat hingga Izzat di tandas bahagian dapur rumah dapat mendengar jeritan saya.

Saya lihat jam baru pukul 10.14 malam. Telah 4 malam saya masuk tidur awal ,belum jam 9 malam sebab setiap hari saya rasa amat letih dan tak bermaya tapi malam tadi baru pertama kali saya rasa ada sesuatu mengganggu saya.... Hampir jam 1 pagi baru saya kembali lelap tanpa gangguan sesiapa/apa-apa hingga alarm jam berbunyi 5 pagi.

Apa agaknya yang datang mencengkam tangan saya...berduri tajam.... siang semalam kami ke Al Amin Kerteh ada majlis raya dan lepas tu kami merayau ke dalam kawasan hutan saja nak explore kawasan rumah kawan-kawan Izzat dan beberapa kali kami sesat jalan dalam hutan dan sebelum tu saya kata pada Izzat kawasan tu dulu tempat jin bertendang dan saya memang mahir sebab itu dulu adalah 'kampung ' saya ( 4 tahun di kerteh buat saya mahir selok-belok di situ ) .....

Mungkin kah sesuatu telah ikut saya balik ...... entahlah.... segalanya tidak boleh dilihat dengan mata kasar.....

Hingga pagi ini saya dapat ingat dengan jelas apa yang berlaku pada saya malam tadi.....

20 comments:

Anonymous said...

salam kak rina. moga2 selamat semua. cuba bacakan ayat2 surah al-baqarah kt dlm rumah.

sya said...

Seramnya baca.. agaknya tu sbb org tua2 kata jgn merayau kat tempat yg tak biasa.. banyakkan baca ayat qursi dan mengaji insyaAllah semua akan kembali seperti sedia kala

Kak Elle said...

masaallah seram membaca cerita mcm ni apa lagi yg benar...kalau nak berayau tempat mcm tu minta lah izin dulu lain kali ye rina..cakap org tua2 selalu ada makna nya.

semoga rina tabah ye nasib baik zaid ada.

aNIe said...

Rina...bila kita ke tempat2 macam tu...takut jugak ade yang mengikut...maklumlah orang kata dlm dunia ni...bukan ada manusia aje...

Harap2 segalanya dah okay...seperti kata sya...banyakkan baca ayat kursi

silversarina said...

anonymous,

Salam kembali. Tak pernah akak alami seperti malam tadi. terimaksih atas panduan untuk 'bersihkan' rumah dari makhluk halus.



sya,

Lepas Zaid keluar bilik terasa masih seram tapi tak nak tunjukkan yang saya takut tapi lewat baru boleh lelap . Badan minggu ni memang lemah betul dan pulak tu takleh solat , lagi terasa tak bermaya . InsyaAllah tak de apa yang serius.



kak elle,

Dekat rumah kawan Izat yang dalam hutan tu ada beberapa buah banglo besar yang tidak berpenghuni , entahlah .. Alhamdulillah benda tu tak ganggu Mimi dan Zaid ada kat rumah , tak sangka terkena pulak gangguan masa tidur.

silversarina said...

anie,

Memang tempat hutan tu dulu tak de rumah orang, sekarang je baru dah mula orang buat rumah , entah macamana saya pulak yang terkena. Okay dah pagi ni , Izzat gelakkan saya je sebab jerit kuat , heran dia mak dia yang gagah jerit takut .

maklang said...

eh...awak tak singgah rumah kita..boleh ambik kueh tu...kita ada kat rumah!

jaga diri tu baik2 ye...agaknya dok sebut2 jin bertendang tu yang dia ikut balik...ish..serem I!

arsaili said...

salam..seramnya...

PrinCeSS said...

seramnyeee...!
mesti confius kan sama ada kat alam mimpi atau nyata..

teringat dlu kat umah time summer aritu, nampak org duk kat birai kerusi tmpt tido tu..& xtau tu nyata ke mimpi..
cam mimpi dlm mipi & dlm mimpi lagi..sbb banyak kali tersedar tapi x kembali ke alam nyata..

alhamdulillah x de pape..

babazahra' said...

huish kak, ini entry seram ni hehe. biasa tu kak, ada yang nak bergurau. kadang-kadang tu memang kita perasan ada somebody, tapi nak menjerit semua x keluar suara. baca semula Al Baqarah, Insya Allah. Itu mujur pada kita, yang risau kalau kacau budak-budak, lagi letih dibuatnya.

silversarina said...

maklang,

Malu sebenarnya ...acap kali sangat singgah :)

Harap tak melarat keseraman ini .




arsaili,

Masa kena rasa seram, bila fikir balik rasa macam keliru.

silversarina said...

princess,

Agaknya sebab letih dan lemah sebab tu ada benda datang kacau. InsyaAllah tak apa-apa.




babazahra' ,

InsyaAllah tak berlaku dah .... suspen jugak .

Ummi365 said...

kak rina,

suruhlah izzat temankan tidor malam2.

nurul said...

mungkin terlalu letih...Insha Allah lepas ni ok lah tu...

CikguZue said...

isy...kisah seram ni...dulu2 masa kat asrama, kadang kena gangguan masa tidur, terutama bila penat sangat...
kak, jangan lupa baca doa sblm tidur dan 3 qul. Insya-Allah Allah melindungi dan tiada yg mengganggu tidur lagi.

cikMilah said...

Nauzubillahi min zaa lik.
seram gak ni...InsyaAllah tak dak apa-apa, Dia pun makhluk Allah jugak , kalau jenis yang jahat tu , dia tak berani menggangu kalau kita solat dan mengaji. Agaknya dia tahu kakRina tak leh solat, so dia try test power...:)

silversarina said...

ummi365,

kadang-kadang memang kami tidur satu tempat ramai-ramai,biasanya depan TV .. tapi ok dah ni,malam tu aje yang sedikit seram.




nurul,

Ha ah, akak pun rasa macam tu jugak, letih sangat.




cikguzue,

memang tak pernah lupa baca doa dan ayat-ayat quran, mungkin benda tu tersinggah pada akak malam tu , tapi memang macam real je.



cikmilah,

saya rasa saya tak bermaya sebab keletihan dan jugak sebab period , entahlah terasa macam tangan benda tu durinya sampai ke isi tangan saya.

KC said...

hee, meremang bulu hidung saya membaca nie. sungguh!

silversarina said...

kc,

bulu hidung je ke meremang :P

tak de apa dah, malam tu je seram sikit.

Muhamad Hazimin Sulaiman Abdullah said...

lebih seram dari drama kekasihku seru nih..